Wednesday, March 05, 2008

Terkini:
Kisah Anggota Tentera Ada Dua IC Terbongkar

Kisah ini menarik dan menggemparkan. Ia boleh menyebabkan ketegangan berlaku sewaktu hari mengundi pada 8 Mac 2008. Jika benar, ia juga mungkin menyebabkan PRU12 menjadi tidak sah. Kisah sepenuhnya adalah seperti berikut:

Pada jam 2.44 pagi, Mac 5 2008, saya membuat posting berjodol Segolongan Anggota Tentera Ada Dua IC? seperti di bawah ini:

Sumber-sumber memberitahu Suara bahawa kini segolongan anggota angkatan tentera dikatakan mempunyai dua kad pengenalan – satu kad pengenalan tentera, satu lagi kad pengenalan awam. Lagi: http://maisuara.blogspot.com

Setakat jam 10.16 pagi, saya menerima empat komen daripada para pembaca. Antaranya yang relevan adalah seperti berikut:

7:03 pagi, Berita Dari Gunung: Dalam filem, sebelum James Bond bergerak untuk sesuatu mission, beliau akan dibekalkan dengan peralatan canggih dan pelbagai pasport. James sentiasa berjaya, walau tertangkap akan lepas juga. Kalaupun ada tentera dengan dua kad, tentulah dengan misi tertentu. Misi tentera selalunya RAHSIA.

7:48 PAGI: SU-KJ: Sebagai seorang bekas tentera, saya rasa perkara ini tidak benar. Tidak mungkin begitu mudah sekali anggota tentera diberi kad pengenalan awam kerana ia boleh memakan diri ATM sendiri. Namun sebagai bekas tentera juga saya ingin memaklumkan bahawa pihak pembangkang tidak perlu risau kerana majoriti bekas tentera dan juga yang masih berkhidmat nafas mereka berbau “pembangkang”. Pengundi-pengundi tentera mahupun bekas tentera, mereka ibarat seperti pengundi rakyat Kelantan..."diberi habuan hamba ambik tapi pangkah demo belum tentu lagi" http://www.penyokong-kj.blogspot.com/

8:33 pagi, Kamalkamal: Pucuk pimpinan BN semakin tertekan. Semalam SPR membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal di kuku semasa PRU kali ini. Ini menguatkan maklumat yang diberikan oleh "Suara". Bila terdesak manusia sanggup melakukan apa saja asalkan matlamatnya tercapai.

10:16 pagi, Habil: Benar, Malaysian Army mempunyai dua ID dalam rekod SPR. Sebagai bukti, go to website SPR http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp. Kemudian masukkan no IC tentera ni: T719756. Kemudian, masukkan no IC "orang awam" ni pulak: 750909035727. Bukan kah mereka adalah orang yang sama? Tetapi mengapa satu undi pos di Penang, dan satu lagi ke Kelantan atas nama "Orang AWAM"??? No wonder BN begitu "confident" untuk merampas Kelantan dan lain-lain.. Sungguh jahat, dan tak amanah pemerintahan BN. Saya sungguh kecewa...Teramat sedihh....

Berikutan komen oleh Habil, saya pun akses lamanweb SPR
http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp. Berikutnya, saya key-in No IC Tentera: T719756 dan saya dapati maklumat di bawah ini:

Kad Pengenalan : T719756
Nama : HAZELY RAZIN BIN YAAKUB
Tahun Lahir : 1975
Jantina : L
Lokaliti : 042 / 06 / 06 / 635 - TUDM B'WORTH
Daerah Mengundi : 042 / 06 / 06 - JALAN MESJID
DUN : 042 / 06 - TELOK AYER TAWAR
Parlimen : 042 - TASEK GELUGOR
Negeri : PULAU PINANG
Pusat Mengundi : POS
Saluran : 0
Masa Mengundi : -
No Siri : 1019

Sesudah itu, saya key-in pula No IC Orang Awam 750909035727 dan memperolehi maklumat berikut:

Kad Pengenalan : 750909035727 / A3170255
Nama : HAZELY RAZIN BIN YAAKUB
Tahun Lahir : 1975
Jantina : L
Lokaliti : 019 / 03 / 13 / 001 - KG BHARU
Daerah Mengundi : 019 / 03 / 13 - KAMPUNG BHARU SUNGAI
DUN : 019 / 03 - PASIR PEKAN
Parlimen : 019 - TUMPAT
Negeri : KELANTAN
Pusat Mengundi : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHMUD MAHYIDIN
Saluran : 3
Masa Mengundi : 08.00 PAGI - 05.00 PETANG
No Siri : 1032

Kedua-dua maklumat di atas amat memeranjatkan saya. Dari namanya (termasuk ejaannya sekali), dari tahun kelahirannya dan dari jantinanya, Hazely Razin Bin Yaakub yang menggunakan Kad Pengenalan Tentera No: T719756 adalah Hazely Razin Bin Yaakub yang juga mempunyai Kad Pengenalan Awam No: 750909035727/ A3170255.

Yang berbeza cuma Hazely Razin yang guna pengenalan tentera membuang undi secara pos untuk DUN: 042 / 06 - TELOK AYER TAWAR dan Parlimen : 042 - TASEK GELUGOR, di Pulau Pinang, sementara Hezely Razin yang menggunakan pengenalan awam akan mengundi di DUN : 019 / 03 - PASIR PEKAN dan Parlimen : 019 – TUMPAT di Kelantan menerusi saluran tiga di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.

Pembongkaran di atas bukan fitnah. Anda sendiri boleh memastikan perkara di atas dengan menurut kaedah yang diberikan oleh Habil. Pastikanlah, dan sesudah itu desaklah SPR dan kepimpinan negara untuk menafikan penyelewengan seperti ini dengan seberapa segera. – Ruhanie Ahmad

13 comments:

su-kj said...

Asslamulaikum Datuk,

1. Jika ia pun benar, ini juga boleh kategorikan sebagai 'pengundi hantu'?

2. Jika betul ini berlaku, maka yang bersalah bukanlah UMNO atau BN tetapi bukan sekadar bersalah malah 'pengkianat negara' yang sebenarnya adalah SPR.

3. Namun pihak yang benar tidak perlu risau kerana yang menjadi spr yang sebenarnya, adil dan saksama ialah 'Allah'. Kebenaran itu terletak di penhujung jalan bukanya di tengah.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

MaiKroSofT said...

ada mungkin tak yang sebelum jadik askar dia dah daftar, lepas jadik askar dia daftar lagik? sah2 SPR tak buat kerja kalau camtu...

Hakimah said...

Salam,

Datuk,

Tak kan kita nak tengok aje? Tell us what to do.

MODERATOR said...

Salam Dato' Ruhanie Ahmad yang dikasihi. Semoga dirahmati Allah swt. Sempena musim pilihanraya ini, hamba pohon diberi laluan untuk disiarkan tulisan ini.

Dengan Jasa Baik dan Izin Tuan Punya Blog:

Tok Him Seorang Pejuang! (Tribute to Datuk Paduka Ibrahim Ali)

Apa yang orang tak pernah kata kepada Dato' Paduka Ibrahim Ali?
'Raja Katak', 'Putera Katak', 'Lompat Si Katak Lompat' dan pelbagai cacian, maki hamun, umpat keji dan kata nista dilemparkan kepada Tokoh Pejuang Melayu ini.

Saya telah lama memikirkan untuk menulis satu artikel tentang perjuangan beliau dalam politik, namun kekangan masa membatasi diri. Namun jika punya peluang saya akan menulis juga tentang kehebatan beliau sebagai seorang politikus yang tidak gentar berhadapan dengan sesiapa. Terlalu sedikit informasi berkenaan beliau di internet.

Baik UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC dan KEADILAN semua pernah merasa penangan berbisa beliau. Beliau seorang Tokoh Pejuang Melayu Islam yang "CAKAP LEPAS" dalam menyuarakan suara hati melayu. Digeruni serta dihormati oleh KAWAN & LAWAN.

Namun didalam masa yang sama mempunyai hati yang baik, mengenang budi dan menghargai PERSAHABATAN dalam ertikata yang sebenar. Inilah yang pernah dirumuskan dalam satu buku biografi beliau yang pernah saya tekuni di satu masa dahulu. Tajuk buku itu ialah IBRAHIM ALI - Meredah Samudera.

Setelah selesai membaca buku tersebut, sedikit demi sedikit perasaan benci, meluat dan menyampah kepada beliau hilang dengan sendiri.

Selama ini banyak pihak yang menyangka beliau seorang ahli politik yang tidak mempunyai pendirian. Malah ada sesetengah pihak yang tanpa berfikir panjang sanggup menuduh beliau dengan melabelkan beliau sebagai Pengamal Politik Lalang tanpa menghargai sumbangan beliau didalam mempertahankan Hak Ketuanan Melayu didalam erikata sebenar (Bukan pakat main2 hunus keris dan cium macam sesetangah puak tu).

Percayalah, sebenarnya keadaan politik semasa yang kebanyakkannya tidak berpihak kepada beliau; membuatkan beliau terpaksa mengambil sesetengah keputusan politik yang kurang popular dan membakar diri.

Prejudis saya luntur dan mula memahami cara, sikap dan visi perjuangan beliau yang sanggup bermati-matian didalam mempertahankan Hak Ketuanan Politik Orang Melayu Islam ditanah air tercinta.

SAYA TIDAK PERNAH MENGENALI DIRI BELIAU SECARA PERIBADI, namun Alhamdulillah; sedikit sebanyak saya mengenali pemikiran politik beliau.
Dihempas badai mentera, dilambung ombak ganas, ditikam belakang...Tok Him terus handal meredah samudera.

Seorang pejuang akan selamanya menjadi pejuang. Tidak pernah berhenti sehingga nafas yang terakhir.

Ku dedikasikan post entry ini buat Dato' Paduka Ibrahim Ali.
Semoga Beliau "Berjaya merampas kembali kawasan PARLIMEN PASIR MAS, KELANTAN; pada pilihanraya kali ini".

Beliau seorang calon bebas tidak berparti (setelah dipecat oleh UMNO) yang bertanding diatas tiket PAS, dengan budi bicara Tok Guru Nik Aziz. Mungkin beliau serik dalam permainan "tikam belakang" politik kepartian, menyebabkan beliau sukar untuk join PAS. Atau barangkali mungkin beliau mahu bebas bercakap dan menyuarakan pandangan tanpa takut terbatas sebagai etika dan displin didalam sesebuah Parti Politik. Segalanya berkemungkinan.

Tidak mengapa...sekali Tok Him melangkah...Pantang Undurrr!

Aku Salut kamu wahai pejuang!

The Eugenist said...

Salam Tok...

Saya telah bertanya kepada ayah saya, yang kebetulan seorang "ex-serviceman".. Beliau akui tentang perkara ini..

Persoalannya sekarang, apakah "magis" yang akan timbul, sejurus selepas pembatalan penggunaan dakwat ini?

Saya ada teka teki..

Benda apakah yang sekejap ada, sekejap tiada? Jawapannya penggunaan dakwat semasa pilihanraya..

Hesmel Faznee Faisal

Kamalkamal said...

Datuk,

7 Jun 2008 nanti, Tan Sri Rashid akan mendapat gelaran baru iaitu Tun sebagai mengenang jasanya membantu BN memenangi PRU ke-12.

Tahniah kerajaan pimpinan Islam Hadhari yang berjaya menipu rakyat untuk terus berkuasa.

tipulagi said...

Datuk...
Bagaimana kita nak buat protes?
Sedangkan SPR boleh sesuka hati menukar peraturan-peraturan dalam sekelip mata sahaja:-
1. Duti Setem keatas borang Pencalonan semasa hari pencalonan senang-senang sahaja ditukar kepada tidak perlu (klu tak, takkan Mat Sabu menyoyakkan memorandum kat depan pejabat SPR)
2. Borang Pencalonan KJ yang tidak layak pun diterima pakai (tarikh sebelum hari pencalonan - bole lawat laman blog chegubad)
3. Hanya tinggal 4 hari lagi baru sibuk nak batalkan penggunaan dakwat pada kuku - alasan "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat khas bagi menanda kuku atau jari pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu ini atas faktor perundangan, ketenteraman dan keselamatan awam" (rujuk www.bharian.com.my)

tolonglah kami rakyat malaysia yang tengah diperkotak-katik oleh BN dan SPR.

SPR tidak akan melakukan arahan melainkan ada ARAHAN DARI ATASAN sapa lagi BN la tuan SU-KJ..

http://tipulagi.blogspot.com

Islam Hebat said...

semoga di elakkan dari sembarang huru hara dan bencana bagi rakyat malaysia.. kezaliman dan penipuan semaikn menjadi2, kerana kuasa mereka bergaduh sesama sendiri, kalau untuk perjuangan agama, bangsa dan tanah air sangat lah di alu2kan tetapi perjuangan kerana merebut harta dan kekayaan dunia semata2 inilah yg akan menghancurkan bangsa malaysia,

dalam keadaan begini Islam lah sebagai penyelamat... pilihlah jalan yg diredhai Allah... kemenangan sebenar adalah kemenangan syurga Allah yg ditentukan oleh-Nya di akhirat nanti...

TRY said...

Ra-SHIT bongkak menafikan ada penyelewengan undi - "Buktikan!"...

Inilah bahan bukti terbaik yg dpt kita kemukakan..di dunia ini?

Selainnya, biarlah dia jawab di hadapan Allah.

peace said...

benda ni dah lama dah ader dalam SPR nyer data best. last month kalo tak silap ader tarikh lahir yang lengkap. dan buat pengetahuan smua.. tarikh lahir kedua orang tersebut adalah sama. Ader banyak lagi dalam database SPR benda2 ni..

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah said...

Masalahnya Datuk, bagaimana kita nak cek semua pertindihan yang ada itu. Yang kita tahu hanya nombor tenteranya sahaja. Takkan nak cek ikut corak nama.

budak adil said...

salam..
sy terkejut besar..ini x bleh dibiar kan..mane keadilan patut di tuntut kalau sume agensi di bwh takbir kerajaan..sy tuntut pihak yg punyai bukti dan penama sendiri wat statement terbuke or cri jln mendesak spr keluar statement..pastu kite cri jln supaye spr disiast oleh satu surunjaye di raje..asal bkan bwh kerajaan..kite mesti bertindak segera...

budak adil said...

ape kate kite sume wat bantahan terbuke kt kl.biar kecoh..x kan nk senyap..