Saturday, November 18, 2006

Kisah Blogger Terkejut Berok
Dan Mukhriz Teruk Dihempok


“Lazimnya pada setiap tahun saya pergi ke Perhimpunan Agung Umno. Begitulah juga pada tahun ini. Saya telah ke sana pada hari Rabu (15 November 2006).

Sekitar pukul 3.00 petang saya telah berada di sana. Saya begitu terkejut berok kerana apa yang saya dapati tidak seperti tahun dahulu. Saya rasakan tahun ini adalah tahun yang paling teruk sekali. Dari segi kehadiran ahli-ahli Umno, lengang.

Kalau di Tingkat Empat (PWTC) di mana ada Pameran RMK-9, tak ada orang di situ. Yang ada saya jumpa ialah Nori anak Pak Lah dan seorang selebriti TV3.

Hari-hari yang selebihnya saya habiskan berjalan-jalan di shopping complex. Lantaklah pemimpin-pemimpin Umno dengan perangainya yang asik membodek Pak Lah dengan repot kadnya yang teruk.

Setiap tahun saya ke sana (PWTC) pun atas perbelanjaan saya sendiri. Bukannya duit Umno.” – Dr. Butiq.

Blogger Dr. Butiq mengirimkan corat-coret di atas kepada http://www.kuda-kepang.blogspot.com/. pada 17 November 2006. Saya siarkannya tanpa suntingan.

Ini kerana saya saya takut kena hempok macam Datuk Mukhriz Mahathir yang mengulas ucapan Datuk Seri Abdullah sebagai retorik.

Anehnya, Datuk Mukhriz dilanyak oleh segolongan rakan-rakan seperjuangannya dalam Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, di suatu era di mana warga Umno sedang digembar-gemborkan dengan propaganda, kononnya Umno sedang menikmati keterbukaan yang luas.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan keterbukaan? Tidakkah keterbukaan ertinya bebas menyuarakan sesuatu pandangan atau pendapat, walaupun pandangan atau pendepapat itu berbeza dengan lain-lainnya?

Dalam konteks ini, ada seorang pelayar blog ini menelefon saya. Dia mahu saya sampaikan salamnya kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Saya tak sampai hati nak mencatatkan salam berkenaan secara hitam putih dalam blog ini. Bagaimanapun, cukuplah sekadar saya katakan bahawa penelefon itu datangnya daripada Parit Raja, dalam kawasan Parlimn Seri Gading, Batu Pahat, Johor.

Kata penelefon itu, dia kirim salam pada Datuk Seri Hishamuddin. Dia mahu tahu, apa yang Datuk Seri Hishamuddin buat di Parit Raja sewaktu Haji Hamdan Yahya bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Parit Raja, atas tiket bebas berlambangkan IKAN, pada akhir tahun 80-an?

Kepada saya, era yang dimaksudkan oleh penelefon di atas adalah era lama. Era di mana memang terdapat segolongan pembesar Umno hari ini memilih untuk berada di luar Umno. – Ruhanie Ahmad.

No comments: