RASHID GESA
MAJLIS TERTINGGI UMNO
AMBIL TINDAKAN DISIPLIN
PULAU PINANG 1 Nov. – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang hari ini menggesa Majlis Tertinggi (MT) menimbangkan tindakan disiplin terhadap bekas presiden parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang secara terang-terangan telah melanggar etika UMNO.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata, Dr. Mahathir yang kini anggota biasa parti, harus dikenakan tindakan kerana menghina parti apabila mengkritik kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Dr. Mahathir telah melampaui batasan sebagai seorang ahli UMNO apabila membuat pelbagai kritikan sehingga menjejaskan nama baik presiden dan parti dengan membuat pelbagai dakwaan seolah-olah UMNO dan kerajaan sekarang dipimpin oleh seorang yang tidak jujur dan tidak amanah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan perlembagaan parti, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana anggota UMNO jika melakukan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan nama baik parti dan Dr. Mahathir telah mengkritik kepimpinan parti dan kerajaan secara terbuka menerusi media massa.
“Dr. Mahathir tidak seharusnya dibiarkan bebas daripada tindakan dan MT harus mempertimbangkan tindakan disiplin terhadap beliau supaya ia menjadi pengajaran kepada semua anggota dan bekas pemimpin parti,” katanya.
Abdul Rashid yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, jika zaman kepimpinan Dr. Mahathir, mana-mana anggota yang membuat kritikan seumpama itu sudah tentu akan dikenakan tindakan disiplin dan tindakan yang sama harus diambil terhadap Dr. Mahathir sekarang. - Bernama
Dipetik daripada Utusan Malaysia 2 November 2006.
Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Pengerusi beliau adalah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden UMNO Malaysia.
Jadi, adakah kenyataan di atas mencerminkan kenyataan yang direstui oleh Datuk Seri Abdullah? Kalau direstui, mungkinkah Tun Dr. Mahathir dikenakan tindakan disiplin oleh MT? Kalau dikenakan tindakan disiplin, apakah implikasinya? Ramai lagikah yang mungkin menerima nasib seperti Tun Dr. Mahathir? – Ruhanie Ahmad.

1 comment:
dato resah ke jika TUN hatta sekalipun di pecat.
saya lihat TUN biasa biasa aje.
nak pecat saya pecatler, hak mereka..
itu TUN DR yg saya kenal dan ramai rakyat Malaysia kenal.
Sangat rasional, mengikut protokol, bijaksana, tak resah dek tekanan dan sentiasa mempunyai cara tersendiri yg selalunya lari dari pemikiran manusia lain dlm menyelesaikan permasalahan.
jika abdullah tulus, lama sudah beliau pecat khairy jamaluddin dari umno dan sebarang perkara yg berkaitan dgn kerajaan...
tapi beliau tidak mampu..mungkin beliau mampu membuang TUN dari UMNO, tetapi masalahnay adakah beliau mampu berterusan menghadapi TUN dikemudian hari.?
abdullah sesungguhny atersepit, dipecat atau tidak Mahathir sama seprti:
"keluar dari mulut harimau masuk ke mulur bahaya"
bahanya terhadap kepimpinan abdullah sama sahaja, malahan mungkin lebih berbahaya....
Post a Comment