Monday, November 06, 2006

KISAH KAKI CIPLAK
PAR EXCELLENCE!

Dua hari lalu saya ulang siar satu artikel saya untuk meraikan pemergian Pengarang Kumpulan NST, Brendan Pereira (BP), daripada suratkhabar UMNO ini pada Disember 2006. Bagaimanapun, saya tidak huraikan kenapa BP terpaksa mengundurkan diri daripada NST.

Hisss.. Malu betul saya tak tulis pasal BP ni. Rupa-rupanya, baru-baru ni dia “ditangkap basah” kerana menciplak. Kisah ciplak ini dihuraikan secara terperinci dalam blog sahabat saya, www. rockybru.blogspot.com. Anda ikutilah sendiri kisah sebenarnya menerusi blog berkenaan.

Malu betul dan haru betul. Itu pun UMNO bagi lagi dia nyawa sampai Disember 2006. Buat apa? Apa pasal Pergerakan Pemuda UMNO tak bising tentang isu ini?

Sungguh hairan. Amat aneh. Hari-hari ada saja suara yang minta Tun Dr. Mahathir Mohamad dipcatlah, dikenakan tindakan disiplinlah… Tapi, bila pasal BP seperti di atas, semua senyap. Ajaib betul. Agaknya manusia BP ni mesti kebal. Tangkal dia mungkin berbongkal-bongkal besarnya. Kalau tak, mana mungkin tak ada pihak berani bersuara pasal kes dia.

Saya tulis hal BP ni kerana saya harap semua pihak akan insaf bahawa kewujudan NST adalah hasil perjuangan UMNO Malaysia dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mulai 1972.

Lebih khusus lagi, kewujudan NST adalah hasil perjuangan Allahyarham Tun Razak Hussein, Allahyarham Datuk Harun Idris, Allahyarham Tan Sri Syed Jaffar Albar, Datuk Suhaimi Kamaruddin, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, serta beribu-ribu nasionalis Melayu di zaman tersebut.

Hasil iltizam, kelantangan dan kebijaksanaan merekalah NST menjadi satu akhbar berwibawa yang dicorak dan diuruskan oleh majority anak peribumi. Bagaimanapun, semuanya berakhir dua tiga tahun yang lalu.

Lihatlah sendiri apa yang sedang berlaku. Saya tak mau cakap banyak-banyak kerana nanti orang kata saya prejudis. Dulu saya pernah bertugas dengan akhbar berkenaan.

Tapi, anda lihatlah sendiri. Paling senang, belilah NST selama seminggu dan anda analisalah sendiri akan isi kandungannya, layanan beritanya, condong beritanya, citarasa beritanya, siapa penulisnya, siapa wartawan kanannya, kemana perginya wartawan-wartawan peribumi yang lama dan berpengalaman, dan sebagainya.

Daripada analisa mudah seperti di atas, anda akan dapat memprofilekan NST mutakhir ini di bawah pimpinan BP. Tapi, malangnya, akhir-akhir ini, BP pula kononnya dituduh menjadi seorang kaki ciplak par excellence!

Anehnya, NST milik UMNO. Bila BP sudah jadi sedemikian rupa, buat apa simpan dia lagi? Kenapa tak ada pihak-pihak dalam UMNO bersuara supaya BP segera meninggalkan NST?

Hari ini, soal NST dan akhbar The Malay Mail pula menggema dalam konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan. Apa tidaknya? The Malay Mail kini dah mengalahkan akhbar The Daily Mirror di London. Suratkhabar tu, kata orang, dah jadi suratkhabar seks. Tak percaya, bacalah tulisan Rockybru seperti berikut:

Sunday, November 05, 2006
SYED FEISAL'S PORN MAIL

Editor wannabe Syed Feisal Albar, who came to the defence of his plagiarist NST group editor late last week, will have a chance to look Najib Abd Razak in the eye and tell him why the Umno-owned Malay/Weekend Mail has turned to porn to sell papers.

At the KL Umno Convention today, the DPM lambasted the Kalimullah-led NSTP for allowing the Mail to degenerate to a porn trash. "Memalukan (shameful)", he said. This week's issue dedicated 57 of its 66 pages to sex. Front page blurbs scream "Fetish Files", "Celebrity Sex", "Hooters!", "Pole Dancing Tips", "Kinky Cakes".

The delegates took Najib's displeasure as a cue to scrutinize the state of the (new) Malay Mail and its weekend edition. Shahrizat Jalil, the Minister of Women, Family and Community Development, spoke out angrily against the newspaper editors for what they have done to one of the country's oldest English-language newspapers.

Although he is the CEO of NSTP, Syed Feisal has put himself directly in charge of the tabloid that was once known as The Paper That Cares. Under his charge, the Malay Mail changed from a paper that fought for the underdog to a kinky rag. Readership and sales numbers have fallen drastically in the past months and the desperation to check the slide may explain why the Weekend Mail has dropped all pretense of being a newspaper.

The Weekend Mail, by the way, is edited by an expatriate. -
http://rockybru.blogspot.com.

Demikianlah kisah BP dan NST. BP banyak tulis komen pasal Tun Dr. Mahathir kebelakangan ini. Dialah yang nampaknya seolah-olah menyemarakkan pertelingkahan Mahathir-Abdullah. Dialah yang kini mengepalai NST, surat khabar milik UMNO!

Saya harap, Datuk Seri Mohd. Najib akan bertegas untuk mengarahkan BP keluar meninggalkan NST dengan seberapa. Selepas itu, perbetulkanlah NST sewajar-wajarnya. Ini kerana NST adalah warisan peninggalan Allahyarham Tun Razak kepada UMNO. Dan, warisan itu adalah pusaka yang perlu dijaga dan dilindungi pada setiap masa.

Akhir kata, seperti telah saya katakan dua hari lalu, saya harap BP, kalau nak tinggalkan NST, janganlah cuba-cuba nak toleh kanan, toleh kiri atau toleh belakang. Jalan aje cepat-cepat kerana saya pasti, tidak ada sesiapapun yang akan rindua-rinduan terhadap anda! – Ruhanie Ahmad.

No comments: