ABDULLAH SANGKAL DAKWAAN
SALAHGUNA KUASA
UNTUK KEPENTINGAN ANAK
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Khamis menyangkal dakwaan parti pembangkang bahawa beliau menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk kepentingan anak-anaknya.
"Saya tidak pernah membuat sesuatu (atau) mengambil tindakan yang menyalahguna kuasa saya dalam hal yang bersabit dengan anak-anak saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini.
Presiden Umno itu diminta mengulas mengenai laporan yang dibuat parti Keadilan Rabu yang mendakwa beliau dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan anak-anak mereka.
Ditanya sama ada beliau bersedia untuk mengisytiharkan harta yang ada pada anggota keluarganya, Abdullah berkata perkara tidak perlu dilakukan.
"Itu adalah hak ahli keluarga saya, tentang harta mereka itu tak payah saya umumkan," katanya.
Abdullah menegaskan ini kerana mereka tidak melakukan kesalahan yang memerlukan mereka membuat satu perisytiharan tentang harta mereka.
Ditanya tidakkah itu melanggar konsep ketelusan, Perdana Menteri berkata: "Ini bukan isu ketelusan, itu hak orang".
-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=227532

No comments:
Post a Comment