“INI SUDAH LEBIH, BUKAN LAGI SOAL JAMBATAN”
Tentang Tun Dr. Mahathir. Adakah Datuk Seri rasa resah dan terganggu dengan kritikan Tun. Mengenai kepimpinan DS?
ABDULLAH: Saya lebih rasa kesal daripada resah. Adakah ini Dr. Mahathir yang saya kenal dulu? Tetapi kalau saya kata begitu, nanti dia akan kata, adakah ini Abdullah yang saya kenal dulu, dan perbalahan ini tidak akan selesai. Ini sudah lebih, bukan lagi soal jambatan dan projek-projek beliau. Beliau menentang saya dan kerajaan secara total.
Apakah tidak ada ruang untuk berbaik?
ABDULLAH: Kita buat kerja sajalah. Kita kena bekerja supaya rakyat terima dan tahu bahawa kita buat kerja. Kita berharap mudah-mudahan beliau akan faham. Soal sama ada kita menang pilihan raya akan datang, bukanlah isu siapa yang akan menang perbahasan ini yang akan menentukan. Apa yang lebih penting ialah sama ada kerajaan dapat melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan yang dirancangkan.
Saya ada terlalu banyak kerja yang hendak dibuat, terlalu banyak. Saya mahu memberikan tumpuan saya kepada kerja. Amanah yang diberikan oleh rakyat ini mesti dilaksanakan. Ini tugas dan tanggungjawab saya kepada Tuhan, kepada negara dan rakyat. Saya perlu memenuhi apa yang telah saya janjikan.
Kita (negara) sedang melangkah masuk ke tahap 50 tahun yang kedua untuk sampai kepada usia 100 tahun. Dalam masa yang terdekat ini, dalam masa 14 tahun saja lagi kita akan sampai ke tahun 2020. Kita mesti mengubah pemikiran rakyat supaya boleh terus mara jauh lebih daripada sasaran 2020 itu.
Kalau kita mendaki gunung, untuk sampai ke kaki Gunung Everest itu agak mudah tetapi untuk menakluki puncaknya bukan saja memerlukan kekuatan fizikal tetapi yang lebih penting lagi ialah memahami hanya mereka yang mempunyai kekuatan fikiran yang boleh berjaya. Tiger Woods menjadi pemain golf yang terbaik dunia kerana di atas padang dia merupakan seorang yang memberikan tumpuan yang paling padu kepada permainannya. Dia hanya fokus, fokus dan fokus. Saya juga akan terus memberikan fokus kepada kerja-kerja saya. Biarlah orang hendak geletek saya atau baling batu sekalipun, saya tidak kisah. Saya tidak mahu terganggu kerana saya tahu arah tuju matlamat saya. Jangan kacau saya kerana saya mahu sampai ke matlamat saya. Saya akan terus melakukan kerja saya selagi ia perlu dilakukan. Saya tidak akan lari.
Adakah isu Tun ini menggugat kepimpinan Datuk Seri?
ABDULLAH: Biarlah, apa yang dia hendak buat, biarlah dia buat. Saya akan jaga UMNO dan jaga kerajaan kerana ini tanggungjawab saya.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

1 comment:
Post a Comment