The Toyol Code
Akan Diteruskan?
http://www.kuda-kepang.blogspot.com/. menerima banyak maklum balas mengenai The Toyol Code. Bagaimanapun, saya agak ragu-ragu untuk menyambung siri berkenaan.
Ini kerana ada sahabat-sahabat menasihatkan saya supaya cool down buat sementara waktu. Saya diminta cool down bukan sahaja kerana kisah The Toyol Code panas. Tetapi, kerana
Akan Diteruskan?
http://www.kuda-kepang.blogspot.com/. menerima banyak maklum balas mengenai The Toyol Code. Bagaimanapun, saya agak ragu-ragu untuk menyambung siri berkenaan.
Ini kerana ada sahabat-sahabat menasihatkan saya supaya cool down buat sementara waktu. Saya diminta cool down bukan sahaja kerana kisah The Toyol Code panas. Tetapi, kerana
pihak-pihak yang didedahkan penglibatannya oleh The Toyol Code
juga amat panas berbahang.
Oleh itu, saya perlukan bantuan anda. Adakah anda mempunyai maklum balas mengenai The Toyol Code? Adakah anda berpendapat The Toyol Code perlu menyambung semula
Oleh itu, saya perlukan bantuan anda. Adakah anda mempunyai maklum balas mengenai The Toyol Code? Adakah anda berpendapat The Toyol Code perlu menyambung semula
sirinya di blog ini?
Sila kirimkan pandangan dan maklum balas anda menerusi e-mail kudakepang@postmaster.co.uk atau ron_kudakepang@yahoo.com
Sila kirimkan pandangan dan maklum balas anda menerusi e-mail kudakepang@postmaster.co.uk atau ron_kudakepang@yahoo.com
dengan seberapa segera.
Terima kasih. – Ruhanie Ahmad.
Terima kasih. – Ruhanie Ahmad.
5 comments:
Ron, sebetulnya blog you ni bagus, lebih bagus dari sesetengah blog lain. Tapi, tak tamai yang nak komen, tak tau apa pasal ya. Mungkin disebabkan tulisan you terlalu panjang kut, macam rencana surat khabar. Untuk blog macam ni, tak perlu panjang. Sikit pun dah cukup, tapi menyengat. You kena tarik ramai lagi orang ikuti gerbang you ni. I pun dulu anak murid you juga. Nanti, kita kautim lah. Buat masa ini tak boleh surface dulu sebab nak cari makan. Nanti bila dah ready, bolehlah kita kongsi pengalaman.
As'kum YB Dato Ron.. Tak bestlah TTC dihentikan. Kami semua pelajar UIAM minat siri TTC Dato tuliskan benar berlaku. Janganlah hentikan... Dato tulis ringkas cukuplah, kami faham. Betul kata apakome.. tulisan Dato panjang sangat macam rencana. Kami betul suka siri TTC coz benar dan tepat. Kami pelajar UIAM ambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT BERJUANG KEPADA TUN DR. MAHATHIR coz Pak Lah tak pandai tadbir negara. Pelajar2 luar negara yang belajar di UIAM kutuk kami kat sini giler2 coz Pak Lah BODOHWI tak tahu hukum dan pentadbiran. Pak Lah BODOHWI ujudkan Islam Hadori, coz dia BODOHWI.
Mula mula UMNO/BN buat drama penubuhan IFC.Kiranya mencabar dan menghangat orang melayu.
Lepas tu,masa perhimpunan UMNO pula depa kutuk kaum MCA/MIC/Gerakan.Mempermainkan isu kaum.
LEPAS NI pula perhimpunan MCA/MIC/Gerakan kutuk orang melayu.Kata orang melayu ni malas.Mengharapkan kerajaan.Tak mau usaha.
LEPAS NI kalau tak jadi rusuhan tapi pastinya berlaku perbalahan(ketegangan kaum)antara parti kaum MCA/MIC/Gerakan dengan UMNO.
LEPAS NI pihak pembangkang(PAS,DAP&keadilan) pula campur tangan mendamaikan semua pihak.Anwar Ibrahim pula ada pengalaman yang luas dalam mendamaikan kaum yang bertelagah.
LEPAS NI pula,tanpa segan silu UMNO meminta maaf pada Anwar Ibrahim.Minta Anwar masuk UMNO.Anwar pula tanpa malu malu terima pelawaan UMNO.Anwar sekarang mana ada daftar mana mana politik.
LEPAS NI Anwar pula jadi penasihat kepada penyanyi baru.
Kedudukan Najib pula bagai dihujung tanduk.Razak Baginda pula bila di bawa bicara,kawalan keselamatan mesti kuat.Tak ada peluang nak hapuskan penganalisis politik.
**LEPAS NI kita semua pakat pakat tengok apa yang depa nak buat.Skrip dah ada.Jalan cerita pun macam jalan cerita hindustan.Lani harap pada pelakon pelakon untuk membawa watak dengan lebih berkesan**
Apakhabar semua pembaca GERBANG RUHANIE. Saya bukannya pandai politik tapi suka ambil tahu kaitan politik semasa. Mungkin betul kata Datuk Ruhanie dalam siri toyolnya. Setelah teliti dan mengkaji ada logiknya. Saya dan teman2 no komen dan minta Datuk teruskan menulis cerita Toyol. Sejak ada cerita Toyol makin seronok orang kampung dapat belajar cara politik orang atasan. Kita orang duduk kampung manalah faham politik orang bandar. Tapi kali ini kami sudah faham cara politik fikiran orang atasan. Pilihanraya akan datang tidak perlulah hantar perayu undi lagi. Kami penduduk kampung sudah boleh berfikir dan percaya sumber maklumat dalam internet. Saya sokong undi BN bukan mahukan projek tapi pembelaan. Tapi sampai sekarang janji tinggal janji tidak tertunai.
Saya ceritakan ini bukan melepaskan batuk ditangga, tapi kami sekampung sudah bersatu akan mengubah undi kepada pihak lain. Ada seorang pakar tilik dikampung ini mengatakan kali ini UMNO tidak akan mendapat undi orang melayu kerana semua sudah meluat dengan sikap menantu Perdana Menteri. Ini bukan lawak tapi betul2 bukan dugaan. Kita tunggu saja pilihanraya nanti siapa yang menang besar.
Datuk kami penduduk kampung amat berterima kasih menyalurkan sumber berita dalam web ini untuk kami pelajari lebih mendalam berkaitan politik. Pengundi berdaftar di kampung saya tidaklah ramai tapi hampir 15,000 orang tidak termasuk yang baru mendaftar. Kami semua punyai kaitan pertalian keluarga. Perjumpaan hari raya baru2 ini semua sudah bersetuju mahu berikan Parlimen dan Adun pada pihak
lain. Kami sudah bosan dengan janji BN. Jangan marah nanti kena jual. Undi mana rahsia, jadi kami beritahu dulu pilihanraya kali ini N?? dan P?? akan dimenangi pihak lain.
Sekian terima kasih.. Dulu bersatu sekarang bercerai.
Teruskan YB Dato, kami pelajar2 U tempatan sedang memerhati corak politik negara. Biar kami tahu pasal hal negara dari pelbagai sumber, tak kisah internet ke, paper2 parti dan sebagainya sebagai meluaskan view kami yg 'cetek' ini. Harap2 kami dapat buat pilihan terbaik bila time nak mengundi supaya adik beradik dan ayah mak tidak merana...
Post a Comment