DR. MAHATHIR SUDAH TERSINGKIR
SEBELUM DISINGKIR
Oleh A. Kadir Jasin
DALAM posting pada 17 Jun lalu, saya mengemukakan soalan: Tersingkir sekali lagi kah Dr Mahathir?
Saya meramalkan bahawa lambat laun Umno akan bertindak terhadap beliau kerana mengkritik Perdana Menteri dan Kerajaan.
Dari aspek undang-undang dan peraturan, bekas Perdana Menteri itu masih menganggotai Umno. Tetapi, untuk segala maksud dan tujuan, dia sudah tersingkir daripada parti yang dianggotainya sejak tahun 1946.
Dia bukan sahaja tidak lagi dialu-alukan di atas pentas Umno, malah dia sedang diburu seperti anjing kurap yang jijik oleh anak-anak didiknya sendiri.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya pada 30 Oktober memaparkan tajuk berita: “MT bincang jawatan Dr M sebagai penasihat syarikat dan agensi Kerajaan.”
Pudar

Kalau akhbar itu masih berwibawa dan laporannya masih mencerminkan sentimen Umno, maka masa depan Dr Mahathir di dalam Umno semakin pudar. Malah kemungkinan beliau disingkirkan sekali lagi tidak boleh ditolak bulat-bulat.
Menurut akhbar itu, langkah membawa isu berkenaan ke mesyuarat MT Khamis ini diambil sebagai salah satu jalan penyelesaian kepada kritikan berterusan Dr. Mahathir terhadap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.
Apakah “penyelesaian kepada kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri” termasuk penyingkiran daripada Petronas, Proton dan Umno?
Akhbar itu memetik Setiausaha Kerja Umno, Brigedier Jeneral (B) Husainay Hashim sebagai berkata bahawa sebarang perkara yang membabitkan parti sudah tentu akan dibincangkan dalam mesyuarat MT.
Namun ada baiknya MT mengambil daya usaha itu walaupun pelantikan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas dan Proton bukan dalam bidang kuasanya. Pelantikan Dr Mahathir adalah keputusan Perdana Menteri.
[Dr Mahathir memberitahu rombongan Mubarak yang mengunjunginya pada 30 Oktober bahawa dia tidak bercadang meletakkan jawatan daripada Petronas dan Proton.]
Dihukum

Dengan membawa hal itu ke mesyuarat MT, bolehlah lebih banyak pembesar Umno (saya sengaja tidak menggunakan istilah pemimpin) memberi pandangan, walaupun kita sudah boleh meneka bahawa majoriti mahu Dr Mahathir terus dihukum.
Seandainya Dr Mahathir disingkirkan sebagai penasihat Petronas dan Proton, yang rugi bukan Dr Mahathir tetapi Umno dan negara. Di dalam Umno hari, tidak ada orang yang lebih mengetahui mengenai dua entiti ekonomi negara itu selain Dr Mahathir.
Saya masih ingat bagaimana pada tahun 1976 Dr Mahathir kerap memberikan taklimat off-the-record kepada wartawan ekonomi mengenai rundingan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement) di antara Petronas dan syarikat-syarikat minyak antarabangsa.
Waktu itu beliau Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan. [Pada waktu itu, Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid, yang pada 28 Oktober lalu, mengecam hebat Dr Mahathir, baru berusia 16 tahun.]
Di bawah pentadbiran beliau selama 22 tahun, industri petroleum negara berkembang pesat dan dasar pengantarabangsaan perniagaan beliau mengubah Petronas daripada sebuah syarikat minyak nasional kepada salah sebuah syarikat minyak antarabangsa yang terbesar di dunia.
[Dalam tempoh masa itu juga, Mahdzir lulus universiti, menjadi guru, masuk politik dan bertanding pilihan raya.]
Petronas
Hari ini Petronas bergiat di 30 buah negara dan menjadi salah sebuah daripada 500 syarikat terbesar di dunia mengikut senarai majalah Fortune.
Dalam pucuk pimpinan Umno dan Kabinet hari ini, saya rasa yang mengetahui secara mendalam peranan Dr Mahathir memajukan Petronas adalah Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.
Seperti Dr Mahathir, Najib terbabit dengan hari-hari awal Petronas dalam kapasiti beliau sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam syarikat minyak negara itu.
Kalau Najib masih Najib yang saya kenali dan yang saya temuramah untuk akhbar Business Times pada tahun 1977, beliau wajib memberi perspektif sejarah kepada pembabitan Dr Mahathir dalam Petronas seandainya kedudukan beliau sebagai Penasihat Petronas dibincangkan Khamis ini.
Jika Najib dan sesetengah daripada kita berani atau boleh bersuara ketika “Diktator” Mahathir memerintah negara, saya tidak nampak sebab mengapa Najib dan pembesar-pembesar Umno tidak berani bersuara pada zaman ketelusan dan keterbukaan ini.
Kalau Allahyarham Abdul Razak Hussein boleh dianggap sebagai Bapa Petronas, Dr Mahathir adalah Bapa Proton. Beliaulah yang mencetuskan idea Projek Kereta Nasional pada tahun 1983 dan kerananya berpecah hala dengan timbalannya pada waktu itu Musa Hitam.
Razaleigh

[Diktator Mahathir dicabar oleh Musa, Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah Ahmad Badawi, Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi pada pimilihan Umno tahun 1987. Dia hampir kalah.]
Walaupun masa depan Proton kini dikaburkan oleh ketiadaan dasar yang jelas dan pengurusan yang terumbang-ambing, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah ia telah berjaya mewujudkan kepakaran dan kapasiti ekonomi di dalam bidang automotif, khasnya di kalangan Bumiputera.
Petronas dan Proton, melalui dasar pembiayaan pendidikan, gunatenaga dan latihan masing-masing telah melahirkan puluhan ribu jurutera dan pengurus Bumiputera.
Dr Mahathir tidak meminta diberikan gelaran dan anugerah. Dia tidak meminta dirinya diberikan gelaran negarawan. Yang meberikan gelaran dan jolokan ini semua adalah pembesar-pembesar Umno sediri kerana pada waktu itu, apa yang baik bagi Dr Mahathir akan membawa keuntungan kepada mereka.
Jadi tidak kenalah kalau ada orang seperti Mahdzir yang hari ini mengungkit mengenai kenegarawan Dr Mahathir.
Malu

Lagipun, siapalah beliau untuk mengatakan yang dia dan rakyat Kedah berasa malu dengan tindakan Dr Mahathir dan hilang keyakinan terhadap bekas Perdana Menteri itu?
Kalau dibandingkan Mahdzir dengan Mahathir, kesimpulannya samalah dengan kita membandingkan langit dengan bumi -- jaraknya terlalu jauh.
Kalau pembesar-pembesar Umno dan Kerajaan yang lebih kanan dan yang sudah lebih daripada dua dekad berdamping dengan Dr Mahathir masih tidak berupaya memahami beliau, inikan pula Mahdzir yang baru setahun jagung dalam politik nasional.
Maaf cakap, sebenarnya orang seperti beliaulah yang bertanggungjawab mengeruhkan suasana yang sudah pun keruh di antara Abdullah dan Dr Mahathir dengan membuat kenyataan rambang yang kemudiannya diputar-belitkan oleh sesetengah komponen media arus perdana.
Malangnya, kumpulan “orang muda berkeris” inilah – meminjam ungkapan ahli Umno bilangan 33, Tan Sri Khalid Abdullah (bekas Exco Kedah dan bekas Pengerusi Utusan Melayu Berhad) yang nampaknya “berpengaruh” terhadap Pentadbiran Abdullah.
Mahdzir

Saya kagum membaca biodata Mahdzir yang dimuatkan di dalam portal rasmi Kerajaan Negeri Kedah. Saya bangga apabila budak Kampung Jabi, Pokok Sena berjaya masuk universiti (USM) dan seterusnya menjadi pembesar negeri.
Pada zaman saya bersekolah di Saint Michael School, Alor Star pada tahun 1950an dan 1960an, Kampung Jabi adalah kampung pedalaman yang menjadi bahan jenaka dan ketawa. Ia sinonim dengan istilah hulu.

Tetapi, terima kasih kepada pemimpin terdahulu seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera dan Dr Mahathir, hari ini Kampung Jabi berupa sebahagian daripada “the greater Alor Star” dan melahirkan seorang Menteri Besar yang “berasa bahawa orang Kedah malu dan tidak lagi menghormati Dr Mahathir” kerana dia mengkritik Abdullah [New Straits Times, 29 Oktober.]
Saya berasal dari Kedah. Kampung saya tidak jauh dari Kampung Jabi. Hasil daripada pembangunan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, kini ada tiga atau empat laluan bertar yang menghubungkan kampung saya dengan Kampung Jabi.
Saya boleh ikut jalan pekan Titi Haji Idris. Saya boleh ikut laluan pekan Langgar dan saya boleh ikut jalan Kampung Tobiar. Kampung Jabi tidak lagi sinonim dengan hulu dan kemunduran.
Sebagai orang kampung, saya yakin Mahdzir arif mengenai ular. Dr Mahathir ibarat ular berbisa yang secara sukarela turun dari pohon tinggi. Kini dia menyusur akar.
Jabi
Mahdzir, sebagai budak Kampung Jabi, pasti tahu bahawa ular tedung yang menyusur akar tidak hilang bisanya. Ular kapak yang hodoh rupanya dan bersembunyi di bawah daun kering jika mematuk boleh menyebabkan daging mangsanya menjadi busuk dan reput.
Saya tidak akan membazirkan ruang mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Hishammudin Hussein bahawa dia “sick and tired” dengan kritikan Dr Mahathir terhadap Abdullah dan Kerajaan.
Saya kenal siapa pembesar dari Negeri Johor ini. Saya berbulan-bulan membuat liputan lawatan perpisahan Allahyarham bapanya, Tun Hussein, sebelum beliau bersara pada tahun 1981. Lawatan yang penuh emosi dan air mata.
Saya sekadar ingin mengingatkan anda semua mengenai kata dua “pendekar” Umno, Nazri Abdul Aziz, tidak lama lalu yang berbunyi “kita tengok siapa letih dulu.”
Dipetik daripada:
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5507
Disingkir

Datuk Kadir. Saya dengar anda dan saya adalah dalam senarai species Melayu yang mungkin disingkirkan daripada UMNO tidak lama lagi. Apa pun, saya tetap tabik kepada anda kerana terus menegakkan kebenaran. Ini kerana pada hari ini UMNO memangnya sedang dilanda keyjeyisme atau penyakit lupa sejarah yang amat parah.
Sebagai anak Johor, saya juga nak tumpang tui pasal kisah Kawasan Parlimen Seri Gading yang dulunya diwakili oleh Allahyarham Tun Hussein Onn.
Sewaktu kawasan parlimen itu diserang oleh Parti Iwak (iwak adalah bahasa jawa, ertinya ikan) pada tahun 1988, saya masih ingat siapa-siapakah yang giat berkempen untuk calon iwak, iaitu Haji Hamdan Yahya.
Munafik

Saya tak mahu nak sebut nama atau nama-nama yang terbabit. Ini kerana saya tak mau jadikan banyak pihak (termasuk segolongan pembesar negara mutakhir ini) rasa tersinggung. Tetapi, insaflah, pada hakikatnya, sejarah pastinya tidak akan mengkhianati kita.
Hakikat sejarah di atas pula perlulah digandingkan dengan amalan berbudi dan mengenang budi. Umpamanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengenang budi Tun Hussein Onn, telah membalas budi itu dengan memberikan tempat dan kedudukan sewajarnya kepada anak Tun Hussein Onn. Jadi, kalau sukar sangatlah untuk membalas budi Tun Dr. Mahathir, salahkah dan susahkan kalau kita tahu berbahasa?
[Dalam konteks ini, saya difahamkan bahawa isu balas budi seperti di atas sedang diputarbelitkan oleh sesetengah pihak tertentu. Pihak berkenaan dikatakan telah memberitahu Perdana Menteri, kononnya Tun Dr. Mahathir jadi terlalu marah kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad, kerana beliau enggan melantik salah seorang anak Tun Dr. Mahathir sebagai Menteri. Apa yang saya katakan di sini adalah benar. Kalau nak tau siapakah manusia yang menutarbelitkan isu budi dan balas budi ini, silalah SMS saya di 016-3575003.]
Jadi, sesiapa yang terasa pedas dengan sentalan cili api Datuk Kadir seperti di atas, peliharalah lidah bila berbicara. Betul, politik adalah seni yang serba mungkin. Betul, dalam politik tak ada sahabat atau musuh yang kekal. Tapi, Islam mengajar dan menuntut kita semua janganlah jadi munafik! – Ruhanie Ahmad

1 comment:
Jika Tun disingkirkandari Umno mahupun dari Penasihat petronas and proton,kami yang mewakili sebagian kecil rakyat malasia tidak akan mengundi BN pada pilehanraya akan datong.
Post a Comment