Tanggungjawab Abdullah
Pada Tuhan, Negara, Rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, berikrar melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya “kepada Tuhan, kepada negara dan rakyat.”
Lantaran itu, beliau akan terus memberikan fokus kepada kerja-kerjanya.
Katanya, beliau sanggup digeletek dan beliau sanggup dibaling batu. Tetapi, beliau tidak mahu dikacau dan beliau juga tidak mahu diganggu.
“Saya tidak mahu terganggu kerana saya tahu arah tuju matlamat saya. Jangan kacau saya kerana saya mahu sampai ke matlamat saya.
“Saya akan terus melakukan kerja saya selagi ia perlu dilakukan. Saya tidak akan lari,” katanya dalam satu interbiu eksklusif dengan Mingguan Malaysia 12 November 2006.
Saya ucapkan syabas kepada Perdana Menteri kerana membuat kenyataan di atas. Ini membuktikan keinsafan serta komitmen beliau yang total terhadap tugas dan tanggungjawabnya “kepada Tuhan, kepada negara dan rakyat.”
Oleh itu, demi Tuhan, negara dan rakyat jelata, saya harap Perdana Menteri akan benar-benar melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan ikhlas, tegas dan berkesan.
Pada waktu yang sama, jangan pula pihak yang memerangi kepincangan, mengakkan kebenaran, memperjuangkan keadilan, dan menentang kemungkaran dilabelkan sebagai munafik dan hipokrit.
Janganlah pihak yang bersuara senada dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba ditakut-takutkan dengan ancaman yang halus, walau menerusi apa jua cara sekalipun.
Kelompok-kelompok yang senada dan sehaluan dengan Tun Dr. Mahathir bukannya pengganggu, bukannya pengacau dan bukannya penentang.
Mereka adalah rakyat jelata Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan ngaranya. Mereka juga pastinya bergembira bila Perdana Menteri berikrar akan fokus dalam perjuangannya.
Oleh itu, Perdana Menteri kenalah buktikan ikrarnya seperti di atas dengan seberapa segera. Beliau mesti mampu memperbetulkan mana-mana yang tidak betul di sekeliling diri dan keluarganya. Beliau mesti berani memperbaiki mana-mana yang sumbang di sekeliling kepimpinannya.
Beliau mesti sudi mengakui hakikat bahawa dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini beliau memang sentiasa dilingkari persepsi negatif terhadap kepimpinannya, kekuasaannya dan siasahnya.
Jadi, bila berikrar untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya “kepada Tuhan, kepada negara dan rakyat” secara fokus, adakah Perdana Menteri betul-betul akan fokus kepada seluruh isu dan masalah yang membelenggu kepimpinannya?
Atau, mungkinkah Perdana Menteri akan terus dikelilingi oleh sesetengah individu tertentu yang dipercayai akan terus mencorak serta mewarnakan kepimpinan Malaysia mutakhir ini? – Ruhanie Ahmad.

No comments:
Post a Comment