Tun Mahathir Terharu
Dengan Ucap Selamat
Daripada Rakyat Jelata
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, terharu dan berterima kasih di atas kiriman ucap selamat daripada rakyat jelata Malaysia di seluruh negara dan yang berada di perantauan yang dikirimkan kepadanya menrusi blog ini.
Beliau kini terus berehat di IJN, Kuala Lumpur, akibat serangan jantung yang minor tiga hari lalu. Katanya kepada blog ini, seluruh ucap selamat yang didedikasikan kepadanya adalah penawar bisa yang amat istimewa.
Tun Dr. Mahathir juga terharu dengan dorongan serta sanjungan yang diberikan kepada dirinya walaupun tidak lagi jadi Perdana Menteri.
Katanya, perjuangan beliau dulu dan sekarang adalah semata-mata demi agama, bangsa dan negara. Beliau berbangga kerana masih ramai rakyat Malaysia yang sudi menghayati prinsip perjuangan seperti ini.

No comments:
Post a Comment