Friday, November 03, 2006

TIADA TINDAKAN
KEATAS DR MAHATHIR...

Perhatian bertumpu kepada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung di ibupejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.Ramai yang menduga pasti ada sesuatu berita menarik bakal muncul mengenai isu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dugaan seumpama itu tidak dapat dielakan berikutan suhu kontroversi ini terus memuncak setelah pertemuan empat mata antara bekas Perdana Menteri itu dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak berhasil pada petang 22 Oktober lalu.

Apa lagi desakan makin kedengaran di sana sini dari kalangan pimpinan UMNO agar tindakan termasuk memecat Dr Mahathir dari parti diambil kerana terus menghentam Abdullah.

Perdana Menteri sendiri yang sebelum ini agak berlapis bila hendak komen kritikan Dr Mahathir terhadapnya sebaliknya nampak lebih terbuka dan menggangap sebagai satu serangan berbisa mengenai kenyataan-kenyataan bekas Perdana Menteri itu kepada media selepas pertemuan mereka di Seri Perdana menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Apakah tindakan drastik bakal diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO? Mesyuarat kali ini pula tak berapa hari menjelang Perhimpunan Agung UMNO pertengahan bulan ini.

Namun begitu dari bayangan yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib Isnin ada pemerhati politik yang melihat kemungkinan beliau dipecat dari UMNO hanyalah satu andaian.

Beliau memberitahu suatu masa dulu bekas Perdana Menteri Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra turut membuat pelbagai kritikan terhadap Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir termasuk melalui tulisannya di akhbar namun tiada tindakan disiplin diambil terhadapnya.

Menurut bekas Menteri Besar Selangor itu ini kerana bekas Perdana Menteri ada semacam "imuniti".

Namun begitu dalam sesuatu mesyuarat macam-macam boleh timbul dan spekulasi akan terus berlegar sehingga selesai mesyuarat itu kelak.

www.agendadaily.com 3 Novmber 2006
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1a608bc6-3132372e-10a4a320-cd0fd76d

2 comments:

kluangman said...

Saya selalu melewati blog yang berbahagia ini, menarik untuk dibaca, berilmu dan berinformasi, cuma kurang diisi dengan komen2 pendebat, mungkin mereka kurang mengenali ruhanie ahmad seperti mereka mengenali a.kadir jasin atau mereka ragu2 tentang perjuangan ruhanie ahmad sebelum ini.

Apapun itu adalah persaolan nakal saya

kluangman said...

Belum terlalu lewat untuk mereka yang mempunyai informasi tentang kekayaan keluarga paklah, itu bukan hak orang, itu hak rakyat yang mereka rompak, rompak melalui paklah, rompak di depan paklah...

Kalau diambil dari jalan yang betul, kenapa ragu2 untuk mendedahkan kekayaan.

Sewajarnya usaha2 dijalankan untuk mendedahkan kekayaan keluarga mereka. Bukan itu sahaja, dedahkan kekayaan mahathir dan anak2nya, anak2 samy velu dan siapa sahaja politician yang dijangka..

Benarlah Islam Hadhari, ada had ada hari, ada boleh dedah ada tak boleh dedah..

Jawapan paklah memakan diri..