Friday, November 10, 2006


DOA DAN HARAPAN
RAKYAT MALAYSIA
BUAT TUN MAHATHIR

Berikutlah adalah reaksi dan doa rakyat Malaysia kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini menjalani rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Reaksi dan doa ini diposkan kepada http://www.kuda-kepang.blogspot.com/.

Neutralsite: Kami rakyat Malaysia berharap Tun akan sembuh secepat munkin,semoga kesihatan Tun akan bertambah baik lagi. - 4:31 PM

Penarik Beca: "Other people have struggled against greater odds. What is there for me? If I have to struggle I will struggle by whatever means possible" - Tun Dr M

Izinkan saya memetik kata-kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa: "Semoga Allah menyegerakan kesembuhan Tun dan beliau dapat meneruskan peranannya yang sangat berkesan hari ini dalam memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara".

Dan, kata-kata Mahfuz Omar: "Ketika negara diancam oleh kelemahan kepimpinan yang ada kini, negarawan dihormati sepeti Tun sangat diperlukan untuk memperbetulkan keadaaan". - 4:51 PM

Zaliec: Sebagai seorang yang mengenang budi Tun, kami doakan semoga Tun sembuh dan menjadi penyuluh kepada “kecacamarbaan” pimppinan negara sekarang. - 6:37 PM
Cakapsiang: Semoga Allah segera menyembuhkan YABhg Tun yang kami kasihi. Kami masih memerlukan Tun untuk terus memberi kekuatan terhadap perjuangan kami. - 6:39 PM

A Voice: Tun you have my prayers and good wishes. We need you. However, I hope we begin to realise that its time we speak and do what need to be done ourselves than burdening Tun anymore.

Is that the "tongkat" that we have grown dependent? The "tongkat" that he will be there for us. And out of our selfish reason, we forgot that he is 82. - 6:59 PM

Mahaguru58: Bismillahirrahmanirrahim. Wassalatu wassalamu ala rasulillahi ajma in. Ya Rabb, Syifa tu bi iz nillah! Sihatkanlah hambamu Mahathir Mohamad dari keadaan nya sekarang jika ianya ada keredhaan dari mu Ya Rahman. Amin Ya Rabbal Alamin. - 8:53 PM

Berikut pula adalah mesej dan puisi buat Tun Dr. Mahathir yang dikirimkan menerusi e-mail kudakepang@postmaster..co.uk dan ron_kudakepang@yahoo.com.

22 Tahun Kita Hidup Bahagia

Selepas kau turun takhta,
Atas kerelaan hatimu yang bersih suci
Kau ingin lihat anak bangsamu terus gembira
Kau tinggalkan kami dengan sejuta kenangan
Dengan semua jerih perih usahamu selama ini ....

Selepas kau turun takhta
Aku bangga segala usahamu untuk Malaysia
Aku bangga dengan kejayaan yang ditempa
Aku bangga menjadi bangsa bermaruah dan merdeka
Aku bangga dipimpin olehmu ayahanda .....

Selepas kau turun takhta
Seluruh rakyat merasa kehilanganmu
Gempita sana sini memuji jasamu
Pujian dan penghargaan walaupun daripada musuhmu
Sebagai tanda terima kasih di atas budimu .....

Selepas kau turun takhta
Jiwa kami meronta-ronta
Penggantimu seolah-olah buta
Buta mata pekak telinganya
Kasihan kami mula menderita

Selepas kau turun takhta
Malaysia semakin akrab dengan Singapura
Bukan kerana sifat kejiranan yang didamba
Muslihat Singapura mengusai harta negara
Satu persatu hak kita mengalir ke sana ......

Selepas kau turun takhta
Aku, ibuku, ayahku, anak-anakku, cucu-cucuku pedih
Kehilangan seorang pemimpin yang gigih
Yang mempertahankan negara dari ditindih
Penggantimu menyimpang arah dengan hanya tersengih ...

Selepas kau turun takhta
Segala jasa budimu kami sanjung
Segelintir pula mula melencong
Membatalkan banyak projek yang membawa untung
Penjelasan yang diminta olehmu masih tergantung ....

Selepas kau turun takhta
Segelintir itu mula membuat nista
Terhadapmu ayahanda yang kami cinta
Jasa baktimu 22 tahun seolah tiada makna
Teguranmu dan kritikanmu
Mereka anggap tidak berguna ....

Mereka lupa!
Mereka buta!

22 tahun kita hidup bahagia .....

Aku tetap menyanjungimu
Ayahandaku Tun Dr.M.
Aku tetap menyayangimu
Ayahandaku Tun Dr.M.
Aku tetap mempertahankanmu
Ayahandaku Tun Dr.M.


AloQ StaQ
Kedah
2 November 2006


Datuk, bagaimana keadaan Tun Dr Mahathir? Harap Tun berada dalam lindungan Allah SWT dan cepat sembuh.Amin.


ANYWAY
[written by Mother Teresa]

People are unreasonable,
illogical and self-centered.
Love them anyway!

If you do good,
people will accuse youof selfish, ulterior motives.
Do good anyway!
If you are successful,
you will winfalse friends and enemies.
Succeed anyway!

The good you do
will be forgotten tomorrow.
Do good anyway!

Honesty and frankness
make you vulnerable.
Be honest and frank anyway!

What you spend years building
may bedestroyed overnight.
Build anyway!

People really need help
but may attack you if you help them.
Help them anyway!

Give the world the best you have
and you’ll get kicked in the teeth.
Give the world the best you’ve got anyway!

From Jefrey Ismail
lymans@yahoo.com


Salam Buat TUN yang disanjungi

Sampaikan salam kami anak Kedah yang bermastautin/bekerja di Pulau Pinang. Masih ramai rakyat Kedah yang menyokong dan menyanjung tinggi pengorbanan TUN. Tak semua yang membenci TUN sepertimana yang dikatakan oleh kepimpinan negeri Kedah. Semoga TUN akan cepat sembuh. Kami semua doakan TUN selamat menjalani rawatan di IJN. Insyaallah.

Regards,
Mohamad Nadzri Md Isa
019-4440…

UCAPAN SELAMAT UNTUK TDM
Bismillahir Rahmaanir Rahiim,

Mudah-mudahan Allah SWT mempercepatkan kesembuhan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohammad agar dapat meneruskan perjuangannya demi untuk agama, bangsa dan negara..

Insanbiasa
SABAH

Saya siarkan seluruh mesej, doa, harapan dan puisi di atas tanpa saringan untuk mencerminkan sentiment sebnar rakyat akar umbi kepada Tun Dr. Mahathir. – Ruhanie Ahmad

1 comment:

batalutu said...

Buat Tun yang dikasihi,
Semoga kesihatan Tun bertambah baik. Saya ingin memohon maaf kerana pernah membenci Tun suatu ketika dulu,namun Tuhan itu maha adil. Kebenaran tetapkan terserlah, maka ditunjukkan kebenaranNya. Lalu orang2 yg telah tersalah tafsir terhadap Tun akan lebih menghargai Tun. Kalau boleh, saya ingin berkhidmat utk Tun sementara hayat Tun masih ada, tapi apakan daya, saya hanyalah antara jutaan rakyat biasa yang punya komitmen lain yang lebih menuntut. Maka, doa jua yang mampu dikirimkan. Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan diberikan kesihatan yang lebih baik. Amin.