Ucapan Dasar Kepada Umno
Atau Ucapan Dasar RMK-9?
Pada pagi 15 November 2006, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad, membentangkan ucapan dasarnya kepada para perwakilan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2006, di PWTC, Kuala Lumpur.
Sewaktu beliau masih sedang berucap, saya menerima banyak pertanyaan menerusi SMS. Kesemuanya bertanya, kenapakah Datuk Seri Abdullah kali ini seolah-olah membuat ucapan di Dewan Rakyat untuk membentangkan RMK-9 atau Barjet 2007?
Saya jawab, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya! Tetapi, mungkin itulah pendekatan “di luar kotak” yang mahu beliau perkenalkan kepada jemaah perjuangan Umno.
Demikianlah reaksi awal kepada ucapan dasar Datuk Seri Abdullah di PAU 2006 hari ini. Berikut adalah sebahagian ucapan Datuk Seri Abdullah mengenai kepimpinan. Anda bacalah intipati ini dan buatlah kesimpulan sendiri akan hakikat yang sebenar-benarnya pada hari ini. Lain-lain aspek ucapan Datuk Sri Abdullah akan saya ulas dalam artikel yang akan menyusul kelak.
Tiga tahun yang lalu, saya telah menggariskan dua belas gagasan yang akan saya jadikan landasan dalam usaha membina masa depan negara dan warga mencapai tahap kejayaan lebih cemerlang, lebih gemilang dan lebih terbilang.
Gagasan tersebut telah saya huraikan ketika menyampaikan ucapan utama yang ulung atas nama Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 3 November 2003.
Setelah tiga tahun diberikan amanah memenuhi tanggungjawab ini, adalah bertepatan untuk saya mengimbas kembali antara pengharapan dan pencapaian; dengan hasrat untuk kita secara jujur – secara ikhlas; secara konstruktif – secara objektif, meneliti dan menghalusi akan status pencapaian kita, supaya kita tidak kehilangan pedoman, agar kita tidak tersilap haluan.
GAGASAN PERTAMA: akan pentingnya kepimpinan politik berperanan sebagai penggerak dan peneraju kepada kepimpinan-kepimpinan lain.
Betapa pentingnya kepimpinan politik memperlihatkan sebaik contoh untuk dapat dihormati dengan memperlihatkan sifat-sifat kejujuran, kerajinan, ketekunan dan kesungguhan.
Bahawa kepimpinan yang dihormati akan dapat menjadi kepimpinan yang berkesan, kepimpinan yang menjadi contoh teladan.
Dalam memenuhi landasan pertama ini, saya telah menyeru dan memohon untuk setiap warga bekerja bersama saya dan bukannya bekerja untuk saya.
Saya juga amat insaf bahawa saya juga bertaraf hamba di sisi Tuhan yang maha agung.
Selaras dengan ajaran yang diunjurkan oleh Islam, saya meletakkan harapan agar kepimpinan politik melihat pekerjaan sebagai amal, dilaksanakan secara bersama, dalam semangat berjemaah, atas nama dan kerana Allah Subhanahu Wata’ala.
Saya memilih pendekatan secara seruan, bertujuan menyemaikan benih keinsafan, hingga benih keinsafan itu merimbunkan pohon penghayatan, lalu bertunjang kekuatan dalaman, menjadi prinsip pegangan warga, bermula dari kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO.
Pendekatan membina kekuatan rohani, penghayatan kepada amal makruf, keinsafan kepada kekuasaan ILAHI, adalah pendekatan yang diperkenalkan oleh kepimpinan Rasulullah SAW hingga para sahabat, barisan pemimpin dan umat Islam ketika itu begitu kuat - begitu teguh iman, berjaya melaksanakan tugas dalam semangat amal makruf – nahi mungkar.

Itulah bentuk pimpinan politik yang harus dibina, itulah corak budaya politik yang harus menjadi pedoman, itulah pimpinan dan budaya politik yang harus menjadi matlamat untuk membolehkan kita terus membina kekuatan – untuk UMNO terus mendapat kepercayaan, untuk kita dan UMNO terus dilimpahkan perlindungan dan rahmat ILAHI.
Usaha membina kekuatan rohani, sukar diukur secara zahir, usaha ini memakan masa yang panjang, tetapi apabila berjaya dibina, ianya akan kekal bersemadi, semakin hari semakin kukuh, merupakan tenaga kekuatan yang berkekalan dan memberikan impak positif jangka panjang.
Kita perlu yakin bahawa hasrat murni ini mendapat rahmat untuk membawa kita meniti kejayaan yang mendapat keredaan ILAHI.
Yakinlah, ALLAH SWT akan memperlihatkan keadilan dan kekuasaannya dengan menaikkan mereka yang mengamalkan makruf dan menjatuhkan mereka yang melakukan mungkar.
3 comments:
Manusia umumnya bertindak mengikut kepentingan. Oleh itu, apabila Mahathir mengkritik Pak Lah dengan begitu teruk, janganlah mudah percaya, sebagaimana yang dia mahu kita percaya, bahawa dia bertindak semata-mata kerana kepentingan bangsa dan negara. Apa yang dilakukannya, sedikit atau banyak, tetap melibatkan kepentingan peribadi dan kroni!
Post a Comment