‘Bukan PM Satu Penggal’
Abdullah Perlukan Masa Jayakan
Rancangan Sedang Dan Akan Diatur
PUTRAJAYA 11 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau bukan Perdana Menteri satu penggal seperti yang ditohmahkan dan mengingatkan mereka yang mengganggunya: ‘‘Saya takkan lari.’’
Katanya, beliau memerlukan masa untuk menjayakan pelaksanaan rancangan-rancangan yang sedang dan akan diatur untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
Dengan polisi dan strategi baik yang disusun, jelas beliau, tentulah ia memerlukan masa lebih daripada satu penggal untuk dijalankan.
‘‘Saya takkan lari. I am here to stay... Saya ada pelan jangka panjang.
‘‘Saya akan berusaha memastikan bahawa projek-projek itu terlaksana,’’ katanya dalam wawancara eksklusif dengan Mingguan Malaysia di kediaman rasminya, Sri Perdana Rabu lalu. Wawancara itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-57 bermula Isnin hingga Jumaat ini.
Sambil menjawab tohmahan itu, katanya, beliau tidak akan membiarkan pelan-pelan pembangunan seperti Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), fasa 50 tahun kedua negara dan Wawasan 2020 yang telah diaturnya disia-siakan.
Abdullah yang sedar mengenai cakap-cakap tersebut berkata, pandangan sebilangan ahli profesional itu timbul kerana mereka meragui apakah rancangan-rancangan pembangunannya itu boleh dilaksanakan.
Selain itu, katanya, ia juga timbul kerana kegelisahan di kalangan peniaga dan kontraktor dalam suasana ketiadaan projek untuk dilaksanakan.
‘‘Mereka marah-marah sehingga membuat spekulasi dan persepsi begitu. Dalam keadaan begini, sayalah yang menjadi sasaran nombor satu kemarahan dan rasa curiga mereka itu.
‘‘Tetapi saya ingin ingatkan bahawa pada peringkat awal apabila saya ambil alih kepimpinan negara, sektor pembinaan berada dalam keadaan minus growth (tidak berkembang).
‘‘Tetapi pada waktu ini selepas lima bulan RMK-9 diumumkan kita sudah mula melaksanakan pelbagai projek di sana-sini,’’ katanya dalam wawancara hampir dua jam itu.
Menurut Abdullah, jika dilihat sekarang pelaksanaan terhadap projek-projek itu sudah dimulakan.
‘‘Selepas Wilayah Pembangunan Iskandar di selatan Johor, kita akan melancarkan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang dan selepas itu projek industri asas tani di Sik, Kedah,’’ jelas beliau.
Perdana Menteri akur, kegelisahan dan kemarahan itu dijangka berterusan dan mungkin mencetuskan ‘keributan’ dalam UMNO sekiranya kerajaan tidak menggerakkan sebarang projek pembangunan.
Sambil membidas kumpulan ‘pengganggu’ itu, beliau berkata, mereka yang membuat tohmahan ini ialah dari jenis manusia yang tidak akan menjadikan bangsa itu maju.
‘‘Macam-macam mereka perli. Itu memang perangai sesetengah manusia. Ini mentaliti kecil yang tidak boleh diubah,’’ tegas beliau.
Dalam wawancara itu, Abdullah yang juga Presiden UMNO menjawab pelbagai soalan merangkumi isu kepimpinannya, agama, politik dan ekonomi. - ZAINI HASSAN
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

No comments:
Post a Comment