Sunday, November 12, 2006


Doa Buat Tun Dr. Mahathir
Daripada New York City, AS

Saya berbangga kerana mempunyai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang berani bersuara, walaupun pelbagai tomahan dilemparkan kepadanya. Rasa saya mereka yang melemparkan tomahan ini sebenarnya orang yang tidak tahu mengenang budi, kaki bodek juga kaki ampu sebab mahu jaga periuk nasi sendiri.

Nasihat saya kepada mereka yang melemparkan pelbagai tomahan kepada Tun supaya gunalah otak yang diberi Allah untuk berfikir, dan berfikirlah secara sedalam-dalamnya serta tanyalah diri kenapa Tun bersuara lantang.

Tentu ada sebabnya. Sebab yang mungkin kita (orang yang keluarkan tohmahan) tidak tahu... Dengan itu janganlah menjadi orang yang tidak mempunyai sopan santun kerana orang Melayu sememangnya dikenali melalui sopan santun yang tinggi dan berbudi bahasa.

Dikesempatan ini juga saya, suami dan beberapa rakan rakyat Malaysia mendoakan kesejateraan kesihatan Tun dan Tun Siti Hasmah dan dipanjangkan umur oleh Allah.

Kami di New York City akan sentiasa mendoakan supaya Tun dapat berehat dengan sepenuhnya serta cepat sembuh. - AC, New York City, Amerika Syarikat.

No comments: