Tuesday, November 14, 2006

AGENDA MELAYU
AGENDA UMNO
Oleh Ruhanie Ahmad

Agenda Melayu adalah agenda UMNO. Hakikatnya demikian kerana Fasal 3 perlembagaan parti berkenaan memaktubkan bahawa UMNO “adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.”

Matlamat dan cita-cita di atas diperjuangkan sejak 60 tahun lalu untuk “mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara” seperti yang dituntut oleh Fasal 3.1 Perlembagaan UMNO.

Jadi, sama-samalah kita ucapkan syabas kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, kerana fokus ucapannya adalah kepada soal pelaksanaan dan pemliharaan Agenda Melayu dalam konteks Malaysia mutakhir di abad ke-21.

Gagasan

Datuk Seri Mohd. Najib menghuraikan soal Agenda Melayu ini sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung (PAU) Pergerakan Pemuda Umno, Pergerakan Wanita Umno dan Pergerakan Puteri Umno 2006, pada 13 November 2006.

BERNAMA memetik Datuk Seri Mohd. Najib sebagai berkata bahawa Agenda Melayu adalah satu gagasan besar yang melibatkan pelan tindakan bangsa untuk menjadi hebat dalam pendidikan, kuat dalam ekonomi, mantap pada aspek sosial dan terbilang di pentas dunia.

"Umno benar-benar serius dalam melunaskan aspirasi Agenda Melayu dan tidak akan sekali-kali berundur sehingga matlamat itu tercapai," katanya.

Menurut Datuk Seri Mohd. Najib, Umno tidak menetapkan had masa untuk mencapai agenda Melayu. Umno juga akan terus berusaha dengan segala kuasa dan kudrat yang ada selagi belum berjaya.

Bangsa

"Bila berjuang untuk kepentingan orang Melayu, kita ingin menegaskan bahawa tiada had masa yang ditetapkan untuk mencapainya," tambah beliau.

Katanya lagi, Agenda Melayu adalah kerja utama Umno dalam memartabatkan bangsa tercinta. Apa yang ingin kita tuntut, tambah beliau, adalah hak kita dan hak sebagai sebuah bangsa tanpa menafikan hak kaum-kaum lain di negara ini.

Oleh itu, sama-samalah kita mendoakan semoga para perwakilan Umno, Pergerakan Pemuda Umno, Pergerakan Wanita Umno dan Puteri Umno mampu mengartikulasikan soal Agenda Melayu ini dalam PAU 2006 ini.

Terbilang

Merka wajar memahami kenyataan Datuk Seri Mohd. Najib bahawa “Agenda Melayu adalah satu gagasan besar yang melibatkan pelan tindakan bangsa untuk menjadi hebat dalam pendidikan, kuat dalam ekonomi, mantap pada aspek sosial dan terbilang di pentas dunia.”

Lantaran itu, mereka perlu menuntasi gagasan berkenaan secara komprehnsif dan secara rinci. Ini penting kerana perjuangan memperkasakan Agenda Melayu adalah sinonim dengan usaha memartabatkan ketuanan dan maruah Melayu serta kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Lihatlah secara teliti di sekeliling Umno mutakhir ini. Apakah kepincangan-kepincangan yang wujud dalam konteks memperkasakan Agenda Melayu?

Apakah kelemahan-kelemahan semasa dalam Umno yang boleh menghakis ketuanan Melayu?

Cita-Cita

Apakah tindak-tanduk dan karenah kepimpinan Umno hari ini boleh menjejaskan perjuangan memperkasakan Agenda Melayu?

Penelitian seperti ini juga perlu ditumpukan kepada sektor kerajaan. Rincikanlah sama ada seluruh agensi yang diberi tanggungjawab untuk “mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara,” benar-benar berjuang ke arah tersebut.

Kaji dan selidiklah sama ada kepimpinan agensi-agensi terbabit menjiwai perjuangan Umno.

Mengapakah ada agensi tertentu yang melantik orang asing sebagai ketua di bahagian-bahagian kritikal kepada perkembangan ekonomi?

Melayu

Kenapakah ada sesetengah agensi yang melantik perunding luar negara yang tidak selari dengan sensitiviti Melayu?

Kenapakah Malaysia kini sentiasa dilingkari desas-desus bahawa sestengah agensi ekonomi dan perniagaan Singapura kononnya kian berleluasa dan bermaharajalela di Malaysia?

Adakah ini betul? Adakah ini fitnah? Adakah ini dakyah semata-mata? Adakah benar kononnya ada individu-individu Melayu tertentu yang bersubahat dalam hal ini?

Akhbar

Kenapakah pada hari ini kerap diperkatakan soal kepimpinan editorial akhbar NST milik Umno? Kenapakah ramai editor Melayu yang senior di NST dikatakan telah memilih VSS?

Adakah mereka benar-benar memilih VSS secara sukarela? Atau, benarkah VSS itu merupakan satu-satunya jalan keluar daripada kecewaan akibat dasar penindasan terhadap Melayu?

Dari segi sosial, apakah strategi komprehensif, terbaik dan berkesan untuk mengatasi masalah keruntuhan sosial di kalangan anak-anak Melayu?

Dadah

Adakah strategi pembasmian penagihan dadah di Malaysia didapati berkesan? Bagaimanakah pula dengan dasar memerangi AIDS?

Selanjutnya, bagaimana pula dari segi keruntuhan akal-budi dan tamadun Melayu pada keseluruhannya? Tidakkah ini boleh menjejaskan perjuangan Agenda Melayu?

Isu-isu di atas adalah sekadar contoh. Senarai sebenarnya amat panjang berjela-jela. Keseluruhannya menuntut warga perjuangan Umno di semua peringkat supaya ikhlas, gigih dan jujur dalam perjuangan masing-masing.

Khianat

Maksudnya, janganlah ada mana-mana individu yang menjadikan Agenda Melayu sebagai tema perjuangannya, tetapi individu itulah juga yang mungkin mengkhianati Agenda Melayu.

Maksudnya, jangan cakap tak serupa bikin. Jangan melaung-laungkan slogan Agenda Melayu, tetapi dagang lalu ditanakkan, kera di hutan disusukan, ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, anak di rumah mati kebuluran!

Agenda Melayu adalah agenda Umno. Perjuangkanlah agenda ini dengan komitmen yang total kepada matlamat mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara, kemurnian agama, dan maruah bangsa.


3 comments:

sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Kenapalah macam ini punya orang pun boleh ada di Malaysia ini? Ambil nickname nama negara tapi hujah kosong lompong tak mencerminkan negara Malaysia yg penuh berwibawa (di zaman Tun bukan kini).

Kalau diri anda bebal janganlah nak membebalkan org lain pula. Bajingan selamanya tetap bajingan. Anjing kurap yang terhuyung hayang di samah samai.

Balaci tetap selamanya balaci. Gurkha politik yg mengemis di lorong dan denai.

Pengampu selamanya tetap mengampu. Tak punya jatidiri dan berbangga melacur fitrah diri.

Kamu ni tak sekolah ke? Jambatan dan tambak dua benda yg tak pernah sama. Air lalu dengan air senak penuh keladak tak kan serupa benak!

Barua Singapore! Bangsat! Pengkhianat!

sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.