MAHATHIR-ABDULLAH
BERDAMAILAH…
(1)
GABUNGKAN MINDA
CARILAH DAMAI...
Oleh Ruhanie Ahmad
Datuk Seri Abdullah Ahmad berkata pada 26 Oktober 2006 bahawa “apa yang penting sekarang adalah untuk mencari cara terbaik” bagi menjelaskan segala perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri tidak menghuraikan kenyataan ringkasnya seperti di atas. Tetapi, “cara terbaik” untuk menjawab seluruh kritikan Tun Dr. Mahathir memang perlu dilaksanakan dengan seberapa segera.
Ia perlu disegerakan kerana selagi kritikan Tun Dr. Mahathir tidak dijawab scara ikhlas, jujur, jelas, terperinci dan menyeluruh, maka selagi itulah konflik Abdullah-Mahathir nampaknya akan berlarutan.
Pada waktu yang sama, Datuk Seri Abdullah perlulah memberikan satu reaksi dan mesej yang jelas mengenai kritikan Tun Dr. Mahathir terhadap kepimpinan beliau kebelakangan ini.
Mesej dan reaksi yang jelas akan membolehkan rakyat jelata di segenap lapisan memahami isu kritikan Tun Dr. Mahathir secara terselaras dan menyeluruh.
Keliru
Setakat hari ini, mesej dan reaksi Datuk Seri Abdullah nampaknya sentiasa berubah-ubah. Contohnya, pada 26 Oktober 2006, beliau memberitahu rakyat jelata Malaysia di Kepala Batas, bahawa beliau sedih dan kecewa kerana Tun Dr. Mahathir terus mengkritik beliau secara terbuka. Beliau juga menyifatkan kritikan berkenaan “umpama racun yang berbisa.”
Bagaimanapun, pada 27 Oktober 2006, Datuk Seri Abdullah pula menyatakan kepada rakyat jelata di Melaka, bahawa beliau sedia menerima teguran terhadap kerajaan pimpinannya.
Kalaulah “teguran” yang dimaksudkan di atas termasuklah kritikan daripada Tun Dr. Mahathir, syukur Alhamdulillah!
Ini bermakna, walaupun “sedih dan kecewa,” dan kritikan Tun Dr. Mahathir “umpama racun yang berbisa,” Datuk Seri Abdullah tetap bersikap positif dan sedia menerima kritikan berkenaan.
Positif
Jadi, jika inilah sikap dan pendirian muktamad Datuk Seri Abdullah, kita semua kenalah menghormatinya. Kita juga kenalah bantu beliau mengartikulasikan siakp dan pendirian tersebut supaya menjadi satu tindakan yang fokus lagi positif demi agama, bangsa dan negara.
Dan, jika demikianlah hakikatnya sikap dan pendirian muktamad Datuk Seri Abdullah dalam konteks konflik Abdullah-Mahathir mutakhir ini, wajarlah beliau mejelaskannya kepada seluruh rakyat jelata di seluruh negara.
Ini kerana segolongan rakyat jelata mutakhir ini memang keliru. Mereka keliru kerana berita pada 27 Oktober 2006, Datuk Seri Abdullah menyatakan bahawa beliau sedih dan atas tindakan Dr. Mahathir yang terus mengkritik secara terbuka. Kritikan itu disifatkannya ‘umpama racun yang berbisa.’ Berita pada 28 Oktobr 2006 pula menyatakan beliau sedia ditegur.
Kekeliruan ini menyebabkan segolongan rakyat jelata bertanya, mana satu yang boleh dijadikan pedoman untuk tindakan selanjutnya terhadap Tun Dr. Mahathir?
Bagaimanapun, hakikat percanggahan inilah yang kini mendorong segelintir individu dalam UMNO membuat pelbagai kenyataan dan cadangan mengenai Tun Dr. Mahathir.
Pariah
Majoriti kenyataan itu memberikan gambaran seolah-olah Dr. Mahathir adalah pariah politik yang perlu disingkirkan daripada UMNO dengan seberapa segera. Segelintir pihak yang membuat kenyataan berkenaan adalah generasi muda UMNO.
Kelompok kecil ini mencadangkan supaya Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, digantung kehaliannya dalam UMNO, atau pun dikenakan tindakan disiplin oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO.
Kelompok ini seolah-olah gagal memahami maksud kenyataan Datuk Seri Abdullah bahawa “apa yang penting sekarang adalah untuk mencari cara terbaik bagi menjelaskan segala perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir.”
Tetapi, sementara segelintir individu UMNO mengeluarkan kenyataan mengenai Tun Dr. Mahathir, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pula dilaporkan oleh Bernama pada 29 Oktober 2006, sebagai berkata bahawa Kerajaan perlu memberikan penjelasan rasional terhadap seluruh dakwaan Tun Dr. Mahathir.
Datuk Seri Anwar berkata, Kerajaan perlu memberikan penjelasan yang rasional bagi menyanggah sebarang dakwaan yang ditimbulkan oleh Tun Dr. Mahathir.
Katanya lagi, kerajaan juga perlu memberikan tumpuan kepada menjawab dakwaan mengenai isu dan polisi yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri, dan bukannya bertindak untuk "menyimpang" daripada dakwaan-dakwaan tersebut.
Anwar
Datuk Seri Anwar berkata demikian kerana kini terdapat dakwaan yang membabitkan dasar yang serius. Oleh itu, tambah beliau, tidak guna kerajaan berada dalam kedudukan membuat penafian. Sebaliknya, kerajaan perlulah memberikan jawapan yang memuaskan.
Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa Tun Dr. Mahathir berhak mengkritik pentadbiran sekarang, dan kritikan berkenaan memerlukan penjelasan lengkap dari kerajaan, khususnya tentang dakwaan berhubung isu dan dasar.
Saya tidak mampu untuk mentafsir kenyataan Datuk Seri Anwar seperti di atas. Ini kerana sebarang tafsiran mengenainya mungkin disalah anggap oleh sesetengah kalangan tertentu.
Bagaimanapun, saya yakin Datuk Seri Anwar berniat ikhlas. Kalau tidak, mana mungkin beliau sanggup mengatakan bahawa “kita mungkin tak sependapat dengan Tun (Dr Mahathir). Saya tak percaya penyelesaiannya ialah dengan bertindak zalim kepadanya. Saya hormati hak Tun Dr. Mahathir (untuk mengkritik). Kalau kenyataan itu berasas, kerajaan kena jawab.”
Selaras
Saya berpndapat, kenyataan Datuk Seri Anwar seperti di atas mungkin selaras dengan kenyataan Datuk Seri Abdullah bahawa “apa yang penting sekarang adalah untuk mencari cara terbaik bagi menjelaskan segala perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir.”
Sebenarnya saya mengambil risiko besar untuk menyatakan isi hati saya seperti ini. Maklum sahajalah dalam menghadapi konflik Abdullah-Mahathir, memang ada sesetengah pihak di negara ini yang bersikap seperti Presiden Geroge W. Bush dalam menangani Peperangan Antiterorisme Global. Iaitu, jika seseorang tidak memihak kepada Amerika Syarikat, maka individu itu adalah musuh Amerika Syarikat.
Dalam konteks konflik Abdullah-Mahathir, kalau seseorang itu tidak memihak atau memuji-muji Datuk Seri Abdullah, maka individu itu pun dengan sewenang-wenangnya dikategorikan sebagai kelompok yang memihak serta mengangung-agungkan Tun Dr. Mahathir.
Sikap seperti ini adalah salah. Tetapi, berapa ramai di antara kita sanggup dan bersedia untuk mengakui hakikat ini sebagai salah? Jadi, terserahlah. Saya bertawakal kepada Allah SWT kerana niat saya adalah untuk turut memelihara dan mempertahankan maruah bangsa dan kedaulatan negara.
Berdamai
Oleh itu, izinkanlah saya nyatakan di sini, saya sentiasa mengkagumi Tun Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin Melayu/Islam yang bertaraf dunia, saya akan sentiasa menghormati Datuk Seri Abdullah sebagai pemimpin yang sedang berada di persada kekuasaan negara, dan saya sentiasa menghormati Datuk Seri Anwar selaku sahabat seperjuangan yang saya kenali sejak 1969.
Saya yakin, kombinasi pengaruh dan kebijaksanaan ketiga-tiga tokoh ini, jika digandingi oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak serta seluruh jemaah pejuang Melayu mutakhir, baik yang muda atau yang tua, baik yang berada di luar atau di dalam kerajaan, pastinya dapat menyelesaikan kemelut politik yang kita hadapi pada hari ini.
Oleh itu, Datuk Seri Abdullah, Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Mohd. Najib, serta tokoh siasah seperti Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah, gabungkanlah kebijaksanaan dan minda anda dengan segera demi agama, bangsa dan negara.
Pra-syarat pertama dan utama kepada usaha ini adalah: semua pihak hendaklah dengan ikhlas dan jujur, memberhentikan apa jua komen dan kenyataan negatif mengenai apa yang sedang berlaku sekarang.
Mahathir-Abdullah, berdamailah! Jika tidak, semua pihak bimbang bahawa Melayu akan terus berpecahbelah, kerajaan mutakhir mungkin terhakis kredibalitinya, maruah bangsa Melayu kian tercemar, kedaulatan negara dipersenda-sendakan, UMNO juga mungkin semakin luntur ketuanannya.
– Artikel ini disiarkan oleh www.agendadaily.com pada 1 November 2006

No comments:
Post a Comment