Salam Takzim Kepada
Malaysia, Kluangman
& Nano Generation
Tiga nama di atas kini aktif berpolemik menerusi www.kuda-kepang.blogspot.com. Syabas. Masing-masing dengan pendirian dan pendapatnya. Masing-masing mahu mencari audiens yang tersendiri.
Saya gembira. Teruskanlah. Tetapi, satu sahaja yang saya harapkan. Janganlah mencarut dan janganlah gunakan kata-kata yang kesat dan lucah.
Kalau yang dah tersasul sebelum ini, tak apalah! Saya amat hargai kalau tidak diulang lagi. Rasanya, taklah berat sangat permintaan ini.
Buat renungan kita bersama, baca, fahami dan hayatilah kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2006, seperti berikut:
“Pemimpin adalah insan biasa. Insan biasa tidak sempurna sifatnya. Insan biasa dijadikan Tuhan dengan segala kelemahan agar insan itu senantiasa insaf tarafnya sebagai makhluk. Insan biasa tidak maksum, kerana itu ia harus terus beristighfar memohon kemaafan Ilahi, membetulkan diri sepanjang hayat.
Teguran dan kritikan adalah sesuatu yang sihat untuk insan dapat cepat melakukan pembaikan. Lakukanlah teguran dan kritikan secara ikhlas – secara jujur; secara konstruktif – secara rasional untuk kebaikan kita bersama supaya langkah dan perbuatan menegur itu menjadi satu amal – satu jariah yang membawa kepada kebaikan.
Teguran yang ikhlas lagi jujur dilakukan dengan tujuan untuk membantu yang ditegur supaya ia dapat melakukan sesuatu yang lebih baik; bukan untuk menjatuhkannya, bukan untuk memberi aib, bukan untuk menabur fitnah.”
Akhir kata, terimalah ucapan selamat berjuang, selamat maju jaya, selamat berpolemik, dan salam takzim daripada saya.

– Ruhanie Ahmad.
1 comment:
Post a Comment