MESEJ UNTUK TUN MAHATHIR
DARIPADA PUTERI LUAR ISTANA
Bukit put3: Terlebih dahulu saya wakili rakan-rakan puteri mengucapakan terima kasih kepada Datuk menyalurkan berita berhubung ayahanda bekas Presiden UMNO Tun yang kami hormati masuki IJN.
Sebaik mendapat berita ini, saya dan rakan puteri di seluruh Johor Darul Takzim berpakat solat sunnat bermohon ALLAH SWT berikan kesejahteraan kepada ayahanda Tun kami sayangi meneruskan perjuangan supaya Jambatan Bengkok terbina juga akhirnya.
Kepada DYMM Tuanku, kami berbangga menjadi rakyat mempunyai Sultan mengetahui jiwa anak Johor mahukan Gerbang Perdana menjadi kenyataan.
Andainya dibatalkan juga, saya serta rakan dalam puteri mohon maaf jika kami keluar meninggalkan parti keramat perjuangan datuk nenek kami.
Sampaikan salam kami kepada ayahanda Tun Dr Mahathir dengan iringan airmata puteri luar istana.- 3:12 AM
Meleleh juga air mata saya membaca mesej di atas. Ianya ikhlas, tulen, tegas, dan berprinsip. Saya cuma harap, sejukkanlah sikit hati yang tngah berang, supaya fokus perjuangan kita tidak luput dari pandangan. Puteri Luar Istana – Ruhanie Ahmad.
2 comments:
Saya bermohon kepada Allah swt berikan kesejahteraan kepada YABhg Tun cepat sembuh dan dapat hadirkan diri Perhimpunan UMNO kali ini untuk bersalam menciumi tangannya yang telah banyak berbudi pada bangsa, agama dan negaranya.
Saya bekas AJK UMNO dari salah satu bahagian di negeri terpanggil menyatakan hasrat yang sama seperti anak puteri luar istana akan membuat keputusan yang sama. Walaupun berat hati untuk meninggalkan perjuangan parti tetapi saya terpaksa meninggalkan juga kerana perjuangan kita kini tidak seperti zaman 60an dahulu. Keris lambang ketuanan melayu sudah tercalar melukakan perasaan hati anak melayu Johor. Ampun Tuanku, kaki anak belasan tahun yang memijak bumi istana ketika UMNO diujudkan dahulu bukan pendehaka pada parti tetapi perjuangan tidak seperti dahulu lagi. Sebelum mengundur diri, saya mengucapkan terima kasih kepada saudara Ruhanie menyediakan tempat bagi saya meluahkan perasaan membuat kenyataan ikhlas ini. Harapan saya YABhg Tun sentiasa sihat dan Allah swt sahaja dapat membalas budi baiknya dalam perjuangan meminpin negara disegani dunia.. Sembah salam dan mohon ribuan maaf dari insan perjuangan UMNO bermula 1961 bakal akhirkan perjuangan sekiranya YABhg Tun dipecat dari parti dan dihina pelbagai pekara sehingga mendapat tekanan begini rupa. YABhg Tun perjuangan kita belum selesai kata cucu saya yang menaipkan tulisan ini...
Salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia yang tahu menilai kebenaran, dapat membezakan kaca dan merjan, mencintai keamanan, memperjuangkan martabat bangsa dan nusa tercinta tanah leluhur ini.
Sejak pulang dari kerja lewat petang semalam saya begitu resah mengenangkan keadaan Ayahanda Tun Dr Mahathir yang saya anggap bagaikan bapa saya. Beliau terlalu banyak memberi dan membuka minda anak-anak bangsanya yang antaranya adalah saya. Agar mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Keyakinan diri (self esteem) kami para profesional dan akademia Melayu cukup menjulang tinggi di tanah leluhur bonda "Bolehland" ini.
Saya telahpun kehilangan kedua-dua ibu bapa yang tercinta. Siapa yang tiada lagi bapa dan faham bagaimana perasaan seorang bapa dalam berjuang membina kehidupan yang bermakna untuk anak-anak dan generasi hari muka pasti mengerti lagi menghurmati Yang Berbahagian Ayahanda Tun Dr Mahathir pencetus rasa bagga kami sebagai Rakyat Malaysia yang setanding minda dan jiwanya di persada antarabangsa.
Justeru saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada semua pembesar-pembesar negara yang telah terlalu biadap, celupar, bersikap kurang ajar terhadap Ayahanda Tun supaya bertaubat dan muhasabah diri.
Kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam: ingatlah DS bukanlah apa-apa sangat di mata Rakyat. Perjuangan Tuan tak sekerat mana pun. Apa yang diheboh-hebohkan sangat kalau sekadar mewar-warkan dengan gah kehadiran jutaan pelancong ke Melaka sedangkan seorang pun tak berkunjung ke Perkampungan 'Hollywood' Kg Duyong yang kini hanya tersergam tiang pagarnya saja. Seekor habuk pun tak mengintai ke Kg Bukit Katil tempat kelahiran Tuan sendiri! Tak seekor habuk pun yg mengunjungi Hang Tuah Mall. Jangan asyik berhairan diri menyangka diri seorang yg hebat! Tuan hanyalah seorang bekas kerani LLN suatu ketika dulu yg tak punya apa. Allah mengangkat Allahyarham Tun Ghafar Baba jauh lebih hebat, tinggi daripada Tuan sendiri! Ingatlah! Jangan asyik bermuka-muka memaparkan kejelekan sendiri. Rakyat sudah cukup matang menilai. Maklumat kini di hujung jari. Apa sangatlah Melaka Hari Ini Tuan itu kalau dibandingkan dengan nilai maklumat di www.mykmu.net, m.bakrimusa, Rockybru dll. Hanya yg dungu saja dan yg tak punya jati diri dan ideologi perjuangan saja yg masih tertonggeng-tonggeng mengikut perjuangan tin kosong Tuan. Insaflah. Kalian tak ke mana selepas Pilihan Raya Umum nanti.
Ahli UMNO Seri Tambak, Bukit Katil.
Post a Comment