Friday, December 22, 2006

2007 Mungkin Mendebarkan
Kepimpinan Umno Malaysia
Oleh Ruhanie Ahmad

Tahun 2007 akan tiba dalam masa sembilan hari lagi. Kalau menantu Perdana Menteri, baru-baru ini mengatakan, tahun 2006 “getir kepada Barisan Nasional (BN)”, mungkinkah tahun 2007 mendebar dan mencemaskan pucuk pimpinan tertinggi negara, Umno dan BN?

Mungkinkah Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan pada Mac atau April 2007? Bagaimanakah prestasi BN dalam PPRU itu kelak?

Mungkinkah keresehan sesetengah rakyat jelata mutakhir ini diterjemahkan kepada undi yang memihak kepada pembangkang?

Atau, mustahilkah BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad, akan terus cemerlang, gemilang, terbilang dan terus mengekalkan kekuasaannya di Malaysia?

Pilihan Raya

Kalau PRU diadakan pada 2007, mungkinkah majoriti calon Parlimen dan DUN daripada BN terdiri daripada generasi muda di bawah umur 50 tahun?

Mungkinkah barisan Menteri-Menteri Malaysia, Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan anggota Exco di negeri-negeri juga akan terdiri daripada cerdik pandai di bawah umur 50 tahun?

Selepas PRU, bagaimana pula agaknya proses pemilihan pucuk pimpinan UMNO di bahagian-bahagian di seluruh negara?

Mungkinkah pemilihan pucuk pimpinan bahagian-bahagian itu juga didominasikan oleh anak-anak muda yang sudah mendapat tempat sebagai Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco?

Razaleigh

Selanjutnya, bagaimana pula rentak pemilihan pucuk kepimpinan tertinggi Umno Malaysia? Mungkinkah jawatan Ahli Majlis Tertinggi juga menyaksikan kehadiran dan kebangkitan tenaga muda yang berpendidikan tinggi?

Mungkinkah Tengku Razleigh Hamzah akan mencabar Datuk Seri Abdullah bagi jawatan Presiden Umno Malaysia?

Kalau kemungkinan ini jadi realiti, siapakah pula regu Tengku Razaleigh? Atau, mungkinkah Tengku Razaleigh akan menentang Datuk Seri Abdullah secara lone ranger?

Bagaimanakah Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Timbalan Presiden Umno, serta Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam selaku Naib Presiden Umno, bertindak menghadapi kemungkinan Tengku Razaleigh menentang Datuk Seri Abdullah?

Khairy

Seterusnya, siapa pula muka-muka baru yang akan bertanding bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden? Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein? Khairy Jamaluddin Abu Bakar? Atau, siapa lagi?

Begitulah panjang lebarnya senarai pertanyaan mengenai siasah BN dan Umno dalam 2007? Ini belum lagi mengambil kira soal siapakah yang akan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia.

Ini juga belum mengambil kira sama ada Tun Dr. Mahathir akan terus mendiamkan diri bila Datuk Seri Abdullah seolah-olah membisu terhadap seluruh masalah yang dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri itu sepanjang 2006.

Kesimpulannya, tahun 2007 memang cukup dinanti-nantikan ketibaannya. Pada tahun itu, kemerdekaan Malaysia mencapai usia 50 tahun. Pada tahun itu, politik Malaysia akan menghadapi cabaran yang mungkin besar. Pada tahun itu, citarasa siasah sebilangan besar rakyat Malaysia akan diuji kemampanannya.
Pengintip Parit Buntar
Kesal PM Hadiri GIFA

Seorang pengunjung blog Kuda Kepang yang memakai nama pena Pengintip, daripada Parit Buntar, Perak, mengirimkan sepucuk mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, yang menghadiri Majlis Anugrah Filem India Global (GIFA), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, beberapa orang yang beliau temui di sekitar Parit Buntar, kesal kerana Perdana Menteri menghadiri GIFA.

Lebih dikesali, katanya, Perdana Menteri juga menyampaikan anugerah GIFA kepada Bipasha Pasu, yang disifatkannya sebagai “artis simbol seks Bollywood nombor satu di India” yang memenangi kategori Artis Wanita Terbaik.

Lebih menyedihkan, katanya lagi, Datuk Seri Abdullah berjalan ke pentas penyampaian anugerah itu tanpa diiringi oleh sesiapa.

“Bayangkanlah betapa Perdana Menteri diperlaku sebegini dalam negara sendiri dalam majlis yang meraikan artis luar, bukan artis tanahair,” tambah beliau.

Seterusnya, Pengintip menyatakan, seorang pemerhati politik di Parit Buntar berpendapat bahawa Datuk Seri Abdullah “sepatutnya tidak menghadiri program sebegini bagi menjaga maruahnya sebagai Perdana Menteri.”

Katanya, pemerhati politik itu berpendapat, “cukuplah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri, yang juga Penaung GIFA, meraikan artis-artis Bollywood. Cukuplah Menteri-Menteri melepaskan keinginan berlawan bola dengan artis-artis Bollywood. Perdana Menteri tak perlulah ikut sama macam mereka.”

Beliau meminta para penasihat Datuk Seri Abdullah mempastikan “mana majlis yang seorang Perdana Menteri boleh pergi dan mana majlis yang seorang Perdana Menteri tak perlu pergi.”

Seorang Blogger Super Sensasi
Dan Seorang Juruteknik Internet
Hilang Sejak Dua Minggu Lalu..

Ini berita terbaru. Seorang blogger sensasi dan seorang juruteknik internet kepada satu portal berita tempatan tidak dapat dihubungi sejak dua minggu lalu.

Syeikh, 40, daripada blog www. kickdefella.blogspot.com. dikatakan sudah tidak dapat dihubungi oleh sesiapa sejak dua minggu lalu.

Tetapi, Syeikh dikatakan ada mengirim mesej menerusi blog Rocky Bru baru-baru ini. Dia mengatakan dirinya dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, Syeikh dikatakan meminta blogger Emy, Jinggo dan Kak Zu dari blog Gen-M, serta blogger Hasrul dari blog Surat Dalam Botol, supaya “take care”.

Beberapa bulan lalu, Syeikh menulis sepucuk surat dalam blog kickdefella. Surat itu meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, mengundurkan diri.

Kira-kira seminggu berikutnya, surat berkenaan dipadamkan daripada blog Syeikh. Tetapi, surat itu juga turut disiarkan oleh beberapa lagi blog tempatan.

Banyak pihak yang bimbang dengan kehilangan Syeikh telah cuba menghubunginya menerusi telefon bimbitnya. Telefon itu berdering. Tetapi tidak ada sesiapa yang menjawab panggilan.

Juruteknik kepada www.generasi-m.net, Saudara Razif @ Pyan Jamaluddin, 26, pun tidak dapat dihubungi sejak dua minggu yang lalu.

Sahabat-sahabat beliau daripada blog Gen-M telah cuba menghubungi Razip menerusi telefon bimbitnya. Seperti Syeikh, telefon Razip juga berdering panjang. Tetapi tiada siapa menjawab panggilan.

Kata seorang sahabat Razip daripada Gen-M yang tidak mahu namanya disiarkan, kehilangan Razip sungguh penuh misteri.

Ianya jadi misteri kerana berikutan kehilangan Razip, laman web www.generasi-m.net. telah digodam (being hacked) secara habis-habisan. Hampir 99 peratus contentnya dimusnahkan oleh pihak yang tidak diketahui.

Hari ini, sahabat Razip yang berkenaan, memberitahu Kuda Kepang, kehilangan Razip dan Syeikh mungkin berkaitan.

Bagaimanapun, katanya, keluarga terdekat Syeikh dan Razip masih terus berusaha mencari kedua-duanya dan belum bersedia membuat laporan polis. – Ruhanie Ahmad.


‘Malaysia’ Merajuk
Kerana Takut ‘Toyol’?

Aduhai! Apa harus saya buat? ‘Malaysia’ dah merajuk dan mungkin tidak mengganggu lagi. Katanya, beliau takut saya gunakan khidmat toyol untuk mengesan dia.

Komen ‘Malaysia’ sepenuhnya ada dalam blog ini. Bacalah dan buatlah andaian sendiri mengenainya.

Apa pun, saya katakan di sini, toyol yang ditakuti oleh ‘Malaysia’ adalah ‘toyol’.

Maksudnya, ‘toyol’ itu adalah sahabat-sahabat saya yang tidak dikenali oleh ‘Malaysia’. Saya akan minta jasa baik mereka untuk membina profile ‘Malaysia’.

Jadi, apa nak merajuk dan takut? Saya bukannya pakar ilmu hitam atau kaki satet (perkataan Jawa, maksudnya santau).

‘Malaysia’ bebas melayarilah blog ini. Saya hanya minta kerjasama supaya ‘Malaysia’ menghormati komen dan buah fikiran pengunjung lain.

Wong Jowo ngomong, ajo wedi nek kito orah salah. Tapi, ojo sukak ngelabrak wong lain dak tentu pasal. Ojo mikir kito dewe seng pinter. Ojo pencilakan koyo gento.

Maksudnya: Kata orang Jawa, jangan takut kalau tak bersalah. Tapi, jangan balun orang lain tak tentu pasal. Jangan fikir kita sahaja yang bijak. Jangan penasaran seperti samseng.

So, Mr. ‘Malaysia’ whoever you are, please do visit Kuda Kepang at your own free will and free time. But, please, please do not hassle other visitors to this blog. Please maintain decorum.

As I had said in the earlier posting, I know who you are. I took the pain to find out because you are an extra ordinary visitor.

Lately, I keep records about you. Especially when most of the time, you always be the first person to comment over any posting that I made.

And, more often than not, you always want to be the last person who can have the last say over comments made by other visitors to this blog.

Saiki kepriyey? Seng wes lepas, yo wes. Seng ngesok yo ati-ati. Ojo sampey wong ngondo Kuda Kepang gunakey riko nggebelukki wong lain neng jero blog iki.

Maksudnya: Sekarang macam mana? Yang dah lepas, biarkanlah. Masa akan datang perlu kita berhati-hati. Jangan sampai orang menuduh Kuda Kepang mengupah anda untuk membalun lain-lain pengunjung ke blog ini.

OK ‘Malaysia’? Deal? Kita ikutilah apa lain-lain sahabat Kuda Kepang komen pasal anda. Kita halusilah komen-komen mereka.

After all, blogging is a new phenomena in our life. I may one day want to write a thesis about this! – Ruhanie Ahmad.

Thursday, December 21, 2006

Mengapakah ‘Malaysia’
Ganggu Kuda Kepang?

Saya amat hairan. Tukang komen tetap dalam blog ini, yang pakai topeng ‘Malaysia’, kenapa asyik ganggu lain-lain pengunjung Kuda Kepang? Dia ni siapa? Dia ni proksi siapa? Siapa tuan dia yang sebenar-benarnya?

Saya terpaksa mengemukakan soalan-soalan di atas kerana komen-komen ‘Malaysia’ bukannya mengenai isu yang saya poskan ke blog ini.

Sebaliknya, dia sentiasa berusaha mematahkan segala hujah dan komen lain-lain sahabat yang melayari blog ini. Dia taji orang sana. Dia cah orang sini. Perbuatan seperti ini adalah tidak wajar.

Saya dah tahu siapa dia ‘Malaysia’. Saya tahu dia kerja di mana? Tetapi, biarlah. Atas nama kebebasan, kita biarkan dia.

‘Toyol-toyol’ saya sedang menyiasat ‘Malaysia’ dengan lebih terperinci. Bila sampai masanya, dan jika didapati perlu, saya akan poskan identiti ‘Malaysia’ ke blog ini

Tapi, setelah meneliti blog-blog popular seperti blog sahabat saya Datuk A. Kadir Jasin dan Rocky Bru, saya dapati fenomena ‘Malaysia’ ini hanya wujud dalam blog Kuda Kepang.

Matlamat dia adalah untuk melencongkan sahabat-sahabat yang lain daripada memberikan komen secara ikhlas dan jujur terhadap isu yang saya ketengahkan.

Saya agak dia bertindak begitu kerana Kuda Kepang tambah popular dan berkesan. Maklumlah, cogankata blog ini adalah “berani, jujur, ikhlas.”

Oleh itu, saya memohon jutaan maaf kepada seluruh sahabat yang sentiasa mengunjungi blog ini. Kita biarkan sahaja ‘Malaysia’ dengan lagaknya. Kita biarkan dia. Biarkan!! Biarkan!!! – Ruhanie Ahmad.

Wednesday, December 20, 2006

RON Pasang Kaki Pukul
Hangatkan Kuda Kepang?

Saya ada tukang komen upahan? Sebab itukah sahabat saya Kluangman beranggapan saya menggunakan salah seorang pengunjung setia ke blog ini yang berselindung di sebalik nama samaran MALAYSIA, kononnya sebagai manusia yang saya upah untuk memanaskan blog ini?

Rasanya, tak payah kita gabrah atau melalut. Orang kampung kata, buat habis beras aje nak upah Malaysia memprovokasi pengunjung-pengunjung lain supaya blog ini jadi panas.

Secara ikhlas saya katakan, keseluruh tukang komen dalam blog ini adalah tetamu saya. Mereka berkunjung ke blog ini secara sukarela.

Bagaimanapun, sama-samalah kita akui bahawa sesuatu blog itu boleh jadi hangat dan panas kerana cerita-cerita yang diposkannya, kerana komen pengunjung-pengunjungnya, dan kerana keberanian bloggernya mengupas sesuatu isu yang relevan dengan tanahair tercinta ini.

Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, hari ini ranking kuda kepang adalah yang ketiga selepas Datuk A Kadir Jasin dan Rocky Bru.

Mengapa begitu? Saya tak tau. Saya hanya memulakan blogging Jun lalu. Tetapi, kalau betullah hari ini saya jatuh nombor tiga selepas Datuk Kadir dan Rocky, Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT!

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga etika masing-masing dalam memberikan komen atau mengulas sesuatu isu yang saya poskan.

Saya mengajak kita semua berbuat demikian kerana blog ini di baca oleh professional dari pelbagai kategori dan latarbelakang.

Saya juga dapat tau, blog ini di baca oleh mereka yang berkhidmat di Jabatan Peguan Negara, JPJ, Ketua-ketua Cawangan Khas Polis, pensyarah universiti dan juga sesetengah ahli politik terkemuka.

Apa pun, saya minta jutaan maaf kerana blog ini agak lembab sehari dua yang lalu. Ini kerana saya berada di JB untuk satu urusan peribadi.

OK. Cukuplah setakat ini. Saya tak mau Malaysia tuduh saya sebagai masuk bakul pikul sendiri! – Ruhanie Ahmad.

Sunday, December 17, 2006

Bush Hubungi PM
Bincang Pergolakan
Politik Lubnan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membincangkan perkembangan terbaru di Lubnan yang menghadapi masalah politik berikutan usaha pembangkang menjatuhkan pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Fuad Siniora.

Dalam perbualan mereka menerusi telefon itu, Bush menyatakan kebimbangan besar kepada Perdana Menteri terhadap dakwaan bahawa Iran dan Syria campur tangan di Lubnan, kata Rumah Putih, semalam.

“Presiden menyuarakan rasa bimbang berhubung campur tangan Iran dan Syria di Lubnan,” kata jurucakap Rumah Putih, Tony Fratto kepada wartawan di sini.

Ia berikutan tindakan pergerakan Hizbullah yang mendapat sokongan Syria dan Iran, mengadakan bantahan besar-besaran baru-baru ini bagi menuntut kerajaan Siniora bersetuju memberi hak bersuara lebih besar kepada masyarakat Syiah dan sekutu Kristiannya di Lubnan.

Katanya lagi, dua pemimpin itu turut membincangkan pelbagai perkara ini mengenai perkembangan di Asia Barat dan mengulangi komitmen mengambil langkah menggerakkan usaha keamanan antara Israel dan Palestin berdasarkan konsep dua negara berjiran yang demokratik.

Abdullah memberi pandangan selaku pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mempunyai 57 negara anggota.

Dua pemimpin itu juga membincangkan isu program nuklear Iran, kata Fratto tanpa memberi penerangan lebih jelas butir perbincangan.

Kesatuan Eropah (EU) turut dilaporkan menuduh Syria dan Iran menjejaskan kestabilan Asia Barat.

EU mendakwa, rantau itu tergugat kerana campur tangan Syria di Lubnan manakala Iran pula meneruskan program nuklear. – AFP/Reuters

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20061216110520/Article/
Tindakan Tegas
Pihak Cabul Kebebasan

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pemuda Barisan Nasional (BN) mahu kerajaan mengambil tindakan paling tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mencabul kebebasan kerana ia boleh mengakibatkan kesan paling buruk khususnya kepada perpaduan kaum di negara ini.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, kebebasan yang diberikan oleh kerajaan seharusnya digunakan dengan bijak tanpa dipengaruhi apa jua elemen negatif yang akhirnya boleh merugikan negara.

Sambil menyifatkan tahun 2006 sebagai tahun getir bagi BN, beliau tidak menolak kemungkinan kelompok seperti itu masih wujud dan mereka sentiasa mencari peluang untuk menimbulkan isu-isu bersifat melampau.

‘‘Dalam isu ini Pemuda BN menyokong penuh segala tindakan tegas kerajaan terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan nikmat kebebasan yang diberikan.

‘‘Melalui cara tersebut ia bukan sahaja dapat melindungi negara daripada masalah perkauman malah ia dapat melindungi pihak yang benar-benar menggunakan nikmat kebebasan ini dengan secara berhemah,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pergerakan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Khairy berkata, dalam era kepimpinan masa kini, kerajaan telah memberikan kebebasan yang lebih kepada rakyat dan seharusnya nikmat itu mereka pelihara.

‘‘Kita tidak mahu nikmat ini ditarik balik dan rakyat kembali kepada satu keadaan yang tidak bebas. Oleh itu peliharalah kebebasan ini dengan sebaik-baiknya dan jangan sesekali menguji kerajaan,’’ ujarnya.

Ditanya mengenai tahun 2006 yang dianggap tahun getir kepada BN, beliau berkata, banyak perkara yang berlaku pada tahun tersebut khususnya melibatkan isu agama dan perkauman.

Bagaimanapun katanya, setiap isu yang timbul itu berjaya diatasi dengan baik dan ia adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan semua parti komponen BN.

‘‘Inilah uniknya BN. Persepakatan yang telah dijalin buat sekian lama telah membuatkan apa jua isu yang timbul dapat diatasi dalam suasana kekeluargaan,’’ tambahnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
Jangan Lekeh-Lekehkan
Kuasa Di Hujung Benua
Oleh Ruhanie Ahmad

Tak lama lagi kemungkinan besar muncul sebuah buku yang agak kritikal dan panas. Ia karya seorang anak muda daripada Johor Bahru.

Tajuknya adalah Kuasa Di hujung Benua. Fokusnya adalah kersahan rakyat jelata, khususnya orang Melayu, di Negeri Johor, terhadap politik Malaysia.

Saya tanya sahabat saya yang menyediakan buku berkenaan, (namanya biar saya rahsiakan sehingga buku berkenaan diterbit, dicetak dan dijual) kenapakah jodolnya Kuasa Di hujung Benua?

Dia pun teruja. Dia meminta saya meneliti peta benua Asia. Dia meminta saya pastikan dimanakah letaknya Negeri Johor dalam peta itu.

“Bukankah Johor di hujung tanah besar benua Asia. Bukankah tanah besar benua Asia yang menjalar dari sempadan Eropah dan Afrika, berakhir di Negri Johor?” katanya lagi.
UMNO
Memang betul. Mungkin ramai di antara kita kurang menyedarinya. Negeri Johor memang wilayah tanah besar benua Asia yang berada di kedudukan paling selatan sekali. Maksudnya, Negeri Johor memang wilayah di hujung benua Asia.

Lantas, saya pun bertanya kepada sahabat saya, mengapakah bukunya bertajuk Kuasa Di hujung Benua? Tajuk itu agak aneh, tetapi, menarik.

Katanya, sejarah siasah UMNO bermula di Negri Johor. Orang-orang Melayu Batu Pahat menubuhkan UMO, atau United Malay Organisation, atau Pertubuhan Melayu Bersatu, di Kelab Batu Pahat, pada awal 1946.

Sesudah itu, UMO dibincangkan oleh Kongres Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada Mei 1946. Di kongres itulah UMO jadi UMNO. Perkataan N untuk Nasional, atau maksudnya Kebangsaan, dicadangkan oleh Pendeta Zaaba.

Lepas itu, UMNO dirasmikan kelahirannya di suatu majlis di Istana Besar Johor, Johor Bahru. Ibu Pejabat UMNO yang pertama pun di Johor Bahru.
Asas
Jadi, kata sahabat saya, tidak keterlaluan jika Negeri Johor jadi asas kuasa politik Malaysia moden, Negeri Johor jadi bumi kelahiran UMNO, Negeri Johor juga jadi kubu kuat UMNO hingga ke hari ini.

Oleh itu, katanya, semua pihak perlu menganalisa, kenapakah agaknya Persidangan Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar di adakan di Johor Bahru, dari 1 hingga 4 Disember 2006?

Katanya, semua pihak perlu bertanya, mengapakah Badan Perhubungan UMNO Johor, pimpinan Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, dengan kerjasama GAPENA, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Akademi Pengajian Melayu, menganjurkan persidangan itu setelah projek Jambatan Bengkok dibatalkan, setelah SJER atau WPI dilancarkan, dan setelah DYMM Sultan Johor baru-baru ini bertitah, supaya Tambak Johor dipecahkan dan digantikan dengan sebuah jambatan?

Pada waktu yang sama, katanya lagi, apa akan jadi kepada UMNO kalau semangat kebangsaan Melayu yang lahir pada 1946 jadi semakin luntur dan dilupakan?
Rapoh
Apa akan jadi, katanya lagi, kalau dalam pilihan raya umum akan datang ini, sokongan orang-orang UMNO Johor dan orang-orang Melayu Johor, di semua peringkat, jadi rapoh dan lemah?

Oleh itu, kata sahabat saya, janganlah ada pihak yang cuba nak lekeh-lekehkan “kuasa di hujung benua” ini.

Tambah beliau, belum terlewat kalau pucuk kepimpinan negara sudi mengkaji scara ikhlas dan serius segala bentuk keresahan politik Melayu di Negeri Johor pada hari ini.

Buku tulisan sahabat ini merupakan analisa berasaskan maklumat yang dikutip daripada arkib, media cetak, media elektronik, media on-line, buku-buku dan kertas kerja.

Dia sempat membacakan sinopsis buku berkenaan kepada saya, di Johor Bahru, minggu lalu. Sesudah itu dia memberikan huraian ringkas kepada beberapa bab yang tertentu.

Daripada sinopsis dan kupasan itu, saya dapati, sahabat saya juga menjadikan buku 70 Dalil Pak Lah Hilang Kelayakan Memimpin Negara, oleh Ahli UMNO Kedah, sebagai salah satu bahan rujukannya.

Saya jangkakan buku tersebut agak panas dan boleh meletup. Saya harap ia tidak akan dicetak-rompak seperti buku saya, Mahathir Menyinga, baru-baru ini.

Tuesday, December 12, 2006

Tuduhan Pentingkan Keluarga
Bertujuan Jatuhkan Saya
Kata Abdullah

BANGKOK, 12 Dis (Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tuduhan kononnya beliau melebihkan anggota keluarganya adalah satu daripada cara menjatuhkannya dan menghakis kewibawaan beliau.

Perdana Menteri berkata beliau sedar bahawa dakwaan kononnya beliau mengamalkan sikap nepotisme itu disebabkan oleh cara kepimpinannya yang membenarkan pihak lain mengulas dan mengkritik selain memberi banyak ruang untuk perbahasan dan perbincangan dalam media.

Dalam temu bual dengan Ketua Pengarang Bangkok Post, Pichai Chuensuksawadi, di Putrajaya baru-baru ini, Abdullah turut ditanya perasaannya mengenai dakwaan terhadap anaknya Kamaluddin, dan menantu beliau, Khairy Jamaluddin.

Abdullah berkata Kamaluddin bekerja di luar negara dan mendapat kontrak Petronas menerusi tender antarabangsa terbuka dan turut membeli beberapa syarikat yang dikehendakinya kerana kepakaran kejuruteraan dan kemampuan peralatan masing-masing.

“Dia tidak membentuk syarikat itu daripada asalnya, dia utamakan penggabungan dan pemilikan. Itulah cara perniagaannya. Walaupun ramai yang memintanya menjalin usaha sama dengan syarikat berkaitan kerajaan, dia jawab ‘Tidak, saya ada cukup wang, saya kaya,’” katanya.

Mengenai Khairy pula, Perdana Menteri berkata “orang tua itu” telah menjejaskan periuk nasi menantunya itu dan ini membuatkan beliau amat kecewa.

“Dia (Khairy) menjual sahamnya dalam ECM Libra (sebuah kumpulan perbankan pelaburan). Dia menjualnya pada harga yang merugikan. Sekarang dia terpaksa melangsaikan hutang,” kata Abdullah.

Beliau berkata bahawa semasa Khairy ditawarkan menyertai ECM Libra, pelbagai dakwaan dibuat terhadapnya agar dia digugurkan.

Abdullah berkata kebebasan bersuara tidak harus disalah guna untuk menyebarkan fitnah terhadap orang lain.

“Jika nak cakap yang benar, silakan. Jika mahu beritahu saya ada yang tidak kena, maka beritahu saya. Beritahu yang benar kepada kepimpinan. Saya berterima kasih kepada mereka yang menegur saya mengenai apa yang tidak kena,” katanya.

Abdullah juga mengulangi azamnya untuk memerangi rasuah yang merupakan sebahagian daripada agenda perubahan yang beliau perkenalkan semasa mengambil alih pentadbiran negara.

“Saya belum lupa perkara ini,” katanya.

Abdullah berkata seramai 300 pegawai pencegah rasuah telah dilantik bagi menyertai satu unit khas yang akan menjalankan siasatan tanpa menunggu laporan polis.

“Jika mereka sendiri menerima laporan atau mereka mengesyaki sesuatu, mereka boleh bertindak,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa pada masa ini lebih 100 kes sedang disiasat.

Abdullah berkata memang sukar untuk mendapatkan bukti kerana suspek semakin bijak dan mereka menyimpan wang di merata tempat seperti bank di Switzerland.

Mengenai langkah jangka panjang, Perdana Menteri berkata beliau memberi tumpuan kepada aspek pencegahan dengan menyemai nilai murni menerusi penubuhan Institut Integriti Malaysia.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=235866
Singapura Ghairah
Melabur di Malaysia
Cetus Tanda Tanya

Oleh Saad Hashim
Ampang, Selangor

Sesuatu yang menimbulkan tanda tanya dalam hubungan Malaysia dengan Singapura ialah keghairahan dana-dana pelaburan kerajaan republik itu untuk melabur dalam syarikat atau projek di Malaysia.

Terakhir kedengaran desas-desus Temasik Holdings hendak menyertai projek monorel di Johor dan Ahli Parlimen Johor Baru, Datuk Shahrir Samad, telah awal-awal lagi menyatakan tentangan beliau.

Temasek dilaporkan berminat dalam projek monorel itu menerusi syarikat miliknya, SMRT yang mengendalikan sistem tren bawah tanah di republik tersebut.

Seperti yang diketahui, Temasek dan syarikat-syarikat pelaburan milik Kerajaan Singapura dikatakan sudah pun memegang ekuiti dalam beberapa syarikat Malaysia.

Cambridge

Kita semua tahu bahawa pemimpin-pemimpin Singapura tidak pernah memandang tinggi terhadap kepimpinan Malaysia.

Maklumlah mereka berkelulusan kelas satu dari Oxford, Cambridge, Harvard, Yale, Princeton dan universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia.

Pendek kata, Singapura menganggap hanya dirinya mempunyai ‘minda kelas satu’ manakala Malaysia hanya punya ‘minda kelas kedua’.

Ini bermakna segala segi sektor pentadbiran di Malaysia, sama ada sektor awam mahu pun sektor swasta atau sektor korporat adalah berupa sistem pentadbiran kelas kedua atau sederhana dari kaca mata mereka.

Justeru, kenapa Temasik, Keppel dan dana-dana milik kerajaan Singapura sentiasa berminat hendak mencurahkan wangnya ke dalam syarikat-syarikat Malaysia?

Telus

Selalunya pengurus dana pelaburan akan melabur di tempat-tempat yang lebih terjamin di mana pengurusan dan keputusan adalah lebih telus dan bersandarkan naik turun pasaran global.

Di Malaysia, ada yang punya persepsi bahawa naik turun harga saham di Bursa Malaysia bukanlah benar-benar berasaskan sentimen pasaran atau saling pengaruh mempengaruhi dengan Hong Kong dan Tokyo atau Wall Street.

Tidak cukup dengan itu ada pula soal-soal perkauman yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Singapura. Contohnya, Lee Kuan Yew bekas Perdana Menteri yang sekarang bergelar Menteri Mentor, mendakwa Kerajaan Malaysia dan Indonesia meminggirkan rakyat Cina mereka yang katanya, amat rajin bekerja.

Soalnya dengan segala ‘kepincangan’ sistem di Malaysia ini, kenapa kerajaan Singapura masih ghairah hendak melabur di Malaysia? Kita boleh merumuskan pelbagai jawapan untuk soalan ini.

Korporat

Pertama, ia mungkin disebabkan kesimpulan bahawa berbanding dengan negara-negara jiran lain, pentadbiran dalam sektor korporat di Malaysia adalah jauh lebih baik dan telus ditambah pula dengan pertumbuhan ekonomi lebih 5 peratus.

Kedua, kita patut bimbang Malaysia ‘ditakluki’ menerusi sektor korporat.

Ini memang berlaku ke atas sesetengah negara termasuk beberapa negara Islam yang mana ekonominya banyak dikuasai oleh syarikat-syarikat kepunyaan rakyat Yahudi.

Amerika Syarikat sendiri dikatakan sudah menjadi ‘The New Jerusalem’ di mana hampir kesemua sektor ekonominya terletak di tangan rakyat Yahudi, secara terang-terangan atau menerusi pelbagai syarikat.

Yahudi

Begitu juga sektor industri bola sepak di England yang rata-ratanya dibolot oleh pelabur-pelabur Yahudi dari Amerika Syarikat, Rusia dan Eropah atau rakyat Yahudi British sendiri. Ini tidak disenangi oleh rakyat British bukan Yahudi sendiri.

Apa pun, dalam hubungan dengan Singapura yang dari dulu hingga sekarang masih penuh duri dan onak (umpamanya, soal harga air mentah yang tidak ada akhirnya) mungkin ada baik Malaysia merumuskan satu paradigma berlainan dalam soal hubungan ekonomi dengan Singapura.

Mungkin ada baiknya kalau kedua negara memeterai satu perjanjian di mana dana-dana pelaburan masing-masing tidak melabur di dalam syarikat-syarikat satu sama lain.

Ini disebabkan soal pelaburan ini lebih-lebih lagi oleh dana-dana milik kerajaan adalah sensitif kerana ia juga melibatkan penggabungan atau pemgambilalihan.

Temasek

Pendek kata, sudah terbukti pembelian ekuiti terbesar oleh Temasek terhadap Pantai Holdings malah pembelian banglo-banglo dan kondo-kondo mewah di Malaysia oleh rakyat Singapura patut dianggap sebagai satu perkara sensitif.

Amerika Syarikat sendiri yang mengamalkan apa yang dikatakan ekonomi bebas, baru-baru ini tidak membenarkan syarikat dari Dubai mengambilalih syarikat pengendalian pelabuhan di negara itu.

Beberapa tahun dulu syarikat pelaburan Kuwait diperintahkan mengurangkan saham miliknya dalam British Petroleum (BP).

Maknanya pembelian strategik dana kerajaan Singapura tidak sama dengan Sony membeli studio Columbia di Hollywood. Itu pun ramai rakyat Amerika tidak suka studio itu dikuasai oleh syarikat Jepun.

Lihat pula pembelian ekuiti besar oleh Temasek ke dalam Shincorp di Thailand yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawarta.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Komen:

Saudara Saad Hashim adalah salah seorang wartawan veteran yang pernah berkhidmat di The New Straits Times dan juga Berita Harian. Beliau pernah menjadi Ketua Biro NST di London pada tahun 1980-an.

Tulisan beliau seperti di atas mencerminkan keprihatinan serta kebimbangan sesetengah kalangan rakyat jelata Malaysia terhadap perkembangan mutakhir mengenai hubungan Malaysia dan Singapura.

Moga-moga kita semua, termasuklah kepimpinan kerajaan dan peneraju sektor korporat Malaysia, akan sensitif terhadap apa yang disuarakan oleh Saudara Saad seperti di atas.

Pendek kata, kita boleh jadi pemain global (global players), kita boleh mempunyai mindset yang internasional, kita boleh berurusniaga secara bebas, tetapi jangan lupa, musuh kita juga mungkin boleh menyelinap dan menawan kita menerusi kekuasaan ekonomi dan perniagaan di negara ini. Oleh itu, bertindaklah dengan penuh waspada dan bijaksana pada setiap masa. – Ruhanie Ahmad.
"Singapura Basis Israel Asia Tenggara"
Karya Rizki Ridyasmara.
Oleh Pejuang Bangsa

Saya amat prihatin terhadap perkembangan-perkembangan tertentu di Singapura. Keprihatinan ini kian meningkat sejak Amerika Syarikat (AS) membuka lawang ketiga bagi peperangan antiterorisme globalnya di Asia Tenggara mulai Januari 2002.

Kebelakangan ini, nampaknya bukan saya seorang yang prihatin terhadap perkembangan-perkembangan tertentu di Singapura. Ini termasuklah sebilangan pengunjung ke blog ini.

Lantaran itulah saya sering memuatkan kisah-kisah mengenai Singapura di blog ini. Contohnya, pada Sabtu, 9 Disember 2006, saya telah poskan ke blog ini satu item berita mengenai Singapura bertajuk SMRT Corp Dari S'pura, Sahkan Berminat Dengan Projek LRT JB.

Kerta Kebal

Pada Selasa 12 Disember, 2006 pula saya poskan empat item berita mengenai Singapura dengan tajuk-tajuk seperti berikut:

Dua Menteri Singapura Suarakan Keyakinan Terhadap Potensi Johor; Pemilikan Aset: Najib Mahu Singapura Bersikap Lebih Terbuka; Singapura Akan Beli 66 Kereta Kebal Leopard Baik Pulih Dari Jerman; dan Jangan Terima Tawaran Singapura.

Keseluruhan berita-berita itu saya hidangkan untuk ditafsir, dianalisa dan diinsafi oleh seluruh rakyat jelata Malaysia yang sentiasa memelihara kedaulatan negara tercinta yang merdeka ini.

Israel

Hari ini saya menerima satu komen yang agak menarik mengenai Singapura daripada salah seorang pengunjung blog ini yang menggunakan nama Pejuang Bangsa. Komennya adalah seperti berikut:

Saya rasa buku yang bertajuk Singapura Basis Israel Asia Tenggara oleh Rizki Ridyasmara, karya seorang penulis Indonesia dan diterbitkan oleh Khalifa, di Jakarta, merupakan sebuah buku yang hebat.

Pemimpin Malaysia wajar membaca buku ini supaya memahami “the grand plan” yang mungkin sedang dirancang oleh jirannya.

Selepas membaca enam siri pendedahan The Toyol Code, saya dapat rasakan sesuatu mungkin sedang dirancang oleh pakatan asing untuk menguasai Malaysia melalui jalan diplomasi yang halus.

Militer

Petikan daripada kulit belakang buku Singapura Basis Israel Asia Tenggara adalah seperti berikut:

Israel lebih hebat dibanding AS. Di Vietnam, AS mengirim 6000 penasihat militer membantu Presiden Ngo Dinh Diem dan gagal. Di Singapura, Israel hanya mengirim 18 perwira untuk membangun angkatan perang negara ini. Hasilnya fantastis. “Angkatan perang Singapura menjadi kekuatan militer yang tercanggih ...” Lee Kuan Yew, From Third World to First.

“Yang bisa membantu Singapura hanyalah Israel. Sebuah negara kecil yang dikepung oleh negara-negara Muslim..." Menteri Pertahanan Singapura, 1965.”

Buku di atas telah membuka mata ramai anak bangsa Indonesia untuk menhadapi ancaman Singapura. Segelintir pemimpin Singapura memang bersikap kiasu dan diselubungi perasaan takut untuk tinggal berjiran degan Malaysia dan Indonesia. Perasaan itu diciptanya sendiri.

Mimpi

Atas alasan itu, segelintir pemimpin Singapura dipercayai sentiasa menyiapsediakan pulau miliknya itu dengan apa sahaja kekuatan ketenteraan yang boleh menyelamatkan mimpi ngeri pemimpin-pemimpin berkenaan. Pemimpin-pemimpin itu dikatakan tidak percayakan jirannya.

Oleh itu, apakah tindakan kita? Haruskah kita senyap?

Kebelakangan ini, segelintir pemimpin Singapura tentunya tidak senang duduk, apabila Gabungan Acheh Merdeka (GAM) sudah mendapat hak untuk mentadbir Acheh sebagai suatu kuasa atanomi.

Acheh mempunyai kedudukan strategik dari segi ketenteraan. Sejarah kerajaan Melayu Johor-Acheh telah membuktikan kepentingan Acheh sebagai lokasi strategik ketenteraan bagi Asia Tenggara.

Acheh

Acheh yang terkenal sebagai Serambi Mekah di Indonesia, dikatakan menjadi igauan ngeri kepada Singapura. Jadi, apakah yang mungkin Singapura buat pada acheh nanti?

Kebarangkalian yang mungkin dilakukan oleh Singapura ialah, menuduh Acheh sebagai pusat latihan militan Asia Tenggara. Aktivis JI kononnya akan dikatakan sebagai bergiat aktif di Acheh.

Maka, Singapura mungkin menjemput kuasa-kuasa barat datang berkampung bagi melindungi kepentingan Singapura di rantau ini. Bolehkah ini terjadi? Ia adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku!

Komen

Rakyat Malaysia sentiasa dituntut supaya berbaik-baik dengan jiran tetangganya. Tetapi, kita juga mesti sentiasa berwaspada terhadap jiran seperti Singapura.

Oleh itu, fahamilah seluruh bentuk pencak silat mereka. Oleh itu, fahamilah seluruh derap langkah pencak silat mereka. Oleh itu, berwaspadalah. Biar putih tulang, jangan putih mata! – Ruhanie Ahmad
.
Dua Menteri Singapura
Suarakan Keyakinan
Terhadap Potensi Johor

JOHOR BAHARU, 11 Dis (Bernama) -- Dua menteri dari Singapura hari ini menyuarakan keyakinan mereka terhadap potensi besar negeri Johor untuk menarik perlaburan daripada negara republik itu, kata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan oleh kedua-dua menteri berkenaan dalam satu majlis penerangan mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang berlangsung hampir dua jam di Pulai Springs Resort, di sini.

Malaysia diwakili Abdul Ghani dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi manakala Singapura pula diwakili Menteri Pembangunan Nasional Singapura, Mah Bow Tan serta Menteri Industri Perdagangan Singapura, S. Iswaran, pada majlis itu.

"Pertemuan ini secara tidak formal antara saya, Datuk Seri Effendi dan dua menteri dari Singapura, (penerangan) mengenai pembangunan di WPI," katanya.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=235785

Komen:

Saya tidak akan membuat apa-apa komen mengenai berita di atas. Bagaimanapun, saya ulang siar di bawah ini item yang saya poskan di blog ini pada 7 Disember 2006 seperti berikut:

Pemilikan Aset:
Najib Mahu Singapura
Bersikap Lebih Terbuka

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kerajaan Singapura bersikap lebih terbuka bagi membolehkan lebih banyak syarikat Malaysia memiliki aset di republik itu.

Beliau berkata, aliran pelaburan dua hala yang saksama dan seimbang adalah untuk kepentingan bersama serta menguntungkan kedua-dua negara.

Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek di negara ini beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkata, aliran kemasukan pelaburan dari Singapura ternyata besar.

“Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia.

“Dari satu segi, kita memahami pemerolehan yang dikenal pasti adalah sukar untuk syarikat-syarikat Malaysia, mengambil kira struktur ekonomi Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Malaysia dan Singapura: Menyahut Cabaran Baru’ pada Persidangan Serantau London Business School (LBS) di sini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
S'pura Akan Beli
66 Kereta Kebal Leopard
Baik Pulih Dari Jerman

SINGAPURA, 11 Dis (Bernama) - Singapura akan membeli kereta kebal Leopard 2A4 dari Jerman dalam usaha mempertingkat keupayaan ketenteraan negara pulau ini.

Leopard 2A4, antara lain, dilengkapi meriam smothbore L44, 120mm, yang berupaya mengatasi semua kenderaan tempur perisai lain.

Kementerian Pertahanan Singapura berkata pihaknya dan Kementerian Pertahanan Persekutuan Jerman berhasrat mencapai persetujuan bagi penjualan kereta kebal itu dari Pasukan Bersenjata Jerman kepada Angkatan Tentera Singapura.

"Pakej pembelian mengandungi 66 kereta kebal Leopard 2A4 baik pulih bersama 30 kereta kebal simpanan dan kelengkapan sokongan. Latihan untuk kereta kebal Leopard akan disediakan oleh Tentera Jerman," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Leopard 2A4 seberat 55.15 tan itu mempunyai ciri-ciri perisai berlapis yang boleh melindungi serangan meriam kereta kebal, meriam kenderaan tempur perisai dan senjata anti-kereta kebal.

Dari segi mobiliti, Leopard 2A4 menggunakan enjin disel MTU MB 873 Ka-501 yang memberi kuasa 1500 hp, dengan kelajuan maksimum 72km sejam.

Konfigurasinya membolehkan ubahsuai untuk perkembangan masa depan.
Komen:

Waspadalah wahai Malaysia. Waspadalah wahai pemimpin Malaysia. Waspadalah wahai rakyat Malaysia. Berita di atas wajar mendorong kita semua untuk berfikiran analatikal. Berita di atas wajar mendorong kita semua sentiasa bersikap cemburu. Berita di atas wajar mendorong kita semua untuk sentiasa bersiap siaga. Berita di atas wajar mendorong kita semua bertindak secara bijaksana pada setiap masa. Hidup Malaysia! – Ruhanie Ahmad.
Jangan Terima
Tawaran Singapura

JOHOR BAHRU 10 Dis. – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad meminta kerajaan negeri menolak sebarang usaha oleh syarikat milik kerajaan Singapura (GLC Singapura) untuk membeli ekuiti dalam projek monorel yang akan dilaksanakan di bandar raya ini bernilai RM3 billion.

Katanya, Jalur Mudra Sdn. Bhd. (JMSB), syarikat tempatan yang telah diberikan kebenaran untuk menyiapkan projek tersebut, tidak harus memberi ruang kepada mana-mana GLC Singapura menyertai projek yang dikendalikannya.

‘‘Permintaan sedemikian tidak patut dilayan langsung kerana ia merupakan cadangan yang mengarut,” katanya di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Komen:

Syabas Datuk Shahrir. Inilah contoh pejuang bangsa yang sentiasa mempertahankan kedaulatan negaranya. Harap-harap, kenyataan ini akan terus Datuk Shahrir gemakan di Dewan Rakyat. Harap-harap, lebih ramai lagi pejuang bangsa seperti Datuk Shahrir. Harap-harap, Datuk Shahrir juga akan bertanya kepada pihak yang berkenaan, mengapakah Ketua Pakar Ekonomi Khazanah Nasional adalah warganegara Singapura? – Ruhanie Ahmad.

Sunday, December 10, 2006

Abdullah Dan Mahathir
Dua Pemimpin Unggul
- Agong

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, menyifatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Mahathir Mohamad sebagai dua pemimpin negara yang mempunyai personaliti dan keperibadian unggul.

Seri Paduka bertitah, ini diterjemahkan melalui kecemerlangan kepimpinan Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri itu.

"Kedua-duanya bijak dan berwawasan serta amat berdedikasi dan komited terhadap usaha untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan disegani berdasarkan acuan kita sendiri.

"Beta merasa amat bertuah berpeluang menerima khidmat daripada dua orang perdana menteri sepanjang tempoh perkhidmatan beta.

"Pengalaman menerima khidmat daripada Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyedarkan beta betapa bertuahnya negara ini dan rakyatnya," titah Seri Paduka pada majlis santapan negara sempena perpisahan baginda yang tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-12 berakhir pada Selasa ini.
…….. -- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=235444


Saturday, December 09, 2006

Takziah Buat Tun Mahathir
Daripada Melayu New York

Saya dan suami ucapkan salam takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, atas pemergiaan kakandanya, baru-baru ini.

We saw the photo and the story through Bernama web. So sad. And again, condolences from both of us and also a few Malaysian friends in New York to Tun Dr.Mahathir and families. – Nani.

SMRT Corp Dari S'pura
Sahkan Berminat
Dengan Projek LRT JB

SINGAPURA, 8 Dis (Bernama) - Pengendali pengangkutan awam Singapura SMRT Corporation (SMRT) telah mengesahkan bahawa ia berminat untuk mengambil bahagian dalam Projek LRT Johor Baharu yang dijadual akan dibina di Johor Selatan.

Syarikat itu bagaimanapun turut memberi penjelasan mengenai laporan-laporan akhbar yang tersiar di sini dan di Malaysia mengenai minatnya untuk membina penghubung antara Johor dan Singapura.

"Sekiranya ada cadangan untuk membina penghubung antara Johor dan Singapura, ia sepatutnya dibincangkan di peringkat kerajaan dengan kerajaan," kata SMRT dalam satu kenyataan lewat Khamis malam.

Syarikat itu bagaimanapun menambah bahawa: "Kami terbuka untuk menerima apa juga bentuk perkongsian dan sedang menunggu butiran terperinci projek daripada Jalur Muda Sdn Bhd (JM) untuk pertimbangan kami."

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=235124

Pemilikan Aset:
Najib Mahu Singapura
Bersikap Lebih Terbuka

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kerajaan Singapura bersikap lebih terbuka bagi membolehkan lebih banyak syarikat Malaysia memiliki aset di republik itu.

Beliau berkata, aliran pelaburan dua hala yang saksama dan seimbang adalah untuk kepentingan bersama serta menguntungkan kedua-dua negara.

Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek di negara ini beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkata, aliran kemasukan pelaburan dari Singapura ternyata besar.

“Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia.

“Dari satu segi, kita memahami pemerolehan yang dikenal pasti adalah sukar untuk syarikat-syarikat Malaysia, mengambil kira struktur ekonomi Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Malaysia dan Singapura: Menyahut Cabaran Baru’ pada Persidangan Serantau London Business School (LBS) di sini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Komen:
Saya ceduk kedua-dua item berita di atas buat rakyat Johor Darul Takzim The Great. Khususnya sahabat-sahabat saya yang menghadiri konvensyn Dato’ Onn, di Johor Bahru, baru-baru ini.

Kita semua terpesona dengan SJER atau WPI. Kata sesetengah orang Johor, kalau kita tak terpesona pun kita terpaksa kata yang kita terpesona. Kalau tidak, merana…

Tapi, cubalah sama-sama kita bayangkan. Syarikat-syarikat Malaysia punyalah susah nak masuk ke Singapura. Kalau mudah, takkan Datuk Seri Mohd. Najib cakap macam di atas.

Tapi, syarikat Singapura pula, macam lipas kudung. Semua projek di bumi kita yang bertuah ni dia orang nak kerumun, nak kebas, nak balun.

Oleh itu, sama-samalah kita memohon agar Allah SWT sentiasa menginsafkan kita semua supaya bijaksana, berhati-hati dan waspada dalam mengendalikan seluruh urusan kita dengan Singapura.

Jangan kita izinkan mana-mana pihak melukut di tepi gantang. Jangan kita relakan mana-mana pihak menangguk di air yang keruh. – Ruhanie Ahmad.

Thursday, December 07, 2006

BPR Perlu Siasat
Akaun Pengendalian Monsoon Cup
Harakahdaily

Badan Pencegah Rasuah (BPR) diminta menyiasat perjalanan pengendalian beberapa projek kerajaan negeri termasuk Monsoon Cup memandangkan wujud unsur-unsur yang meragukan dalam pengurusan kewangan projek-projek terbabit.

Bercakap kepada Harakah di kediamannya dekat Rusila, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, walaupun penganjuran Monsoon Cup menelan belanja ratusan juta ringgit, penyata pendapatan dan perbelanjaan program itu tidak pernah diaudit.
"Ini diakui sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2005 pada muka surat 35," ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah membentuk dua akaun amanah iaitu Akaun Amanah Program Penganjuran Monsoon Cup negeri Terengganu dan Amanah Projek Pembangunan Pulau Duyong pada awal September 2005 bertujuan mengakaunkan pembiayaan program Monsoon Cup yang diadakan setiap tahun.

Akaun Amanah Projek Pembangunan Pulau Duyong pula, jelasnya adalah untuk mengakaunkan perbelanjaan bagi projek pembangunan di Pulau Duyong.

"Kedua-dua akaun ini dikawal oleh Pegawai Kewangan Negeri dan sumber utama akaun ini adalah melalui peruntukan kerajaan Persekutuan. Kedua-dua akaun amanah perlu dikemukakan untuk diaudit tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun," ujarnya.

Bagaimanapun, jelas beliau, sehingga kini kedua-dua akaun amanah itu tidak dikemukakan untuk diaudit malah tidak semua perbelanjaan berkaitan diakaunkan terutamanya perbelanjaan yang dibuat di peringkat jabatan dan agensi negeri.

http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=1177

Dalam satu persidangan di Kuala Lumpur semalam, salah seorang anggota panel bertanya, mengapakah PAS atau DAP tidak pernah bersuara langsung mengnai perkara di atas?

Dia juga mendakwa bahawa perbelanjaan untuk Monsoon Cup di Terengganu yang beratus juta ringgit itu kononnya tidak mendapat kelulusan kabinet kerajaan persekutuan.

Adakah tuduhan sedemikian benar? Kalau benar, apakah BPR akan menyiasat kes berkenaan secara rapi dan segera? – Ruhanie Ahmad.

Wednesday, December 06, 2006

Bila Bloggers Naik Pengaruh
Kredibaliti Siapa Kian Luruh?
Oleh Ruhanie Ahmad

Tak sudah-sudah. Lepas satu, satu lagi. Lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Lim Kheng Yaik. Lepas itu Datuk Shahziman Abu Mansor. Kemudiannya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Beliau diikuti oleh Datuk Kong Cho Ha. Terbaru sekali, Datuk Zainuddin Maidin.

Kesemua anggota kerajaan yang tersenarai di atas memperkatakan pasal bloggers di Malaysia. Ada yang mengeluarkan amaran. Ada yang menuduh bloggers tempatan sebagai penembak curi. Ada yang menganggap bloggers sebagai penyebar fitnah. Ada yang nak lesenkan bloggers. Ada yang menuduh bloggers mencari populariti dan untung jangka pendek.

Kenyataan dan tuduhan mereka terlalu melulu. Ada yang mengandungi ugutan. Ada yang mengelirukan. Tidak kurang pula yang mencerminkan kecetekan maklumat latarbelakang mengenai bloggers secara umumnya.

Kenapa jadi begini? Kerana bloggers di Malaysia kian meningkat pengaruhnya? Kerana majoriti generasi maya lebih yakin kepada blog berbanding akhbar-akhbar perdana? Kerana pihak pemerintah gagal menguasai republik elektronik yang memberikan ruang kepada kewujudan bloggers di alam maya?

Fenomena

Saya sudah banyak kali cadangkan supaya pihak pemerintah mengkaji femomena bloggers ini untuk mempastikan kesan dan implikasinya kepada kewartawanan tradisional mutakhir ini.

Saya kemukakan cadangan tersebut untuk membolehkan pihak pemerintah mengambil manfaat daripada kebangkitan bloggers secara global dan lokal, khususnya dalam konteks penyebaran maklumat ke arah pembinaan generasi dan negara.

Saya juga mencadangkan pihak pemerintah bersikap positif terhadap news bloggers di Malaysia. Lebih-lebih lagi bila beberapa nama besar dalam kewartawanan tanahair kini sudah mula jadi bloggers.

Kelompok wartawan di atas tidak jadi bloggers kerana mereka mahu bermusuhan dengan sesiapa. Mereka juga tidak jadi bloggers atas motivasi kewangan atau pun pangkat.

Kumpulan wartawan di atas bertindak menurut naluri dan rasa hati masing-masing. Mereka tidak bertindak secara bersepadu. Mereka bangkit secara spontan.

Abadi

Bagaimanapun, niat dan hasrat mereka adalah murni dan abadi. Mereka jadi bloggers dengan hasrat dan niat yang sama. Iaitu demi agama, bangsa dan negara.

Keikhlasan kumpulan wartawan besar yang jadi bloggers ini amat jelas. Mereka berjuang dengan menggunakan mata pena mereka secara tegas dan berani.

Isu-isu yang mereka tulis, ulas dan perjuangkan adalah benar. Bukannya gimik, fitnah atau rekaan. Kalau ada yang menulis mengenai operasi “deep throat” umpamanya, isu itu pastinya benar. Kalau ada yang menulis pasal “The Toyol Code” isu itu juga bukan gimik dan rekaan.

Jadi, tidak wajarlah untuk mana-mana pihak cuba memperkecil, memperbodoh atau pun memperlekehkan bloggers kategori ini. Pengalaman mereka luas. Rangkaian maklumat mereka juga menyeluruh dan tinggi.

Kelompok wartawan-bloggers ini bertindak sesuai dengan tuntutan zaman dan kebangkitan teknologi. Secara kolektif, kini mereka mempunyai audiens harian yang beratus-ratus ribu ramainya.

Diperangi

Jadi, adakah fenomena seperti ini mahu dipandang sepi atau diperangi oleh pihak pemerintah? Atau, tidakkah lebih bermanfaat kalau fenomena seperti ini ditangani secara mesra dan positif?

Terserahlah kepada pihak pemerintah untuk bertindak. Tetapi, yakinlah, pihak pemerintah lebih banyak kerugian jika pilihannya adalah enggan bermesra dengan bloggres yang mengamalkan kewartawanan rakyat.

Ini kerana kewartawanan jenis inilah alternatif semasa yang paling popular dan berkesan. Kewartawanan jenis inilah juga yang sedang menerima keyakinan majoriti warga maya!

Jadi, mahukah pihak pemerintah melihat news bloggers di Malaysia kian berpengaruh, sementara pihak yang mengamalkan kewartawanan tradisional, termasuk media perdana, semakin luruh pengaruh dan masa depannya?

Bagaimanapun, biar pilihan mana sekali pun yang akan diambil oleh pihak pemerintah, kita mestilah akui bahawa news blogging adalah satu bentuk demokrasi yang baru. Ia membolehkan rakyat jelata bersuara menerusi internet. Ia menjadi saluran kepada keresahan rakyat. Ia menjadi lidah kepada kekcewaan rakyat. Ia menjadi medan kepada rakyat meluahkan perasaan secara tulus dan ikhlas.


Tuesday, December 05, 2006

Etika Kewartawanan
Bloggers dan Internet
Oleh Ruhanie Ahmad

Bloggers di Malaysia kini jadi kumpulan insan penuh kontroversi. Hakikatnya begitu kerana ada pihak menyifatkan semua bloggers sebagai pengamal “citizen journalism.” Hakikatnya juga demikian kerana sesetengah pemimpin kerajaan dan parti pemerintah nampaknya terlalu prejudis terhadap seluruh pengamal kewartawanan rakyat di negara ini.

Contohnya adalah Datuk Zainuddin Maidin dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Mereka telah membuat kenyataan-kenyataan yang agak semberono mengenai bloggers di Malaysia.

Mereka bertindak demikian kerana mereka anggap semua bloggers di Malaysia adalah pengamal kewartawanan rakyat. Mereka juga bertindak begitu kerana mereka prejudis bahawa semua bloggers di Malaysia adalah penyebar fitnah.

Oleh itu, wajarlah Menteri Penerangan dan Timbalannya ini memahami soal bloggers di Malaysia dengan lebih mendalam. Ini akan mengelakkan mereka membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan, dan mungkin juga melucukan, mengenai bloggers di negara ini.

Dengan cara ini, Menteri Penerangan dan Timbalannya akan insaf bahawa bloggers mempunyai banyak kategori. Bukan kesemuanya mengamalkan citizen journalism yang memerlukan ilmu, kemahiran serta etika kewartawanan.

Dengan cara berkenaan juga, kedua-duanya akan berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengatakan maklumat yang disebar oleh bloggers kononnya belum pasti kebenarannya, atau bloggers adalah penyebar fitnah.

Secara ringkas, saya harap Datuk Zainuddin dan Datuk Ahmad Zahid sudi merujuk kepada maklumat mengenai bloggers di Malaysia yang dipaparkan oleh www.malaysia-today.net dan akhbar The Star 30 November 2006.

Maklumat

Antaranya, maklumat itu menyatakan bahawa 64% bloggers di Malaysia adalah wanita. Dan, 74% daripadanya adalah dalam lingkungan umur 25 tahun ke bawah.

Maklumat di atas adalah hasil kajian online membabitkan lebih 25000 pelawat ke portal Microsoft MSN sepanjang Ogos dan September 2006, yang dijalankan di Hong Kong, India, South Korea, Malaysia, Singapore, Taiwan dan Thailand.

Kajian itu mendapati 56% rakyat Malaysia jadi bloggers untuk menyatakan pandangan masing-masing, sementara 49% jadi bloggers untuk memanjangkan silaturrahim dengan keluarga dan sahabat handai.

Sejumlah 34% daripada bloggers di Malaysia sekadar mahu mewujudkan ruang istimewa untuk dirinya di alam maya. Hanya kira-kira 3% sahaja bloggers di Malaysia adalah pengamal kewartawanan masyarakat.

Fitnah

Dari maklumat di atas, pastinya Datuk Zainuddin jelas terkeliru bila beliau beranggapan bahawa semua bloggers di Malaysia adalah pengamal kewartawanan rakyat.

Dari maklumat di atas juga, Datuk Ahmad Zahid pastinya jelas terlajak cakap bila beliau menyatakan bahawa pelbagai maklumat yang disebarkan oleh media alternatif seperti internet, belum pasti tepat dan benar.

Oleh itu, Datuk Zainuddin dan Datuk Ahmad Zahid wajar bertindak secara khusus. Mereka wajar mengatakan bahawa bloggers Malaysia yang jadi sasaran mereka adalah bloggers yang mengamalkan kewartawanan masyarakat.

Mereka juga kena insaf bahawa bloggers yang mengamalkan kewartawanan masyarakat ini pula hanya kira-kira tiga peratus sahaja daripada keseluruhan bloggers di negara ini.

Perdana

Dari kalangan bloggers yang tiga peratus ini pula hanya segelintir sahaja yang pernah berkhidmat dengan akhbar-akhbar perdana Malaysia.

Antaranya adalah Datuk A Kadir Jasin, Datuk Ahmad Rejal Arbee, Saudara Ahirudin bin Attan, Saudara Rosli Ismail dan saya sendiri.

Kami semua menulis secara telus. Kami guna nama kami yang sebenar-sebenarnya. Kami juga bertanggungjawab di atas apa yang kami tulis.

Pada waktu yang sama, terdapat penyumbang kepada blog-blog tertentu, seperti Saudara S. H. Alattas dan Saudari Norzah Haji Kepol di http://www.agendadaily.net/. dan Saudara Mohd. Sayuti Omar di http://www.malaysia-today.net. Seterusnya terdapat beberapa professional seperti Bakri Musa dan lain-lainnya.

Jadi, Datuk Zainuddin perlu menyatakan, adakah kumpulan pengamal kewartawanan masyarakat seperti di atas “yang mencari populariti dan keuntungan jangka pendek”?

Beliau perlu jelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, populariti apa dan keuntungan jangka pendek apakah yang mahu dikaut oleh bloggers di atas.

Popular

Kalau tidak kenyataan Datuk Zainuddin itu boleh menimbulkan implikasi kononnya bloggers yang tersenarai di atas adalah kumpulan opportunis.

Implikasi ini negatif dan bertentangan dengan realiti sebenarnya. Ini kerana kseluruhan nama-nama di atas jadi bloggers demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

Bukankah nama-nama di atas sebenarnya memang sudah cukup popular sebelum mereka menerokai kewartawanan masyarakat di blog-blog tertentu mutakhir ini?

Pada waktu yang sama, adakah golongan di atas juga yang jadi sasaran Datuk Ahmad Zahid supaya mempunyai etika kewartawanan dan sentiasa bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing?

Datuk Zainuddin baru sahaja dinobatkan sebagai tokoh wartawan negara. Datuk Ahmad Zahid pula mempunyai ijazah tinggi di bidang komunikasi.

Oleh itu, kedua-duanya wajar jelas dengan kenyataan masing-masing. Kalau tidak, nanti banyak pihak akan jadi sinis terhadap Menteri Penerangan dan Timbalannya.

Kredibaliti

Saya meminta jasa baik kedua-dua sahabat saya ini supaya berbuat demikian kerana nama-nama bloggers seperti di atas yang kini mengamalkan kewartawanan masyarakat di Malaysia adalah mereka yang mempunyai kredibaliti.

Nama-nama yang saya sebutkan di atas juga pernah memimpin akhbar Perdana dan ada juga yang sedang memimpin beberapa akhbar kecil, tetapi bertanggungjawab.

Jadi, adakah kumpulan seperti ini jahil, tidak memahami, dan tidak mengamalkan etika kewartawanan?

Tidakkah populariti serta kredibaliti nama-nama berkenaan kebelakangan ini yang menyebabkan ssetengah pihak jadi cemas dan lemas?

Tidakkah tulisan mereka menerusi blog-blog tertentu yang kini seolah-olah menghakis populariti akhbar perdana Malaysia?

Bimbang

Oleh itu, Datuk Zainuddin dan Datuk Ahmad Zahid wajar memanggil nama-nama yang tersenarai di atas untuk mengatasi masalah segelintir pengamal kewartawanan masyarakat di Malaysia mutakhir yang mungkin melulu, semberono, keterlaluan dan ekstrim dalam penulisan mereka.

Tugas ini patut dilakukan oleh Datuk Seri Lim Kheng Yeik. Tetapi, Datuk Zainuddin dan Datuk Ahmad Zahid adalah lebih relevan dan lebih berkesan untuk menagnagi soal kemungkinan keterlanjuran dan ekstremisme ini.

Datuk Zainuddin dan Datuk Ahmad Zahid juga wajar memanggil seluruh bloggers yang jadi pengamal kewartawanan masyarakat di Malaysia untuk sessi percambahan minda berkaitan isu-isu tertentu.

Ini kerana pendekatan hostile terhadap segelintir bloggers terbabit mungkin boleh menyebabkan mereka jadi kumpulan penentang atau kumpulan pendesak yang ekstrim.

Saya yakin pendekatan mesra seperti ini akan membolehkan kerajaan memelihara kesejahteraan kewartawanan masyarakat di internet tanpa menjejaskan bill of guarantee MSC atau pun meminda undang-undang yang wujud pada hari ini.

Saturday, December 02, 2006

Lanjutan Isu Kenyataan
Datuk Mukhriz Mahathir:

Presiden UMNO
Sedia Jumpa Mukhriz

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau sedia berjumpa Datuk Mukhriz Mahathir berhubung kenyataan Exco Pemuda UMNO itu yang memperlekehkan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Perdana Menteri menjelaskan, beliau akan memberi kerjasama kepada Pergerakan Pemuda UMNO yang sedang mengatur pertemuan tersebut.

“Terserah kepada Pemuda apa yang mereka nak laksanakan, dan saya bersedia memberi kerjasama saya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Datuk Onn, Ibu Pejabat UMNO di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Do You Want
Pondan Tuan?
By Pakbelalang

Aussie PM On Three-Day Visit To Malaysia From Wednesday

KUALA LUMPUR, Nov 28 (Bernama) -- Australian Prime Minister John Howard will make a three-day visit to Malaysia from Wednesday aimed at enhancing bilateral ties between the two countries.

It is to reciprocate the visit by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in April last year, Wisma Putra said in a statement Monday.

comment:

Yeah, yeah, yeah!! The sheriff of Asia is in town !! Welcome, Tuan !! Everything is OK here, Tuan!! No nuclear bomb and no terrorist, in our country Tuan !! You can report to Chief Sheriff Bush, Tuan!! Hee, hee, heee !!! So what now you want from us, Tuan ? You want PONDAN, Tuan. I can find you the best in town,Tuan !!

Pakbelalang was my junior in High School Muar and also Uitm (during my time it was known as ITM). He is now a pensioner. I hope he will gather many more Maracongs (this word was popular to ITM students in the late 60s because most of us really appreciated the vietcongs who crushed the GIs in the Vietnam War) to visit this blog. – Ruhanie Ahmad.
Kenapakah RTM Blackout
People’s Power Di Lubnan?

Pada 1hb. Disember 2006, kira-kira 800,000 rakyat Lubnan berdemonstrasi di Beirut. Mereka menggesa Perdana Menterinya, Fuad Siniora, supaya segera meletakkan jawatan.

Saya menyaksikan peristiwa di atas menerusi siaran langsung dari saluran CNN, BBC, dan juga Aljazeera.

Saya lihat bagaimana rakyat Lubnan, tanpa mengira agama, bersatupadu menentang Perdana Mnterinya yang kononnya pro-Amerika Syarikat.

Gelombang merah daripada kibaran ratusan ribu bendera Lubnan oleh para pendemonstrasi membuatkan sesiapa sahaja yang menyaksikan peristiwa itu naik semangat nasionalisme dan patriotismenya.

Malangnya, saya begitu hampa bila saya gagal menonton peristiwa di Lubnan itu menerusi program Dunia Hari Ini, RTM Satu, pada jam 11 malam, 1hb. Disember 2006.

Apa dah jadi? Kenapakah RTM langsung tidak menyiarkan klip video yang menunjukkan ratusan ribu rakyat Lubnan yang berdemontarasi secara aman?

Sebaliknya, mengapakah RTM hanya menyiarkan klip video yang menunjukkan kesiagaan bala tentera Lubnan dengan kereta kebal yang berderet-deret atau pun senapang yang sentiasa terhunus di tangan?

Saya setengah tak percaya dengan apa yang ditayangkan oleh RTM. Saya tertanya-tanya, mengapa? Mengapa?

Isteri saya pula mengomel sendirian. Dia juga bertanya kepada dirinya sendiri, apa yang menyebabkan RTM tidak menayangkan klip video yang menunjukkan pople’s power di Lubnan itu? Kenapa ya? Kenapa? – Ruhanie Ahmad.

Friday, December 01, 2006

Malaysia Punya Peranan Penting
Promosi Islam, Kata Howard

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Malaysia, selaku contoh sebuah negara Islam yang sederhana, konstruktif dan kompetitif, mempunyai peranan yang amat penting untuk dilaksanakan dalam menggalakkan pemahaman yang lebih baik terhadap Islam dan kepentingannya, kata Perdana Menteri Australia John Howard.

Beliau berkata hakikat ini malah lebih penting pada masa ini memandangkan masyarakat dunia mempunyai pandangan yang berbeza terhadap Islam dan kepentingannya.

"Kita sebagai sebuah masyarakat dan penduduk dunia akan membayar harga yang amat mahal jika kita tidak memahami persamaan yang kita ada.

"Itulah pelajaran yang perlu kita hayati dan amalkan dalam hubungan kita antara satu dengan lain," katanya pada majlis jamuan rasmi sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Malaysia.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=233612

Hai. Lucu betul. John Howard kata Malaysia “mempunyai peranan yang amat penting untuk dilaksanakan dalam menggalakkan pemahaman yang lebih baik terhadap Islam dan kepentingannya.”

Kita semua kenal siapa Howard. Negaranya menghantar bala tentranya membantu Amerika Syarikat dan Britain melanggar Iraq pada 2003.

Akibatnya, hingga kini rakyat Iraq porak peranda. Ratusan ribu telah mati akibat ledakan senjata api. Ratusan ribu lagi hidup sengsara. Ada yang mengidap penyakit kronik dan kanser akibat depleted uranium yang terkandung dalam bom-bom yang diledakkan ke bumi Iraq.

Ini bermakna Howard adalah salah seorang pemimpin dunia yang bertanggungjawab menghancur-leburkan Iraq, membunuh rakyat jelata Iraq menerusi peperangan, dan mensengsarakan rakyat jelata Iraq menerusi adu-dombaaan puak syiah dan sunni pada ketika ini.
Berasaskan rekod seperti di atas, siapakah Howard untuk mengatakan Malaysia mempunyai peranan penting untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik terhadap Islam dan kepentingannya?

Jadi, sementara Malaysia mahu mengintimkan hubungan diplomatik dan enokominya dengan Australia, salahkah kalau Malaysia juga bertegas untuk menggesa Howard mengundurkan bala tenteranya daripada bumi Iraq dengan seberapa segera? Salahkah Malaysia berbuat demikian, khususnya bila Malaysia adalah Pengerusi OIC? – Ruhanie Ahmad.
Lanjutan Isu Kenyataan
Datuk Mukhriz Mahathir:

Pemuda Umno Terima Penjelasan
Dan Permohonan Maaf Mukhriz

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Pemuda Umno menerima permohonan maaf Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan pergerakan itu, Datuk Mukhriz Mahathir setelah berpuas hati dengan penjelasan beliau berhubung kenyataannya mengenai Ucapan Dasar Presiden semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Ketua pergerakan itu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata keputusan sebulat suara anggota Exco pergerakan itu dibuat atas semangat "bersama" dan berharap agar ia akan menjadi satu pengajaran.

"Penjelasan itu telahpun diberikan termasuk memohon maaf di atas apa yang berlaku dan kita sedar bahawa apa yang berlaku salah tetap salah.

"(Bagaimanapun) Exco pemuda kita dapat menerima penjelasan itu dan jelas bahawa yang telah diluahkan oleh Datuk Mukhriz, kita menerimanya dengan hati terbuka dan ini sedikit sebanyak merupakan satu kebijaksanaan dalam memastikan bahawa barisan kita terus mantap," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di sini hari ini.

Hishamuddin berkata pada mesyuarat itu Pemuda juga memutuskan supaya Mukhriz bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno bagi memberikan penjelasan berhubung isu itu.

"Tarikh perjumpaan bagaimanapun belum ditetapkan kerana ia bergantung kepada kelapangan masa Perdana Menteri," katanya sambil menjelaskan perbincangan berhubung isu itu dibuat dalam suasana tenang dan matang.

Ditanya mengenai kandungan penjelasan Mukhriz, Hishamuddin berkata ia tidak perlu dihebahkan kerana yang penting ialah penjelasan itu diterima anggota Exco Pemuda.

Bagaimanapun, katanya amaran keras telahpun diberikan kepada Mukhriz supaya tidak mengulangi perkara sama.

"Bagi saya ini merupakan satu amaran yang tegas dan amaran yang sekeras-kerasnya kepada Datuk Mukhriz dan rakan-rakan kita yang lain supaya jangan sekali-kali mengulangi perkara seperti ini kerana kita telahpun membuat percaturan yang begitu besar kepada pergerakan kita," tegasnya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=233579

Thursday, November 30, 2006

Betulkah Khairy Jamaluddin
Punca Masalah Dalam Umno?

Kebelakangan ini saya menerima macam-macam e-mail daripada pengunjung blog ini. Apa yang membimbangkan saya ialah majoriti kandungan e-mail tersebut membayangkan keresahan sesetengah golongan rakyat akar umbi terhadap pucuk kepimpinan hari ini.

Keresahan ini pula rata-ratanya berpunca daripada persepsi umum kononnya Datuk Seri Abdullah Ahmad dimanipulasikan oleh segolongan individu di sekelilingnya.

Individu yang sering dijadikan sasaran utama persepsi umum ini adalah Khairy Jamaluddin – Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia merangkap anak menantu Datuk Seri Abdullah.

E-mail di bawah ini adalah antara contohnya. Pengirimnya menggunakan nama sebenar. Tetapi, saya hanya gunakan singkatan namanya sahaja dalam blog ini. E-mailnya adalah seperti berikut:

“KJ adalah punca perpecahan di kalangan orang Umno. Dia aktif untuk menanamkan kebencian orang Melayu terhadap Umno.

Dengan itu, ramai ahli Umno telah menyertai parti pembangkang, terutama sekali Keadilan.

KJ juga memainkan peranan melemahkan Umno. Sebab itu dia mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dan menyerang mantan Perdana Menteri.

Ini dia lakukan untuk menanamkam kebencian ahli-ahli Umno terhadap Umno. Tindakan ini dilakukannya dengan begitu teliti sehingga tidak di sedari oleh ahli-ahli Umno.

Kenapa KJ menghentam Tun Dr. Mahathir Mohamad? KJ berbuat begitu kerana dia sedar orang-orang Umno kebanyakkannya menghormati Tun Dr. Mahathir.

Dengan itu, dia terus menerus menggunakan konco-konconya untuk mengutuk Tun Dr. Mahathir supaya kebanyakkan ahli Umno benci dan muak dengan tindakan seperti itu.

Bila tahap kemarahan ahli-ahli Umno terlampau tinggi, maka jalan yang merka ambil ialah menjadi ahli pembangkang.

Oleh itu, ahli-ahli Umno harus sedar dengan perilaku KJ ini. Mereka harus menolak KJ dan bukannya keluar dari Umno.” - ZN

Demikianlah persepsi ZN terhadap Khairy. Berasaskan lain-lain komen dalam blog ini dan juga berasaskan beberapa e-mail yang saya terima, persepsi seperti di atas nampaknya sedang merebak luas di kalangan rakyat akar umbi, khususnya golongan professional.
Jadi, janganlah persepsi seperti di atas dipandang remeh. Gunakanlah kebijaksanaan kepimpinan kita di semua peringkat untuk mengatasi persepsi negatif seperti di atas dengan segera dan berkesan. – Ruhanie Ahmad.

Wednesday, November 29, 2006

Terus Terang Akui
Kelemahan Yang Wujud
Kata Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Organisasi mahupun individu dalam perkhidmatan awam perlu mengamalkan sikap berterus terang dalam mengakui apa juga kelemahan serta kesilapan yang wujud, dan harus sentiasa mengambil langkah untuk memperbaiki dan membetulkan kelemahan tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata dalam konteks ini mereka tidak harus berada dalam keadaan "self denial".

Katanya usaha-usaha penambahbaikan perkhidmatan awam perlu menjadi gerakan berterusan bagi memastikan Malaysia terus dan mampu berdaya saing dalam dunia yang penuh dengan cabaran pada hari ini.

"Yang salah kita betulkan, yang tidak elok kita elokkan... itulah cara kita. Semua yang kita lakukan yang baik mesti menjadi terbaik," katanya semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam 2006 di sini Selasa malam.

Abdullah berkata usaha membaiki sektor perkhidmatan awam bukanlah perkara baru dalam negara, tapi sudah bermula sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein lagi.

Namun menurutnya sampai hari ini rakyat masih memandang atau mempunyai persepsi negatif terutama mengenai sistem penyampaian perkhidmatan awam, dan persepsi ini perlu diubah.

"Mungkinkah kerana perbuatan sebilangan kecil yang bersalah yang menjadi tajuk berita yang menggemparkan dan membuat kesimpulan (pandangan negatif mengenai keseluruhan sektor awam)... Sebenarnya rosak susu sebelanga kerana nila setitik. Sebenarnya oleh kerana kumpulan kecil seorang dua, timbul banyak masalah kepada ramai orang," katanya.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=233105

Kenyataan di atas cukup bermakna. Syabas. Bagaimanapun, relevankah kalau Datuk Seri Abdullah dapat mengaplikasikan hakikat "yang salah kita betulkan, yang tidak elok kita elokkan” seperti yang ditegaskan di atas kepada Umno mutakhir ini? – Ruhanie Ahmad.

Umno Akan Panggil Pembahas
- Najib

PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa pengurusan Umno, sebagai satu langkah proaktif, akan memanggil dalam sehari dua ini beberapa anggota perwakilan parti yang ucapan mereka pada perhimpunan agung Umno lepas, telah menyentuh perkara sensitif.

Timbalan Perdana Menteri berkata polis setakat ini tidak pernah berhubungan dengan ibupejabat Umno mengenai perkara itu.

"Jawatankuasa pengurusan parti akan memanggil mereka dan membuat keputusan yang difikirkan wajar," kata Najib pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan mengenai Kerajaan Tempatan di sini Selasa.

Beliau berkata Umno sedar bahawa terdapat undang-undang di negara ini yang harus dipatuhi oleh para pembahas itu.

"Umno akan bertindak proaktif dan kami akan memanggil mereka dalam beberapa hari ini," katanya.

Mengenai lawatan Pemerintah Tentera Thai Jeneral Sonthi Boonyaratkalin yang mengetuai rampasan kuasa pada September lepas, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata: "Beliau hendak menemui saya, maka saya akan berjumpa dengan beliau."

"Terdapat beberapa isu yang mungkin berkaitan dengan selatan Thailand (yang akan dibincangkan)," katanya merujuk kepada wilayah yang diduduki kebanyakan penduduk Islam Thailand yang dilanda keganasan setelah sekian lama.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=232980

Apa dah jadi ni? Kenapakah rumah dah siap, tapi pahat terus berbunyi? Kenapakah Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2006 sudah berlalu, tapi kecohnya masih berlarutan? Perkembangan seperti ini tak pernah berlaku sebelum ini. Kenapa ya? – Ruhanie Ahmad.
Pemilikan Aset:
Najib Mahu Singapura
Bersikap Lebih Terbuka

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kerajaan Singapura bersikap lebih terbuka bagi membolehkan lebih banyak syarikat Malaysia memiliki aset di republik itu.

Beliau berkata, aliran pelaburan dua hala yang saksama dan seimbang adalah untuk kepentingan bersama serta menguntungkan kedua-dua negara.

Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek di negara ini beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkata, aliran kemasukan pelaburan dari Singapura ternyata besar.

“Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia.

“Dari satu segi, kita memahami pemerolehan yang dikenal pasti adalah sukar untuk syarikat-syarikat Malaysia, mengambil kira struktur ekonomi Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Malaysia dan Singapura: Menyahut Cabaran Baru’ pada Persidangan Serantau London Business School (LBS) di sini hari ini.

Najib berkata, landskap ekonomi global kini menjadi lebih kompetitif dan memerlukan kedua-dua negara untuk bekerjasama.

Dalam hal ini, katanya, dengan perkongsian dan kerjasama yang adil, kedua-dua negara akan kekal bersaing apabila berhadapan dengan kuasa ekonomi yang lebih besar.

“Dengan persaingan yang bertambah, adalah perlu bagi Malaysia dan Singapura untuk melabur bagi masa depan masing-masing,” kata beliau.

Tambah Najib lagi, usaha meningkatkan hubungan politik juga adalah penting, bukan sahaja untuk tujuan diplomasi, malah disebabkan faktor ekonomi.

Justeru jelas beliau, tanpa menghiraukan percanggahan antara dua kerajaan pada masa lalu, kedua-dua negara terus terikat melalui hubungan yang kukuh.

Ini kerana, Malaysia dan Singapura berkongsi sejarah dan kebudayaan melampaui politik.

“Saya fikir pemimpin-pemimpin di Malaysia dan Singapura akan bersetuju bahawa kita mesti bergerak melampaui retorik dan memberi tumpuan kepada asas-asas yang mendasari kepentingan bersama.

“Saya percaya kita harus membangkitkan azam politik untuk bekerjasama di mana kita boleh, dan saling membantu dalam bidang-bidang yang kita tidak boleh.

“Kita tiada pilihan. Logik ekonomi pada hari ini adalah jelas. Kita mesti membina kerjasama untuk memanfaatkan peluang dan kelebihan yang ada di rantau ini.

“Malaysia dan Singapura boleh menjadi pemenang dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar. Tetapi, jika kita memilih untuk kekal tidak berminat, menghadapinya secara bersendirian, maka kita akan ketinggalan dalam persaingan tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, syarikat Singapura terutama milik kerajaan seperti Temasek, dialu-alu untuk turut serta dalam pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Katanya, WPI bakal menjana aktiviti ekonomi di wilayah selatan Johor dan sudah tentu akan turut memberi faedah kepada Singapura.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Bacalah kenyataan di atas dengan teliti dan secara berulang kali. Sesudah itu, carilah kesimpulan kepada kata-kata berikut:

Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek, di negara ini beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkata, aliran kemasukan pelaburan dari Singapura ternyata besar.

“Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia.”

Saya pasti kepimpinan Malaysia sentiasa bijaksana dan sentiasa waspada bila berurusan dengan Singapura.

Saya juga harap kerajaan Malaysia akan mengatasi hakikat “bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia.”

Bagaimanapun, wajarlah hakikat di atas diperjelaskan lagi oleh pucuk kepimpinan negara. Contohnya, nyatakanlah maksud “pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar…”

Bagaimanakah ini boleh berlaku? Adakah transaksi yang membabitkan “pemerolehan” seperti di atas dijalankan scara telus? Janganlah sampai dagang lalu ditanakkan, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan! – Ruhanie Ahmad.



Tuesday, November 28, 2006

Ini Kes Berat…
www.agendadaily.com

Rupanya ‘ ada cerita ‘ disebalik kejadian Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin hentam Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin di Perhimpunan Agung UMNO pada pagi Jumaat 17 November baru ini.

Ramai yang terkejut bila Shamsul dengan lantang suruh Zam digantikan kerana mendakwa beliau gagal mermatabatkan Islam Hadhari menerusi program-program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sebagai pembahas usul agama mewakili Pemuda UMNO di perhimpunan itu tentu sekali berbagai andaian timbul termasuk apakah bab itu mendapat restu dari pergerakan itu.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Hishamuddin Hussein sudah menjelaskan hal ini.Terbaru beliau memberitahu dalam satu interbiu dengan wartawan The Star,Joceline Tan bahawa Shamsul antara pembahas dalam perhimpunan itu yang got out of control .

“Saya merasa sungguh upset dan bila saya jumpa dia esoknya,saya suruh dia meminta maaf dan Zam menerimanya,”katanya.

Zam yang diminta mengulas kenyataan maaf Shamsul oleh para wartawan semasa selepas satu acara di Melaka antara lain berkata, "Saya tidak cepat tersinggung, saya selalu membuat analisis sendiri apabila orang mengkiritik sama ada dia punya kreadibiliti atau tidak, sebab itu saya tidak buat kesimpulan".

Ini membuatkan ada yang bertanya apa kena mengenanya soal kredibiliti Samsul dengan kenyataan pedasnya di depan para perwakilan UMNO dari seluruh negara itu.

Yang tidak tahu ‘apa ceritanya’ bertanya apa salahnya Shamsul menyuarakan pandangannya soal program RTM.

Sebagai maklumat latar belakang Shamsul ialah bekas ahli penal pemikir di Jabatan Hal Ehwal Khas atau lebih dikenali sebagai JASA iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Penerangan.

Sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily khidmatnya telah ditamatkan baru-baru ini berikutan beberapa insiden yang dikira tidak wajar dilakukan oleh seorang yang ada jawatan politik sepertinya.

Exco Pemuda UMNO itu dikatakan ada bikin gamat dalam tindak tanduknya menuntut kenaikan taraf gred jawatannya lebih tinggi di JASA.

Difahamkan ia melibatkan kejadian tendang kerusi meja.Lebih teruk dari itu dia telah menceroboh masuk ke dalam bilik Ketua Pengarah JASA.

Bukti tindak tanduknya itu dirakam oleh kamera CCTV jabatan itu.

Shamsul juga dikatakan ada menuntut agar dia dijadikan pengacara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM 1.

Shamsul pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Tan Sri Hamid Othman yang jaga portfolio agama.

Sumber itu berkata tindak tanduknya menghentam Zam di Perhimpunan Agung UMNO nyata sekali berlatarbelakangkan soal peribadinya.

Al kisahnya kalangan pimpinan Pemuda yang tahu masalah Shamsul di JASA terkejut bila dia membawa hal peribadinya ke perhimpunan itu mengunakan platform pergerakan itu.

“Maaf memang boleh maaf…tapi siapa yang kena tanggong malu bila dia main bantai ikut suka hati macam tu,”rungut salah seorang dari mereka .-27/11/2007

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e3546a97-3132372e-10a4a320-5b705885

Sunday, November 26, 2006

Lanjutan Isu Kenyataan
Datuk Mukhriz Mahathir

Apabila Zahid Hamidi
Marahkan Mukhriz….
Oleh Mohd Sayuti Omar
www.malaysiatoday.net


Bengkengnya ahli Umno macamlah ikan haruan beranak! Bila ketua mereka disentuh, maka semuanya akan melenting! Tapi setakat ikan haruan saja, bukan macam harimau atau kucing. Ikan haruan tidak ada taring dan kuku, hanya ada gigi macam gergaji tumpul saja.

Kalaulah macam kucing atau harimau, ada kuku dan taring, nahaslah sesiapa yang berani mengusik dan mengejek ketua mereka.

Jadi Mukhriz Mahathir bernasib baik, kerana ahli Umno tidak macam kucing dan macam harimau. Walaupun dia kena marah dan diserang oleh ahli Umno apabila beliau kritik presidennya, tetapi tidak sampai luka-luka. Kulitnya tidak tercalar apa-apa, kerana ahli Umno macam ikan haruan sahaja!

Maka Mukhriz pun bolehlah berlalu senang sambil merungut dan melucu sendiri. Apa yang dihumbankan ke atasnya tidak berbekas pun. Kenyaringan itu persis tong kosong saja. Lagipun ia sudah menjadi kebiasaan dan budaya di dalam Umno, pantang ketua mereka diusik dan diejek, maka adalah tindakbalasnya.

Mungkin Mukhriz sudah belajar dan mengarifi budaya itu. Berpandukan kepada apa yang berlaku ke atas bapanya selama 22 tahun menjadi perdana menteri dan presiden parti.

Masa bapanya menjadi Perdana Menteri dan presiden parti tidak ada siapa berani menyerang dan mengejeknya. Semua ahli Umno, baik; Wanita, Pemuda atau Puteri akan bersikap macam ikan haruan tadi – menyerang sesiapa yang berani mengusik bapanya.

Kuasa

Tetapi apabila bapanya tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan presiden parti, walhasil balik asal. Bukan beliau tidak dihormati, tetapi ada yang berani mengatakan bapanya nyanyuk, gila kuasa dan macam-macam kata nesta lagi. Tidak ada lagi ahli wanita, pemuda atau puteri yang melompat macam ikan haruan beranak kecil, membela dan melindungi bapanya.

Kerana memahami dan mengarifi segala budaya dan tindak-tanduk ahli Umno itu, telah menyebabkan Mukhriz berani mengkritik dan mempersendakan Perdana Menteri. Mukhriz sedikitpun tidak bimbang risiko yang akan berlaku kepada dirinya. Kerana dia sudah saksikan hal yang sama sejak berdekad lalu.

Jadi Mukhriz buat lembu kenyang sahaja apabila ahli Umno berpakat marahkannya. Beliau buat ‘sardin’ sahaja, seolah apa yang berlaku di luar tidak sampai ke telinganya pun. Beliau tahu kritikan dan serangan balas ke atasnya itu adalah tidak lebih daripada agenda bodek ahli-ahli Umno itu untuk kepentingan diri mereka. Mereka marah bukan berlandaskan kepada realiti atau asas kritikan kepada Abdullah Ahmad Badawi itu, tapi kerana sebab lain.

Apalah sangat hendak dimarahkan. Kata-kata Mukhriz itu bukannya lantang atau biadab sangat. Beliau hanya mengupas ucapan presiden parti sebagai tidak ada apa yang baru. Sebenarnya tidak timbul anak bekas PM itu cuba memperlecehkan Abdullah. Abdullah sendiri mengakui bahawa apa yang dibaca itu adalah ulangan kepada apa yang disebut pada ucapan dasar pertamanya tiga tahun lalu.

Jadi, orang yang marah dan tersentuh dengan pandangan Mukhriz itu tidak ada alasan dan tidak logik, kerana apa yang disifatkan Mukhriz itu hakikat yang diakui sendiri oleh tuan haknya (Abdullah).

Intim

Kritikan atau pandangan itu menjadi masalah mungkin kerana orang melihat hubungan bapanya dengan Perdana Menteri yang tidak intim ke belakangan ini. Jadi orang meletakkan ucapan Mukhriz itu sebagai suara hati Mahathir. Kalau inilah keadaannya, sekali lagi tindakan itu tidak demokratik terhadap Mukhriz, seolah-olah beliau tidak ada hak dan kebebasan untuk bercakap.

Walaupun beliau ada hubungan darah daging dengan Mahathir tidak seharusnya pandangan peribadi Mukhriz itu dibabitkan dengan bapanya. Semua orang perlu melihat pandangan itu adalah haknya sebagai ahli Umno.

Sebenarnya mereka yang bingkas bangun melanyak Mukhriz dan membela Abdullah itu kerana mereka mencari udang di sebalik batu. Mereka bertindak menjadi lebih sudu daripada kuah kerana mengharapkan sesuatu ganjaran daripada presiden atau PM.

Antara mereka yang mengkririk dan lantang marahkan Mukhriz sehingga menganggap Mukhriz menghina Perdana Menteri serta tidak berpijak di bumi nyata, ialah bekas ketua pergerakan itu Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Telatah Zahid itu tidak menghairankan. Jika dibelek sejarah masa lampaunya, orang akan mudah kenal dan mengerti siapa Zahid dan kenapa beliau beriya-iya bertindak lebih sudu daripada kuah. Kesan dan tragedi yang menyinggah diri dan nasib politik ahli Parlimen Bagan Datoh itu menyebabkan beliau bangkit marahkan Mukhriz.

Bertaubat

Barangkali tidak salah kalau dikatakan tindakan Zahid itu sebagai hendak membalas dendam lamanya terhadap bapa Mukhriz. Sejarah mencatatkan bahawa Zahid merasakan dia dianiaya oleh bapa Mukhriz semasa beliau menjawat jawatan ketua Pemuda dulu dan juga setelah bertaubat – kembali semula kepada Umno.

Mahathir tidak melantik Zahid mengikut seniority dan kedudukannya ke dalam Kabinet. Semasa menjadi ketua pemuda, Zahid tidak diberi apa-apa jawatan di dalam kabinet dan hanya sebagai pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Hal demikian tidak pernah terjadi kepada ketua pemuda sekarang yang terus dilantik menjadi menteri kanan. Mungkin keperitan yang dilalui itu menjadikan Zahid geram lantas membelasah Mukhriz.

Kalau andaian ini benar ia tidak adil. Zahid tidak boleh menghukum Mukhriz kerana angkara bapa Mukhriz kepadanya. Cerita beliau dengan Mahathir cerita lain. Kesalahan bapa tidak seharusnya ditanggung oleh anaknya.

Di sini bukan hendak membela Mukhriz. Tetapi kalau Zahid membuka helaian sejarahnya semula dan menginsafi mengapa beliau menentang Mahathir tahun 1998 dan sebelumnya, ia akan menemui jawapan mengapa Mukhriz bersikap demikian yang dikatakan sebagai penghinaan kepada Abdullah.

Apakah apabila Anwar Ibrahim dipecat daripada Umno, 3 September 1998 di mana beliau mengambil sikap membela Anwar walaupun parti memutuskan bekas TPM itu bersalah, tidak boleh dianggap biadap?

Prinsip

Apakah ketika itu Zahid berpegang kepada prinsip dan keyakinannya maka beliau tetap menyokong Anwar? Nah, begitulah dirasakan apa yang dilakukan Mukhriz terhadap Abdullah itu.

Tepuk dada dan tanyanlah selera. Jawapan ada di dalam hati Zahid sendiri dan juga lain-lain yang marahkan Mukhriz.

Dalam keadaan sekarang ini, dilihat dari sudut mana pun Mukhriz berada di pihak yang salah hanya kerana beliau tidak bersama Abdullah. Apa yang harus difahami bahawa berada di pihak majoriti itu bukan bermakna benar, dan berada di pihak minoriti itu bukan bermakna salah.

Kalau sembilan tahun dulu Zahid juga bertindak songsang dan menentang arus, dengan menyokong orang yang dipecat dari parti, apalah perlu hairankan kalau Mukhriz juga bersikap tidak berpijak di bumi nyata. Bukankah Mukhriz itu adalah pemuda (anak kepada) Umno – yang berperangai ‘bapa borek anak rintik’.

Apakah niat Zahid menghentam Mukhriz itu kerana ingin menjaga hati Abdullah!
Ucapan Dasar Presiden Umno
Memang Tak Ada Apa-Apa?

“Saya seorang pemerhati yang berada jauh di luar gelanggang Umno. Sebab itulah saya amat teruja sewaktu mengikuti ucapan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad, di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2006, menerusi telvisyen baru-baru ini.

Saya tertanya-tanya sendirian. Mengapakah ucapan dasar itu tidak menjawab seluruh isu dan kritikan yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Saya dan banyak pihak di seluruh negara menjangka Datuk Seri Abdullah akan menjelaskan secara terperinci setiap isu yang dikemukan oleh Tun Dr. Mahathir.

Malangnya, Datuk Seri Abdullah mengambil sikap berdiam diri terhadap kritikan Tun Dr. Mahathir.

Nampaknya, akan terus berpanjanganlah persengketaan Abdullah-Mahathir. Perkembangan seperti ini pastinya tidak sihat kepada Umno dan kita semua.

Di zaman Tun Dr. Mahathir jadi Prsiden Umno, beliau sentiasa menjawab semua isu secara tegas dan jelas sehingga memuaskan hati seluruh para perwakilan.

Datuk Seri Abdullah tidak bertindak begitu. Sampaikan soal politik wang di dalam Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu pun tidak dijawabnya.

Kesimpulannya, saya dan rakyat Malaysia yang teruja untuk mendengar ucapan dasar Datuk Seri Abdullah, berpendapat sama seperti Datuk Mukhriz Mahathir. Iaitu, memang “tak ada apa-apa yang baru” dalam ucapan tersebut!” – JH, Sabah.

Saudara JH mungkin tersilap. Ucapan dasar Datuk Seri Abdullah tidak kosong. Banyak perkara telah dihuraikan. Ada huraian mengenai polisi keterbukaan kerajaan dan parti. Ada huraian mengenai ruginya bangsa Melayu kalau terus bersengketa. Ada huraian mengenai modal insan dan sebagainya.

Tetapi, Saudara JH memang betul bila menyatakan bahawa isu dan kritikan yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir kebelakangan ini tidak dijawab oleh Datuk Seri Abdullah. Mungkinkah isu dan kritikan itu tidak relevan? – Ruhanie Ahmad.