Monday, November 13, 2006

Kekalkan Tradisi Taat
Kepada Pemimpin
- Kata Najib

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota parti sentiasa mengekalkan tradisi Umno yang memberi ketaatan tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan parti.

"Tradisi Umno mementingkan musyawarah untuk menjamin perpaduan. Kita mesti memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

"Itulah tanda kesepakatan perjuangan dengan semangat sepasukan yang padu. Itulah tanda kesetiaan demi mancapai wawasan yang jitu," katanya ketika merasmikan secara serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Isnin malam.

Najib berkata setiap Perdana Menteri telah berkhidmat, berbakti dan berjasa dalam zaman dan era tersendiri yang telah terpahat dengan tinta emas sejarah.

"Generasi kini amat menghargai setiap idea, sumbangan fikiran, dasar-dasar kecil dan besar yang telah mengubah landskap sosiopolitik negara dan bangsa kita," katanya.

"Jasa para pemimpin tinggi nilainya. Hormat kita kepada mereka tiada taranya," kata Najib.

"Namun, kerunsingan terserlah apabila pimpinan yang disanjung mula bertelagah. Kebimbangan kita pun bertambah apabila pembangkang mula mengambil kesempatan.

"Alangkah lega dirasakan jika kita diberi peluang untuk membina bangsa dan negara tanpa cabaran seumpama ini," katanya.

Najib turut bertanya sama ada Wawasan 2020 dapat dicapai jika "kita bercanggah sedangkan impian dan wawasan tinggal 13 tahun untuk dipenuhi, anak bangsa masih belum gagah di bumi sendiri?"

Katanya pertelagahan akan berakhir dengan perpecahan, dan untuk itu "tinggi harapan kepada semua yang cintakan agama, bangsa dan negara agar cahaya perdamaian akhirnya nanti menyinari suasana yang muram."

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=229694

2 comments:

Anonymous said...

Apalah punya bebal DS Najib. Ketaatan perlu diberikan kepada yg berhak. Kalau AAB sudah terang-terangan mengamalkan 'double standard' simpan apa lagi!

Awas DS. Kesilapan percaturan politik DS ternyata terlalu mahal harganya. Rakyat ternyata PASTI menolak DS sekiranya terus-terusan menyokong TAAT semberono.

Meminta org lain taat kepada pengkhianat itu juga pengkhianatan namanya.

Bukan pengkhianatkah namanya kalau:

1. membiarkan Khazanah diterajui oleh warganegara Singapura.

2. SJER dibangunkan secara tersirat dan tersurat sebagai perluasan Singapura. Malah rakyat Singapura bebas keluar masuk ke Wilayah Iskandar (penjenamaan semula atas dasar membodek Sultan Johor) itu.

3. melenyapkan daya saing Proton dengan berleluasanya kemasukan kereta dari Korea dan China serta AP haram (yg beribu setahun kepada 2 org penyangak itulah).

4. memalukan seorang wanita Melayu beragama Islam yang dibogelkan di Balai Polis. Memalukan Rakyat seluruh negara dan di serata dunia bila mana tergopoh-gapah menghantar Azmi Khalid ke China untuk memohon maaf sedangkan tak buat salahpun! Apa punya bangang PM yg kami ada ini! Membiarkan akhbar berbahasa Cina meainkan sentimen perkauman yg akhirnya wanita yg dibogelkan itu bukan berbangsa China pun! Bangsat! Apalah punya PM yg kami ada ini! Theresa Kok sememangnya bangsat! Nazri Aziz Sang Bodoh 1000 kali Bangsat! Kami Rakyat terasa benar dikhianati!

5. Membiarkan Parkway menelan Pantai yg kemudiannya gunakan wang cukai yg kami(Rakyat) bayar untuk 'bail out'.

6. Menyerahkan konsultansi pelancongan kesihatan SJER kepada Parkway tanpa perlu tender terbuka.

7. Tunduk kepada Singapura yg menyokong Zionisme dan Cauvinisme. Yang masih boleh bermain golf dengan pendukung slogan 'Pergi Jahanam Melayu' (yg sering bermain-main di benak LKY) itu pengkhianatlah namanya!

8. Tak menyempat membina jambatan kedua PP sedangkan jalan-jalan negeri di segenap pelosok negara berlopak-lopak, beralun-alun, berbukir-bukau, melambung-lambung, berliku-liku, bersimpang-siur. Kemudiannya bilamana ramai yg terkorban di jalanraya tatkala pulang menjenguk keluarga di Hari Raya dituduh sewenangnya memandu secara cuai dan lalai. Walhal permukaan jalan yg hodoh, garisan putih yang kelam, jalan nan sempit. Tak percaya pergilah meredah jalan Bahau Dangi, Bahau ke Temerloh, jalan negeri di seluruh pelosok daerah Segamat, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Batu Pahat, Kulai, Kluang di Johor; jalan-jalan negeri di segenap pelosok Pahang, terengganu dan Kelantan. Malah Negeri Sembilan dan Melaka sendiri! Jalan di Melaka teruk bangat sebab KM nya asyik sebok bela sungai sekangkang tu.

9. Bersekongkol dengan Amerika malah tunduk menyembah mencium kaki-kaki hanyir Yahudi Zionis yg selamanya tak kan membiarkan Israel walau sekadar untuk disanggah dan dicela di PBB. Sesia menjadi Pengerusi OIC dan NAM kalau selamanya hanya dok perhati dan berdiam.

10. Memekakkan telinga daripada mendengar keluh-kesah Rakyat terbanyak. Lebih senang meladeni kehendak keponakan yang bernafsu besar. Tetap membela anak menantu setiap kali dipersoal Rakyat! Yang mengundi AAB waktu pilihanraya yg dibangga-bangga dulu itu (2004) Khairy dan Kamaluddin sajakah? Bukannya Rakyat? Justeru mana datangnya angka yang dibangga-banggakan itu (kemenangan majoriti itulah)? Layanlah Rakyat! Dengarlah keluhan dan rungutan mereka. Jatuh bangun pemimpin di tangan mereka! Waspada!

sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.