Tuesday, November 28, 2006

Ini Kes Berat…
www.agendadaily.com

Rupanya ‘ ada cerita ‘ disebalik kejadian Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin hentam Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin di Perhimpunan Agung UMNO pada pagi Jumaat 17 November baru ini.

Ramai yang terkejut bila Shamsul dengan lantang suruh Zam digantikan kerana mendakwa beliau gagal mermatabatkan Islam Hadhari menerusi program-program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sebagai pembahas usul agama mewakili Pemuda UMNO di perhimpunan itu tentu sekali berbagai andaian timbul termasuk apakah bab itu mendapat restu dari pergerakan itu.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Hishamuddin Hussein sudah menjelaskan hal ini.Terbaru beliau memberitahu dalam satu interbiu dengan wartawan The Star,Joceline Tan bahawa Shamsul antara pembahas dalam perhimpunan itu yang got out of control .

“Saya merasa sungguh upset dan bila saya jumpa dia esoknya,saya suruh dia meminta maaf dan Zam menerimanya,”katanya.

Zam yang diminta mengulas kenyataan maaf Shamsul oleh para wartawan semasa selepas satu acara di Melaka antara lain berkata, "Saya tidak cepat tersinggung, saya selalu membuat analisis sendiri apabila orang mengkiritik sama ada dia punya kreadibiliti atau tidak, sebab itu saya tidak buat kesimpulan".

Ini membuatkan ada yang bertanya apa kena mengenanya soal kredibiliti Samsul dengan kenyataan pedasnya di depan para perwakilan UMNO dari seluruh negara itu.

Yang tidak tahu ‘apa ceritanya’ bertanya apa salahnya Shamsul menyuarakan pandangannya soal program RTM.

Sebagai maklumat latar belakang Shamsul ialah bekas ahli penal pemikir di Jabatan Hal Ehwal Khas atau lebih dikenali sebagai JASA iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Penerangan.

Sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily khidmatnya telah ditamatkan baru-baru ini berikutan beberapa insiden yang dikira tidak wajar dilakukan oleh seorang yang ada jawatan politik sepertinya.

Exco Pemuda UMNO itu dikatakan ada bikin gamat dalam tindak tanduknya menuntut kenaikan taraf gred jawatannya lebih tinggi di JASA.

Difahamkan ia melibatkan kejadian tendang kerusi meja.Lebih teruk dari itu dia telah menceroboh masuk ke dalam bilik Ketua Pengarah JASA.

Bukti tindak tanduknya itu dirakam oleh kamera CCTV jabatan itu.

Shamsul juga dikatakan ada menuntut agar dia dijadikan pengacara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM 1.

Shamsul pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Tan Sri Hamid Othman yang jaga portfolio agama.

Sumber itu berkata tindak tanduknya menghentam Zam di Perhimpunan Agung UMNO nyata sekali berlatarbelakangkan soal peribadinya.

Al kisahnya kalangan pimpinan Pemuda yang tahu masalah Shamsul di JASA terkejut bila dia membawa hal peribadinya ke perhimpunan itu mengunakan platform pergerakan itu.

“Maaf memang boleh maaf…tapi siapa yang kena tanggong malu bila dia main bantai ikut suka hati macam tu,”rungut salah seorang dari mereka .-27/11/2007

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e3546a97-3132372e-10a4a320-5b705885

7 comments:

Anonymous said...

Hello pembaca semua. Kami rakyat Malaysia bukan bumiputra ingin bertanya berhubung ISLAH HADARI. Kami merasa hairan mengapa Presiden Parti UMNO boleh menentukan ISLAM HADARI di negara ini. Kami rakyat Malaysia berpegang kepada Rukun Negara dan bersetuju Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam negara ini. Persoalan kami kepada penulis YB Datuk Ruhanie Ahmad dan ahli UMNO, mengapa Presiden Parti UMNO mempunyai kuasa boleh menentukan agama rasmi negara ini ISLAM HADARI. Kami bukan bumiputra meminta Raja-Raja Melayu memberikan komen kerana banyak antara kami sudah tidak memahami agama rasmi sebenar negara ini. Kami seperti tidak percaya banyak kawan kawan kami golongan Melayu sendiri tidak faham agama Islam mana yang perlu mereka patuhi. Maaf kepada pembaca, banyak golongan bumiputra Melayu menukar ajaran agama kerana mereka bingung negara ini mempunyai Islam baru ISLAM HADARI. Kami menyeru Raja-Raja Melayu menjawap persoalan kami yang bukan bumiptra yang beragama Islam. Banyak saudara baru Islam dari golongan kami tidak boleh menerima Islam dan kembali kepada agama asal mereka.

Anonymous said...

Itulah akibatnya terlampau banyak sangat Islam dengan berbagai-bagai jenama. Kalau orang lain dari golongan pemerintah (PM pulak tuh)yg membawa akan pembaharuan kpd Islam Hadhari seperti ni - aku ingat dah lama dah di cop sebagai 'ugama sesat lagi menyesatkan' - 'terpesong lagi memesongkan' - tentu akan jadi macam yg di bawa oleh Ayah Pin atau pun Hj Ashaari of ARQAM.

Tengok lah nanti bila PM si Imam Islam Hadhari ni sudah tak berkuasa lagi (no more as PM) mesti tenggelam ghaib hilang lenyap akan segala jenama baru Islam Hadhari ni - berani potong jari punya .......

Apa kata sdr/sdri semua?

Anonymous said...

Imam Islam Hadhari ni boleh di kategorikan sebagai Makhluk Perosak Ugama Islam yang sebenarnya.

Banyak yang mengelirukan - hinggakan bangsa lain pun mempertikaikannya, apalagi yang memang dah Islam pun. Maka akan bertambahlah jumlah bilangan murtad yg tak istihar nanti.
Ini yang dikatakan 'melingkupkan' umat Islam sebenar. Makhluk Pelingkup atau MAKHLUK PEROSAK ugama Islam.

Kalau gitu Islam Hadhari pun boleh membawa kpd murtad nya si pengikutnya yg mengikut secara membuta tuli dek kerana nak jaga hati pemimpin Imam Hadhari mereka.

Kalaulah begini jadi seterusnya:
AKIBATNYA AKAN........

LINGKUP UGAMA
LINGKUP BANGSA
LINGKUP MALAYSIA

Anonymous said...

Assalamualaikum YB Datuk Ruhanie Ahmad dan juga pembaca ruang ini. Saya merasa sedih sekali membaca komen saudara Mark. Menitis air mata ini apabila mengetahui perkara ini. Saya menyeru Raja Melayu sedar masalah ini. Benar seperti komen saudara Mark. Agama rasmi Malaysia adalah Islam kerana berpegang kepada Raja Melayu dan bukan hak kepada Presiden Parti yang memerintah. Apa jadi kalau bukan bukan Islam yang menjadi Presiden Parti memerintah.Tidak di nafikan sekarang ini banyak bukan bangsa melayu beragama Islam telah mengikut agama lain. Seperti contoh banyak golongan india muslim terutamanya wanita berkahwin dengan lelaki hindu. Mengapa perkara ini terjadi. Tidak di nafikan juga golongan bangsa melayu lahir Islam keturunan juga banyak menjadi bingung berhubung Islam Hadari di negara ini. Jadi tidak hairan saya menyokong kata Mufti Perak mengatakan telah banyak Islam murtad di negara ini. Salah harus kita persalahkan????? Mana perginya Raja Melayu... mana perginya ulama Islam negara ini... mana perginya pendakwah Islam dari JADIM... Mana..mana...mana... Adakah mereka ini tidak sedar dan lupa tanggungjawap mereka menentukan hala tuju sebenar Islam sepertimana amanah nabi kita mahukan Islam terus berkembang di dunia ini.. Ya ALLAH .. aku bermohon padaMU tunjukkan kebesaranMU dan binasakan Presiden Parti yang berselindung di sebalik alimnya rupanya adalah seorang yang munafik dan tidak jujur menjalakan tugas dan hanya mendengar kata menantunya yang terkenal amalan ilmu ilmu hitam di pelajari di beberapa bomoh yang terkenal. Sedarlah wahai semua saudaraku.. bukan dusta tapi adalah nyata. Kalau ragu dalam perkara ini.. tanyalah Tan Sri Mumamad Mohd Taib.. adakah benar menantu Presiden Parti UMNO berguru dengan bomoh yang beliau perkenalkan untuk perbodohkan bapa mertuanya...

Anak Selangor

Anonymous said...

A'kum dan salam perjuangan belum selesai.Datuk YB Ron, saya mewakili rakan sekerja dari Telekom Msia merasa terpanggil untuk memberi komen menyentuh Islam Hadari. Saya juga tidak faham apa sebenar Islam Hadari sedangkan saya diajar dari kecil sehingga usia 53tahun ini hanya tahu Islam itu adalah agama yang Allah turunkan kepada nabi Muhamad saw. Adakah sekarang ini kita ada mempunyai nabi lain yang diutuskan oleh ALLAH swt untuk mengubah hukum didalam Al-Quran dengan adanya Islam Hadari. Tolonglah Datuk, sampaikan suara insan seperti kami ke Parlimen. Saya yakin dan percaya, suara YB Datuk boleh menyedarkan YB ahli Parlimen yang lain dan memohon Raja Melayu diberi kuasa dan Menteri Agama dibawah Majlis Raja Raja dan bukan dibawah Jabatan Perdana Menteri. Saya berharap YB Datuk membawa perkara ini di sidang Parlimen. Kami doakan suatu hari YB Datuk menjadi Menteri yang teruskan perjuangan bangsa Melayu demi agama dan negaranya. Kami warga Ibupejabat Telekom Malaysia menyokong tulisan rencana YB Datuk. Wasalam dari kami.

Anonymous said...

Datuk,


Andai katalah saya pelancong dari timur tengah datang kat Malaysia,saya pasti keliru dengan wujudnya 2 islam kat negara ini.
Yang satu Islam yg.dianuti seluruh dunia dan yg. satu lagi Islam Hadari yg baru dinamakan oleh PM & CO. kita,jadi macam mana hendak dijelaskan kepada pelancong/penduduk dunia tentang Islam hadari ini sedangkan penduduk Malaysia sendiri pun masih keliru?? Tolong bentangkan kat Parlimen datuk, sbb. benda ini bukan boleh dimain-main.

Anonymous said...

Imam Hadhari tu ingat dia tu Islamic Studies punya grad sudah boleh memandai-mandai meminda-minda akan agama Islam sebegitu mudah atau mengikut hati dan naluri nya sendiri.

Hendak jadi pelopor agama Islam yang baru lah konon konon nya.

Anak dan isteri dan menantu tak nampak ciri-ciri macam wanita Islam pun .......

Ooooppsss ....... ITUKAH DIA CIRI CIRI ISLAM HADHARI nya KUT?

Patut lah pun KEBAYA NYONYA yang diperkenal semula dalam PROMOSI-PROMOSI semasa arwah bininya masih hidup dulu tu semuanya menampakkan KETELUSAN (tranparent) - SIKIT PUNYA BERBAYANG KA BENTUK TUBUH KULIT dan POTONG BENTUK TUBUH SI PEMAKAI ...... ITU LAH HADHARI YG SEBENARNYA .......

KALAU BERTENTANGAN DGN PRINSIP ISLAM HADHARI PAKLAH - TENTULAH DIA MENEGURNYA - INI TIDAK!!!! DIA (SI IMAM HADHARI) PUN TURUT SAMA MERAIKAN DAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS PERAGAAN PAKAIAN KEBAYA NYONYA YG JARANG & KETAT dan MENDEDAHKAN.

APA LAGI PIHAK MEDIA TV & MAJALAH & AKHBAR PUN BEBAS SEBEBASNYA LAH MEMPAMIRKAN SEGALA MODEL MODEL atau PERAGAWATI MEMPERAGAKAN PAKAIAN KEBAYA NYONYA JARANG KETAT SENDAT DGN BODY-SHAPE MODEL-MODEL, ARTISTE-ARTISTE, MALAH PENGACARA TV PUN TURUT SAMA TUMPANG SEMANGKUK.

APA NAK TAKUT?

BINI PAKLAH PUNYA PROMOSI APA?

KENA LAH TUNJUK RESPON YG BEGITU MENGGHAIRAHKAN.

AKU TAKUT NANTI USTAZAH-USTAZAH YG KERAP DOK APPEAR SEBAGAI PENCERAMAH UGAMA DI TV PUN TURUT SAMA MEMPAMIRKAN BAJU KEBAYA JARANG atau PAKAIAN YG GLAMOR YG BERKAIN JARANG SEMATA-MATA HANYA UNTUK MENJAGA HATI SI IMAM HADHARI (SELF DECLARED PROPHET of ISLAM HADHARI).