Persepsi Siasah Malaysia Terkini
Jangan Sorok Bawah Permaidani
Oleh Ruhanie Ahmad
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2006 akan bermula di PWTC, Kuala Lumpur, pada Isnin 13 November 2006. Ia akan berakhir pada Jumaat 17 November 2006.
Ini bermakna, mulai esok, perwakilan UMNO dari seluruh negara yang berhimpun di KL akan bercakap politik, pagi, siang, petang dan malam.
Mereka juga akan bercakap pasal seribu satu topik dan isu. Mereka akan melakar dan mewarnakan gossip dan khabar angin. Ada juga segelintir mereka yang mungkin mecipta serta menyebarkan fitnah.
Soalnya, apakah isu utama, agenda utama, gossip utama atau fitnah utama yang mungkin mendominasikan PAU kali ini, sama ada secara rasmi, mahu pun sebaliknya?
Mahathir
Saya bertanyakan soalan di atas kerana pihak-pihak yang kebelakangan ini dipercayai terlalu amat ghairah untuk menghentam, membelasah, membedal, melanyak, menibai, membalun, dan menyeligi Tun Dr. Mahathir Mohamad, nampaknya sedang menyesal panjang bila mantan Perdana Menteri itu kini menjalani rawatan di IJN, Kuala Lumpur.
Pihak-pihak berkenaan dikatakan dibelenggu dilema. Kalau mereka meneruskan rancangan mereka untuk memblasah Tun Dr. Mahathir secara habis-habisan dalam PAU kali ini, mereka mungkin dikecam oleh warga Malaysia yang sayangkan Tun Dr. Mahathir.
Kalau mereka tidak hentam Tun Dr. Mahathir kali ini, mereka bimbang akan kehilangan peluang berbuat demikian di masa-masa akan datang.
Oleh itu, kita seharusnya bersyukur kepada Allah SWT. Dengan kuasa dan kehendakNya jua, Tun Dr. Mahathir pun berehat untuk satu rawatan minor di IJN, Kuala Lumpur.
Berbalah
Hakikat ini sebenarnya menyelamatkan UMNO dari berbalah-balah, bersengketa dan bermusuhan sehingga boleh menyebabkan perpecahan yang serius dan parah.
Hakikat di atas juga menyelamatkan Tun Dr. Mahathir daripada di serang habis-habisan oleh sesetengah kalangan tertentu.
Serangan itu mungkin mendorong kepada PAU mengambil sesuatu keputusan dan tindakan yang drastik dan negatif terhadap Tun Dr. Mahathir.
Keputusan serta tindakan yang negatif dan drastik terhadap Tun Dr. Mahathir mungkin mencetuskan krisis serius di dalam parti.
Krisis
Bayangan krisis ini tercermin dalam beberapa bingkisan dan ucap selamat daripada beberapa pihak kepada Tun Dr. Mahathir seperti yang telah disiarkan dalam blog ini sejak 9 November 2006.
Bayangan krisis juga terpancar daripada reaksi segolongan rakyat jelata professional Malaysia yang sering mencetuskan luahan rasa mereka menerusi pelbagai lamanweb dan blog di ruang siber.
Hakikatnya demikian kerana segolongan rakyat jelata Malaysia memang kebelakangan ini telah tercalar dada dan jiwa masing-masing.
Kepimpinan
Sebab musababnya adalah berbagai-bagai dan berbza-beza. Tetapi, kesemuanya menjuruskan kepada sekelumit masalah asas - karenah segelintir manusia, kepimpinan dan kekuasaannya.
Karenah segelintir manusia, kepimpinan dan kekuasaannya ini membentuk persepsi rakyat Malaysia terhadap soal-soal kemajuan negara, kedaulatan negara, masa depan negara, dan hidup matinya negara di hari muka.
Bagaimanapun, persepsi seperti ini sentiasa disanggah dan dimusuhi kehadirannya. Dengan sewenang-wenangnya, ia dilabel dan dikategorikan sebagai fitnah. Pihak-pihak yang berusaha menonjolkan persepsi ini pula dicap sebagai puak kiri atau golongan penentang.
Realiti
Lama kelamaan persepsi ini menjadi realiti. Secara senyap, realiti berkenaan pula mendorong segolongan rakyat jelata Malaysia tercalar dada dan jiwanya.
Akibatnya, terjadilah apa yang disifatkan sebagai “perang dingin dan bangkangan” umum yang merbak dan menyemarak secara senyap bagaikan api dalam sekam.
Tetapi, siapakah sebenarnya bertanggungjawab kepada perkembangan seperti di atas? Atau, adakah perkembangan ini hanya mahu disifatkan sebagai dakyah dan fitnah semata-mata?
Diatasi

PAU kali ini wajar mengartikulasi perkembangan di atas. Demi agama, bangsa dan negara, perkembangan di atas adalah real.
Demi agama, bangsa dan negara juga, perkembangan di atas mestilah segera diatasi. Janganlah ianya disorokkan ke bawah karpet tanpa sebarang bicara.
Oleh itu, ambillah pendirian yang positif. Ambillah sikap yang positif. Ambillah keputusan yang pisitif. Dan, ambillah tindakan yang positif menerusi PAU kali ini. Segala-galanya perlu dilakukan demi agama, bangsa dan negara. Bukannya demi mempertahankan mana-mana individu tertentu, karenah dan kepimpinannya.
No comments:
Post a Comment