Friday, November 10, 2006


Doa Untuk Tun Dr. Mahathir
Dari Anne, W-UMNO & Abang

Mesej yang membingkiskan dia dan harapan khusus buat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sedang di rawat di IJN Kuala Lumpur makin mencurah-curah dikirimkan mnrusi blog ini dan dua email yang brkaitan dengannya.

Anne: Datuk, terima kasih sediakan ruang bagi saya juga bersama wanita UMNO dari kawasan Subang Jaya menyatakan amat merasa sedih berita berhubung kesihatan YABhg Tun Dr.M kini di IJN.

Insya Allah di Subuh hari ini ramai rakan wanita UMNO yang saya temui di suatu tempat majlis semalam bermohon pada Allah semoga perkenaan doa kami YABhg Tun Dr.M cepat sembuh.

Kepada anak-anak puteri luar istana, saya berharap jangan bertindak begitu.. Tetapi, kalau YABhg Tun Dr.M dipecat dari parti, kemungkinan saya dan rakan lain turut sama mengikuti keputusan anak-anak puteri.

Sekian maaf jika ada perkataan yang tersilap kata.. – Datin N, USJ. - 4:57 AM

Abang: Datuk, sepanjang usia saya 39 tahun, hanya dua kali saya berasa sebak dan menangis i.e 21 tahun yang lalu ketika kematian ayah saya dan ibu saya 8 tahun lalu. Entah mengapa, hari ini perasaan ini datang kembali ketika membaca ucapan-ucapan untuk Tun yang Datuk siarkan di blog Datuk.

Doa saya semoga ALLAH SWT memberkati dan merahmati pemimpin TERULUNG kita ini dan dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Rakyat sentiasa bersama TUN!! - 9:10 AM

Jasni: Kelmarin 9 November 2006, saya tidak berkesempatan untuk mengikuti perkembangan terkini tanah air kita kerana kesibukan urusan.

Amat terkejut apabila membuka internet awal pagi ini memaparkan keadaan Tun. Saya mendoakan semoga Tun cepat sembuh seperti mana saya mendoakan ayah dan keluarga saya kesihatan tubuh badan yang baik. Insyallah. - 10:06 AM

Dedikasi Istimewa
Buat Tun Mahathir

Cetusan berikut hampir sama dengan suara hati Putri Luar Istana dan juga keluhan rasa Datin N. Saya siarkan cetusan ini sebagai renungan kepada para pembesar UMNO atau pun sesetengah pihak anak muda yang terlalu besar kepala dalam UMNO mutakhir ini.

Renungkanlah. Apa akan jadi kalau cetusan di bawah ini jadi realiti? Bayangkanlah. Apa akan berlaku kalau tindakan yang dibayangkan menerusi cetusan ini tidak dapat dielakkan? Siapa akan dipersalahkan kalau nasi menjadi bubur tidak lama lagi?

Bulohkasap: Saya bermohon kepada Allah SWT berikan kesejahteraan kepada YABhg Tun cepat sembuh dan dapat hadirkan diri di Perhimpunan UMNO kali ini untuk bersalam menciumi tangannya yang telah banyak berbudi pada bangsa, agama dan negaranya.

Saya bekas AJK UMNO dari salah satu bahagian di negeri, terpanggil menyatakan hasrat yang sama seperti anak puteri luar istana akan membuat keputusan yang sama. Walaupun berat hati untuk meninggalkan perjuangan parti, tetapi saya terpaksa meninggalkan juga kerana perjuangan kita kini tidak seperti zaman 60an dahulu.

Keris lambang ketuanan Melayu sudah tercalar melukakan perasaan hati anak Melayu Johor.

Ampun Tuanku, kaki anak belasan tahun yang memijak bumi istana ketika UMNO diujudkan dahulu bukan penderhaka pada parti. Tetapi perjuangan kini tidak seperti dahulu lagi.

Sebelum mengundur diri, saya mengucapkan terima kasih kepada Saudara Ruhanie menyediakan tempat bagi saya meluahkan perasaan membuat kenyataan ikhlas ini.

Harapan saya YABhg Tun sentiasa sihat dan Allah SWT sahaja dapat membalas budi baiknya dalam perjuangan meminpin negara disegani dunia..

Sembah salam dan mohon ribuan maaf dari insan perjuangan UMNO bermula 1961 bakal akhirkan perjuangan sekiranya YABhg Tun dipecat dari parti dan dihina pelbagai pekara sehingga mendapat tekanan begini rupa.

YABhg Tun, perjuangan kita belum selesai, kata cucu saya yang menaipkan tulisan ini... - 4:29 AM

Saudara Buloh-Kasap ni dari Segamat, Johor ke? Saya rasa ngeri dengar cetusan Saudara seperti di atas. Tapi, rasa-rasanya, itulah cetusan yang ikhlas dan spontan yang kini dialami oleh segolongan orang-orang kita di seluruh negara.

Harapan saya, janganlah kita ikutkan sangat rasa hati kita. Ikut rasa, binasa.Ikut hati, mati? Jadi bawalah bertenang. Kita mintalah bantuan Allah SWT. Semoga didatangkan kebenaran yang akan mmbantu kita memperkukuhkan jemaah perjuangan kita supaya tiada siapa yang berani mengganggu gugat kemrdekaan, maruah serta kedaulatan agama, bangsa dan negara. – Ruhanie Ahmad

Ayahanda Mahathir
Cepatlah Sembuh...
Biajid: Salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia yang tahu menilai kebenaran, dapat membezakan kaca dan merjan, mencintai keamanan, memperjuangkan martabat bangsa dan nusa tercinta tanah leluhur ini.

Sejak pulang dari kerja lewat petang semalam saya begitu resah mengenangkan keadaan Ayahanda Tun Dr Mahathir yang saya anggap bagaikan bapa saya. Beliau terlalu banyak memberi dan membuka minda anak-anak bangsanya yang antaranya adalah saya, agar mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Keyakinan diri (self esteem) kami para profesional dan akademia Melayu cukup menjulang tinggi di tanah leluhur bonda "Bolehland" ini.

Saya telahpun kehilangan kedua-dua ibu bapa yang tercinta. Siapa yang tiada lagi bapa dan faham bagaimana perasaan seorang bapa dalam berjuang membina kehidupan yang bermakna untuk anak-anak dan generasi hari muka pasti mengerti lagi menghormati Yang Berbahagia Ayahanda Tun Dr Mahathir pencetus rasa bagga kami sebagai Rakyat Malaysia yang setanding minda dan jiwanya di persada antarabangsa.

Justeru saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada semua pembesar-pembesar negara yang telah terlalu biadap, celupar, bersikap kurang ajar terhadap Ayahanda Tun supaya bertaubat dan muhasabah diri. - Ahli UMNO Seri Tambak, Bukit Katil, Melaka. -
9:16 AM

No comments: