PEMUDA KEPALA BATAS
DESAK SEMUA JAWATAN DR. M DILUCUT
KEPALA BATAS 30 Okt. – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas mendesak semua jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan kerajaan dilucutkan segera berikutan tindakannya mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara melampau.
Ketuanya, Ahmad Darus berkata, penyokong Dr. Mahathir yang begitu bersungguh-sungguh menyokong tindakan bekas Perdana Menteri itu, juga harus dikenakan tindakan serupa.
Ini kerana, katanya, setiap ahli UMNO mesti sedar bahawa mereka harus akur kepada presiden sahaja dan hari ini Presiden UMNO ialah Abdullah.
“UMNO dan kerajaan perlu bertindak, jangan biarkan perkara ini berlarutan sehingga memecahbelahkan orang Melayu.
“Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden parti boleh dipecat oleh Dr. Mahathir dahulu, apakah beliau yang hanya bekas Presiden UMNO, bekas Perdana Menteri dan kini seorang ahli UMNO biasa tidak boleh dikenakan tindakan sama,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Katanya, tindakan Dr. Mahathir terus mengkritik Abdullah dan kerajaan secara terang-terangan dan membuta tuli adalah tindakan yang tidak wajar oleh seorang bekas Perdana Menteri kerana beliau seharusnya sedar kesannya kepada negara.
Ahmad menganggap apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir sekarang bukan hendak menegur tetapi mahu melihat Abdullah berundur.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm
Adakah Perlembagaan UMNO memaktubkan bahawa ahlinya “harus akur kepada presiden sahaja” seperti dinyatakan oleh PEMIMPIN BESAR (?) seperti di atas?
Adakah juga masuk akal bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang negarawan bertaraf dunia, bersikap “membuta tuli” bila beliau membuat kritikan terhadap sesiapa? – Ruhanie Ahmad.

ALUMNI KELAB UMNO LUAR NEGARA
KECEWA DENGAN TUN
TANJONG KARANG 30 Okt. - Pertubuhan Alumni Kelab UMNO Luar Negara kecewa terhadap sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terus mengkritik kerajaan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut Pengerusinya, Datuk Noh Omar, kritikan yang dilemparkan oleh bekas Perdana Menteri itu seolah-olah menggambarkan negara ini kini tidak lagi mengamalkan demokrasi.
‘‘Tun membuat tuduhan seolah-olah negara kita hari ini tidak lagi demokratik dan menjadi negara polis,’’ katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Saya tak mau beri respons kepada news di atas. Tapi, bacalah sendiri bingkisan SMS daripada seorang sahabat saya (pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian) daripada Johor, seperti berikut:

“Kalaulah Pak Lah dan KJ khususnya, berfikir atas premis bahawa Tunlah yang memberi peluang Pak Lah jadi TPM dan seterusnya PM, dan dia belum sebenarnya diuji kebolehannya, maka apalah sangat kalau dia meneruskan apa yang telah dirancang oleh Tun dan menerima teguran Tun. Dan Satu lagi ialah, kalau Tun dengan jasanya selama 22 tahun boleh dilupakan bila tak ada kuasa, Pak Lah mungkin lebih dilupakan lagi oleh PENGAMPU-PENGAMPU DALAM UMNO (huruf besar digunakan mengikut versi asal pengirimnya) yang sekarang sedang mengampu Pak Lah….”
Saya forwardkan mesej di atas kepada seorang sahabat saya di Kuala Lumpur. Inilah jawapan beliau: “Ini pandangan yang ikhlas dan betul. Bukannya macam sesetengah ahli UMNO yang tidak ada pendirian. Senang-senang buat statement minta Tun dipecat/lucut jawatan. Siapakah kita sebagai orang Melayu hari ini?”
Silakan.. Jawablah.. Siapakah kita sebagai orang Melayu pada hari ini? Ya.. Siapakah kita kalau ada di kalangan kita kini sudah parah dijangkiti SINDROM LUPA SEJARAH dan juga tenat dirasok oleh semangat keyjeyisme?
Insaflah. Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah antara segelintir anggota UMNO 1946 yang kini masih hidup dan terus berjuang demi agama, bangsa dan negara. Jadi, kalaulah kita terpaksa berbeza pendapat dengannya pun, lakukanlah secara bersopan, beradab dan bersusila. Jangan sampai nanti orang kata kita ni biadab dan kurang ajar!!!! – Ruhanie Ahmad

No comments:
Post a Comment