Thursday, March 27, 2008

Timbalan Menteri Alam Sekitar
Sekitar Meletakkan Jawatannya

Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Ghapur Salleh, daripada Sabah, meletakkan jawatan berkenaan malam tadi.

Beliau merupakan Timbalan Menteri yang pertama sekali meletakkan jawatan setelah mengangkat sumpah baru-baru ini.

Blog ini difahamkan bahawa Datuk Ghapur bertindak sedemikian bukannya atas motivasi wang ringgit. Ini bermakna beliau tidak “dibeli” oleh mana-mana pihak.

Sebaliknya, adalah dipercayai bahawa tindakannya lebih kepada usaha memberikan tekanan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri dan lain-lain jawatan politiknya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Anifah Aman, juga dari Sabah, dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, dari Pahang, menolak perlantikan masing-masing sejurus nama mereka diumumkan.

Blog ini difahamkan beberapa lagi Timbalan Menteri sedang diperingkat akhir membuat keputusan seperti Datuk Ghapur. – Ruhanie Ahmad

18 comments:

mn said...

A.kum Datuk,

1. Jika yang ini letak jawatan, saya sokong 100%. Ini kerana dia seorang Tim Menteri yang tidak bermaruah dan tidak ada 'etika'.

2. Macamana boleh jadi Tim Menteri 'air'...sedangkan beliau sendiri tertunggak bil air hingga puluhan ribu ringgit.

3. Itu pun kerajaan BN ada hati lagi nak kawal blogger supaya mempunyai 'etika' bila menulis di blog?

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Malaccan view said...

Heard there are Himpunan Rakyat this Saturday at Dataran Merdeka from www.desperadobn.blogspot.com.What your comment,datuk?

rudy bluehikari said...

betul ke datukship Mantan MB Terengganu telah ditarik balik oleh istana Terengganu? http://edition.globalmediachannel.tv/content/view/1099/60/

18535 said...

dengar citer .. gelaran datuk deris jusoh dah ditarik balik .. eloklah tu .. btw .. kalau nak beli tshirt BLOGGER .. leh la tengok kat sini http://jurnal.biz/forum/v2/viewtopic.php?f=5&t=95

G said...

The house of cards is tumbling...uncle Ron.

galadriel

anip said...

saya tidak bersetuju kalau ada pihak mengatakan bahawa pihak pembangkang boleh menarik ahli2x parlimen melompat ke parti mereka.
ini kerana kita semua yakin dan tahu bahawa pihak pembangkang tidak mempunyai wang atau duit YANG BANYAK untuk membeli ahli2x parlimen tersebut...tolong fikirkan hal ini dalam2x..berfikir secara logik.
saya pasti bahawa jikalaupun ahli ahli parlimen BN ingin melompat ke parti lain,pihak pembangang haruslah menawarkan sejumlah duit yang sangat banyak untuk membeli mereka....tapi masalahnya....pembangkang TIDAK ADA pun duity2x yang banyak begitu...
sejarah pun tidak pernah melihat PARTI2X PEMABANGKANG membeli ahli parlimen BN...

Zakariya said...

Salam..

Takkan timbalan menteri aje..? Menteri penuh tak de ke nak letak jawatan sama..Tapi paling ditunggu tentulah Menteri Perdana..

Salam..

akaz said...

Datuk,

Apa nak jadi dengan kabinet Pak Lah yang baru dilantik nie...? Macam ada yang tak kena jek...nampaknya sudah ada tanda2 kerajaan pimpinan Pak Lah sudah goyah seperti retak menanti belah...Kalau begini la gayanya kita perlu melantik pemimpin yang berwibawa yang boleh memulihkan keadaan yang berkecamuk sekarang nie...Saya mengharapkan agar Ku Li dapat membuat sesuatu untuk menjernihkan suasana keruh ini.

m r said...

Salam semua,

Sila layari http://publicunittrust.blogspot.com

Gonzales said...

Ibarat piramid yang sepatutnya teguh berdiri kerana struktur dan designnya yang hebat. Tetapi apabila base retak dan berlubang, empunyanya tentu akan cuba untuk repair dan tampung dengan apa-apa bahan seperti batu atau tanah liat. Nanti ada lagi tempat lain yang retak dan berlobang, dan ditampung lagi dengan tanah liat yang diambil dikawasan berhampiran piramid tersebut. Lama-kelamaan piramid tersebut tersungkur menyembah bumi akibat base yang lemah.

HangLekir said...

Salam buat semua,

Syabas dan tahniah buat Datuk Ghafur jika apa yg beliau lakukan itu merupakan satu protes kpd PM P..lah.
Lepas ini hendaklah ramai lagi yang ikut macam tu, dan seelok-eloknya biar dari kalangan menteri pula.
PM P..lah tu dah jadi macam Bush - Presiden Amerika, bapa zionis.
Degil selamba dan buat deek ja...
macam Bush kan?
Majoriti rakyat dah tak ada jalan nak turunkan PM P..lah tu. Kini tugas wakil yang dipilih rakyat pula bertindak bijak, berani dan mengenepikan kepentingan diri.
Buangkan slogan cemerlang, gemilang, terbilang. Kembalilah kpd slogan keranat, demi agama, bangsa dan negara.
Sebabnya, slogan ciptaan PM P..lah tu cuma untuk keluarga dan suku-sakatnya sahaja. Merekalah yg cemerlang, gemilang dan terbilang.
Yang lain tempang dan lintang pukang.

takut puchong said...

kenapa terima perlantikan kalau lepas seminggu letak jawatan? sandiwara nak membodohkan siapa ni? diri sendiri kot? ke ada agenda tersembunyi?

UMNOMUDA said...

Yg Bhg Datuk,

Sila baca Malaysia Today hari ini yang ingin mengadakan Forum yang bertajuk "Forum on Interventionist Monarchs - A Complement or a Challenge to Democracy?".

Jika dilihat sehalus-halusnya Forum ini adalah untuk menganjakkan pemikiran rakyat supaya menidakkan kadaulatan ksultanan melayu secara beransur-ansur.

Ybhg Datuk saya ingin menyarankan agar Ybhg Datuk dapat menggerakkan sesuatu supaya perkara seperti tidak melarat dan akan memecah belahkan lagi orang-orang Melayu.

Sekian
Sekian

jeanbara said...

Datuk,
Lupakan soal cuba dibeli oleh pembangkang atau tidak.
Lupakan juga soal pembangkang ada duit atau tidak.
Dalam politik, semuanya serba mungkin.
Saya lebih cenderung melihat isu ini, dan segala isu lain yang berlaku kebelakangan ini, sebagai tanda hilangnya rasa segan, hormat dan yakin terhadap pucuk pimpinan parti/negara.
Penghormatan dan keyakinan akan datang secara semula jadi, berdasarkan banyak sebab yang berkait. Ia tidak boleh dipaksakan ke atas sesiapa. Ia juga tidak menggolek datang hanya kerana kita pandai memprojek imej...tidak kiralah imej itu diprojek oleh siapa dan orang tingkat berapa...

Wassalam.

Detguaq said...

Salam,

Secara ikhlas saya nampak selepas ini dato' perlu duduk bersama-sama barisan kepimpinan tertinggi selepas diketepikan selama ini. Namun begitu sikap dan pendirian dato' dalam membetulkan apa yang pincang mesti diteruskan.

BERANI KERANA BENAR.

Gonzales said...

Datuk,
Pembesar-pembesar yang tidak mengembar-gembur untuk meletakkan jawatan telah memeranjatkan seluruh alam maya dengan tindakan berani mereka melepaskan jawatan dari kabinet; tetapi panglima dan hulubalang Terengganu yang telah memeranjatkan seluruh negara melalui media massa dengan tindakan yang provokasi terhadap pihak istana masih lagi menyepikan diri.

Kita masih tertunggu dengan tindakan susulan panglima-panglima yang telah sebulat suara ingin meletakkan jawatan; adakah mereka berani bertindak sedemikian sebagaimana yang dilaung-laungkan sebelum ini? Bilakah agaknya pembesar-pembesar ini akan mengotakan kata mereka?

Detguaq said...

Ya....
Betul spt kata Zakaria.

Sepatutnya Menteri Perdana telahpun meletakkan jawatan. Tunjukkan bahawa Menteri Perdana telah hilang keyakinan kepada Perdana Menteri(kah kah kah!) Pak Lah tak percaya kepada AAB yg di'remote' oleh KJ. Seronok tu....nescaya akan runtuhlah domino yang mereka bina secara gelojoh ini....

Canser vs B17 said...

SALAM DATUK,

1) Saya mencadangkan supaya di adakan satu perhimpunan Rakyat mendesak Pak Lah Meletak Jawatan.

2) Satu desakan supaya siasatan terhadap penyokong2 UMNO dan 22 Adun termasuk Bekas Menteri Besar Terengganu dan yang terlibat dalam isu ini dari segi menentang dalam bentuk kenyataan yang menghina samada Kedaulatan Sultan/YDP Agong atau MPPR, ditangkap dan dikenakan hukuman yang berat.

Benci Umno kerana bersikap HIPOKRIT dan Pemecah Belah Orang Melayu, dan Pemimpin2 Mereka yang penuh dengan NAfsu Kebendaan dan Pelbagai Latar Belakang yang BUSUK.