Bingkisan Seorang Ketua Pemuda
Khas Kepada Tun Dr. Mahathir
Sampaikan salam dan doa saya kepada Tun Dr.Mahathir, semoga beliau cepat sembuh dan kembali aktif berjuang.
Adalah tidak menghairankan sekiranya saudari Puteri Luar Istana melahirkan isi hatinya yang sedemikian rupa...Inilah manifestasi golongan muda, terutamanya mereka yang masuk dan bersama-sama UMNO era pasca 1998.
Pada ketika itu tanyalah pada sesiapapun, siapa yang berani declare bahawa dia orang UMNO dijalanan? Berapa kerat anak muda yang sanggup register nama sebagai ahli UMNO berbanding parti lawan? Berapa puntung mahasiswa/siswi yang sanggup membunuh diri menyertai pakatan pro kerajaan (UMNO) di kampus-kampus, bertindak sebagai suara dan mata kerajaan?
Mereka ini sanggup bersama-sama UMNO, menyertai parti, diusung ke sana ke mari semasa pilihanraya kerana mereka menjiwai semangat dan perjuangan Tun. Hakikatnya mereka lebih kenal Tun daripada UMNO ketika itu.
Jadi tidak hairanlah jika mereka merajuk dan kecewa sekiranya penghinaan dan kecaman dilemparkan terhadap Tun. Tun adalah sumber inspirasi dan contoh betapa kentalnya jiwa seorang pejuang. Terima kasih. - MFMN Ketua Pemuda UMNO Cawangan …., Bahagian Lipis, Pahang.

2 comments:
Assalamualikum YB Datuk Ruhanie para pembaca.Saya mulakan dengan doa semoga YAB Dr.M yang di sayangi rakyat Malaysia cepat sembuh dan teruskan perjuangan melayu belum selesai demi bangsa, agama dan negara.
Pada ruang ini saya nyatakan kepada saudari puteri luar istana dari johor. Kami pemuda dari selangor dianggarkan mencecah 5ribu orang bergiat aktif dalam parti dan belia telah sepakat bersumpah bertindak seperti keputusan saudari meninggalkan parti keramat jika ayahanda kami hormati di hina demikian rupanya. Kami bukan melayu mudah lupa tidak tahu mengenang jasa . Kami berjuang demi meneruskan wawasan 2020 ayahanda kami menjadi kenyataan. Kami pemuda pelapis parti sedia menerima kritikan tetapi tolong jangan hina ayahanda kami yang telah banyak berjaya pada bangsa agama dan negara.
Kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada YB Datuk Ruhaine Ahmad kerana menyediakan tempat bagi kami meluahkan perasaan kami.
Saya mewakli teman2 perjuangan dari bekas penuntut Universiti sudahi dengan penutup kata dengan doa semoga ayahanda YAB Dr.M terus perjuangan kita yang belum selesai
AJK Pemuda Bhg/Belia 4B Sgor
A'kum semua dan mengharapkan YABhg Tun Dr.Mahathir Muhamad dilimpahkan rahmat supaya cepat sembuh.
Izinkan saya menyentuh komen suadara Hardi. Saya tidak terkejut kenyataan komen saudara kerana dalam minggu ini saja telah beratus pemuda UMNO cawangan di kampung saya sudahpun meninggalkan parti keramat dan menyertai parti keAdilan. Tidak dinafikan telah mencapai ribuan pemuda UMNO aktif di kampung kampung secara senyap telah meninggalkan parti UMNO. Saya berani memberikan kenyataan ini kerana di kampung saya telah banyak pemuda UMNO tanpa segan meludah ketanah bila mendengar nama parti UMNO. Saya amak kesal dan merasa amat sedih bila warga2 tua juga turut telah mengatakan mereka telah meninggalkan parti kerana merasa bosan dengan Presiden sekarang yang lebih utamakan menantunya dan mengina bekas Presiden YABhg Tun. Saya akui di kampung saya kini UMNO tidak sehebat dahulu dan kemungkinan pilihanraya akan datang menjanjikan kemenangan besar pada parti keAdilan ataupun PAS.
Harapan saya agar pemimpin pemimpin atasan berubah sikap dan renungkan apa akan terjadi pada pilihanraya akan datang ini. Saya yakin dan percaya ramai masyarakat kampung saya tidak akan memberikan undi kepada BN jika mereka tetap menghina YABhg Tun dan menyokong tanpa erti pada Presiden yang hanya mendengar kata nasihat menantunya saja.
Akhirkata dari saya mohon maaf seandainya terkasar bahasa dan ada menyinggung perasaan sesiapa.
Dari Raz.. anak bekas Ketua UMNO Bahagian dari Johor DT.
nota: Datuk apakhabar.. saya masih ingat YB Datuk datang ke kampung berikan ceramah melawan anak Tun Hussie ketika itu berpihak kepada parti lain. Dahulu kutuk parti kita tetapi apabila YABhg Tun beri jawatan menteri cium tangan. Sekarang dia kutuk hina YBhg Tun. Saya ada terdengar perbualan ayah dengan rakan HISHAM BUDAK TAK SEDAR DIRI.. SEPATUTNYA BELA TUN M TAPI DIA JUGA MENGATAKAN DAH MELUAT.. Datuk hebahkan berita ini apa yang saya dengar dari perbualan ayah bahawa YABhg Tun mengambil Hishamuddin menjadi menteri kerana mengenang jasa arwah ayahnya. Kini mengapa dia tidak tahu mengenang jasa YABhg Tun. Beritahu Hisham sudah ramai orang UMNO Johor ingat ketika dahulu dia sertai parti lain melawan parti UMNO. Sepatutnya YABhg Tun tidak mencalonkan dia bertanding ahli Parlimen dan melantik menjadi menteri.
Post a Comment