Monday, December 31, 2007

Selamat Tahun Baru

Kemarahan dan kekecewaan segolongan rakyat jelata terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memuncak dalam tahun 2007. Rasa mual, jelak dan muak rakyat jelata terhadap Khairy Jamaluddin juga membuat-buak sepanjang tahun yang sama.

Hanya dalam tempoh beberapa jam lagi kita akan memasukki tahun 2008. Lantas, apakah harapan kita untuk tahun baru ini?

Harga petrol yang tak akan naik melambung? Penderitaan rakyat jelata yang kian terhimpit hidupnya akan dibela secara jujur? Lebih banyak konspirasi dan sandiwara politik untuk tontonan kita semua akan dihapuskan? Kepura-puraan yang makin menjadi-jadi hanya jadi kisah semalam?

Selamat Tahun Baru 2008. Moga-moga kita akan menerima banyak pembaharuan. Kalau tidak, kita mungkin terus dijerumuskan ke kancah kehidupan yang serba mendebarkan! – Ruhanie Ahmad
Bahagian Empat:
PAKATAN HINDRAF - KHAIRY
MATLAMAT HALALKAN CARA?

Dalam bahagian tiga telah saya senaraikan keanehan lima pemimpin Hindraf ditahan bawah Seksyen 8 ISA. Lantas, saya pun bertanya, mungkinkah seluruh keanehan itu tidak terjadi kalau tiada dalang di sebalik Hindraf?

Oleh itu, kalau benarlah memang wujud satu konspirasi di sebalik demonstrasi Hindraf pada 25 November 2007, maka betullah apa yang ditulis dan dinyatakan oleh Anak Jati Rembau dalam blog anti-khairy pada 4 Disember 2007. Sebab itukah tulisan itu tidak dan belum dinafikan oleh Khairy hingga ke hari ini?

Dengan tiadanya penafian, maka melesetkah kalau diakatakan bahawa Khairy adalah dalang kepada demonstrasi Hindraf? Sebab itukah tahanan ISA ke atas Uthyakumar dan empat rakannya pun hanya di bawah Seksyen 8, yang tidak melalui proses soal-siasat intensif oleh pihak polis?

Tulisan dan ramalan Anak Jati Rembau yang menyatakan bahawa selepas demonstrasi Hindraf akan ada satu pertemuan oleh NGO dan Pertubuhan Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur, juga terbukti benar. Pada 6 Disember 2007, lima NGO telah mengumpulkan kira-kira 395 NGO lain dari seluruh negara untuk menubuhkan Damai Malaysia.

Damai Malaysia

Badan berkenaan mendakwa mempunyai 1.5 juta ahli. Matlamat utamanya adalah bersepakat “untuk menolak demonstrasi politik jalanan dan mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara.”

Matlamat ini merupakan satu ironi. Dan, ironinya adalah: walaupun Damai Malaysia bermatlamat “mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara,” Menteri Dalam Negeri tidak pula menyifatkan Hindraf - yang pernah didakwa sebagai “berusaha mendapatkan sokongan dan bantuan pengganas antarabangsa” dan dikaitkan dengan kumpulan pengganas “Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka” - sebagai ancaman kepada negara.

Kalau Hindraf memang merupakan ancaman kepada negara, sehingga ada pihak yang prihatin terpaksa mewujudkan Damai Malaysia, kononnya untuk “mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara,” mengapakah pemimpin-pemimpin Hindraf hanya ditahan bawah Seksyen 8 ISA? Kenapa tidak di bawah Seksyen 73 ISA yang akan membolehkan pihak polis menyiasat mereka secara terperinci, sama ada Hindraf benar-benar ancaman kepada negara?

Rakyat Bodoh?

Soalnya, apakah yang sedang cuba dibuktikan oleh pihak yang mendalangi demonstrasi Hindraf dan pihak yang mendalangi penubuhan Damai Malaysia (kedua-duanya proksi Abdullah) kepada rakyat jelata pada ketika ini? Hendak membuktikan Abdullah serius dalam menangani soal Hindraf dan sebab itulah pemimpin-pemimpinnya ditahan bawah ISA?

Hendak membuktikan bahawa Damai Malaysia sahajalah kumpulan patriot negara dan sebab itulah matlamatnya adalah “mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara.”?

Hendak membuktikan bahawa rakyat jelata Malaysia jahil dan bodoh? Bukankah rakyat jelata kini dapat melihat dengan jelas bahawa demonstrasi Hindraf adalah didalangi oleh proksi Abdullah dan tangakapan para pemimpin Hindraf di bawah ISA hanya sekadar mengaburi mata rakyat daripada hakikat konspirasi yang sebenar-benarnya?

Sandiwara

Kata orang putih “what a joke?” atau “what a mockery?”. Kata orang Melayu, inilah sandiwara yang serba tempang gaya ceritanya. Apa tidaknya? Pi mai, pi mai, rakyat tetap bijak membaca bahawa demonstrasi Hindraf adalah konspirasi satu percaturan kuasa. Tidak lain dan tidak bukan, itulah hakikatnya - satu konspirasi ciptaan proksi Abdullah!

Pada 13 Disember 2007, Pengerusi Penyelaras Damai Malaysia, Saudara Saiful Adil Mohd Daud, menyerahkan penyataan bersama badan itu kepada Abdullah di satu majlis ringkas di Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Subang.

Mengulas mengenai penyataan bersama itu, Abdullah dilaporkan sebagai berkata bahawa pertubuhan itu “adalah suara majoriti rakyat Malaysia yang membantah demonstrasi jalanan. Orang yang selama ini senyap telah pun menyatakan pendirian mereka dan saya amat menghargainya kerana ia adalah untuk keamanan dan kesejahteraan rakyat yang kita kena pertahankan.”

Halalkan Cara

Kenyataan Abdullah di atas sepatutnya berbunyi begini: “Damai Malaysia adalah suara minoriti rakyat Malaysia yang cuba membutakan mata majoriti rakyat jelata supaya membantah demonstrasi jalanan oleh Hindraf yang didalangi oleh proksi saya. Orang yang selama ini senyap telah pun menyatakan pendirian mereka untuk memesongkan pandangan rakyat jelata dan saya amat menghargainya kerana ia adalah untuk keamanan saya dan kesejahteraan saya yang kena saya pertahankan.”

Abdullah, seluruh kelompoknya dan juga Damai Malaysia mesti marah dengan kenyataan yang saya bina semula seperti di atas. Tetapi, itulah hakikatnya. Seluruh penghujjahan di atas membuktikan bahawa demonstrasi Hindraf adalah didalangi oleh kelompok Abdullah. Dan, penubuhan Damai Malaysia juga didalangi oleh kelompok Abdullah. Kalau Khairy dikatakan sebagai dalang kepada demonstrasi Hindraf, Reezal Merican pula dikatakan jadi dalang kepada penubuhan Damai Malaysia. Inilah tindakan “matlamat menghalalkan cara”. [Bersambung dalam bahaguan lima] – Ruhanie Ahmad

Saturday, December 29, 2007

Bahagian Tiga:
PAKATAN HINDRAF - KHAIRY
MATLAMAT HALALKAN CARA?

Sudah saya nyatakan dalam bahagian dua pada 27 Disember 2007, bahawa penahanan lima pemimpin Hindraf bawah ISA pada 13 Disember 2007 mungkin boleh disifatkan sebagai satu tindakan “matlamat menghalalkan cara” di mana matlamatnya adalah menutup sebarang spekulasi mengenai konspirasi Khairy-Hindraf dan caranya adalah menerusi tahanan di bawah ISA.

Hakikat ini jadi semakin jelas apabila kelima-lima pemimpin Hindraf terbabit hanya di tahan di bawah ISA Seksyen 8 dan bukannya Seksyen 73. Kedua-dua seksyen ini mempunyai prosidur dan implikasi yang amat berbeza ke atas pihak yang ditahan.

Mengikut ISA Seksyen 8, arahan penahanan dibuat oleh Menteri Dalam Negeri. Pihak yang ditahan pula terus dihantar ke Pusat Tahanan di Kemunting, Perak. Pihak yang ditahan juga tidak akan menjalani apa-apa soal-siasat intensif oleh pihak polis di tempat rahsia, lazimnya di sekitar Kuala Lumpur. Ini bermakna pihak yang ditahan terus diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Penjara Malaysia. Mereka seolah-olah diberikan cuti paksa selama dua tahun.

Misteri

Mengikut ISA Seksyen 73, perintah penahanan dibuat oleh pihak polis. Mereka yang ditahan akan disimpan di satu tempat misteri selama 60 hari. Mereka tidak diizinkan untuk ditemui oleh sesiapa waima ahli keluarganya yang terdekat.

Di sepanjang bulan pertama tempoh tahanan itu, mereka menjalani sessi soal-siasat yang intensif. Mereka akan disoal-siasat segala-galanya yang membabitkan diri mereka, pergerakan mereka dan lain-lainnya. Pada bulan kedua, mereka pula akan menjalani proses pemulihan. Pada hari ke-60, mereka akan berhadapan dengan dua kemungkinan. Satu, akan dibebaskan. Kedua, pihak polis akan mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri untuk terus menahan mereka bagi menjalani pemulihan selanjutnya di Kem Tahanan Kemunting, Perak.

Demikianlah hakikat dan perbezaannya. Jadi apakah implikasinya bila kelima-lima pemimpin Hindraf hanya ditahan di bawah ISA Seksyen 8? Ini bermakna perintah tahanan mereka dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mereka tidak menjalani apa-apa sessi soal-siasat intensif oleh pihak polis selama sebulan. Mereka juga tidak menjalani proses pemulihan selama sebulan berikutnya.

Musykil

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Seksyen 8 hanya terus dibawa ke Kem Tahanan Kemunting. Mereka juga boleh menerima lawatan keluarga terdekat. Pendek kata, mereka menjadi tetamu rasmi Jabatan Penjara Malaysia sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Hakikat seperti ini pasti menimbulkan tanda tanya yang bukan kecil. Antara soalan-soalan yang timbul adalah seperti berikut:

Mengapakah pemimpin-pemimpin Hindraf, organisasi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan organisasi militen antarabangsa, tidak menjalani sessi soal-siasat intensif sewaktu dalam tahanan ISA?

Mengapakah mereka tidak disoal-siasat mengenai latarbelakang yang menyebabkan mereka membuat tuduhan mengenai pembersihan ektik dan mini-genocide ke atas kaum India di Malaysia?

Mengapakah tidak mahu dipastikan sebab-sebab mereka membuat kenyataan penuh provokasi terhadap UMNO, umat Islam dan orang Melayu sehingga hampir-hampir mencetuskan perbalahan kaum dan pertumpahan darah?

Mengapakah tidak disoal-siasat sebab-sebab mereka tergamak merayu komuniti antarabangsa untuk mendesak Kerajaan Malaysia memansuhkan Perlembagaan negara ini?

Mengapakah tidak disoal-siasat mengenai siapakah yang mendalangi demonstrasi mereka dan siapa pula yang membiayai demonstrasi berkenaan?

Mengapakah tidak disoal-siasat sama ada benar Hindraf mempunyai hubungan dengan komuniti militen di Sri Lanka dan India?

Dalang

Sebaik sahaja demonstrasi Hindraf, kedengaran tuduhan bahawa dalang demonstrasi itu adalah kumpulan parti pembangkang di negara ini. Bagaimanakah tuduhan ini mahu dipastikan kalau kumpulan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA pun tidak disoal-siasat?

Sebaik sahaja Hindraf mengeluarkan kenyataannya yang provokatif, sebilangan orang Melayu dan umat Islam jadi emosional sehingga ada juga yang berura-ura mahu bertindak balas secara fizikal ke atas keturunan India. Jadi, kenapa tidak disoal-siasat mengapakah Hindraf mengeluarkan kenyataan itu?

Sebelum mereka ditahan di bawah ISA, ada pegawai tinggi kerajaan menuduh Hindraf sebagai mempunyai hubungan dengan puak militen seberang laut. Kalau pemimpin Hindraf yang ditahan tidak disoal-siasat, bagaimanakah dakwaan ini mahu dipastikan?

Kalau begitu keadaannya, kenapa tahan mereka di bawah ISA? Kalau begitu, tidakkah prnahanan ini mengesahkan wujudnya konspirasi? Kalau begitu, salahkah kalau penahanan ini disifatkan sebagai satu sandiwara yang diarahkan oleh proksi Abdullah? Kalau begitu, mungkinkah Khairy yang menjadi dalang kepada segala-galanya?

Angkara

Persoalan-persoalan di atas adalah penting. Ia penting kerana kalaulah pihak kerajaan memang menahan para pemimpin Hindraf di bawah ISA untuk mencari kebenaran, kenapakah mereka tidak disoal-siasat oleh pihak polis? Mengapakah begini jadinya? Adakah kerana proksi Abdullah yang mendalangi demonstrasi Hindraf takut pihak polis akan mengetahui konspirasi mereka? Adakah kerana mereka takut pihak polis mengetahui segala-galanya mengenai perancangan mereka?

Atau, pihak polis mungkin memang sudah tahu bahawa demonstrasi itu adalah angkara proksi Abdullah. Sebab itukah polis tidak mahu menahan mereka di bawah Seksyen 73? Atau, pihak polis memang tidak tahu bahawa dalang demonstrasi itu adalah proksi Abdullah. Dan, sebab itulah proksi Abdullah mencadangkan tahanan itu dibuat di bawah Seksyen 8 untuk mengelakkan rahsianya dibongkar oleh pihak polis?

Jadi, soalnya di sini, mungkinkah seluruh perkara di atas tidak terjadi kalau tiada dalang di sebalik Hindraf? Siapakah dalang itu? Adakah tindakan di atas juga sebahagian daripada strategi “matlamat menghalalkan cara”? Kisah seterusnya akan dihuraikan dalam bahagian empat siri ini. – Ruhanie Ahmad

Friday, December 28, 2007

Ruhanie Tanding PRU 12
Atas Tiket Parti Keadilan?

Masyarakat dalam Parlimen Parit Sulong sedang digemparkan dengan ura-ura saya (Datuk Ruhanie Ahmad) akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Untuk membaca posting sepenuhnya sila akses http://puteramalaysia.blogspot.com

Thursday, December 27, 2007

Bahagian Dua:
PAKATAN HINDRAF - KHAIRY
MATLAMAT HALALKAN CARA?

Di akhir posting bahagian satu pada 15 Disember 2007, saya tegaskan, persepsi dan andaian di kalangan segolongan rakyat jelata pada hari ini mengatakan bahawa demonstrasi Hindraf pada 25 November 2005, serta kenyataan Hindraf yang provokatif terhadap UMNO, orang Melayu dan umat Islam, adalah satu konspirasi ciptaan Khairy Jamaluddin selaku proksi kepada Abdullah.

Lantas, saya bertanya, adakah ini persepsi yang tepat dan andaian yang betul? Mustahilkah kalau demonstrasi dan kenyayataan Hindraf yang sedang dipolemikkan adalah dirangka dan dilaksanakan untuk mengukuhkan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan goyang dilanda gelombang rakyat mulai 10 November 2007? Bukankah peristiwa ini menepati strategi “matlamat menghalalkan cara”?

Oleh itu, sama-samalah kita rungkai dalam bahagian dua ini, benarkah Khairy yang menggunakan nama UMNO untuk mendalangi demonstrasi Hindraf? Soalan ini sedang menghantui pemikiran banyak pihak, termasuk ahli-ahli UMNO. Persoalan ini juga mendorong banyak pihak mula mempolemikkan tindakan Abdullah menggunakan beberapa undang-undang, termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebagai satu tindakan “matlamat menghalalkan cara.” Tindakan ini disifatkan oleh banyak pihak sebagai satu cara untuk memulihkan kredibiliti Abdullah yang tercemar, integritinya yang tercalar dan kepimpinannya yang amat tergugat akibat ledakan gelombang rakyat mulai 10 November 2007.

Konspirasi

Setakat ini tidak wujud bukti yang mengaitkan Khairy berkonspirasi dengan Hindraf. Bagaimanapun, tidak ada siapa boleh menafikan kemungkinan konspirasi ini. Lebih-lebih lagi bila wujud ramalan seperti berikut:

Menantu Perdana Menteri (PM) dalang perhimpunan Hindraf? Itulah maklumat yang kami terima. Bunyinya pelik, tetapi ada alasan kukuh yang diberikan oleh pemberi maklumat ini. Dalam sejarah politik Malaysia, hanya apabila terjadi perbalahan di antara kaum, (maka) UMNO, MCA dan MIC akan kembali menjadi kuat. Ini telah terbukti selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Melayu kembali menyokong UMNO dan Cina kembali bersama MCA.

Ini yang ingin dilakukan oleh menantu PM. Beliau tahu bahawa orang Melayu sudah mula hilang keyakinan kepada PM, dan ini amat berbahaya jika berterusan sehingga PRU ke-12. Jika kebencian orang Melayu kepada Abdullah berterusan, bermakna undi mereka akan pergi kepada pembangkang dan Abdullah akan dilihat gagal mempertahankan prestasi PM. Maka mudahlah untuk Datuk Seri Mohd. Najib Razak meyakinkan Abdullah untuk berundur dan memberikan laluan kepadanya untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Ini yang paling ditakuti oleh menantu PM. Jika Najib naik, peluangnya untuk terus kukuh di dalam UMNO sehingga menjadi PM, tidak akan berjaya. Segala usaha yang telah dilakukannya (selama ini), termasuklah menggadaikan sedikit demi sedikit negara kepada Singapura, (jadi) sia-sia.

Pertemuan

Jadi, beliau pun memulakan taktik jahatnya. Sumber kami mengatakan bahawa beliau (menantu PM) bertemu dengan P. Uthayakumar (Penasihat Undang-Undang Hindraf) beberapa bulan yang lalu dan memulakan perundingan. Diantara perjanjian mereka ialah, menantu PM akan membiayai kesemua kos yang diperlukan oleh Uthayakumar untuk menganjurkan satu perhimpunan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan menaikkan kemarahan orang Melayu. Sebagai balasan, Uthayakumar akan terus disokong dari segi kewangan dan (diberikan) perlindungan daripada dikenakan sebarang tindakan seperti ISA. Sebab itu sehingga hari ini kerajaan tidak menggunakan ISA kepada Uthayakumar walaupun beliau telah memainkan isu yang bahaya dan berpotensi untuk mencetuskan satu rusuhan kaum.

Selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007, sekarang giliran menantu PM untuk mengapi-apikan kemarahan kumpulan Melayu pula. Diberitakan bahawa (akan ada) satu pertemuan oleh NGO dan Pertubuhan Melayu di Kampung Baru (Kuala Lumpur) dalam jangka masa terdekat ini. Tujuannya ialah untuk mempertahankan Islam. Selepas pertemuan, NGO dan pertubuhan yang hadir akan mengeluarkan kenyataan dan slogan yang berbunyi: "Jangan cabar umat Islam di negara ini". Pertemuan yang ditaja oleh menantu PM itu tidak lain tidak bukan berniat untuk menaikkan kemarahan orang Melayu.

Apabila orang Melayu sudah marah, mereka akan kembali memberikan sokongan kepada Abdullah. Ini mencerahkan peluang Abdullah untuk memimpin UMNO (dan kerajaan) sekurang-kurangnya selama satu penggal lagi.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, saya tidak faham mengapa kestabilan dan keharmonian negara sanggup digadaikan demi untuk mempertahankan kuasa? Saya berharap agar orang Melayu tidak lagi bodoh dan membiarkan diri mereka diperalatkan oleh segelintir pihak yang hanya gila kepada wang dan kekuasaan. - Anak Jati Rembau, Blog Anti-Khairy, 4 Disember 2007, jam 7:59 pagi.

Lencongan

Apa yang ditulis oleh Anak Jati Rembau seperti di atas belum lagi membuktikan keterlibatan Khairy mendalangi demonstrasi Hindraf. Andaian dan persepsi ini nampak semakin jelas bila tulisan di atas mengatakan Uthyakumar akan dilindungi daripada tangkapan di bawah ISA, tetapi Uthayakumar dan empat lagi pemimpin Hindraf telah pun ditahan bawah ISA pada 13 Disember 2007.

Sekali imbas, tindakan menahan Uthyakumar di bawah ISA memang akan membawa makna bahawa dakwaan wujudnya konspirasi Khairy-Hindraf adalah tidak benar. Tetapi, mustahilkah kalau tangkapan itu dilakukan untuk megaburi keyakinan umum tentang wujudnya konspirasi Khairy-Hindraf kerana konspirasi itu memang sebenar-benarnya wujud?

Jadi, tidakkah penahanan lima pemimpin Hindraf ini boleh disifatkan sebagai tindakan “matlamat menghalalkan cara” di mana matlamatnya di sini adalah menutup sebarang spekulasi mengenai konspirasi Khairy-Hindraf dan caranya adalah menerusi tahanan di bawah ISA?

Hakikat mengaburi keyakinan rakyat menerusi tahanan ISA ini jadi semakin jelas apabila kelima-lima pemimpin Hindraf terbabit hanya di tahan di bawah ISA Seksyen 8 dan bukannya Seksyen 73. Kedua-dua seksyen ini mempunyai prosidur dan implikasi yang amat berbeza ke atas pihak yang ditahan. Hakikat ini akan saya huraikan dalam siri ini bahagian tiga. – Ruhanie Ahmad.

Tuesday, December 25, 2007

Abdullah Dijangka Melantik
TPM Kedua Bukan Melayu?

Jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua (TPM2) dijangka diwujudkan jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 akan datang dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula kembali dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sumber-sumber berautoriti memberitahu blog ini bahawa jawatan berkenaan dijangka diberikan kepada MCA. Hasrat ini suah pun disampaikan oleh Abdullah kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Teng, baru-baru ini.

Untuk membaca posting sepenuhnya sila akses blog http://puteramalaysia.blogspot.com – Ruhanie Ahmad
Update:
Polis Tendang Pintu Sampai Pecah
Tiga Telefon Dan Laptop Dirampas

Blogger cucumatkilau menyiarkan kisah tangkapannya oleh pihak polis menerusi posting terbarunya berjodol Operasi Menahan Bloggers Bermula!

Antara kisahnya, beliau ditahan di rumahnya sekitar jam 10.00 pagi pada 24 Disember 2007. Ketika itu beliau sedang tidur kerana keletihan baru sampai daripada Terengganu jam 6.00 pagi.

Beliau terdengar suara orang memberi salam secara bertalu-talu. Beliau pun bergegas turun ke tingkat bawah rumahnya untuk membuka pintu. Ketika berada di tangga, beliau kedengaran bunyi pintu di bahagian depan rumahnya ditendang sehingga pecah.

Sesudah itu beberapa orang anggota polis meluru naik ke bahagian atas rumahnya dan terus menggari beliau. Tiga handphone dan sebuah laptop milik beliau dirampas.

Kisah selanjutnya boleh dibaca daripada http://cucumatkilau.blogdrive.com – Ruhanie Ahmad

Monday, December 24, 2007

Blogger Cucu Mat Kilau
Ditahan Polis Di Kuantan

Seorang blogger yang menggunakan nama samaran cucumatkilau, 36 tahun, dengan alamat http://cucumatkilau.blogdrive.com/, di tahan oleh polis di rumahnya di Kuantan, Pahang, jam 5.00 petang tadi.

Sumber-sumber memberitahu blog ini pada kira-kira 10.30 malam bahawa rumah blogger berkenaan digeledah dan komputer bimbitnya dirampas oleh pihak polis. Sewaktu polis menjalankan operasinya, anak dan isteri blogger tersebut pulang ke kampung.

Kemudiannya blogger tersebut dibawa ke balai polis tedekat untuk disoal siasat. Beliau telah dibebaskan jam 8 malam.

Posting terakhir blogger berkenaan berjodol Malaysia Bakal Ke arah Negara Polis adalah pada Isnin 10 Disember 2007. Bagaimanapun belum dapat dipastikan di bawah undang-undang manakah blogger itu ditahan.

Cucumatkilau adalah bekas pelajar UiTM Kuantan dalam jurusan Perancang Bandar. Beliau juga pernah menjadi calon PKR bagi satu kerusi DUN dalam PRU ke-11 pada 2004.

Soalnya di sini, adakah penahanan cucumatkilau merupakan satu kes yang terpencil atau inilah bermulanya operasi ke atas bloggers Malaysia di seluruh negara? – Ruhanie Ahmad

Thursday, December 20, 2007

Apa Mesej Rasmi Abdullah
Sempena Hari Raya Qurban?

Amat aneh. Sungguh menghairankan. Hari ini saya membelek sebuah akhbar Melayu dari muka depan sampai ke muka belakang, dan dari muka belakang balik ke muka depan, semata-mata untuk mencari mesej khas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada rakyat jelata Malaysia, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Saya juga mencari-mencari mesej yang sama menerusi portal berita Bernama. Saya kecewa. Mesej yang dicari tidak dijumpai. Entah mengapa, memang tidak ada mesej khusus tersebut di mana-mana.

Apa kisahnya Abdullah? Sewaktu Hari Raya Aidilfitri, isteri baru pun turut memberikan mesej kepada kita semua. Kali ini kenapa tiada? Terlupa? Sengaja lupa?

Orang Melayu dan umat Islam Malaysia baru sahaja dilukan hati dan digodak sentimen mereka oleh kenyataan Hindraf tempohari. Tapi, Abdullah melupakan mereka di Hari Raya Qurban? Hindraf, pertubuhan haram yang dituduh sebagai pengkhianat negara, kini menerima serba sedikit perhatian daripada Abdullah. Tetapi, kenapakah orang Melayu dan umat Islam Malaysia pula dilupakan oleh Abdullah walaupun mereka sanggup berkorban untuk terus toleran dan sabar terhadap provokasi Hindraf baru-baru ini?

Majoriti orang Melayu dan umat Islam kini merayakan Aidiladha di pusat-pusat pemindahan banjir. Tapi, aneh sungguh bila Abdullah sendiri terlupa nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada mereka. Alangkah gembirannya kalau Abdullah tidak melupakan mereka!

Kenapakah begini jadinya? Abdullah sakit? Abdullah demam? Abdullah apa? Tapi, ada berita mengatakan Abdullah kembali ke Kepala Batas untuk menunaikan solat Raya Aidiladha di kampung halamannya.

Berita ini benar. Bernama hari ini melaporkan Abdullah, ketika merasmikan majlis korban bersama Perdana Menteri anjuran DiGi Telecommunications Sdn Bhd, di Kepala Batas, sebagai berkata seperti berikut:

Umat Islam perlu mengambil iktibar daripada ibadah korban yang dilaksanakan sempena Aidiladha untuk membantu sesama insan dalam apa jua keadaan dan musibah. Ibadah korban bukan setakat menyembelih binatang ternakan untuk disedekahkan kepada pihak yang memerlukan tetapi ia mencakupi pelbagai ruang kehidupan seharian. Kita perlu fahami bahawa korban itu boleh dilakukan pada bila-bila masa dan bukan terhad pada sambutan Aidiladha sahaja. Mereka juga akan mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah SWT.

Saya tidak akan komen kenyataan Abdullah di atas. Tapi, beritahulah kepada kita semua, mengapakah Abdullah tidak memberikan apa-apa mesej khas sempenan perayaan Aidiladha kali ini?

Pencarian saya ke atas mesej itu mungkin hanya terhad kepada dua sumber sahaja. Jadi saya mungkin tersilap kalau mesej itu mungkin disiarkan dalam akhbar Tamil Nesan atau Sin Chew Jit Poh.

Apapun, semoga bahagialah dikau wahai Abdullah. Dikaulah satu-satunya Imam Besar Islam Hadhari di dunia ini! – Ruhanie Ahmad

Wednesday, December 19, 2007

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada seluruh pengunjung kuda-kepang.blogspot.

Mudah-mudahan detik-detik ini menimbulkan keinsafan kita kepada semangat pergorbanan yang tulen dan abadi kepada agama, bangsa dan tanah air. – Salam takzim daripada Ruhanie Ahmad

Monday, December 17, 2007

Tahanan Di Bawah ISA
Kerana Kritik Abdullah?

Khabar angin yang mengatakan segolongan bloggers sosio-politik Malaysia akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini semakin bertiup kencang di Kuala Lumpur.

Mengikut spekulasinya, saya adalah antara bloggers yang diura-urakan akan ditahan tidak lama lagi. Spekulasi ini tersebar luas sehinggakan saya menerima beberapa e-mail dan sms meminta saya bertabah, bertenang dan hadapi kemungkinan itu dengan semangat jitu.

Kuasa melakukan sesuatu tahanan ISA berada di tangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Maka, terserahlah kepada beliau membuat tindakan muktamadnya.

Buat diri saya, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui mengapakah saya membabitkan diri sebagai blogger. Sesiapa yang mengikuti posting saya selama ini pun mungkin menyedari mengapa saya berbuat demikian.

Kedaulatan

Apa yang jadi tumpuan saya hanya Abdullah dan kelemahan kepimpinannya. Apa yang jadi fokus saya adalah kemerdekaan, kedaulatan dan maruah negara. Apa yang sering saya bicarakan adalah keterlanjuran kata dan tindakan Khairy Jamaluddin. Segala-galanya saya lakukan atas kasih dan sayang saya kepada agama, bangsa dan tanah air.

Bagaimanapun, saya akan tetap akur dengan tindakan yang mungkin dikenakan ke atas diri saya. Kalau itulah padah yang perlu saya terima, syukur Alhamdulillah! Inilah buktinya perjuangan saya menerusi alam maya selama ini memang ada kesannya. Kalau tidak, mana mungkin suara saya akan dilenyapkan begitu sahaja?

Saya jadi ahli UMNO sejak 1973. Nombor keahlian saya adalah 00001381. Sewaktu saya mula jadi Ahli Parlimen dalam tahun 1990, kampung saya belum menikmati bekalan letrik dan air bersih. Jalan tar hanya mimpi yang tidak bertepi.

Begitu jugalah keadaannya dengan hampir keseluruhan kawasan Parlimen Parit Sulong – dari Pekan Semerah di sempadan Muar, hinggalah ke Chaah di sempadan Segamat.

Kuasa Asing

Syukur Alhamdulillah, selama saya jadi wakil rakyat, transformasinya agak hebat. Rakyat di kampung-kampung dalam Parlimen Parit Sulong kini berada dalam suasana kehidupan bandar walaupun dengan setting desa. Segala-galanya mereka nikmati. Terima kasih kepada Barisan Nasional, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan kepimpinan negeri Johor yang prihatin kepada rakyat jelata.

Bila Abdullah memimpin Malaysia, beliau mengketengahkan slogan cemerlang, gemilang dan terbilang. Semua rakyat jelata menyokongnya. Kini, apa sudah jadi? Adakah kepimpinan Abdullah berjuang ke arah itu?

Di zaman Mahathir tidak pernah kedengaran desas-desus mengatakan pejabat Perdana Menteri diresapi oleh sekumpulan elemen serta talibarut kuasa asing. Di zaman Abdullah bagaimana? Di zaman Mahathir, satu jiran tetangga kita yang tertentu langsung tidak berani angkat muka. Di zaman Abdullah apa kisahnya?

Bukankah Abdullah sendiri memberitahu dunia bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor, kepada Singapura adalah umpama Shenzen kepada Hongkong? Bukankah Abdullah pernah mengumumkan bahawa “free access” diberikan kepada sesiapa sahaja yang masuk dari Singapura ke WPI tanpa menggunakan passport? Bukankah hal ini hanya dibatalkan selepas mendapat tentangan hebat dari warga prihatin Malaysia?

Strategik

Inikah gaya dan cara seorang Perdana Menteri dalam membuat sesuatu perancangan mega tanpa memikirkan soal-soal strategik seperti kedaulatan negara dan keselamatan negara? Adakah kesilapan seperti ini kecil dan boleh dimaafkan begitu sahaja?

Adakah membicarakan kesilapan strategik seperti ini akan mengancam keselamatan negara? Tidakkah rancangan Abdullah sendiri yang sebenarnya hampir-hampir mengancam keselamatan serta kedaulatan negara?

Kini kita lihat UMNO. Pernahkah seorang Presiden UMNO mengeluarkan arahan supaya seorang individu tertentu dipastikan tidak akan memenangi pertandingan menjadi perwakilan bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Malaysia? Hal ini berlaku di zaman Abdullah. Beberapa individu tertentu diberikan arahan dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO supaya Mahathir disekat dengan apa cara sekalipun daripada menjadi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke PAU 2006.

Bukankah arahan ini tercatat dalam salah satu minit mesyuarat MT pada Ogos 2006? Bukankah tiga muka surat daripada minit tersebut yang mengandungi arahan itu kemudiannya dimansuhkan?

Silakan

Perkara ini diketahui oleh banyak pihak. Satu laporan polis mengenainnya pun sudah dibuat baru-baru ini. Tetapi, salinan tiga muka surat daripada minit mesyuarat MT berkenaan kini jadi satu bahan penting dan rahsia. Kakitangan Ibupejabat UMNO Malaysia amat ketakutan bila ada pihak cuba mengorek kemungkaran ini.

Soalnya, mengapakah UMNO sampai jadi begini di zaman Abdullah? Adakah membicarakan soal kepincangan seperti ini mengancam kesejahteraan UMNO? Tidakkah tindakan Abdullah sendiri yang sebenarnya sedang mengancam UMNO sehingga menjadikan UMNO disifatkan oleh banyak pihak sebagai tidak relevan lagi dengan zamannya? UMNO yang tidak relevan atau Abdullah sendiri yang tidak relevan?

Begitulah antara perkara yang pernah saya bangkitkan dalam blog ini. Saya juga pernah menulis sebuah buku bertajuk Mahathir Menyinga yang mengulas kedolak-dalikan Abdullah mengenai soal Jambatan Bengkok di Johor Bahru.

Kalau ini semua disifatkan oleh Abdullah sebagai ancaman kepada keselamatan negara, tunggu apa lagi? Silakanlah, tahanlah saya di bawah ISA dengan serta merta. Kalau tidak, nanti banyak lagi yang akan saya tulis kerana seperti sebilangan besar rakyat jelata, saya juga berpendapat bahawa Abdullah memang tidak lagi layak memimpin UMNO dan Malaysia! - Ruhanie Ahmad

Saturday, December 15, 2007

Bahagian Satu:
Matlamat Menghalalkan Cara
(The Ends Justify The Means)

Hari ini banyak pihak di Malaysia mempolemikkan tindakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan beberapa undang-undang, termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebagai satu tindakan dan strategi “matlamat menghalalkan cara” - iaitu tindakan untuk memulihkan kredibiliti dan integritinya yang tercemar dan kepimpinannya yang amat tergugat akibat ledakan gelombang rakyat pada 10 November 2007.

Saya tidak akan mengambil apa-apa kesimpulan terhadap persepsi dan polemik umum seperti ini. Bagaimanapun, ikutilah dulu hujjah-hujjah mengenai beberapa tindakan “matlamat menghalalkan cara” yang kini sudah menjadi sejarah dunia seperti di bawah ini.

Tentera Bersekutu menggunakan serangan Pearl Harbor pada 7 Disember 1941, untuk memaksa Amerika Syarikat (AS) menyertai Perang Dunia Kedua.

Presiden George W. Bush AS, menggunakan peristiwa serangan 11 September 2001, di PWTC, New York, untuk menghalalkan Peperangan Anti-terorisme Global (PAT) – peperangan ke atas umat Islam bermula di Afghanistan pada 7 Oktober 2001.

Matlamat Strategik

Presiden Bush juga menggunakan alasan memusnahkan WMD untuk menghalalkan AS menyerang dan menjajah Iraq mulai 18 March 2003, dan kemudiannya membunuh Saddam Hussein pada 30 Disember 2006.

Seluruh peristiwa di atas mempuyai matlamat yang mendesak, penting dan strategik. Kesemua matlamat itu mesti diperolehi dengan apa cara sekalipun - tanpa mengira sama ada cara untuk mencapai matlamat tersebut menyebabkan pemusnahan harta benda dan pembunuhan umat manusia yang tidak berdosa.

Inilah yang dikatakan pendekatan “matlamat menghalalkan cara” atau “the ends justify the means.” Pendekatan ini lazimnya dilakukan oleh pihak-pihak yang hanya memikirkan soal survival dan kepentingan yang sempit.

Soal survival dan kepentingan sempit ini pula selalunya berkisar kepada soal kuasa – soal memperolehi kuasa, soal mengekalkan kuasa dan soal pengunaan kuasa.

Konspiarasi

Pendekatan “matlamat menghalalkan cara” ini lazimnya dirancang dan dilaksanakan secara rahsia. Ia juga membabitkan banyak tawar-menawar, persekongkolan atau konspirasi di kalangan pihak-pihak yang terlibat.

Pendekatan ini kemudiannya dihalalkan menerusi rasional yang kononnya selaras dengan kepentingan masyarakat umum. Dan, proses menghalalkan rasional ini pula diwar-warkan secara meluas dan fokus menerusi propaganda yang penuh kepalsuan, penipuan dan pembohongan.

Bagaimanapun, kesan kepada strategi “matlamat menghalalkan cara” ini lazimnya sangat dramatik, boleh menyemarakkan sentimen kekitaan di kalangan sesuatu kaum atau kelompok agama, dan boleh juga menyebabkan anarki dan pertumpahan darah antara satu puak dengan puak manusia yang lainnya.

Strategi “matlamat menghalalkan cara” ini kerap kita saksikan di abad ke-21 ini. Ia bermula dengan tragedi 911. Kesannya, Afghanistan diserang dan dijajah. Harta benda musnah. Umat manusiannya menjadi korban senjata nuklear. Afghanistan jadi padang jarak padang tekukur. Kepimpinan Afghanistan ditukar, dan pengusaha-pengusaha minyak Barat pun menguasai telaga minya dan gas di Asia Tengah.

Bom Di Bali

Kita lihat juga peristiwa bom di Bali, Indonesia, pada akhir 2002. Peristiwa ini adalah contoh terdekat kepada kita di mana pendekatan “matlamat menghalalkan cara” telah dilakukan di rantau ini.

Pengeboman di Bali dilakukan oleh pihak-pihak sekutu AS, baik Mossad atau badan rahsia Australia. Akibatnya, sekumpulan rakyat Australia yang bercuti di Bali telah terbunuh. Tetapi, keganasan yang kononnya dilakukan oleh umat Islam itu berjaya mencapai matlamatnya.

Matlamat utama: mengukuhkan kerajaan John Howard yang penglibatannya di Afghanistan ketika itu dibantah keras oleh rakyat Australia. Matlamat kedua: membolehkan Jemaah Islamiah (JI), sebuah pertubuhan Islam, dilabelkan sebagai pertubuhan teroris Islam sekutu al-Qaeda.

Matlamat ketiga: memburukkan imej umat Islam Indonesia yang jumlahnya adalah terbesar sekali di dunia. Matlamat keempat: supaya negara-negara Islam di Asia Tenggara - Indonesia dan Malaysia – mengharamkan JI dan turut mendukung semangat PAT.

Dan matlamat akhirnya: AS hendaklah diberi kemudahan dan sokongan dalam melaksanakan PAT di Asia Tenggara mulai 2002.

Hindraf Dan Khairy

Berasaskan seluruh hujjah di atas, sama-samalah kita rungkai persepsi dan andaian di kalangan segolongan rakyat jelata Malaysia yang mengatakan bahawa demonstrasi Hindraf pada 25 November 2005, serta kenyataan Hindraf yang provokatif terhadap UMNO, orang Melayu dan umat Islam, adalah satu konspirasi ciptaan Khairy Jamaluddin selaku proksi kepada Abdullah.

Adakah ini satu persepsi yang tepat dan andaian yang betul? Mustahilkah kalau demonstrasi dan kenyayataan Hindraf yang sedang dipolemikkan adalah dirangka dan dilaksanakan untuk mengukuhkan kepimpinan Abdullah yang goyang dilanda gelombang rakyat mulai 10 November 2007?

Bukankah peristiwa ini menepati strategi “matlamat menghalalkan cara” yang dihuraikan di atas? Saya akan memperincikan soal ini dalam bahagian kedua. – Ruhanie Ahmad

Friday, December 14, 2007


Hari ini saya terleka melihat lenggok tari percaturan kuasa di hadapan mata. Lantas, saya pun teringat akan tiga dictum popular mengenai kuasa, iaitu: power corrupts, absolute power corrupts absolutely; the ends justify the means; dan terbaru sekali, the politics of deception.

Tetapi, kerana saya tidak ada selera menulis apa yang sedang saya lihat di depan mata, cukuplah sekadar saya ceduk satu essei mengenai kuasa yang saya siarkan di bawah ini.

Essei ini saya tujukan khas kepada seluruh pihak yang sedang berada di persada kuasa tanah air dan mereka yang sedang dijebak dengan sindrom gila kuasa, tamak kuasa, salahguna kuasa dan sebagainya.

Saya mohon maaf kerana tidak kesempatan untuk menterjemahkan essei ini ke dalam Bahasa Melayu pada pagi ini. – Ruhanie Ahmad

The history of man is a history of rule or ambition to rule. It is not, as Marx claimed, a history of constant class struggle between bourgeoisie and proletariat, even though class struggle may be derived from the fundamental division of society into “rulers” and “ruled.” An important part of this history is the continuous “race to the top” among self-centered power seekers, trying to gather as large a number of subjects as possible to rule.

As is shown by Lord Acton’s famous words of wisdom that “power corrupts,” what characterizes the history of man is the corrupted leaders blinded by their power and might. Throughout history, monarchs, religious and ideological leaders, as well as elected presidents go crazy. The French king Louis’ XIV claim “L’Etat, c’est moi” (I am the State) is typical to the leaders then and now.

Power does corrupt, and absolute power corrupts absolutely. Lord Acton did not, however, identify the meaning of power and corruption fully; his “truth” is only a half truth.

Great men and women coming to power may use it wisely, and bring peace and prosperity to the land as in the Disney sagas. At least for a very short while; the real kings and queens of history have truly been tyrants oppressing the people to gain personally in prestige or wealth. The ones called “the Great” are worse than the other rulers in the subjection and killing of “ordinary” men; winning many wars (read: killing a lot of people) does not make a man great; on the contrary, it shows his inability to use his intelligence and to reason.

The wars between countries (read: states) throughout history are overwhelmingly started not because of pressure from the people. The men in the kingdoms were the ones being slaughtered in the kings’ wars, and the women, children, elderly and disabled were left to take care of their chores on the farms as well as all the men’s. And they were all being heavily taxed to finance the wars in order to gain prestige for their ruler.

Some (civil) wars were nevertheless started by “the people,” but it has through the years only been used as a final resort to get rid of a much too oppressive ruler. Most civil wars have nothing or almost nothing to do with the people; they derive from either a ruler’s attempt to force his (it’s usually a man) subjects to obedience, or a power-seeking aristocrat seeking to increase his powers.

The same is true in our “civilized” time; no wars have been started because it is a just war supported by the people – it is always the chiefs of the state making the decision. War has always to do with an attempt to increase (or somebody’s attempt to reduce or take over) the powers of the chief: Hitler aimed to increase his powers by increasing the size of Germany; the Soviet leaders wished to rule the world under communism; Iraq’s Saddam Hussein tried to put Kuwait under his rule; the Serbian leader Milosevic wanted to increase his Serb domain; and George W. Bush sought to stabilize his presidency through invading Afghanistan and Iraq.

The “power game” has reached its peak during our age, the age of democracy. With democracy, it is in everybody’s theoretical reach to gain power over everybody else, indeed making society an eternal struggle between individuals and groups for power. Marx would have been correct in this “power struggle” if he had seen the 20th and 21st Century democracies, but he never saw democracy in full.

The ordered and organized society of history has thus weakened in favor of the power struggle in democracy. This has also unleashed the power-seekers throughout society. These people, corrupted to the very soul with their pathological quest for power, have in democracy a foundation from which to enslave their fellow men.

The part of the truth Lord Acton did not realize when stating “power corrupts” is that the corrupted seek power. Only people not able to grow tall from their own efforts and achievements seek to subdue their fellow man; only people not being able to find comfort in their own mind seek to silence others; those who are unable to produce their own wealth aim to confiscate the wealth of others.

Power does really corrupt, but it is as true that corrupt people seek power.
- March 4, 2004


Tuesday, December 11, 2007

Sejahteralah Wahai Abdullah Badawi
Perintah Malaysia Satu Penggal Lagi!

Sejahteralah dikau wahai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sejahteralah hendaknya dikau yang sudah pun mengumumkan bukan mahu jadi Perdana Menteri sepenggal cuma.

Sejahteralah dikau wahai Abdullah kerana kesemua musuh sudah ditahan dan ditangkap, dari seorang anak remaja, kepada seorang penoreh getah, hinggalah kepada majoriti pemimpin pembangkang yang besar dan kecil pangkat dan kedudukannya dalam parti masing-masing.

Sejahteralah dikau wahai Abdullah kerana kesemuanya adalah musuh-musuh yang dikau sifatkan sebagai bertindak mahu menghalang kekuasaanmu di bumi tercinta ini buat sekian lagi lamanya.

Bagaimanapun, satu persoalan khusus di kala dikau dalam keadaan bergembira. Mengapakah dan kenapakah dikau wahai Abdullah, lepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tangkapan di Lapangan Terbang KLIA pagi tadi?

Kenapa hanya ditahan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di dalam kereta dan kemudiannya diizinkan beliau pulang ke rumah, katanya atas tahanan rumah, atau house arrest?

Adakah dikau khuatir dan bimbang tahanan ke atas Anwar akan mencetuskan satu gelombang penentangan yang hebat, galak dan menyemarak di seluruh negara?

Apa yang anda takutkan? Tahanlah Anwar dan ramai lagi pembesar pembangkang. Tangkaplah mereka beramai-ramai, biar suasana politik negara jadi lebih meriah dan anda juga tambah sejahtera. Tindakan seperti ini barulah sesuai dengan kata-kata anda sendiri: “saya pantang dicabar”!

Dan, sebelum dikau meneruskan tangkapan demi tangkapan seterusnya, (mungkin tidak lama lagi termasuk tangkapan ke atas blogger seperti saya), harap-harap dikau sudilah bertanya kepada diri anda sendiri dengan jujur dan ikhlas. Tanyalah diri sendiri dengan persoalan ini: adakah politik negara ini jadi kelam-kabut dan kucar-kacir seperti sekarang jika dikau kuat dan tidak pincang dalam menguruskan negara tercinta ini?

Fikir-fikirkanlah. Tidakkah segala-galanya berpunca daripada diri dikau sendiri yang lemah dalam melaksanakan mandat rakyat jelata untuk mentadbir negara? Fikir-fikirkanlah dengan sebaik-baiknya!

[Posting ini didedikasikan khas kepada mereka yang ditahan (melainkan pihak Hindraf) pada hari ini, semalam dan sebelumnya. Semoga anda semua sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.] – Ruhanie Ahmad
Orang Kuat Hindraf
Ditangkap Oleh Polis

Kuala Lumpur, 11 Disember 2007: Penasihat Undang-Undang Hindraf, P Uthayakumar, 46 tahun, ditahan oleh pihak polis, di sini hari ini.

Beliau telah di bawa ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, untuk dibacakan pertuduhan ke atasnya.

Sumber-sumber memberitahu blog ini, Uthayakumar kemungkinan besar ditahan kerana peranannya menganjurkan demonstrasi Hindraf di Kuala Lumpur pada 25 November 2007.

Ahad lalu, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, dan Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua, di tahan kerana membabitkan diri dalam penganjuran gelombang kuning, di Kuala Lumpur pada 10 November 2007.

Empat orang peguam dan empat lagi aktivis pula ditahan juga kerana terbabit dalam satu acara berjalan kaki secara beramai-ramai sejauh dua kilometer, di Kuala Lumpur, pada 10 Disember 2006, sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut semalam.

Sementara itu, satu pertubuhan persahabatan Islam dijangka mengadakan satu demonstrasi di Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 16 Disember 2007.

Oleh kerana pertubuhan ini dikatakan penyokong kuat Abdullah, banyak pihak berminat untuk mengikuti perkembangan sama ada pihak polis juga akan melakukan tangkapan ke atas para penganjur demonstrasi itu kelak.

Bagaimanapun, persepsi umum pada hari ini membuat satu kesimpulan bahawa segala demonstrasi baru-baru ini mungkin tidak berlaku kalau Pentadbiran Abdullah dikatakan tidak lemah dan tidak pincang. Adakah begitu hakikatnya?

Monday, December 10, 2007

Abdullah Dah Mulakan Tangkapan
Untuk Lemahkan Penentangnya?

Ahad, 9 Disember 2007: Polis hari ini menahan Mohamad Sabu (Naib Presiden Pas), di Ipoh; Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), di Johor Bahru; serta empat orang peguam dan empat orang aktivis, di Kuala Lumpur.

Penahanan Mohamad Sabu dan Tien Chua dipercayai berkaitan penganjuran gelombang kuning di Kuala Lumpur pada 10 November 2007.

Ia juga dipercayai sebagai langkah menakut-nakutkan orang ramai yang dijangka menunjuk perasaan di hadapan Bangunan Parlimen Malaysia pada 11 Disember 2007 untuk membantah pembentangan rang undang-undang bertujuan menyambung perkhidmatan Tan Rashid Abdul Rahman sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Empat peguam dan empat aktivis terbabit pula ditahan kerana menganjurkan upacara berjalan kaki secara aman dan beramai-ramai daripada pusat membelibelah Sogo menuju ke Bangunan Majlis Peguam kira-kira dua kilometer daripada pusat membelibelah berkenaan, sempena Hari Hak Asasi Manusia esok.


Seluruh tangkapan di atas membuktikan bahawa sebahagian daripada ura-ura yang tersiar dalam blog ini pada Sabtu, 8 Disember 2007, sudah jadi kenyataan.

Perkembangan ini juga membuktikan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan dalam keadaan yang sangat tertekan sejak gelombang kuning pada 10 November 2007, kini mula menggunakan beberapa undang-udang tertentu bagi melemahkan kelompok yang menentang pentadbirannya.

Sempena tangkapan di atas, Abdullah membuat kenyataan di Petaling Jaya bahawa “kerajaan tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang negara.”

Berasaskan kenyataan ini, moga-moga Abdullah akan menggunakan undang-undang “tanpa mengira bulu” juga walaupun ke atas kroninya yang terlibat dengan apa-apa kesalahan seperti rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lainnya.

Dalam pada itu, banyak pihak menyifatkan tangakapan yang dilakukan hari ini pasti akan menyemarakkan lagi rasa marah dan penentangan segolongan rakyat jelata yang kini kecewa dengan kelemahan dan kepincangan pentadbirannya. – Ruhanie Ahmad

Saturday, December 08, 2007

Sejahterakah Malaysia
Jika 15 Di Tahan ISA?

Limabelas individu – 5 bloggers dan 10 pemimpin pembangkang serta Hindraf – mungkin dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Itulah khabar angin terbaru yang melanda Kuala Lumpur sepanjang hari ini.

Empat daripada lima bloggers yang dijangka terbabit sudah pun dinamakan. Mereka adalah daripada kalangan bloggers dan pemilik portal berita terkenal di tanah air.

Bagaimanapun, nama seorang lagi blogger yang dijangka dikenakan tahanan ISA masih dirahsiakan atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Adakah yang seorang lagi adalah Ruhanie Ahmad @ http://kuda-kepang.blogspot.com?

Kita tunggu dan lihat. Kalau kisah yang membabitkan bloggers seperti di atas memang benar, sejahteralah Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya. Kalau tidak benar pun kisah di atas, sejahteralah juga Malaysia, Abdullah dan menantunya. – Ruhanie Ahmad

Friday, December 07, 2007

Apa Status Hindraf?

Hindraf memunculkan dirinya ke dalam arena politik Malaysia dengan seribu satu persoalan, kontroversi, provokasi dan juga misteri. Siapakah Hindraf?

Hindraf pelopor ekstremisme Hindu. Hindraf penganjur demonstrasi ganas. Hindraf memprovokasi orang Melayu dan umat Islam. Siapakah Hindraf?

Hindraf mempunyai hubungan dengan network teroris antarabangsa. Hindraf didakwa sebagai berkait rapat dengan satu kumpulan facist di India. Siapakah Hindraf?

Hindraf menjelajah dunia untuk memfitnah negara atas nama perjuangan kemanusiaan dan keagamaan. Hindraf didesas-desuskan sebagai sedang terlibat dalam satu konspirasi sebuah kuasa asing tertentu di Malaysia. Siapakah Hindraf?

Rakyat jelata mesti tau, siapakah Hindraf? Seekor merak kayangan yang amat bongkak semata-mata kerana bulunya indah dan berwarna-warni? Seekor naga perkasa yang tergila-gilakan pancaran sinar sebutir berlian legenda? Seekor cicak kubin atau mengkarung yang sentiasa pintar menukar warna badannya mengikut kesesuaian persekitarannya?

Rakyat jelata Malaysia hanya mula mengenali Hindraf setelah satu demonstrasi pada 25 November 2007. Tetapi, siapakah Hindraf sebenar-benarnya?

Adakah kebangkitan Hindraf merupakan satu penjelmaan babak konfrontasi dalam legenda klasik Mahabharata?

Adakah perjuangan Hindraf merupakan penjelmaan semula babak keperwiraan dalam legenda klasik Ramayana?

Siapakah Hindraf? Seekor kuda tempang yang dikatakan sedang ditunggang, diperalat dan dipacu oleh sesetengah pihak tertentu yang sedang tercungap-cungap, terkapai-kapai dan hampir lemas di sebuah lautan kekuasaan?

Sebenarnya, tidak ada siapa yang boleh memberikan jawapan autoritatif dan tepat mengenai Hindraf, melainkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (PPM), di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pembantu saya menghubungi PPM hari ini untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini mengenai Hindraf. Jawapan PPM kepada pembantu saya adalah seperti berikut:

Hindraf belum lagi berdaftar dengan PPM. Ia baru saja menghantar borang permohonannya kepada kami.

Memandangkan apa yang sedang berlaku sekarang, rasa-rasanya PPM akan menolak permohonan Hindraf untuk didafarkan.

Begitulah kisahnya Hindraf. Harap-harap Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, tau akan hal ini. Harap-harap Queen E pun dah maklum perkara ini. Begitu juga dengan PBB dan Mahkamah Dunia. – Ruhanie Ahmad

Thursday, December 06, 2007

Hindraf Tak Hindraf
Kuning Pasti Kuning

Hindraf tak Hindraf, kita pasti terus kuningkan Sabtu kita. Teruskanlah memakai warna kuning pada setiap Sabtu, kerana kuning adalah lambang ledakan gelombang rakyat yang mahu menuntut koreksi total kepada segala kepincangan dan kelemahan yang ada di negara kita.

Kuning adalah warna solidariti kita. Kuning adalah warna konsistensi perjuangan kita. Kuning adalah warna hati kita yang amat rindukan pembelaan terhadap pelbagai masalah rakyat jelata – dari soal kos hidup yang kian melambung kepada soal harga petrol yang kian meroket dan soal pembasmian korupsi yang hanya indah khabar dari rupa.

Kepada orang Johor, kuning adalah lambang protes kita terhadap WPI yang diwujudkan untuk Singapura. Kepada orang Selangor, kuning adalah warna protes kita terhadap berbillion ringgit wang rakyat yang ditelan naga PKFZ.

Kepada orang Terengganu, kuning adalah warna protes kita terhadap berbillion ringgit wang ehsan yang disambar puting beliung monsoon cup. Kuning juga lambang protes kita terhadap bedilan peluru hidup secara semberono kepada rakyat jelata yang tidak berdosa.

Kepada orang Melaka, kuning adalah warna protes kita terhadap tanah Majlis Agama Islam yang disewakan kepada kilang babi milik kapitalis Singapura.

Kepada rakyat jelata Malaysia seluruhnya, di mana sahaja mereka berada, kuning adalah lambang protes kita kepada segala kepincangan dan kelemahan yang perlu dirobah, diperbetul dan diatasi secara komprehensif dan segera.

Kuning dan kuning setiap Sabtu sampai banyak pihak jadi kenoneng dan banyak pihak jadi pening kerana yang kenoneng dan pening itulah punca segala kesengsaraan pada ketika ini.

Wednesday, December 05, 2007

Babak Sandiwara Hindraf
Arahan Proksi Abdullah?

Kiriman Politica

Di bawah ini saya siarkan komen daripada Politica mengenai Hindraf. Komen ini juga sukar untuk diterima penghujahannya. Tetapi, bacalah dengan dada terbuka dan minda out-of-the-box untuk memahami maksudnya yang tersirat. – Ruhanie Ahmad

Hanya orang bengap tak tau nak baca the power game behind Hindraf demonstration tempoh hari. Cuba ingat baik-baik. Demo Hindraf dibuat dua minggu selepas gelombang kuning. Adakah ini susulan demo gelombang kuning? Kerana ada juga manusia yang sama-sama dalam gelombang kuning pun ikut sama dalam demo Hindraf, tentu ada pihak akan percaya demo Hindraf tu memang follow-up kepada gelombang kuning. Tak gitu?

Kalau gitu, kenapa gelombang kuning aman damai, tapi demo Hindraf yang kononnya susulan gelombang kuning, kecoh dan ganas?

Di sinilah plot kisah kayu tiga bermula. Ganas kerana ada “teroris upahan” proksi Dolah dalam tu. Ganas pasal ada “teroris upahan” proksi Sami Velu dalam tu. Nampak tak permainan ni sekarang?

Dia orang buat gitu pasal nak buktikan propaganda Zam Maidin tu betul. Kan dia dah hebah tak putus-putus gambar demo ganas yang dia cedok dari luar negara. Pasal gelombang kuning tak ganas, Zam pun jadi bengap. Kerajaan Dolah pun kena hentam satu dunia sebab polis attack peserta yang tak mengganas dalam gelombang kuning.

Hindraf jadi ganas bukan atas pilihan keturunan India dan penganut Hindu Malaysia. Tapi, demo Hindraf jadi ganas kerana mungkin ada gembala yang arah proksi Dolah dan proksi Sami Velu untuk bayar “pengganas upahan” supaya ganaskan demo Hindraf. Ini semua berlaku kerana sigembala kepada proksi Dolah yang lemah tu, mahukan Dolah terus jadi boneka dia orang untuk perintah Malaysia. Dah fahamkan mainan ni sekarang?

Ala. Ini semua taktik black operation atau false-flag operation ala-mossad dan ejen Singapore. Sapa yang tak tau game puak-puak ni. Bom di Bali pun dia orang punya kerja jugak. Yang kena tuduh JI. Bom depan Kedutaan Australia di Jakarta pun kerja dia orang jugak. Bom tu pun kita tau datang dari mana.

Ini semua game CIA, MI6, ejen Australia, ejen Singapore dan Mossad. Dia orang ni tunggang je gelombang Hindraf untuk mansuhkan gelombang kuning, untuk kukuhkan Dolah yang ombang-ambing. Faham?

Betul macam Lamandau komen kat blog ni. Tergamak betul si proksi Dolah dan gembalanya ni. Pasal nak pulihkan imej Dolah yang goyang sebab kena langgar gelombang kuning, tergamak dia orang gunakan “pengganas upahan” cemarkan demo Hindraf. Lepas tu, dia orang manipulate pulak memo Hindraf. Dia orang masukkan yang bukan-bukan untuk provokasi orang Melayu dan Islam, biar marah dan terus pertahankan Dolah kononnya atas nama Melayu dan Islam.

Ini yang banyak orang Melayu-Islam atau keturunan India yang agama Hindu tak tau. Tapi, dalam tak tau, lepas tu tak mau ambik tau. Dalam tak mau ambik tau, nak ganyang sana dan ganyang sini pulak. Haru betul jadinya.

Inilah niat orang yang rancang false flag operation ni. Kerana nak kekalkan kuasa, dia orang sanggup laga-lagakan orang Melayu dengan keturunan India. Dia orang tergamak laga-lagakan pengikut Islam dan penganut Hindu. Inilah kerja terkutuk orang gila kuasa dan tamak kuasa!

Sabarlah brother. Baik Islam, baik Hindu, sabar. Baik Melayu, baik keturunan India, semua kena sabar. You all kena kuda dek gembala kepada proksi Dolah. Jadi, kalau hari ni ada Melayu nak marah, marahlah kat proksi Dolah dan gembalanya. Tak guna marah Dolah. Dia tu memang tak tau memanjang. Yang mati-mati nak Dolah berkuasa, adalah proksi dia. Yang siproksi pulak ada gembala. Maklumlah proksi ni lembu dah kena cocok hidung. Itulah sebabnya by hook or by crook, proksi Dolah dan gembalanya sanggup sampai nak perjudikan perpaduan kaum dan keharmonian agama di negara kita ni.

Saya mintak sapa baca komen ni bagitau kat proksi Dolah tu. Tanya dia, betul tak gembala dia dah hijacked demo Hindraf baru-baru ni? Ala. Kita pun banyak mata dan telinga. Macam saya kata tadi, hanya sibengap je tak tau nak baca game di sebalik Hindraf.

So, kita semua kena cool. Jangan kita semua masuk perangkap gembala kepada proksi Dolah. Kita cari jalan biar proksi Dolah dan gembalanya ni kita dedahkan permainan kotor mereka pasal nak kekalkan Dolah jadi PM.

The moral of the story here is: jangan sangka air tenang tak ada buaya. Jangan sangka proksi Dolah senyap sebab dia dah bengap. Jangan sekali-kali sangka begitu!!!!!! – Politica, Isnin, 3 Disember 2007, jam 1:13 pagi.

Monday, December 03, 2007

An Open Letter To Malaysian Indians

http://escapefromindia.wordpress.com
December 3, 2007

I stand against any discrimination of any human being in any parts of the world. But when it comes to HINDRAF outrage in Malaysia there are some questions one should ask to Hindu Action Right Force officials. As an Indian, I believe ethnic Indians in Malaysia, still enjoy more rights than Indian citizens who is living in their own country. Since the living standards of Malaysia is far higher than India, I agree that Hindus in Malaysia need a better deal. As a community with migrant history, majority of Malaysian Indians are Hindus while it also include a minuscule Muslim, Christian and Sikh presence. The so called “Indian” heritage in Malaysia cannot be limited with Hindu minority in Malaysia.

http://roncyberprince.blogspot.com
Demonstrasi Hindraf
Perkuatkan Abdullah?

Kiriman Lamandau

Di bawah ini adalah salah satu komen yang saya terima daripada posting terbaru saya mengenai Hindraf. Nadanya agak controversial. Tapi jangan cepat melenting. Cuba baca dulu komen ini dengan hati terbuka dan pemikiran out-of-the-box. Logik tak komen ini? Fikirkanlah sehalus-halusnya. – Ruhanie Ahmad

Akhir-akhir ini saham (politik) Pak Lah amat menurun. Terutamanya bila isu perlantikan Ketua Hakim dan gelombang kuning berlaku.

Pak Lah benar-benar tertekan sehingga tercetusnya strategi untuk memperalatkan Hindraf bagi mengembalikan sokongan orang Melayu terhadapnya.

Saya melihat gerakan Hindraf telah di orchestrated oleh Pak Lah dengan mempertaruhkan kaum India untuk memenangi hati sanubari orang Melayu menjelang PRU-12.

Bagi Pak Lah, undi kaum India "is dispensable." Kalau kalah pun kebanyakannya calon-calon dari kaum India.

Dengan mencetuskan sentimen seperti yang terjadi sekarang, Pak Lah berharap akan mengembalikan sokongan orang Melayu, termasuk mereka yang berada dalam partai pembangkang.

Ia juga bertujuan untuk melunturkan pengaruh dan momentum gelombang kuning yang telah mendapat tempat di hati rakyat.

Kalau telahan saya ini tidak meleset, maka adalah amat tidak bermoral sekali Pak Lah memperjudikan perpaduan antara kaum yang telah dipupuk dan dijaga oleh Tun Dr Mahathir selama 22 tahun.

Whoever advises Pak Lah to venture on this alignment, is a pariah!!!!! – Lamandau, Ahad, 2 Disember 2007, 10:24 malam.

Sunday, December 02, 2007

Hindu Rights Action Force:
Sentimen Melayu Dan Islam

Segolongan masyarakat Melayu dan Islam Malaysia kini dikatakan sedang emosional dan marah-marah terhadap Hindu Rights Action Force atau Hindraf.

Saya difahamkan keadaan ini menyebabkan segolongan masyarakat Melayu-Islam, tanpa mengira ideologi politik, dipercayai sedang memperkukuhkan sokongan mereka kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pentadbirannya.

Beberapa pendukung semangat Gelombang Kuning pula dikatakan kecewa kerana demonstrasi Hindraf baru-baru ini didakwa melunturkan usaha menyemarakkan gelora penentangan terhadap Abdullah.

Sebelum senario di atas menular dan melebar, dan untuk mencegah sebarang kemungkinan Hindraf mencetuskan persengketaan Melayu-India dan Islam-Hindu, wajarlah kita kaji kemunculan serta tindakan Hindraf baru-baru ini secara teliti dan berasaskan the bigger picture dalam konteks politik Malaysia serta geopolitik internasional mutakhir.

Saya sedang menyiapkan beberapa siri kupasan saya mengenai Hindraf. Saya akan cuba rungkai persoalan-persoalan berikut: Siapakah Hindraf? Mengapakah demonstrasi Hindraf dilakukan hanya seminggu selepas peristiwa Gelombang Kuning yang aman, di Kuala Lumpur, pada 10 November 2007? Apakah motif tersirat demonstrasi Hindraf? Mungkinkah ada dalang komponen Barisan Nasional (BN) di sebalik demonstrasi Hindraf? Mungkinkah wujud pihak ketiga, khususnya elemen-elemen asing, di sebalik Hindraf? Kalau wujud, siapakah pihak ketiga ini? Dan, apakah kesudahannya kepada kontroversi yang dicetuskan oleh Hindraf?

Anda yang ingin berkongsi pendapat atau sudi memberikan perspektif peribadi mengenai Hindraf berasaskan soalan-soalan di atas, sila poskan pandangan menerusi komen kepada posting ini atau pun menerusi email puteramaya@gmail.com dengan seberapa segera. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad

Saturday, December 01, 2007

Keengganan Beri Permit Polis:
Abdullah Di kritik Oleh Dunia

Rangkaian TV Aljazeera hari ini memetik Perdana Menteri India, Manmohan Singh, sebagai berkata yang beliau prihatin terhadap masalah yang dihadapi keturunan India di Malaysia berikutan tunjuk perasaan Hindraf di Kuala Lumpur minggu lalu.

Tiga hari lalu, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) membidas pentadbiran Abdullah kerana tidak memberikan permit polis kepada dua perhimpunan rakyat secara besar-besaran di Kuala Lumpur tempoh hari.

Beberapa hari sesudah gelombang kuning pada 10 November 2007, saya difahamkan terdapat 18 organisasi kemanusiaan dari kira-kira 14 negara, termasuk anggota ASEAN, telah membidas pentadbiran Abdullah kerana enggan membenarkan perarakan aman itu diberi permit polis dan kerana polis bertindak kasar ke atas rakyat jelata yang menyertai gelombang kuning.

Tahniah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kesilapan anda kini menyebabkan pentadbiran anda mula dijangkiti masalah diplomatik dan menerima publisiti negatif dari komuniti dunia.
Kuning, Kuning, Kuning, Kuning
Di mana-mana, Di desa Dan Kota!

Berikut adalah kiriman cebisan kisah gelombang kuning yang saya terima menerusi SMS dan e-mail puteramaya@gmail.com tengah hari tadi.

Ini membuktikan gelombang kuning memang terus meledak jadi gelombang rakyat di serata negara. Berita-berita lain mengenai gelombang kuning sila kirimkan kepada email di atas. – Ruhanie Ahmad

Saya berpakaian kuning dua kali seminggu - setiap Sabtu dan Ahad - sejak dua minggu yang lalu. Saya bersama gelombang kuning dan gelombang rakyat. - Haji Dollah Mujirin, Kuching, Sarawak.

Minggu lalu saya anak beranak pakai warna kuning. Kami shopping sakan di Batu Pahat. Rupa-rupanya memang ramai lagi rakyat macam kami. - Salim Kardi, Batu Pahat, Johor.

Please count me in. I put on yellow today for peace, solidarity, fairness and justice. - John Sangkeng, Sibu, Sarawak.

Sejak kuda-kepang kempen kuning, setiap Sabtu saya pakai t-shirt kuning. Saya mau gelombang kuning berjaya sampai PM berhenti. - Nik Man Nik Ismail, Pasir Mas, Kelantan.

Saya peminat gelombang kuning di Sabah. Saya mahu gelombang kuning kasi PM tumbang dan KJ terlentang. - Eddy Inggus, Penampang, Sabah.

I was in yellow last Saturday. And in yellow again today. I am not scared. Yellow in beautiful. Yellow is the symbol of our peaceful protest to make Badawi resigns. - Jenny Teo, Seremban, Negeri Sembilan.

Saya juga pakai kuning mulai Sabtu dulu. Orang Asli pun mau ikut gelombang kuning. – Asmit Megar, Tapah, Perak.

Yes, Saturday is The Yellow Day. The day we have to show our unhappiness to our leader. I am part of the yellow wave. - Ganesan Murthy, Kepala Batas, Penang.