Kenyataan Akhbar
KENYATAAN
KETUA PEMUDA UMNO KEDAH
MELAMPAU
Saya mewakili diri saya dan rakan-rakan dari Pemuda UMNO Bahagian Tampin dengan rasa dukacitanya merasakan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah yang mencadangkan keahlian UMNO Tun Dr. Mahathir digantung sebagai keterlaluan dan melampau.
Beliau dilaporkan berkata…Pemuda Kedah meminta pucuk pimpinan UMNO mengambil tindakan disiplin terhadap beliau mengikut peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan parti….tindakan displin sama ada amaran atau menggantung keahlian mesti diambil.
Saya berasa malu dan amat bersedih kerana kenyataan tersebut datangnya dari seorang anak Kedah. Malah beliau juga adalah seorang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi. Apakah dosa dan silap Tun Mahathir kepada Pemuda UMNO Kedah? Salahkah beliau menyuarakan pendapat serta pandangan sedangkan YAB Perdana Menteri sendiri tidak pernah menghalang mana-mana ahli parti untuk menyuarakan pendapat.
Sedih
Apa yang menyedihkan saya, Ketua Pemuda Kedah seolah-olah sudah hilang pertimbangan,adab dan adat Melayu yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan mengenang jasa orang yang terdahulu. Sedarkah saudara, di manakah Langkawi tanpa jasa besar Tun Dr. Mahathir?
Sebagai pemimpin, Mohd Rawi wajar menunjukkan kebijaksanaan dan keterbukaan dalam memahami isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir. Janganlah terikut-ikut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar saudara sehari sebelum anda membuat sidang akhbar. Seolah-olah seperti anda telah mendapat arahan untuk menyambut kenyataan MB anda.
Suruhan
Saya juga ingin mendapatkan beberapa penjelasan dari pihak saudara berhubung dengan kenyataan yang telah dibuat. Pertama, saudara mengatakan bahawa..kita telah duduk berbincang bagi mengetahui kenapa Tun buat buat pelbagai dakwaan dan kita mendapati ia bermatlamat. Soalan saya, bilakah perbincangan itu dibuat dan siapakah yang telah menghadirkan diri di dalam perbincangan itu? Atau saudara sebenarnya disuruh untuk mengeluarkan kenyataan tersebut? Juga, apakah matlamat yang dimaksudkan oleh saudara?
Rakyat
Kedua, saudara juga menyatakan bahawa..kenyataannya mewakili pihak ketiga yang ingin mengambil kesempatan ke atas kedudkan beliau sebagai bekas Perdana Menteri. Soalan saya, siapakah pihak ketiga yang dimaksudkan oleh saudara dan apakah justifikasi saudara untuk menuduh sedemikian rupa?
Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir adalah mewakili suara rakyat Malaysia yang sememangnya mengharapkan seseorang bertaraf seperti Tun Dr. Mahathir untuk menyuarakan pandangan serta ketidakpuasan hati mereka kepada seseorang yang bertaraf Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Bongkak
Janganlah saudara menjadi ahli UMNO yang angkuh dan bongkak hingga melupakan jasa-jasa orang yang lebih tua daripada saudara. Jangan satu hari nanti, anak-anak saudara pula yang akan membuat benda yang sama terhadap saudara seperti yang saudara sedang lakukan kepada seseorang yang banyak berjasa kepada negara seperti Tun Dr. Mahathir! Siapalah anda untuk mencadangkan agar UMNO menggantung keahlian pemegang nombor 00000001 UMNO!
Ingatlah, sikap angkuh dan kurang ajar inilah yang akan memecahbelahkan UMNO, bangsa Melayu, umat Islam seterusnya menggugat kekuatan UMNO di dalam Barisan Nasional. Janganlah memperbodoh-bodohkan kami dengan sandiwara saudara. Rakyat Malaysia kini sudah cerdik dan pandai.
Nasaruddin Mahamud
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin
019 282 2004
Sumber: Malaysia Today
http://malaysia-today.net/blog2006/letters.php?itemid=396

No comments:
Post a Comment