Friday, November 10, 2006


KESIHATAN TUN MAHATHIR
MENGENDURKAN KETEGANGAN

Hari ini saya berpeluang berbual-bual dengan salah seorang pemimpin besar UMNO Malaysia. Salah satu topiknya adalah kesihatan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kata pemimpin besar itu, Allah SWT memang Maha Berkuasa. Dalam ketegangan menjelang Perhimpunan Agung UMNO mulai 13 November 2006, tiba-tiba Tun Dr. Mahathir terpaksa dirawat di IJN, Kuala Lumpur.

Ini, katanya, menyebabkan ketegangan suasana jadi kendur. Semua pihak yang marah-marah pada Tun Dr. Mahathir sebelum ini jadi serba salah.

Ada sesetengah pihak pula tertanya-tanya, berapa lamakah Tun Dr. Mahathir akan berada di IJN, dan bolehkah mereka menziarahi Tun Dr. Mahathir?

Saya tidak boleh menjawab. Segala-galanya adalah terserah kepada budibicara IJN dan keluarga Tun Dr. Mahathir.

Bagaimanapun, tanda simpati, doa dan harapan anda bolehlah dimanifstasikan dengan pelbagai cara. Anda boleh kirimkan bunga untuk menceriakan wad Tun Dr. Mahathir di IJN. Anda boleh kirimkan lagu menerusi Klasik FM. Anda boleh kirim e-mail menerusi blog ini. Dan kalau anda yang terlebih rezeki, tempahlah iklan dalam akhbar-akhbar atau TV tempatan!

Paling senang, selepas setiap kali anda solat (untuk orang Islam) anda doakanlah semoga Tun Dr. Mahathir dipanjangkan umur dan segera sembuh. – Ruhanie Ahmad.

1 comment:

bukit put3 said...

Assalamualaikum datuk.
Terlebih dahulu saya wakili rakan2 puteri mengucapakan terima kasih kepada datuk menyalurkan berita berhubung ayahanda bekas presiden UMNO Tun yang kami hormati masuki IJN. Sebaik mendapat berita ini, saya dan rakan puteri diseluruh Johor DTzm berpakat solat sunnat bermohon ALLAH SWT berikan kesejahteraan kepada ayahanda Tun kami sayangi meneruskan perjuangan supaya Jambatan Bengkok terbina juga akhirnya. Kepada DYMM Tuanku, kami berbangga menjadi rakyat mempunyai Sultan mengetahui jiwa anak Johor mahukan Gerbang Perdana menjadi kenyataan. Andainya dibatalkan juga, saya serta rakan dalam puteri mohon maaf jika kami keluar meninggalkan parti keramat perjuangan datuk nenek kami. Sampaikan salam kami kepada ayahanda Tun Dr Mahathir dengan iringan airmata puteri luar istana.