Sunday, March 23, 2008

UMNO Pecat Bakal MB Terengganu?

ADUN Kijal, Terangganu, Datuk Ahmad Said, yang menerima watikah pengisytiharan pelantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dalam satu upacara di Istana Terengganu, semalam, hari ini dikatakan telah dipecat daripada UMNO.

Sumber-sumber memberitahu blog ini pada kira-kira 7.00 petang tadi bahawa UMNO Malaysia telah megehantarkan surat pemecatan berkenaan kepada Ahmad hari ini. - Ruhanie Ahmad

10 comments:

Ads Here said...

Datuk.

Tolong la desak pak Lah berundur. Saya sayangkan UMNO dan Melayu

PLs......

Faizal

Anonymous said...

kelakar dengan UMNO sekarang ...tak nampak lagi ke?atau buat2 tak paham ...institusi diraja pun dah bosan dengan Pak lelapLAH...susah ke nak paham wahai pengampu2?ni kes umno terengganu ni satu lagi signal ...jawapan ada pada rakyat terengganu ....kalau berani tanya setiap sorang dari rakyat terengganu ...jawapan mereka mesti senada...kami sudah muak dengan derih jusoh!!!!

Muhammad Khairul Azrin said...

Prinsip rukun negara yg ke-2 telah brubah sekarang iaitu..
Kesetiaan kepada pak lah dan khairy..

Gonzales said...

So, welcome to PKR or PAS or DAP

shahbandarmalakat said...

akum Datuk,Pecat ke di gantung ahli ..siapa yang pecat, MKT? tak rujuk dulu kepada jawatanKuasa displine party ke?Bila ajk displine bermesyuarat.pihak yang nak di pecat ada di panggil beri keterangan ke?
Ini lah UMNO Baru yang saya katakan .Parti komunis lebih demokratik lagi ..ada procedure tertentu .siapa pun boleh tanding jawatan .nak lawan top most post pun boleh tak ada undi bonus tak ada pencalunan melebihi satu pencalunan (satu pencalunan cukup untuk bertanding, macam umno lama).
kalau macam tu dia boleh pecat ku li awal awal..
Datuk tentu ingat dulu macam mana dia orang tolak pencalunan gua Musang,..padahal tidak menyalahi peraturan mesyuarat agung pun..persidangan tersebut sah dan boleh buat keputusan sebulat suara bagi mandat kepada jawatan kuasa yang sudah di lantik untuk menamakan calun calun untuk pertandingan MKT,termasuk calun president atau timbalan,(mungkin di buat begitu kerana tak cukup masa ,mungkin ada alasan yang lain tapi pokoknya keputusan telah di buat sebulat suara..AJK bahagian kemudian bermesyuarat dan buat pencalunan seperti mandat mesyuarat agung..Rupanya pencalunan itu di tolak oleh MKT .
sila baca "Tengku nak bertanding President","Tengku Tokoh yang di lupai?" Pak Lah n kabinet Angkat sumpah" "Kekalahan BN" "PM yng paling demokratik dan berhati mulia" dalam

http://siraltalmustqim.blogspot.com

wasallam

sayNoToUMNO said...

ini lah dia perangai melayu yg kononnya mengagungkan pemerintahan bersultan...jika DAP boikot,dituduhnya DAP biadap..tapi sekarang orang-orang UMNO sendiri menderhaka kepada sultan..sungguh biadap...tidak sedar diri pemimpin-pemimpin UMNO yang duduk di atas tu...

RaisYJ said...

Sebelum ni kecoh di Perak, kata pembangkang biadap tak hormat Sultan... Sekarang ap dah jadi telan la balik kata2 tu...siapa yng biadap dengan Sultan Melayu..

Dulu kata jgan demonstrasi...Tapi bila dah terdesak..Umno buat juga di Penang..

Siapa yg tak serupa bikin???
Kalau zaman Hang Tuah dah lama kena hambat ngan Sultan...

saxo69 said...

apasal Rosol Wahid bersungguh2 jadi 'mastermind' tentang pelantikan Ahmad Said jadi MB. Adakah atas kapasiti jawatan beliau sebagai Setiausaha UMNO Negeri atau beliau kecewa tidak diperkenankan oleh istana untuk jawatan MB. Kalau Majlis Penasihat Raja Trengganu 'endorse' Rosol macam mana pula? Rasanya Ahmad Said pulak yg berwatak seperti Rosol sekarang.

Saya nak dengar juga komentar dari pihak2 yg mendakwa mewakili NGO2 Melayu Perak dan Selangor yg bulat2 ditunjangi oleh UMNO kedua2 negeri berkait konflik pelantikan MB Trengganu. Dulu apabila Lim Kit Siang arahkan ADUN2 DAP memulaukan majlis pelantikan MB Perak, beliau dituduh penderhaka, pengkhianat dan tidak menghormati institusi Raja2 walau pun kemudian Lim memohon maaf kepada Raja Nazrin dan majlis kemelut pelantikan MB Perak berjaya diselesaikan . Yang kelakarnya ada juga pemimpin UMNO yg terkenal mencipta rekod pernah kawin lari dengan puteri Sultan menuduh Lim Kit Siang DERHAKA. DIA SENDIRI MACAMANA!

Tidakkah tindakan 23 ADUN BN Trengganu ini menunjukkan kelakuan yg sama yg hampir2 dilakukan oleh DAP. Mengapa pula NGO2 Melayu Perak dan UMNO Perak dan Selangor mendiamkan diri seperti menganggap benda ini tidak berlaku. Mengapa mereka tidak mempertahankan institusi Raja2 walau pun ini melibatkan Kesultanan Trengganu. Tidakkah tindakan ADUN2 Trengganu ini menderhaka! Jangan double-standard. Pihak2 dari Perak dan Selangor ini jugalah yg mendiamkan diri tatkala kelakuan Shahidan Kassim yg jelas melukakan hati Raja Perlis dalam pelantikan MB.

Semoga rakyat Trengganu tetap berdiri teguh mempertahankan institusi kesultanan Trengganu dari angkara segelintir puak2 yg lebih mementingkan agenda peribadi. Sanggupkah anda melihat Idris Jusoh meneruskan agenda2 KJ, Patrick Lim menjahanamkan negeri sekiranya dilantik semula. Pun begitu , kita juga harus ragu2 dengan latarbelakang Mat Said yg sudah diperhatikan BPR.

Mungkin Anugerah2 Kebesaran Negeri yg pernah dikurniakan oleh baginda Sultan Trengganu kepada ADUN2 BN ini boleh ditarikbalik memandangkan mereka ini sudah nyata menderhaka.

Budiman07 said...

Assalamualaikum Dato'..
Dato Ahmad Said dipecat daripada menjadi ahli UMNO..???? ya ke??

SARANG TABUAN JANGAN DIJOLOK!!!

YAB DATO MAT SAID MB TERENGGANU..teruskan perjuangan.kerana kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Yang tak sokong Dato' ialah Deris Jusoh dan 23 kunco-konconya.. Rakyat Terengganu belum tau lagi. Bila tengok ucapan Dato di kemaman hari ini.. langit pasti cerah..semoga Dato berjaya

Author said...

Betul ke MB baru Trg kena Pecat...
Marilah kita merayu kepada Baginda Sultan agar dibuang negeri Ideris dan 23 konco-konconya ke Selangor atau Pulau Jerjak atau Perak, kawasan orng2 yang menderhaka Sultan.