Thursday, November 02, 2006


SIAPA PEMUTARBELIT
ISU MENGENANG BUDI?

Hari ini saya menerima 31 bingkisan SMS dari Perlis sampailah ke Sabah dan Sarawak. Kesemuanya ingin tahu, siapakah insan yang sedang memutarbelitkan isu budi dan membalas budi untuk menyemarakkan lagi konflik Perdana Menteri dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

SMS tersebut adalah reaksi kepada komen saya mengenai artikel Datuk A Kadir Jasin bertajuk DR. MAHATHIR SUDAH TERSINGKIR SEBELUM DISINGKIR yang saya petik daripada
www.mykmu.net. dan saya siarkan semula menerusi www.kuda-kepang.blogspot.com .

Dalam komen berkenaan, saya timbulkan soal manusia berbudi dan mengenang budi. Lantas saya katakan bahawa kini ada seorang manusia tertentu yang sedang memutarbelitkan isu mengenang budi. Saya diberitahu oleh sumber-sumber yang bertanggungjawab bahawa manusia itu dikatakan telah memberitahu Perdana Menteri, kononnya Tun Dr. Mahathir jadi terlalu marah kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad sekarang ini, kerana Datuk Seri Abdullah dikatakan enggan melantik salah seorang anak Tun Dr. Mahathir sebagai Menteri.

Saya tegaskan dalam respons saya bahawa apa yang saya katakan adalah benar. Saya juga mempersilakan sesiapa yang ingin tahu siapakah manusia yang menutarbelitkan isu membalas budi itu supaya SMS saya di 016-3575003.

Akibatnya, sejak Subuh hingga sekarang, 9.30 petang, 1 November 2006, saya menerima sebanyak 31 SMS, dari Perlis sampailah ke Sabah dan Sarawak. Majoriti pengirimnya menyatakan mereka adalah ahli UMNO. Berikut adalah intisari SMS tersebut:

SMS


Siapa gerangan yang putarbelit isu budi? – 012 6715…

Saya ahli UMNO Sabah. Please supply me the name of the munafuik. - 019 8817…

Siapa pemutarbelit isu tu? Siapa malaun tu? – 017 3171…

Musibat mana yang putarbelit isu tu? - 019 4402…

Siapa yang mainkan isu tersebut? - 013 4888…

Saya ingin tahu siapa manusia yang pintar memutarbelitkan isu budi dan balas budi tu. Hidup Tun Dr. Mahathir - AZ ,Kangar. – 012 4804…

Siapakah yang memutarbelitkan isu budi dan balas budi? - 016 3826…

Saya MI, asal Benut, Johor, ingin tahu manusia mana yang putar alam itu? - 019 6146…

Sapalah agaknya malaun yang memutarbelitkan cerita mengenai budi dan balas budi tu? – 017 4391…

Boleh saya tau siapa dalang tu? - 012 5210…

Saya ingin tahu siapa manusia yang memutarbelitkan isu budi dan balas budi tu? – 019 8899…

Tolong maklumkan siapa yang fitnah Dr. M? AA, Serdang, Ahli UMNO Temenggong, Segamat. – 019 7404…

Siapa yang dimaksudkan dalam blog Kuda- Kepang? – 012 2705…

Saya, MT dari Sarawak. Siapakah gerangan puratbelitkan isu balas budi ini? 012 8773…

Siapa yang memutarbelitkan soal budi dan bahasa. – 019 5558…

Teruskan perjuangan. Dari ahli Pergerakan Pemuda UMNO Pekan, Pahang.- 013 9571…

Saya MF, Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kampung ….., Kubang Pasu, ingin mengetahui manusia yang menghasut Pak Lah bahawa Tun marah kerana anaknya tiada tempat. – 012 4897…

Bolehkah beritahu saya, siapa yang dimaksudkan sebagai manusia yang memutarbelitkan isu budi dan balas budi tu? – 019 4808…

Siapakah manusia tu? – 019 3761…

Boleh saya tau, siapa yang dimaksudkan putarbelit isu budi dan balas budi tu? - 012 4757…

Siapa yang putarbelitkan isu budi? – 013 8681…

Siapa manusia yang dimaksudkan – 019 7611…

Siapa manusia yang putarbelit isu budi? – 019 7540…

Boleh saya tahu siapa manusia memutarbelitkan isu itu? – 019 2122…

Isu balas budi, siapa yang putarbelit? – 012 6341…

Boleh bagi tau dajal mana yang buat fitnah tu? DR M di hati... Slyders, Sungai Mati, Muar. - 012 7501...

Siapa manusia tu. Apa tujuan dia? F, Lipis, Pahang. - 019 2858...
Siapakah itu? - 012 6278...
Saya berminat nak tahu siapa dalangnya. - 013 6341 ...
Siapa batu api tu? - 012 4871...
Siapa gerangan manusia yang dimaksudkan itu? Pensyarah UMS - 013 8012...
Saya dari Kedah. Siapa malaun tu? Che Det forever! - 012 4781...
[SMS terus bertumpu-tumpu ke telefon saya. berikut adalah 8 SMS yang saya terima sejak lepas Maghrib 2 November 2006 sehingga 2.30 pagi 3 November 2006.]
Siapakah petualang itu? Syed. Membesar di era Tun Dr. Mahathir. - 016 2386...
Atas nama parti keramat bernama UMNO, hebohkanlah nama petualang tersebut... Bekas
Exco Pemuda UMNO Kedah. - 017 2595...
Siapakah orang yang memutarbelitkan isu budi itu? - 019 7889...
Siapa orangnya yang putarbelit tu? - 019 2705...
Saya ahli UMNO, sekarang berkerja di Qatar. Hanya ahli UMNO yang bodoh saja yang tak mahu menilai Tun. Salam. K dari Qatar. +9745856...
Saya dari Kelantan. Ahli UMNO. Siapakah dalang yang dimaksudkan di blog Datuk. - 019 9388...
Siapa pemutarbelit isu budi? - 019 6533...
Boleh saya tau orangnya? AB - 012 3320...
Saya amat berterima kasih kepada seluruh pengirim SMS di atas. Demi melindungi anda semua, saya hanya paparkan empat digit pertama sahaja daripada nombor telefon anda. Anda yang memberikan nama penuh pula saya hanya ambil huruf singkatannya sahaja.

Cetusan menerusi SMS seperti di atas adalah manifestasi impak ICT kepada siasah mutakhir. Cetusan di atas adalah realiti. Cetusan di atas adalah benar.

Jadi, apa yang mesti saya lakukan? Dedahkan nama individu yang terbabit? Biarkan dia kena balun (secara politik) cukup-cukup oleh kaum kerabat politik kita di seluruh negara?

Atau, menerusi blog ini, kita tuntut individu terbabit supaya pergi balik kepada Perdana Menteri dan betulkan kesilapannya sebelum ini?

Maksudnya, menerusi blog ini, kita minta individu berkenaan jumpa Perdana Menteri dan katakan dengan sejelas-jelasnya, bahawa kisah yang kononnya Tun Dr. Mahathir marahkan Datuk Seri Abdullah, pasal anak Tun Dr. Mahathir tidak dijadikan menteri, adalah tidak benar.

Saya cadangkan jalan keluar seperti di atas kerana saya tidak tergamak untuk merosakkan nama baik individu terbabit. Tapi, kalau selepas ini dia terus bercakap secara cebelang-cebelung, ikut suka lidah dia sahaja, janganlah salahkan sesiapa kalau ada pihak yang mungkin membelasahnya secara habis-habisan.

Saya harap seluruh pengirim SMS di atas akan menghormati keputusan saya memilih jalan keluar tersebut. Pada waktu yang sama, saya juga amat terhutang budi seandainya anda semua sudi update saya tentang situasi dan senario politik di kawasan anda dari semasa ke semasa.

Akhir kata buat kali ini, saya ucapkan jutaan terima kasih, selamat maju jaya, salam takzim dan selamat berjuang demi agama, bangsa dan negara. – Ruhanie Ahmad.

No comments: