MAHATHIR-ABDULLAH
BERDAMAILAH...
(2)
ABDULLAH MR. CLEAN
KHAIRY BAGAIMANA?
KHAIRY BAGAIMANA?
Oleh Ruhanie Ahmad
Kenapakah kebelakangan ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad, dilanda masalah? Akibat penglibatan anaknya dalam sektor korporat? Kerana menantunya yang dikatakan menguasai Perdana Menteri menerusi strategi yang manipulatif? Pasal beberapa individu kontroversi yang sedang mencorakkan The New Straits Times? Angkara Patrick Lim? Hasil keceluparan mulut sesetengah anggota kabinetnya? Bahana Tun Dr. Mahathir Mohamad menyinga terhadap isu jambatan bengkok, AP, Proton, AV Agusta dan lain-lainnya? Atau, sebab kelemahan Datuk Abdullah sendiri dalam menguruskan negara?
Hakikat Datuk Seri Abdullah sedang bermasalah tidak boleh dinafikan. Hakikat ini diperkatakan oleh rakyat jelata di mana-mana sahaja di negara ini. Tetapi, ia tidak dibicarakan secara meluas menerusi media cetak. Sebaliknya, ia dihurai dan dianalisis secara terperinci oleh puluhan lamanweb dan juga blog tempatan.
Sebab itulah sebilangan generasi muda Malaysia, majoritinya golongan professional, kini sentiasa melayari pelbagai lamanweb dan blog tertentu di negara ini. Hari-hari, mereka membaca ratusan ribu perkataan mengenai Datuk Seri Abdullah dan menantunya, yang diposkan oleh rakyat jelata Malaysia ke dalam internet.
Asing
Akibatnya, seluruh bahan mengenai Datuk Seri Abdullah dan menantunya dalam internet, kini menjadi polemik umum. Kesemuanya disorot dari aspek kepimpinan negara dan neopotisme.
Kesemuanya dibicarakan secara meluas kerana kenyataan, keputusan dan tindakan Datuk Seri Abdullah sendiri kononnya dipengaruhi oleh inner circle yang kononnya ada pula yang memberikan kesetiaan kepada sesetengah kuasa asing.
Sebab itu saya pernah mencadangkan dalam blog
www.kuda-kepang.blogspot.com supaya Datuk Seri Lim Kheng Yaik dan agensi-agensi kementeriannya mengkaji seluruh luahan hati dan kemarahan rakyat jelata terhadap Datuk Seri Abdullah dan menantunya yang tersiar dalam lamanweb tempatan.Kenapakah kebelakangan ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad, dilanda masalah? Akibat penglibatan anaknya dalam sektor korporat? Kerana menantunya yang dikatakan menguasai Perdana Menteri menerusi strategi yang manipulatif? Pasal beberapa individu kontroversi yang sedang mencorakkan The New Straits Times? Angkara Patrick Lim? Hasil keceluparan mulut sesetengah anggota kabinetnya? Bahana Tun Dr. Mahathir Mohamad menyinga terhadap isu jambatan bengkok, AP, Proton, AV Agusta dan lain-lainnya? Atau, sebab kelemahan Datuk Abdullah sendiri dalam menguruskan negara?
Hakikat Datuk Seri Abdullah sedang bermasalah tidak boleh dinafikan. Hakikat ini diperkatakan oleh rakyat jelata di mana-mana sahaja di negara ini. Tetapi, ia tidak dibicarakan secara meluas menerusi media cetak. Sebaliknya, ia dihurai dan dianalisis secara terperinci oleh puluhan lamanweb dan juga blog tempatan.
Sebab itulah sebilangan generasi muda Malaysia, majoritinya golongan professional, kini sentiasa melayari pelbagai lamanweb dan blog tertentu di negara ini. Hari-hari, mereka membaca ratusan ribu perkataan mengenai Datuk Seri Abdullah dan menantunya, yang diposkan oleh rakyat jelata Malaysia ke dalam internet.
Asing
Akibatnya, seluruh bahan mengenai Datuk Seri Abdullah dan menantunya dalam internet, kini menjadi polemik umum. Kesemuanya disorot dari aspek kepimpinan negara dan neopotisme.
Kesemuanya dibicarakan secara meluas kerana kenyataan, keputusan dan tindakan Datuk Seri Abdullah sendiri kononnya dipengaruhi oleh inner circle yang kononnya ada pula yang memberikan kesetiaan kepada sesetengah kuasa asing.
Sebab itu saya pernah mencadangkan dalam blog
Saya juga cadangkan beliau membaca buku The Electronic Republic oleh Lawrence Grossman, Cyberethics oleh James Lynch, dan Vote.Com oleh Dick Morris, untuk mendapatkan perspektif jelas mengenai alam siber dan pengaruhnya kepada generasi internet.
Datuk Seri Lim tidak sensitif. Baru-baru ini, beliau dicabar oleh www.kickdefella.blogspot.com
dan www. undurlah.blogspot.com. Kedua-duanya menggesa Datuk Seri Abdullah mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri.
Datuk Seri Lim tidak dapat berbuat apa-apa. Ini kerana gesaan berkenaan adalah manifestasi demokrasi maya dan merupakan kebebasan bersuara menerusi internet.
Sensitif
Oleh itu, Datuk Seri Abdullah sendiri mestilah sensitif kepada seluruh maklumat mengenai dirinya dan menantunya yang kini terkandung dalam berpuluh-puluh lamanweb dan blog.
Tetapi, janganlah sensitiviti itu mendorong tindakan negatif terhadap bloggers dan pengoperator lamanweb tempatan. Sebaliknya, hendaklah mendorong beliau menganalisa seluruh maklumat mengenai dirinya dan menantunya yang disebarkan oleh lamanweb dan blog di negara ini.
Dalam hal ini, Datuk Seri Abdullah mesti ikhlas dan jujur. Beliau kena insaf yang beliau memegang amanah agama, bangsa dan negara yang perlu ditunaikan dengan sebaik-baiknya.
Datuk Seri Abdullah juga tidak boleh terasa hati bila ada kata-kata seperti di atas. Insaflah bahawa kemarahan segolongan rakyat jelata Malaysia terhadap beliau dan menantunya pada hari ini adalah real, hakiki dan sedang meluap-luap.
Task Force
Punca utamanya adalah apa yang ditakrifkan ramai sebagai kedolak-dalikan Perdana Menteri dalam menangani isu-isu strategik yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir.
Satu lagi adalah sikap serta perilaku Khairy Jamaluddin yang dikatakan menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap Perdana Menteri, kepimpinan negara dan kepimpinan UMNO.
Kalau tidak percaya, arahkanlah pihak bertanggungjawab mengenai ruang maya, ICT, perisian internet, buku, akhbar, majalah, dan jentera prisikan negara supaya memberikan analisis jujur dan terperinci terhadap seluruh komen wartawan, penulis, bloggers dan warga maya Malaysia terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah mutakhir ini.
Datuk Seri Abdullah juga wajar melantik satu task force untuk mengkaji seluruh sentimen, maklumat, maklum balas dan apa jua komen penulis, wartawan, bloggers dan warga maya terhadap dirinya, menantunya, kerajaannya, parti pimpinannya dan segala-galanya.
Seluruh pandangan, komen dan kritikan berkenaan perlulah dijadikan asas kajian menyeluruh terhadap status politik dan kerajaan Malaysia pada hari ini.
Dengan cara ini, Perdana Menteri dapat mempastikan benar atau tidak kepimpinannya umpama telur di hujung tanduk. Pastikanlah sendiri sama ada beliau perlu bertindak seperti sekarang, atau mesti melakukan perubahan radikal dan drastik dengan seberapa segera.
Ilusi
Kalau Datuk Seri Abdullah mahu terus dihiburkan dengan feedback yang indah-indah, manis-manis, dan lunak lagi merdu, siapalah yang boleh melarang. Beliau adalah Perdana Menteri!
Tetapi, kalaulah beliau memilih untuk terus hidup dalam ruang kepimpinan yang penuh ilusi, Datuk Seri Abdullah mestilah bersedia untuk dikejutkan dari lingkaran ilusi itu dengan suatu realiti yang mungkin pahit, getir dan memilukan.
Oleh itu, Datuk Seri Abdullah mestilah berani mengakui bahawa apa yang dibangkit dan diungkitkan oleh Tun Dr. Mahathir kebelakangan ini adalah sesuatu yang strategik demi maruah bangsa dan kedaulatan negara.
Datuk Seri Abdullah juga kenalah menerima hakikat bahawa soal Kamaluddin Abdullah, Khairy Jamaluddin, Datuk Kalimullah Hassan, Brendon Preira, Patrick Lim dan lain-lainnya adalah satu realiti dan bukannya fitnah.
Khairy
Oleh itu, kalau benarlah segala masalah yang mencengkam Datuk Seri Abdullah pada hari ini adalah akibat menantunya, ayuh segera kita selamatkan Datuk Seri Abdullah yang kita kasihi!
Khairy pula tak payah tanya lagi sama ada dia merupakan liabiliti kepada UMNO. Jawapnya tidak. Tetapi, adakah dia liabiliti kepada Datuk Seri Abdullah? Tepuklah dada, tanyalah selera!
Rakyat Malaysia masih mahu menerima hakikat bahawa Datuk Seri Abdullah adalah Mr. Clean dan Mr. Nice Guy. Beliau memerlukan sokongan yang lebih padu daripada kita semua.
Saya yakin sokongan itu akan datang berlipat-ganda. Syaratnya, Datuk Seri Abdullah kenalah berkorban. Hapuskanlah apa jua yang tidak serasi dengan kehendak rakyat jelata pada masa ini. Tegakkanlah mana yang pincang. Jernihkanlah mana yang keruh. Yang tua, dimuliakan. Yang dulu, dihormati. Bertindaklah mengikut suara hati, lagu jiwa dan bisikan sukma sendiri.
Datuk Seri Abdullah, carilah jalan damai secara ikhlas. Ini kerana majoriti rakyat Malaysia memang sangat-sangat merindui kedamaian. Tetapi, kedamaian antara beliau dan Tun Dr. Mahathir mestilah dicapai secara jujur demi agama, bangsa dan negara tercinta! – Artikel ini telah disiarkan oleh tabloid Siasah 1-15 November 2006.

No comments:
Post a Comment