Berubahlah Sang Pemimpin
Kata Pemuda Dari Johor….
Di bawah ini saya paparkan pula cetusan Rz, anak seorang Ketua UMNO Bahagian di Johor.
Rz: Saya harap YABhg Tun Dr. Mahathir Muhamad dilimpahkan rahmat supaya cepat sembuh.
Izinkan saya menyentuh komen suadara Hd. Saya tidak terkejut dengan kenyataan dan komen Saudara kerana dalam minggu ini saja telah beratus pemuda UMNO cawangan di kampung saya sudahpun meninggalkan parti keramat dan menyertai parti keAdilan.
Tidak dinafikan telah mencapai ribuan pemuda UMNO aktif di kampung-kampung secara senyap telah meninggalkan parti UMNO.
Saya berani memberikan kenyataan ini kerana di kampung saya telah banyak pemuda UMNO tanpa segan meludah ke tanah bila mendengar nama parti UMNO.
Saya amat kesal dan merasa amat sedih bila warga-warga tua juga turut telah mengatakan mereka telah meninggalkan parti kerana merasa bosan dengan kepimpinan sekarang yang lebih utamakan menantunya dan menghina bekas Presiden YABhg Tun.
Saya akui di kampung saya kini UMNO tidak sehebat dahulu dan kemungkinan pilihanraya akan datang menjanjikan kemenangan besar pada parti keAdilan atau pun PAS.
Harapan saya agar pemimpin-pemimpin atasan berubah sikap dan renungkan apa akan terjadi pada pilihanraya akan datang ini.
Saya yakin dan percaya ramai masyarakat kampung saya tidak akan memberikan undi kepada BN jika mereka tetap menghina YABhg Tun dan menyokong tanpa erti pada Presiden yang hanya mendengar kata nasihat menantunya saja.
Akhir kata, saya mohon maaf seandainya terkasar bahasa dan ada menyinggung perasaan sesiapa. - Dari Rz, anak bekas Ketua UMNO Bahagian dari Johor Darul Takzim. - 10:28 PM
Sekali lagi, saya harap UMNO Malaysia akan memandang serius cetusan di atas. Ini kerana ianya bukan fitnah dan bukannya dakyah. Ianya adalah kenyataan semasa.
Selanjutnya, saya ucapkan terima kasih kepada Rz. Ya. Saya dah baca nota khusus Saudara kepada saya. Sewaktu Parit Raja di serang Parti IWAK atau Parti IKAN pada 1988, memang banyak kenangan manis dan pahit yang saya perolehi.
Satu kenangan pahit ialah saya nyaris disimbah asid oleh kumpulan IWAK. Keduanya, saya nyaris dipukul oleh sekumpulan komando IWAK. Tapi tak apa. Semuanya demi UMNO!
Pasal budak tu (yalah.. BUDAK TU) biarkanlkah!!! Apa yang saya harap, Rz pujuk-pujuklah kawan-kawan dan sahabat-sahabat kita yang tengah marah dan terbakar hati akibat kepimpinan mutakhir.
Pantang anak Johor cepat mengaku kalah. Kita perlu betulkan jemaah perjuangan kita dari dalam. Jadi, kita ambillah iktibar daripada perjuangan kita menghancurkan IWAK di Parit Raja. Bersatu teguh, bercerai roboh. Biar putih tulang, jangan putih mata. Patah saya bertongkat paruh, namun tetap terbang jua! Salam takzim dan salam perjuangan daripada saya. – Ruhanie Ahmad.
No comments:
Post a Comment