Dasar Luar Malaysia Kini
Adalah Dasar Sang Kancil?
Oleh Ruhanie Ahmad
Datuk Seri Abdullah Ahmad mempunyai matlamat serampang dua mata sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya kepada para perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2006, di PWTC, Kuala Lumpur, 15 November 2006.
Pertama: Beliau mahu menjelaskan, memperincikan, masyarakatkan dan mengumnokan duabelas gagasan nasional yang beliau ketengahkan tiga tahun lalu sebagai pra-syarat pembinaan negara-bangsa yang lebih cemerlang, lebih gemilang dan lebih terbilang.
Kedua: Datuk Seri Abdullah seolah-olah memfokus serta mensasarkan sebahagian daripada ucapannya untuk menjawab beberapa isu dan kritikan terhadap kepimpinannya kebelakangan ini.
Contohnya adalah kandungan ucapanan Datuk Seri Abdullah mengenai dasar luar negara. Sekali imbas, ucapan itu hanya merupakan kenyataan biasa sahaja.
Tetapi, bila diambil kira perkembangan semasa, ucapan itu merupakan jawapan Datuk Seri Abdullah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kritikannya mengenai pembatalan Projek Jambatan Bengkok di Johor Bahru.
Ucapan itu juga seolah-olah menjawab titah DYMM Baginda Sultan Johor yang baru-baru ini mahukan Tambak Johor di pecah dan digantikan dengan sebuah jambatan yang baru.
Ucapan penuh Datuk Seri Abdullah mengenai dasar luar negara adalah seperti berikut:
Gagasan Kesebelas: mempertahankan kedaulatan negara bangsa di peringkat antarabangsa.
Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali sentiasa gigih mempertahankan kepentingan nasional. Kita kekal bebas dalam dasar luar kita tanpa pernah tunduk kepada tekanan atau terpaksa meminta bantuan pihak lain.
Halatuju
Kita amat berbangga dengan kebebasan ini. Ia membolehkan kita merancang hala tuju negara tanpa perlu mengkompromikan kepentingan kita. Kita juga tidak membenarkan sesiapa mengambil kesempatan ke atas kita.
Kepentingan kita akan dipertahankan dengan sebaik cara. Kita tidak sekali-kali akan mendedahkan Malaysia kepada keadaan yang kedudukan kita boleh dikompromikan atau tindakan undang-undang dikenakan terhadap kita.
Setiap keputusan yang diambil adalah untuk melindungi kepentingan negara, tidak timbul soal berani ataupun takut.
Setiap yang dilakukan ada akibatnya. Kita tidak akan meneruskan sesuatu, jika akibatnya boleh mengkompromikan kepentingan nasional.
Nasional
Terdapat banyak cara untuk mempertahankan kepentingan nasional dan memelihara kedaulatan negara.
Kita boleh memilih untuk berkonfrontasi – bersuara lantang dan keras atau memilih cara diplomasi pintar.
Memilih saluran diplomasi tidak bermakna menjadikan diri kita lemah atau kita sudah mengalah.
Cerita-cerita lama orang tua melihatkan muslihat pintar sang kancil yang dapat mengatasi buaya, gajah, ular sawa dan harimau melalui pendekatan diplomasi.
Kaedah yang dipilih adalah laluan untuk sampai ke destinasi, yang penting kita mencapai matlamat; jika dengan berbisik lembut, matlamat tercapai, apatah perlunya lagi bagi kita mahu melaung.
Diplomasi
Datuk Seri Abdullah membuat kenyataan mengenai dasar luar seperti di atas dalam konteks diplomasi yang umum.
Kenyataan beliau bahawa “memilih saluran diplomasi tidak bermakna menjadikan diri kita lemah atau kita sudah mengalah” juga adalah pragmatik.
Tetapi, kenyataan beliau mengenai “cerita-cerita lama orang tua melihatkan muslihat pintar sang kancil yang dapat mengatasi buaya, gajah, ular sawa dan harimau melalui pendekatan diplomasi” sewajarnya diamalkan dengan penuh budibicara.
Ini penting supaya pendirian seperti di atas tidak diaplikasikan untuk semua perkembangan dan situasi. Ini juga penting supaya sesetengah isu diplomasi ditangani menerusi dasar serta strategi yang khusus dan tepat.
Kancil
Contohnya, cuba bayangkan dasar “kepintaran sang kacil” seperti di atas kita hubungkaitkan dengan isu diplomasi Malaysia dan Singapura kebelakangan ini, lebih-lebih lagi dalam konteks pembatalan projek Jambatan Bengkok.
Dalam konteks pembatalan projek berkenaan, bolehkah Singapura disifatkan sebagai “buaya, gajah, ular sawa dan harimau?” yang perlu dikalahkan oleh kepintaran kancil?
Dalam konteks pembatalan jambatan itu juga, apakah yang telah Malaysia perolehi daripada Singapura menerusi pendekatan “bisikan lembut”?
Singapura
Adakah Singapura menghargai diplomasi bisikan lembut? Mengapakah dalam konteks Singapura, diplomasi itu tidak boleh digandingi dengan laungan garang rakyat jelata?
Memang Datuk Seri Abdullah tidak membuat kenyataan mengenai dasar luar seperti di atas untuk memfokus jawapan kepada isu Jambatan Bengkok di Johor Bahru atau isu diplomasi mutakhir dengan Singapura.
Memang beliau juga tidak membuat ucapan mengenai dasar luar negara sedemikian rupa untuk menjawab kritikan Tun Dr. Mahathir mengenai pembatalan Jambatan Bengkok dan implikasinya kepada kedaulatan negara.
Jambatan
Tetapi, siapa boleh menghalang kalau kenyataan Datuk Seri Abdullah seperti di atas dihubungkaitkan dengan isu Jambatan Bengkok, kedaulatan negara dan juga kritikan Tun Dr. Mahathir kebelakangan ini?
Jadi, adakah kenyataan di atas merupakan sebahagian daripada jawapan kepada sebahagian kritikan Tun Dr. Mahathir kepada kepimpinan Datuk Seri Abdullah? Adakah kenyataan itu juga ditujukan kepada DYMM Sultan Johor dan rakyat Johor?
Kalau hakikatnya demikian, adakah Tun Dr. Mahathir dan mungkin juga DYMM Sultan Johor serta segolongan rakyat jelata Johor, berpuas hati dengan kenyataan dasar Datuk Seri Abdullah seperti di atas?
Apa pun, Datuk Seri Abdullah perlulah memberi ruang penyesuaian dari semasa ke semasa, supaya dasar luar Malaysia di abad ke-21 semestinya mengambilkira kebangkitan kelompok neoimperialis, atau penjajah baru, yang kian aktif untuk menguasai Asia Tenggara mutakhir ini!

2 comments:
Saudara Malaysia,
Tahniah, kerana menimbulkan banyak lagi isu yang lebih penting daripada isu yang dibangkitkan oleh Mahathir.
Banyak orang yang terpesona dengan kebijaksaan Mahathir menimbulkan isu jambatan dan satu dua isu lain, sehingga terlupa kepada beberapa isu lain yang mungkin lebih besar dan lebih penting.
Post a Comment