LARANGAN MENGKRITIK
Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
Tuan-tuan dan puan-puan, saya tidak lagi dapat bercakap dengan secara langsung.
Hari ini saya diberitahu majlis NGO di Baling pada 3 hb November 2006 sudah dibatalkan. Polis memanggil penganjur dan mengarah supaya majlis dibatalkan.
Perkida Johor juga diarah supaya batalkan jemputan kepada saya pada 1 hb November 2006.
Dengan ini sudah 14 jemputan kepada saya dibatalkan atas arahan Kerajaan Pak Lah melalui Johari Baharom, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Di masa yang sama semua media aliran perdana membuat laporan yang tidak berasas untuk memburukkan diri saya. Saya tidak boleh jawab, tidak boleh nafi walaupun laporan telah diputar.
Inikah yang dikatakan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar zaman Pak Lah. Segala saluran untuk seseiapa mengkritik kerajaan ditutup.
Jawapan Pak Lah dan konco-konconya tidak tertumpu kepada kritikan yang dibuat. Sebaliknya semua marah kerana saya membuat kritikan.
Jangan kritik.
Kalau nak kritik keluar dari parti.
Semua mesti akuar kepada Pak Lah.
Jika tidak buang jawatan.
Apakah pernah perkara seperti ini berlaku di zaman Dato Onn, Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan saya sendiri?
Tunku dan Tun Hussein bebas mengkritik saya. Tidak ada sekatan. Polis tidak menganggu sesiapa yang ingin dengar kritikan mereka. Tidak ada ugutan untuk bertindak terhadap Tunku dan Tun Hussein.
Percayalah apabila pemimpin tidak boleh ditegur dia akan salahguna kuasa. Dia akan utamakan kepentingan diri, keluarga dan kroni. Kepentingan negara, kepentingan rakyat akan diabaikan. Akhirnya negara akan rosak dan rakyat akan menderita.
Pak Lah dan keluarganya takut membenarkan saya bercakap kerana kebenaran apa yang saya akan perkatakan. Jika apa yang saya perkatakan tidak benar, tentu mudah untuk membuktikan apa yang saya kata adalah tidak benar.
Berani kerana benar.
Takut kerana salah.
Takutnya Pak Lah jika rakyat dengar saya ialah kerana dia dan konco-konconya bersalah.
Saya guna saluran ini kerana tidak ada saluran lain bagi saya. Sama-samalah kita renung perkara ini.
Sekian,
Dr Mahathir Mohamad
3 November 2006
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=520

1 comment:
Mahathir kini mungkin mula mengalami apa yang dilakukannya terhadap orang lain ketika dia berkuasa dahulu.
Pada zaman dia berkussa sebagai PM dahulu dia bukan sahaja tidak boleh dikritik, malah berbeza pendapat dengannya pun tidak boleh.
Dia begitu berkuasa sehingga banyak pendapatnya pun menjadi dasar kerajaan, yang sekarang sudah mula dipertikaikan( misalnya dasar meritokrasi dan penjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik).
Kita semua tahu kisah dua orang pengarang akhbar, Zainuddin Maidin dan Nazri, yang kehilangan kerja kerana mengkritik beliau.
Jadi apa yang dialami oleh Mahathir sekarang mungkin boleh ditafsirkan sebagai "pembalasan" ke atas "kezalimannya" dahulu.
Post a Comment