Wednesday, September 27, 2006

INDONESIA PANGGIL DUTA S'PURA
BERHUBUNG KOMEN KUAN YEW KAUM CINA

JAKARTA, 27 September 2006 (Bernama) - Kementerian Luar Indonesia telah memanggil Duta Singapura di Jakarta berhubung kenyataan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew bahawa kaum minoriti Cina di Indonesia dipinggirkan secara sistematik.

"Kita telah memanggil Duta Singapura di sini hari ini setelah menerima arahan terus daripada Menteri Luar. Kita akan meminta penjelasan, dan menyerahkan nota bantahan kita kepada kerajaan Singapura," Ketua Setiausaha Kementerian Luar Imron Cotan dipetik akhbar "The Jakarta Post" sebagai berkata.

Menteri Luar Hassan Wirayuda kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Selain memanggil Duta Singapura Ashok Kumar Mirpuri, Imron berkata Kementerian Luar juga telah mengarahkan para pegawainya di Kedutaan Indonesia di Singapura untuk berjumpa para pegawai tinggi Kementerian Luar Singapura untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

"Kami mahu perkara ini diselesaikan secepat mungkin. Tidak benar kaum etnik Cina di Indonesia dipinggirkan. Kita mempunyai menteri dan anggota parlimen yang berketurunan Cina," katanya.

Menurut laporan, Lee memberitahu satu forum di Singapura bahawa Malaysia dan Indonesia telah meminggirkan masyarakat Cina yang tinggal di negara mereka secara sistematik.

Kenyataan beliau itu telah menimbulkan kontroversi dengan para pemimpin Malaysia dilaporkan meminta Lee memohon maaf kerana kenyataan itu.

Sebelum ini, beberapa anggota parlimen Indonesia turut membidas kenyataan Lee itu dengan menuduhnya melakukan pembohongan dan mengancam perpaduan di Indonesia dan Asean, kata akhbar itu.

Mereka mendesak kerajaan supaya mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan Singapura manakala menggesa Lee membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik kenyataannya dan menjelaskan kenapa beliau hanya merujuk kepada pemimpin dan rakyat Indonesia.

Menurut satu anggaran, rakyat Indonesia keturunan Cina terdiri daripada kira-kira tiga peratus atau sekitar 6.5 juta orang daripada seramai 220 juta orang penduduk negara itu.

Menurut akhbar itu, selain ketegangan hubungan antara masyarakat Islam dan kaum etnik Cina, hubungan Indonesia-Singapura juga sering tegang.

Sebagai contoh, menurut pakar-pakar, Lee telah membuat beberapa kenyataan yang negatif mengenai Indonesia sebelum ini, di mana yang terakhir adalah dengan sengaja dan dikaitkan dengan permintaan Indonesia supaya Singapura mengekstradisi ahli perniagaan Indonesia keturunan Cina yang terlibat dengan kes penggelapan wang di Indonesia yang telah melarikan diri ke Singapura bagi mengelak daripada didakwa.

Ramai rakyat Indonesia mendakwa Singapura dengan sengaja melambat-lambatkan perbincangan mengenai permohonan ekstradisi berkenaan untuk mengambil kesempatan daripada ahli perniagaan Cina yang melarikan diri ke negara itu setelah menggelapkan wang negara manakala sesetengah yang lain menyatakan kebimbangan mereka terhadap pengambilalihan beberapa syarikat milik negara oleh Singapura.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=222066

[Dalam artikel saya bertajuk Republik Kangkang Kera Jangan Timbul Angkara, yang saya siarkan dalam
www.kuda-kepang.blogspot.com dan disiarkan oleh www.agenddaily.com serta www.generasi-m.com saya telah membuat cadangan seperti berikut:

Wisma Putra mestilah memanggil Pesuruhjaya Singapura di Kuala Lumpur dengan serta-merta untuk menjelaskan apakah yang dimaksudkan oleh Lee Kuan Yew bila mengatakan bahawa “masyarakat Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik” oleh Kerajaan Malaysia mutakhir ini.

Wisma Putra juga mesti mendapatkan penjelasan segera daripada Singapura, apakah yang dimaksudkan oleh Lee Kuan Yew bila menyatakan bahawa “Malaysia mahukan Singapura, dengan kata yang mudah, menjadi masyarakat Cina seperti mereka - sikap pak turut.”

Sesudah itu, Kerajaan Malaysia mestilah bertindak dengan sewajar-wajarnya. Negara republik pulau yang luas sekangkang kera itu mestilah diinsafkan supaya ia berhenti daripada bertindak menimbulkan angkara diplomasi dengan Malaysia.

Akhir kata, insafilah bahawa hubungan diplomasi antara dua negara yang berjiran, merdeka, berdaulat dan berwibawa, mestilah dijalinkan atas prinsip keharmonia bersama, kemakmuran bersama, kesejahteraan bersama, keamanan bersama, dan kewujudan bersama.

Lee Kuan Yew mestilah difahamkan dengan hakikat diplomasi dan kejiranan seperti ini. Semua pihak di Singapura yang terus-menerus bersikap kiasu dan kiasi juga mesti menginsafi serta menerima prinsip-prinsp kejiran dan diplomasi seperti ini.

Hingga ke hari ini, banyak pihak di Malaysia sudah pun bersuara mengenai Lee Kuan Yew. Daripada Perdana Menteri, bawalah kepada Timbalan Perdana Menteri dan lain-lainnya. Tetapi, semuanya terlalu berdiplomasi, walaupun Lee Kuan Yew terang-terang celupar dan menghasut.

Inilah Malaysia. Ia berbeza dengan Indonesia yang mengambil tindakan tegas memanggil Duta Singapura untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dan apa sebenarnya maksud Lee Kuan Yew. – Ruhanie Ahmad.]



JAKARTA TURUT MARAH –
AHLI-AHLI PARLIMEN INDONESIA
TUNTUT KUAN YEW MOHON MAAF

JAKARTA 26 Septmber 2006. – Ahli-ahli Parlimen Indonesia mengambil pendirian sama dengan para pemimpin Malaysia, mendesak Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew memohon maaf secara terbuka kerana mendakwa kaum Cina di negara itu dipinggir secara sistematik.

Mereka turut meminta penjelasan daripada Kuan Yew mengenai kenyataannya itu.
“Kenyataan ini satu pembohongan. Kami amat marah kerana ia menghina Indonesia,’’ kata Djoko Susilo, anggota Suruhanjaya Dewan Perwakilan Rakyat mengenai keselamatan dan hal ehwal antarabangsa.

Djoko, dari Parti Amanat Nasional (PAN), dipetik oleh The Jakarta Post sebagai berkata, diskriminasi atau peminggiran secara sistematik yang didakwa itu tidak berlaku di Indonesia.

“Kini masyarakat Cina boleh menduduki pelbagai jawatan, termasuk dalam tentera. Malahan, kita ada menteri dan wakil rakyat daripada kumpulan ini,’’ katanya.
Lee sebelum ini memberitahu satu forum semasa mesyuarat Bank Dunia-Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di republik itu bahawa kaum Cina di Indonesia dan Malaysia dipinggir secara sistematik.

Kenyataan itu telah mencetuskan kemarahan pemimpin-pemimpin Malaysia.

Seorang lagi anggota suruhanjaya itu, Amris Hassan dari Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan berkata, kenyataan Lee itu boleh menggugat perpaduan di Indonesia dan hubungan baik antara negara ASEAN.

“Ia amat bahaya kerana ada orang mungkin berpendapat peminggiran seperti ini memang berlaku,’’ katanya.

Indonesia mempunyai sekitar enam juta penduduk Cina yang merupakan tiga peratus daripada keseluruhan 220 juta penduduknya.

Lima orang terkaya di Indonesia merupakan etnik Cina dan turut menjadi majoriti dalam kelompok 40 orang terkaya.

Happy Bone Zulkarnain, seorang Ahli Parlimen dari Parti Golkar turut mengkritik kenyataan Kuan Yew.

“Mungkin benar pada masa lalu tetapi bukannya tahun-tahun kebelakangan ini apabila kami secara giat menghapuskan diskriminasi,’’ ujarnya.

“Lihat saja di Parlimen, Kabinet dan kerajaan, kami mempunyai perwakilan etnik Cina, sesuatu yang tidak akan berlaku dalam masyarakat yang mengamalkan diskriminasi.

“Seorang negarawan perlu berhati-hati dengan kesan percakapannya,’’ tegasnya.

Muhammad Hikam dari Parti Kebangkitan Bangsa berkata, diskriminasi berlaku pada masa lalu tetapi ia sudah dihapuskan.

“Amat dikesali bahawa Kuan Yew tidak mengambil kira perkembangan yang sedang berlaku,’’ ujarnya.

Menurut kenyataan Kuan Yew itu lagi amat penting etnik Cina di republik pulau itu bersatu ketika menghadapi jiran-jiran Islamnya, Malaysia dan Indonesia.

Beliau mendakwa, sikap Malaysia dan Indonesia terhadap Singapura banyak dipengaruhi oleh layanan mereka kepada etnik Cina di kedua-dua negara itu.

“Jiran kita mempunyai masalah dengan orang Cina mereka. Mereka (kaum Cina) berjaya. Mereka bekerja keras dan sebab itu secara sistematik disisihkan,’’ dakwa Kuan Yew.
– Agensi
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Tuesday, September 26, 2006

KENYATAAN KUAN YEW
TIDAK BERASAS

MIRI 25 September 2006: Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Miri menyelar kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew berhubung dakwaan beliau bahawa kaum Cina di negara ini dipinggir secara sistematik.

Ketuanya, Lawrance Lai menegaskan, kenyataan Kuan Yew itu bukan sahaja tidak berasas tetapi jauh terpesong daripada realiti kaum Cina di Malaysia.

Justeru katanya, sebagai sebuah parti yang mempunyai keahlian terbesar kaum Cina di Sarawak, Pemuda SUPP kesal dengan kenyataan tersebut yang memberi gambaran salah terhadap kaum Cina Malaysia.

‘‘Latar belakang kaum Cina di Malaysia jauh berbeza dengan Singapura. Kita di Malaysia unik dengan kebolehan kita hidup harmoni dan bertolak ansur dengan rakyat berbilang kaum di negara ini.

‘‘Tiada kaum dipinggir sama ada majoriti mahupun minoriti, kenyataan Kuan Yew mengenai kaum Cina di Malaysia adalah salah,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

ORANG LUAR
JANGAN CAMPUR TANGAN

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan dan hal pentadbiran Malaysia.
Naib Ketua Pemuda MCA, Datuk Ling Hee Leong, berkata, beliau berharap pihak luar tidak sesuka hati mencampuri dasar pemerintahan kerajaan Malaysia.

‘‘Orang lain tak sepatutnya campur tangan dengan polisi kita,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sidang media projek Pesta Tanglung Universiti Malaya 2006 (PTUM 06) di sini.
.
Hee Leong ketika disoal sama ada beliau bersetuju supaya Kuan Yew meminta maaf secara terbuka menjawab, perkara tersebut bergantung kepada keputusan kerajaan.

Tegasnya, sekira kerajaan meminta supaya Kuan Yew meminta maaf pada pemerintah dan rakyat Malaysia, beliau akan turut menyokong desakan tersebut
.
‘‘Wajar atau tidak kita mendesak Kuan Yew, tertakluk pada kerajaan. Saya setuju apa jua tindakan mereka menangani hal tersebut,’’ katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

KUAN YEW DIGESA
HENTIKAN TOHMAHAN

KUALA LUMPUR 25 September 2006: Pergerakan Pemuda UMNO Johor mahu bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menghentikan segera segala tohmahan yang tidak berasas terhadap setiap perkara berkaitan negara ini.

Ketuanya, Razali Ibrahim berkata, Kuan Yew perlu mengambil perhatian serius terhadap saranan tersebut kerana ia boleh memberi kesan negatif ke atas hubungan antara kedua-dua negara sekiranya sikap seperti itu diteruskan.

Beliau berkata, selain itu ia juga boleh mengelakkan sebarang tindakan berbentuk provokatif yang mungkin boleh berlaku di kalangan rakyat negara ini.

‘‘Jika ini terjadi, Kuan Yew perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya kerana beliaulah yang menjadi punca timbulnya masalah ini. Dalam hal ini Kuan Yew lebih baik diam daripada terus bercakap,‘’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, UMNO Johor mahu sebarang projek yang lebih menguntungkan Singapura daripada rakyat negara ini dibatalkan, termasuk projek kereta api laju Kuala Lumpur ke republik itu.

Razali berkata, Kuan Yew sebenarnya melahirkan kekecewaan dan kegagalan silam beliau.

‘‘Kenyataannya akan menghukum generasi akan datang,’’ katanya.

Beliau turut mengingatkan Kuan Yew agar tidak menyamakan rakyat Malaysia seperti rakyat Singapura yang boleh ‘diprogramkan’
.
Dalam hubungan ini, Razali berkata, telah tiba masanya negara melaksanakan apa jua jenis peraturan ke atas rakyat negara itu yang selama ini tertangguh.

Antaranya kata beliau, seperti mengenakan caj kepada kenderaan negara itu yang masuk ke negara ini.

‘‘Ini bukan soal kita hendak membalas tindakan Kuan Yew tetapi lebih merupakan tanda ketegasan terhadap kerajaan Singapura,’’ ujarnya.

Dalam perkembangan sama Razali berkata, sejak dahulu lagi khususnya Kuan Yew sukar mengakui kaitan republik itu dengan Malaysia.

‘‘Mereka seboleh-bolehnya enggan mengaitkan Singapura dengan Malaysia walaupun sejarah ada mencatatkan bahawa Singapura pada satu masa dahulu adalah sebahagian daripada Malaysia,’’ tambahnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
KOMEN KUAN YEW
TAKTIK LAPUK’

KUALA LUMPUR 25 September 2006: Pergerakan Pemuda UMNO menganggap kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew bahawa orang Cina di negara ini dipinggirkan secara sistematik sebagai taktik lapuk yang digunakan untuk menakutkan rakyat negara itu sendiri.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sudah menjadi kebiasaan Kuan Yew yang juga bekas Perdana Menteri republik itu membuat kritikan serta mencari keburukan Malaysia untuk mengukuhkan kedudukannya dan juga Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Justeru, katanya, Pemuda UMNO mahu Kuan Yew supaya berhenti menggunakan taktik tersebut yang dilihat sebagai tidak menghiraukan perasaan jiran, berbaur hasutan serta boleh menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia.

“Ketika dia (Kuan Yew) menjadi Perdana Menteri Singapura dulu pun, semua sekolah Cina di negara itu ditutup.

“Sedangkan kerajaan Malaysia masih membenarkan sekolah Cina dibuka sehingga kini, termasuk sekolah persendirian,’’ katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Beliau mengulas kenyataan Kuan Yew semasa mesyuarat Bank Dunia-Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di republik itu Jumaat lalu.

Menteri Mentor itu mendakwa bahawa orang Cina di Malaysia dan Indonesia dipinggirkan secara sistematik.

Pemuda UMNO juga, kata Hishammuddin, menyarankan agar Kuan Yew dan Singapura lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia boleh menjejaskan hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Singapura sepatutnya bersyukur mendapat jiran yang baik seperti Malaysia,’’ katanya.

Beliau turut menyatakan, Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara ini mempunyai strategi dan pendekatan sendiri untuk mentadbir masyarakat majmuk Malaysia.

“Sekiranya Singapura tidak pernah menghiraukan komen dan pandangan pemimpin Malaysia mengenai kehidupan serta status orang Melayu di sana, maka Pemuda UMNO meminta supaya Kuan Yew sedar diri dan tidak masuk campur dalam hal ehwal pentadbiran negara ini.

“BN lebih berpengalaman dalam aspek mengurus masyarakat pelbagai kaum dan sudah lama mempraktikkan formula perkongsian kuasa dalam kerajaan,’’ tambahnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
TIDAK PERLU LAYAN
CAKAP KUAN YEW

KENYATAAN Lee Kuan Yew bahawa orang Cina di Malaysia sedang disisihkan secara sistematik oleh kerajaan memang ‘nakal’ seperti yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri kita.

Bagi saya, Lee Kuan Yew bolehlah di kategorikan sebagai seorang yang terlalu gemar kepada tarian Melayu lama. Itulah keganjilan beliau yang saya lihat.

Oleh kerana terlalu sunyi dan tidak pernah dicabar oleh sesiapa maka beliau pun sesekali ingin ‘menggeletek’ jiran-jirannya seperti Thailand, Filipina, Indonesia dan yang paling digemari ialah Malaysia kerana orang Melayu di negara ini suka ‘melatah’ apabila digeletek.

Selepas melatah akan diikuti pula dengan nyanyian Bangau, Oh! Bangau kemudian menari pula tarian inang, joget dan zapin.

Untuk pengetahuan semua warga Malaysia, itulah yang paling digemari oleh Kuan Yew.
Kenyataan tempoh hari adalah sekadar pandangan peribadi beliau mengenai masyarakat Cina di Malaysia yang kononnya disisihkan secara sistematik oleh kerajaan.

Kalau apa yang dinyatakan itu ‘BENAR’, maka kita perlu menerimanya secara terbuka dan perbetulkan.

Kalau perkara itu ‘TIDAK BENAR’, perlukah kita melayan kerenah Kuan Yew?

Oleh itu, memadai Timbalan Perdana Menteri sahaja yang menyatakan kenyataan Kuan Yew sebagai nakal. Yang lain boleh diam. Jangan melatah dan menari-menari kerana Kuan Yew gemar tarian-tarian Melayu.

Jangan pula kita menyuruh Kuan Yew memohon maaf atau menarik balik kenyataan beliau. Satu lagi perkara yang amat digemari oleh Kuan Yew ialah membuat kenyataan menghentam kepimpinan dan negara lain.

Oleh itu, seruan saya kepada warga Malaysia dari atas hinggalah ke bawah, tolonglah jangan melatah setiap kali Kuan Yew menggeletek kita.

Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena pada Kuan Yew. – MUHAMMAD NOOR ISMAIL,Sitiawan,Perak . Utusan Malaysia 25 September 2006.
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

BISIK-BISIK
AWANG SELAMAT
Utusan Malaysia 25 September 2006

KITA telah mendengar reaksi para pemimpin kita terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, yang menganggap Cina Malaysia dipinggirkan secara sistematik.

Pemimpin MCA dan Gerakan turut membidas Kuan Yew. Mereka tahu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Apa yang belum kita dengar ialah reaksi daripada para usahawan Cina Malaysia. Masyarakat Cina pandai berniaga. Ramai yang mencapai kejayaan luar biasa dan berpengaruh.

Kuan Yew tentu lebih daripada sedar siapa yang menguasai ekonomi Malaysia.

Dalam hubungan ini, para usahawan Cina merupakan golongan yang sepatutnya tampil menyanggah kenyataan Kuan Yew itu.

Mereka perlu tampil menyatakan apa yang benar. Mungkin Kuan Yew terputus hubungan dengan realiti hidup di Malaysia hari ini, mendorongnya membuat kesimpulan berdasarkan apa yang didengar.

Sedarkah Kuan Yew ada orang Melayu sendiri yang rasa terpinggir?

Mungkin elok jika beliau dapat bersembang dengan Koh Tsu Koon bagi mengemaskinikan maklumatnya.

Awang – Tidak suka berbalah.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm

KUAN YEW PERLU
PERBETULKAN KENYATAANNYA
Rencana Pengarang Utusan Malaysia

PADA 16 September lalu, ketika berucap sebagai penceramah utama pada Forum Raffles sempena mesyuarat Bank Dunia-Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Lee Kuan Yew yang digelar bapa Singapura moden telah ‘mengguris’ perasaan jirannya, terutama Malaysia.

Di hadapan 250 peserta antarabangsa, Menteri Mentor yang merupakan Perdana Menteri Singapura dari 1959 hingga 1990 itu, memperkecilkan Malaysia dan Indonesia dengan menuduh kedua-dua negara itu meminggirkan kaum Cina secara sistematik.

Sebagai negara serantau yang saling bergantung sama ada dari segi ekonomi mahupun sosial, Singapura nampaknya masih menyimpan persepsi negatif terhadap jiran-jirannya. Malah dakwaan Kuan Yew itu amat serius kerana ia boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif termasuk menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia.

Sebagai pemimpin kanan, bekas Perdana Menteri Singapura itu sepatutnya lebih memahami usaha jiran-jirannya terutama Malaysia dalam memastikan kekayaan negara diagihkan secara sama rata di antara kaum.

Kuan Yew tentu tahu, di sebalik segala dasar kerajaan Malaysia dalam membela nasib golongan bumiputera, kaum lain tidak pernah dipinggirkan.

Malah sejak negara mencapai kemerdekaan hingga kini, ekonomi Malaysia kekal dikuasai kaum Cina.Begitu juga dengan pentadbiran negara. Kerajaan Malaysia lebih suka berpegang kepada konsep perkongsian kuasa dengan setiap kaum mempunyai wakil dalam kerajaan tanpa ada yang terpinggir.

Malah sejak dari awal lagi parti pemerintah terdiri daripada gabungan parti-parti yang mewakili semua kaum yang terdapat di negara ini termasuk masyarakat Cina yang dikatakan oleh Kuan Yew telah dipinggirkan secara sistematik.

Ia membuktikan bahawa dakwaan Kuan Yew itu memang tidak berasas. Malah Kuan Yew sepatutnya sedar bahawa jika kaum Cina dipinggirkan, dia sendiri tentunya tidak berpeluang untuk menjadi pemimpin Singapura ketika negara itu masih di bawah Malaysia.

Sebagai pemimpin paling kanan di republik itu, Kuan Yew sepatut lebih memahami adat berjiran dan tahu menghormati perasaan negara jiran tanpa mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas seperti itu.Beliau sepatutnya lebih berhati-hati dalam menjaga hubungan baik dengan Malaysia.

Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ia merupakan satu kenyataan yang boleh menghasut kaum Cina di negara ini.

Jika itu berlaku maka ia tidak akan memberi apa-apa keuntungan kepada Singapura. Sebagai jiran, kenyataan Kuan Yew itu juga bukanlah sesuatu yang diinginkan dan ia tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan sepertinya.Membangkitkan isu sensitif seperti itu tidak memberikan apa-apa faedah kepada Singapura mahupun Malaysia.

Seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak: ‘‘Ia satu kenyataan yang tidak perlu dilakukan dan ia tidak dihargai langsung.’’

Oleh itu, dengan mengambil kira kepentingan dan sensitiviti negara jiran, adalah wajar jika Kuan Yew memperbetulkan kenyataannya itu.
JANGAN BERTOLAK ANSUR:
PEMIMPIN UMNO MAHU PROJEK
LEBIH UNTUNGKAN SINGAPURA DIBATAL

BATU PAHAT 24 September 2006: UMNO Johor mahu apa juga projek yang lebih menguntungkan Singapura daripada rakyat negara ini dibatalkan. Ini termasuklah projek kereta api laju Kuala Lumpur ke republik itu.

Selain itu, UMNO Johor juga mahu Kerajaan Pusat tidak bertolak ansur atau mengambil kira soal Singapura dalam perancangan membangunkan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER).

Ketua Penerangannya, Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan itu perlu diambil ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri republik itu, Lee Kuan Yew bahawa kaum Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik.

Malah, kenyataan provokasi itu bukan yang pertama diucapkannya kerana pemimpin yang sama pernah menuduh kaum Cina negara ini sebagai warganegara kelas kedua satu masa dulu.

‘‘Kita tidak boleh bertolak ansur dengan negara yang tidak menghormati semangat setia kawan di kalangan negara ASEAN dan tidak menjaga hati jiran itu,’’ tegasnya.

Mohd. Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kuan Yew semasa mesyuarat Bank Dunia-Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di republik itu Jumaat lalu.

Menurut Mohd. Puad lagi, Kuan Yew sebenarnya cemburu dengan segala kemudahan dan kejayaan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia termasuk kaum Cina serta kaum-kaum lain.

Katanya, pemimpin kanan itu juga rasa tidak senang hati apabila pemimpin-pemimpin Malaysia walaupun silih berganti tetapi mampu mengekalkan perpaduan dan keharmonian kaum.

‘‘Kuan Yew sendiri mengamalkan sikap meminggirkan rakyatnya seperti yang dilakukan terhadap orang Melayu di Singapura.

‘‘Kesannya, ramai orang Melayu di republik itu lebih berminat membeli rumah di Johor kerana mereka lebih selesa dan diterima semua pihak berbanding di negara sendiri,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Ghazali Ibrahim berkata, Malaysia kini perlu mengkaji semula dasarnya dalam menjalin hubungan dengan Singapura.

Beliau berkata, selama ini, Malaysia selalu memilih pendirian untuk menjaga hati Singapura dalam menjalin hubungan dengan republik itu.

Menurutnya, dalam banyak hal Malaysia terlalu banyak berlembut dengan Singapura dan sikap berlembut itu perlu ada batasnya. Ghazali berkata, sampai bila Malaysia perlu menjaga hati Singapura.

‘‘Singapura juga perlu mempunyai sikap menghormati perasaan kita (Malaysia),’’ katanya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Idris Haron pula berkata, sekiranya Kuan Yew mengeluarkan kenyataan bagi pihak kerajaannya, adalah wajar Malaysia mengkaji semula projek-projek negara ini yang melibatkan republik itu.

‘‘Kita perlu meneliti terlebih dahulu kenyataan Kuan Yew itu sama ada ia kenyataan peribadi atau mewakili negaranya.

‘‘Sebagai bekas Perdana Menteri, Kuan Yew seharusnya sedar kenyataan seumpama itu boleh menjejaskan perhubungan antara Malaysia dan Singapura,’’ katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Hasni Mohammad turut menyokong cadangan itu supaya perancangan Wilayah Ekonomi Selatan Johor tidak mengambil kira kepentingan Singapura.

Sebaliknya, projek itu hendaklah lebih menumpukan kepada kepentingan rakyat Johor, katanya.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria berkata, apa juga bentuk projek yang menguntungkan Singapura tidak harus dilayan kerana mereka (Singapura) tidak pandai menjaga sensitiviti negara jirannya.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, Malaysia tidak sepatutnya layan kenyataan Kuan Yew yang dianggap seperti ‘raksasa’.

‘‘Apa sahaja pembangunan yang berbentuk komersial dan memberi keuntungan kepada Singapura tidak harus diteruskan,’’ katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sunday, September 24, 2006

BARAT HALANG
ISYTIHAR NUKLEAR ISRAEL

VIENNA 23 Sept. – Kuasa Barat menggagalkan usaha negara-negara Arab dan Islam semalam untuk mengisytiharkan senjata nuklear Israel sebagai ancaman yang mesti dihapuskan.

Usaha itu dipatahkan dalam satu pengundian yang penuh dengan sentimen politik pada mesyuarat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Kanada menaja usul ‘tiada tindakan’ yang diluluskan dengan 45 anggota menyokong dan 29 menentang bagi menghalang negara-negara anggota IAEA mengadakan pengundian mengenai usul yang menuntut Israel menggunakan tenaga atom hanya untuk tujuan awam dan membantu mewujudkan zon bebas senjata nuklear di Asia Barat.

Bagaimanapun mesyuarat itu juga mengundi untuk meluluskan satu resolusi lebih lembut terhadap Israel, juga atas tajaan negara-negara Arab.

Resolusi yang disokong oleh 89 ahli dan ditentang oleh dua yang lain itu ‘mengesahkan keperluan mendesak untuk semua negara di Asia Barat menerima sepenuhnya langkah-langkah kawalan IAEA terhadap semua aktiviti nuklear mereka.’

Israel tidak pernah mengaku atau menafikan memiliki senjata atom tetapi kebanyakan pakar percayai rejim Yahudi itu mempunyai kira-kira 200 senjata nuklear.

Rundingan hangat gagal memujuk delegasi Arab supaya membatalkan usaha mereka untuk membawa kedua-dua resolusi ke peringkat pengundian.

Kegagalan itu berpunca daripada kemarahan mereka dengan keganasan Israel mengebom selatan Lebanon semasa perang dengan pejuang Hizbullah baru-baru ini.

Diplomat berkata, negara Arab berang dengan kelembapan Barat untuk bertindak menghentikan serangan bom Israel terhadap Lebanon yang kebanyakannya membunuh orang awam sebelum gencatan senjata 14 Ogos lalu dikuatkuasakan menerusi resolusi Majlis Keselamatan PBB.

“Langkah Barat menyekat pengundian amat memeranjatkan sedangkan darah mangsa tidak berdosa di Lebanon masih belum kering,” kata wakil Syria, Ibrahim Othman.

Menurut beliau, kedudukan Israel sebagai satu-satunya kuasa nuklear di Asia Barat menimbulkan ketidakseimbangan kuasa yang menggugat kestabilan.

AS, Eropah dan sekutu Barat lain bergabung untuk menyekat resolusi ‘ancaman senjata nuklear Israel’ itu.

Negara Arab dan Islam juga marah dengan amalan ‘dwistandard’ Barat yang menekan Iran supaya menghentikan program tenaga nuklearnya tetapi membiarkan Israel begitu sahaja sekalipun beberapa resolusi PBB mendesaknya memusnahkan senjata atomnya.

– Reuters
LEE KUAN YEW
PERLU MINTA MAAF

MUAR 23 Sept. – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Lee Kuan Yew memohon maaf kerana mendakwa orang Cina di negara ini dipinggirkan.

Beliau berkata, dakwaan bekas Perdana Menteri Singapura itu tidak berasas dan lahir daripada ‘seorang yang baru bangun dari tidur di sebuah pulau yang tidak tahu apa-apa’.

Tegas beliau, dakwaan itu juga cuba merosakkan usaha negara serantau mencari jalan bagi meningkatkan hubungan baik sesama rakyat di negara ini.

‘‘Beliau perlu meminta maaf kerana provokasi sebegini tidak akan memberikan faedah untuk mewujudkan keamanan serantau di ASEAN.

‘‘Mungkin juga dia (Kuan Yew) baru bangun dari tidur dan tidak tahu keadaan sebenar sebab tinggal di sebuah pulau dan tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling,” kata beliau.

Di KOTA KINABALU, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Salleh Said Keruak berkata, dakwaan Kuan Yew tidak bertanggungjawab dan berniat buruk.

‘‘Ia dibuat bagi membangkitkan kemarahan orang Cina terhadap kerajaan negara ini. Ia satu kenyataan tidak bertanggungjawab, ia berniat buruk,'' katanya.

Di KOTA BHARU, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mempertikaikan motif kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura itu.

Mursyidul Am Pas berkata, sebagai orang tua dan bekas pemimpin sebuah negara, Kuan Yew tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan orang lain.

“Apa hubungan mu (Kuan Yew) dengan Malaysia, ini tidak betul,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31 Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri di sini, hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
MAHATHIR KENA HOUSE ARREST
BENARKAH ELEMEN ASING TERLIBAT?
Oleh Ruhanie Ahmad

Tun (Dr Mahathir Mohamad) mungkin kena tahanan rumah. Itulah kandungan SMS yang saya terima selepas Maghrib tadi. Saya pun tersentak. Mesej itu amat serius. Ia boleh menyebabkan huru-hara.

Lantas saya pun membalas SMS berkenaan. Kata saya, jangan main api, nanti terbakar tangan. Jangan sebar berita palsu, nanti kena cekup masuk lokap. Jangan tabur fitnah, nanti badan yang musnah.

Sipengirim SMS di atas menjawab: “Saya tak main api. Ini info serius. Kita dapat pintas maklumat ini sebentar tadi. Waspada.”

Banyak lagi info tambahan yang panas, sensasi dan kontroversial yang dihamburkan oleh pengirim SMS berkenaan kepada saya. Bagaimanapun, saya tidak akan menyiarkan info itu dalam blog ini atas kekangan undang-undang. Apa pun, hujah dalam SMS itu logik dan masuk akal.

Tidak lama selepas itu, saya pun melayari internet. Saya lawati beberapa lamanweb dan blog. Saya telusuri satu demi satu. Saya pun sampai ke lamanweb
http://www.generasi-m.com. Dalam lamanweb itu saya temui kepala berita MAHATHIR AKAN DIKENAKAN TAHANAN DALAM RUMAH?

Selepas membaca kandungan berita itu, saya pun menelefon pengirim SMS di atas. Beliau terkejut bila dapat tahu bahawa berita itu dicetuskan oleh seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat bernama Saifuddin Nasution Ismail.

Pengirim SMS itu terkejut kerana beliau menerima info mengenai ura-ura di atas daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Jadi, ini bermakna bahawa ura-ura mengenai Tun Dr Mahathir seperti di atas kini sudah diketahui oleh banyak sumber, baik sumber Kerajaan, mahu pun sumber parti pembangkang.

Maka, Perdana Menteri mestilah bertindak segera. Ura-ura mengenai Tun Dr Mahathir ini membabitkan beliau. Ura-ura ini juga boleh menjejaskan nama baik kerajaan dan kepimpinan negara.

Oleh itu, siasatlah ura-ura tersebut secara rapi. Benarkah kononnya terdapat elemen-elemen asing turut terlibat dalam hal ini? Benarkah kononnya ada beberapa elemen tidak rasmi juga mungkin terlibat dengan ura-ura ini?

Saturday, September 23, 2006

MAHATHIR AKAN DIKENAKAN
TAHANAN DALAM RUMAH?

KULIM: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai sedang menimbang untuk mengambil tindakan tegas terhadap Tun Dr Mahathir bagi menutup mulut bekas Perdana Menteri itu.

Dalam perjumpaan dengan Umno Johor, sebelum berangkat menemui Presiden Amerika baru-baru ini, Abdullah dikatakan menerima beberapa cadangan bagi mengekang kemaraan Dr Mahathir.

Cadangan mengenakan tahanan dalam rumah, seperti yang dilakukan oleh Junta Tentera Myanmar ke atas pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi dikatakan mendapat pertimbangan Abdullah.

Mendedahkan perkara itu, aktivis Keadilan Saifuddin Nasution Ismail berkata cadangan itu dibuat oleh salah seorang Ketua Bahagian.

Berucap dalam ceramah di Kampung Siam, di sini, Khamis, Saifuddin menjelaskan maklumat itu diperolehinya daripada sumber dalaman Umno Johor.

Dalam perjumpaan itu juga, katanya Abdullah turut melahirkan perasaan serba salah untuk bertindak ke atas Mahathir.

Sebelum itu katanya, Umno Johor turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang banyak menyerahkan projek negara kepada negara jiran - Singapura.

Difahamkan, Abdullah gagal menjawab persoalan yang dibangkitkan itu.

Menurut Saifuddin, beliau membangkitkan perkara ini bukan bermaksud menyokong mana-mana pihak, tetapi bagi membuktikan Umno kini sedang menghadapi krisis kepimpinan yang semakin parah.

Sehubungan itu, katanya penyokong dan pendokong Barisan Alternatif perlu melipat ganda usaha bagi mempercepatkan kejatuhan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

Mahathir sebagai Singa luka

Sementara itu, Mahathir kini disifatkan sebagai Singa luka yang akan ‘mengganas’ ekoran ‘tragedi’ beliau dimalukan di ‘kubangnya sendiri’ - Kubang Pasu pada 9 September lalu.

Bekas Presiden Umno itu bertekad akan meneruskan kritikan kerasnya terhadap pentadbiran Abdullah.

Katanya hanya satu-satunya cara boleh menutup mulutnya ialah dengan menyumbat beliau ke dalam penjara.

“Satu-satunya cara mereka boleh menyekat saya ialah menyumbat saya dalam penjara,” katanya pada sidang media di Putrajaya 11 September lalu.

Keazaman Mahathir untuk mendedahkan kepincangan Abdullah turut dibayangkan oleh editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang menjangkakan sesuatu yang menggemparkan bakal berlaku November ini.

Raja Petra menganggap isu-isu yang dibangkitkan Mahathir selama ini hanya sebagai mukaddimah. Abdullah dikatakan kehabisan isu, sementara Mahathir belum lagi bermula.

Katanya Mahathir belum lagi mendedahkan dokumen ‘Oil For Food’ yang jelas menyenaraikan nama Abdullah sebagai penerima keuntungan berjuta-juta tong minyak Iraq.

Mahathir juga katanya, masih belum lagi mendedahkan kediaman keluarga Abdullah di Perth, Australia bernilai AUD 25 juta (RM69.2 juta) dan kereta-kereta milik keluarga Abdullah di London bernilai 15 juta pound (RM104.9 juta)

Bahkan dakwanya, pentadbiran Abdullah sedang ‘membunuh’ Proton untuk melucutkan aset-aset Proton bagi mengambilalih kekayaan kereta nasional itu.

Patrick Lim, rakan perniagaan anak Abdullah, Kamaluddin sedang menanti peluang untuk membaham Proton. - Oleh Zulkifli Mohamed

From : (http://www.malaysia-today.net/blog_1malay/2006/09/mahathir-akan-dikenakan-tahanan-dalam.html) September 23, 2006

http://www.generasi-m.com/today/index.php?ind=news&op=news_show_single&ide=410

[Berita di atas amat menggemparkan. Saya memohon kepada Allah SWT supaya ura-ura ini tidak jadi kenyataan, khususnya sewaktu kita akan menjalani ibadat puasa selama sebulan mulai Ahad, 24 September 2006. Saya juga berharap semoga YAB Perdana Menteri tidak terdorong melaksanakan ura-ura ini. Kalau dilakukan, parah implikasinya kepada agama, bangsa dan negara. – Ruhanie Ahmad]
PM UCAP SELAMAT BERPUASA
KEPADA SELURUH UMAT ISLAM

SEPANG, 23 September 2006 (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di negara ini yang akan mula berpuasa hari Ahad, bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya kerana akan menjalani ibadah itu tanpa isteri tercinta.

"Saya terpaksa sesuaikan diri. Ia satu realiti. Ia okay, keluarga saya ada bersama saya," katanya ketika ditanya bagaimana perasaan beliau menyambut bulan Ramadan tanpa isteri, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood.

Abdullah ditemui pemberita setibanya dari lawatan luar negara di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini. Ketibaan beliau disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Endon meninggal dunia 20 Okt tahun lepas akibat barah payu dara.

Abdullah mengakui akan merasai kehilangan Endon kerana pada masa dahulu beliau sentiasa berbuka puasa bersama-sama isterinya itu.

"Akan rasa lainlah tak ada Endon," katanya.

Abdullah turut mengingatkan umat Islam di negara ini supaya tidak hanya berpuasa semata-mata sebaliknya menjadikan bulan Ramadan untuk meningkatkan amal ibadat serta melakukan kegiatan berfaedah.

"Jadikan bulan ini untuk meningkatkan amal ibadat, bukan setakat berpuasa tapi juga kegiatan-kegiatan lain kerana bagi umat Islam kegiatan kita berpaksi kepada ibadat," katanya.

Dalam pada itu, Abdullah tidak lupa berpesan kepada umat Islam di negara ini agar melaksanakan ibadat itu sebaik mungkin.

"Jangan cuba buat sesuatu yang membatalkan puasa, nanti sia-sia sahaja lapar. Jadi, kawal diri, kawal percakapan dan perbuatan kita.

"Mudah-mudahan Allah S.W.T akan memberkati dan merahmati ibadat kita," katanya.

-- BERNAMA



ABDULLAH MINTA LEE KUAN YEW
BERI PENJELASAN ISU CINA MALAYSIA

SEPANG, 23 September 2006 (Bernama) -Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan mengutus surat kepada Lee Kuan Yew bagi meminta penjelasan berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Mentor Singapura itu mengenai masyarakat Cina di Malaysia.

Perdana Menteri berkata beliau ingin tahu sebab Lee membuat kenyataan sedemikian.

"Saya akan tulis surat kepada beliau nak minta penjelasan apa sebab dia kata begitu," katanya kepada pemberita setibanya dari lawatan kerja luar negara di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), hari Sabtu.

Lee dilaporkan berkata bahawa sikap Malaysia dan Indonesia terhadap Singapura dibentuk oleh cara layanan mereka terhadap etnik Cina minoriti di negara mereka sendiri.

Lee mendakwa bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai masalah dengan kaum Cina masing-masing kerana mereka berjaya dan bekerja kuat dan justeru secara sistematik mereka dipinggirkan.

Abdullah berkata beliau tidak nampak kewajaran untuk Lee mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya setuju dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak (Timbalan Perdana Menteri). Ini satu kenyataan nakal dan boleh menghasut rakyat Malaysia keturunan Cina," katanya.

Abdullah yang menegaskan kenyataan sebegitu tidak patut dikeluarkan oleh negara tetangga berkata Singapura juga akan terjejas jika Malaysia tidak stabil.

Tambahan pula, katanya Singapura juga mempunyai masalah dalaman berhubung masyarakatnya.

"Kita tahu mereka pun ada masalah, tak baik seratus peratus".

Khamis lepas, Timbalan Perdana Menteri yang turut mengulas perkara itu menyifatkan komen Lee sebagai satu komen nakal.

-- BERNAMA



WISMA PUTRA TAK PANGGIL
P-JAYA TINGGI SINGAPURA?
Oleh Ruhanie Ahmad

Saya gembira bila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberikan reaksi tegas kepada kenyataan Lee Kuan Yew Sabtu lalu. Turut melegakan ialah bila pemimpin-pemimpin masyarakat Cina Malaysia juga turut membidas Lee Kuan Yew.
Tetapi, apakah reaksi Wisma Putra? Apakah reaksi akhbar perdana Malaysia? Kenapakah seolah-olah ada satu arahan tertentu mengenai Singapura? Adakah wujud arahan supaya kenyataan Lee Kuan Yew itu tidak diberikan reaksi sewajarnya? Sepatah kata seorang sahabat saya daripada media perdana, reaksinya sepi buat beberapa hari kerana "kami tak dapat apa-apa signal."
Jadi, begitukah hakikatnya? Sebelum Datuk Seri Najib bersuara, semua pihak menikus kerana "tak dapat signal." Tidakkah ini menghairankan? Untuk membincangkan isu yang boleh menjejaskan perpaduan negara dan kedaulatan tanah air pun mesti ada signal? Siapakah agaknya yang menjaga signal itu?
INSAFLAH WAHAI RAKYAT DAN PEMIMPIN MALAYSIA. KALAU SEMUANYA UNDER CONTROL DAN KEPIMPINAN NEGARA MEMANG BENAR-BENAR IN CONTROL, JANGANLAH SINGAPURA DAN LEE KUAN YEW DIBIARKAN TERLEPAS BEGITU SAHAJA KALI INI. SEKURANG-KURANGNYA, PANGGILLAH PESURUHJAYA TINGGI SINGAPURA DI MALAYSIA DAN TANYA DIA, KENAPAKAH LEE KUAN YEW BERKATA SEBAGAIMANA YANG DILAPORKAN BARU-BARU INI?
Menerusi artikel REPUBLIK KANGKANG KERA, JANGAN TIMBUL ANGKARA, dalam blog ini pada 20 September 2006, saya sifatkan kenyataan Lee Kuan Yew pada 15 September 2006, sebagai hasutan.

Kenyataan itu bukti Lee Kuan Yew seolah-olah mahu menpersenda-sendakan kerajaan Malaysia. Oleh itu, kenyataan di atas tidak boleh dipandang ringan. Ia juga seolah-olah mengandungi elemen hasutan. Ia membangkitkan persoalan-persoalan strategik seperti berikut:

Mengapakah ianya dikeluarkan hanya beberapa hari sesudah Datuk Seri Abdullah membuat kenyataan di Helsinki bahawa hubungan Malaysia-Singapura tidak terencat ekoran pembatalan projek pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor?

Mengapakah kenyataan itu dibuat sewaktu menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, dikatakan sedang bertelingkah dengan komponen kelompok Cina dalam Barisan Nasional?

Mengapakah kenyataan itu buat sewaktu seorang pemimpin MCA diheboh-hebohkan sedang bermasalah dengan Kerajaan Malaysia atas soal peruntukan pendidikan di Johor Bahru, Johor?

Mengapakah kenyataan Lee Kuan Yew itu dibuat apabila Malaysia memasukki era pilihan raya umum mulai 2007?

Kenyataan Lee Kuan Yew seperti di atas adalah serius. Ia menimbulkan pelbagai implikasi. Ia juga mungkin mengandungi mesej-mesej tersirat. Jadi, apakah motif sebenar kenyataan itu? Mungkinkah motifnya adalah seperti berikut:

Memprovokasi serta mengapi-apikan rakyat Malaysia keturunan Cina supaya menentang Kerajaan Malaysia mutakhir menerusi pilihan raya umum akan datang?

Menggalakkan rakyat Malaysia keturunan Cina melemahkan kepimpinan dan pemerintahan Datuk Seri Abdullah?

Mengadu-dombakan Malaysia dengan Singapura?

Membuktikan bahawa politik Singapura adalah lebih matang daripada Malaysia?

Mendorong rakyat Singapura untuk membenci Malaysia?

Sebagai rakyat Malaysia, saya amat kesal dengan kenyataan Lee Kuan Yew yang kini dikomen oleh pelbagai pihak di Malaysia. Sebab itulah saya dengan rendah hati dan takzimnya menggesa Kerajaan Malaysia mengambil tindakan berikut:

Wisma Putra mesti memanggil Pesuruhjaya Singapura di Kuala Lumpur dengan serta-merta untuk menjelaskan apakah yang dimaksudkan oleh Lee Kuan Yew bila mengatakan bahawa “masyarakat Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik” oleh Kerajaan Malaysia mutakhir ini.

Wisma Putra juga mesti mendapatkan penjelasan segera daripada Singapura, apakah yang dimaksudkan oleh Lee Kuan Yew bila menyatakan bahawa “Malaysia mahukan Singapura, dengan kata yang mudah, menjadi masyarakat Cina seperti mereka - sikap pak turut.”

Sesudah itu, Kerajaan Malaysia mestilah bertindak dengan sewajar-wajarnya. Negara republik pulau yang luas sekangkang kera itu mestilah diinsafkan supaya ia berhenti daripada bertindak menimbulkan angkara diplomasi dengan Malaysia.

Akhir kata, insafilah bahawa hubungan diplomasi antara dua negara yang berjiran, merdeka, berdaulat dan berwibawa, mestilah dijalinkan atas prinsip keharmonia bersama, kemakmuran bersama, kesejahteraan bersama, keamanan bersama, dan kewujudan bersama.

Lee Kuan Yew mestilah difahamkan dengan hakikat diplomasi dan kejiranan seperti ini. Semua pihak di Singapura yang terus-menerus bersikap kiasu dan kiasi juga mesti menginsafi serta menerima prinsip-prinsp kejiran dan diplomasi seperti ini.

MIND YOUR OWN BUSINESS
GERAKAN TELLS KUAN YEW

KUALA LUMPUR, 22 September 2006:Gerakan today ticked off Singapore’s Mentor Minister Lee Kuan Yew over his remarks that Chinese Malaysians had been “systematically marginalised” because they were successful and hardworking.

Party president Lim Keng Yaik and his deputy, Koh Tsu Koon, both lambasted Lee for making comments without having the full facts and accused him of causing racial tensions here.

Lim, who is also the Minister of Energy, Water and Telecommunications, said the former Singapore premier had a habit of making statements which infuriate Malaysians over the last 40 years.

When asked to speculate as to Lee’s reason for the latest remark, a visibly upset Lim said: “You go ask him-lah!”.

He said Lee was wrong in making such statements, and he urged reporters to report that Lee “was wrong, wrong.”

His heir apparent, Koh, who sitting next to him at today’s press conference, added that Lee should understand the challenges Malaysian leaders had in governing a much larger country which, unlike Singapore, has far-flung states such as Sabah and Sarawak.

Koh added that Chinese Malaysians, like their other fellow citizens, also have more freedom than those in Singapore in expressing their views to the mass media.

According to Koh, the non-Malay component political parties within the BN coalition often spoke out in the cabinet or Parliament on issues involving Chinese and Indians communities.

From : (http://www.malaysiakini.com/news/57199) Alwin Yap -Sep 22, 06 6:23pm
http://www.generasi-m.com/today/index.php?ind=news&op=news_show_single&ide=39
LEE KUAN YEW TIDAK PATUT
SINGGUNG PERASAAN
KATA ONG KA TING


IPOH, 22 September 2006 (Bernama): Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew tidak sepatutnya membuat dakwaan bahawa orang Cina di Indonesia dan Malaysia dipinggirkan secara sistematik, kerana kenyataan sedemikian menyinggung perasaan rakyat Malaysia.

Beliau berkata kenyataan Lee pada forum sempena mesyuarat Bank Dunia-Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura itu bukan sahaja tidak adil kepada Kerajaan Malaysia, tetapi juga tidak baik kepada keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

"Beliau sebagai seorang bekas Perdana Menteri tentu tahu kenyataan sebegini akan beri kesan buruk kepada negara jiran. Beliau adalah seorang yang terlalu `over-confident'. Dia sering merasakan yang dia sentiasa betul, tapi kenyataan Lee Kuan Yew itu tidak adil kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan para pemimpin MCA Bahagian Batu Gajah di Wisma MCA Bahagian Batu Gajah.

"Saya rasa rakyat Malaysia tidak sepatutnya terperangkap. Kita perlu kekal bersatu, kita perlu terus bekerjasama dalam masyarakat. Kita tahu apa yang kita lakukan dan kita tidak seharusnya membenarkan kenyataan seperti ini menimbulkan suasana tidak harmoni atau keraguan," tambahnya.
DR MAHATHIR SIFATKAN
LEE KUAN YEW SOMBONG

KIJAL, 22 September 2006 (Bernama): Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew, dan menyifatkan beliau sombong kerana sengaja membangkitkn isu kaum Cina di Malaysia, yang kononnya dipinggirkan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Lee tidak menghormati negara jiran, dengan mendakwa kaum Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik, kerana ia adalah sesuatu yang sensitif.

"Dia (Lee) berasa dia kuat, dia dah jadi sombong, dia pun tak hairan dengan jiran-jiran. Itu sebab dia sengaja bangkitkan perkara itu sedangkan dia tahu ini adalah perkara yang sensitif di dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bangunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kemaman dan Kempen Hari Pahlawan peringkat daerah Kemaman di Awana Kijal, Beach and Spa Resort, dekat sini.

Jumaat lepas, Lee pada forum di luar mesyuarat Bank Dunia-Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura dilaporkan bercakap mengenai isu yang menyentuh layanan Malaysia dan Indonesia terhadap kaum Cina di negara masing-masing.

Lee dipetik oleh agensi media asing sebagai berkata sikap Malaysia dan Indonesia terhadap Singapura dibentuk oleh cara layanan mereka terhadap etnik Cina minoriti di negara mereka sendiri.

Lee mendakwa Malaysia dan Indonesia mempunyai masalah dengan kaum Cina di negara masing-masing kerana etnik itu berjaya serta bekerja kuat, justeru mereka dipinggirkan secara sistematik.

Dr Mahathir berkata Malaysia juga sebenarnya boleh mempersoalkan kenapa orang Melayu di Singapura dipinggirkan.

"Kita juga boleh tanya apa kedudukan orang Melayu di Singapura, kenapa mereka tidak dibenarkan dalam tentera memikul senjata atau pun dilatih menggunakan senjata. Kenapa orang Melayu di Malaysia ini begitu cekap dalam bidang tentera tetapi di Singapura, tidak dapat pegang jawatan tinggi.

"Kenapa orang Melayu dipinggirkan sehingga mereka tiada kedudukan sama sekali. Ini dilakukan dengan sengaja oleh Singapura. Tidak ada negara lain yang membuat tindakan yang semacam itu," katanya.

Dr Mahathir menegaskan bahawa apa yang diperkatakan oleh Lee bahawa kaum Cina di Malaysia dipinggirkan adalah tidak benar kerana ada di antara mereka, misalnya dalam perkhidmatan tentera, memegang jawatan tinggi.

"Orang Cina di sini dapat masuk tentera sehingga pegang jawatan Jeneral, Mejar Jeneral dan sebagainya. Tetapi (bagaimana pula) orang Melayu di Singapura, dia punya pendapatan per kapita berbanding dengan orang Cina di Singapura, cuba bagi tau.

"Cuba adakan siasatan bebas, kenapa orang Melayu tertinggal di Singapura. Bukan mereka kurang daripada orang Melayu di Malaysia tetapi mereka telah ditekan, dipinggirkan dan ditindas, itulah kerajaan yang diasaskan oleh pendapat Lee Kuan Yew," katanya.

Terdahulu, ketika berucap, Dr Mahathir menggesa Lee supaya tidak berbangga dengan apa yang diperkatakannya.

"Awak jaga periuk nasi awak sudahlah. Awak tak laku, awak pun bukan bijak sangat. Dalam satu kumpulan yang kecil, mungkin awak nampak bijak.

"(Tetapi) bila dia pergi China. Orang Cina di sana pun tidak akan dengar. Orang China pun tak pandang hormat kepada dia kerana dia sebenarnya dipinggirkan oleh orang Cina di seluruh dunia," katanya.
- BERNAMA
http://www.generasi-m.com/today/index.php?ind=news&op=news_show_single&ide=400

Friday, September 22, 2006

JET PEJUANG NEGARA JIRAN
MELINTASI RUANG UDARA MALAYSIA

JOHOR BAHRU 21 Septmber 2006: Kehadiran jet-jet pejuang negara jiran melintasi ruang udara Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang dekat sini sejak akhir-akhir ini mengundang tanda tanya kepada para penduduk.

Persoalannya ialah kenapa jet-jet pejuang tersebut boleh terbang melepasi sempadan negara ini dan jika mendapat kebenaran daripada kerajaan Malaysia, kenapa ia dibenarkan terbang rendah sehingga mengganggu kehidupan mereka?

Beberapa penduduk yang ditemui Utusan Malaysia merasa hairan dan curiga dengan kehadiran jet-jet pejuang tersebut yang membuat penerbangan rendah di ruang udara kampung tersebut dua kali sehari.

Menurut seorang suri rumah, Azizah Ibrahim, 60, jet-jet pejuang yang diyakini milik negara jiran itu terbang melintasi ruang udara kampung tersebut setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan petang setiap hari.

“Mereka terbang rendah dan bunyi juga bising sehinggakan kalau kami berbual di dalam rumah ini pun susah nak didengari.

“Saya sendiri melihat dua hingga empat pesawat itu melintas setiap kali dan saya yakin ia datang dari negara jiran,” katanya yang sudah menetap di kampung tersebut hampir 40 tahun lalu.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

TIDAK WAJAR KUAN YEW DAKWA
CINA MALAYSIA DIPINGGIR – NAJIB

BANGI 21 September 2006: Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar dakwaan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew bahawa orang Cina di Indonesia dan Malaysia dipinggirkan secara sistematik dan menganggap kenyataan itu sebagai ‘nakal’, tidak wajar dan tidak diperlukan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Kuan Yew tahu luahan pendapat itu boleh melibatkan implikasi politik di Malaysia dan Indonesia.

“Saya tidak tahu apa muslihatnya tetapi ia adalah satu kenyataan yang tidak perlu dilakukan.

“Ia tidak dihargai langsung,’’ katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran dan Penyampaian Bantuan ASB Sejahtera di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita Jumaat lalu mengenai kenyataan Kuan Yew pada forum sempena mesyuarat Bank Dunia- Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura.

Kuan Yew yang merupakan pengasas Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkata, Singapura memerlukan kerajaan yang memiliki keberanian dan kemahiran mengatakan ‘tidak’ kepada negara-negara jirannya yang lebih besar dan didominasi penduduk beragama Islam.

Menteri Mentor itu memberitahu, Indonesia dan Malaysia yang mempunyai masalah dengan golongan Cina yang bekerja keras dan berjaya meminggirkan mereka secara sistematik.

Kedua-dua negara itu, kata Kuan Yew, mahu Singapura menjadi seperti orang Cina, iaitu pak turut.

Najib menegaskan, kenyataan itu tidak tepat sama sekali kerana Malaysia tidak pernah mengamalkan apa-apa usaha meminggirkan golongan bukan bumiputera dalam negara.

Kerajaan juga, katanya, tidak pernah mengamalkan sebarang dasar menyekat peluang golongan bukan bumiputera untuk mara ke hadapan.

“Apa yang ada ialah usaha mengimbangi antara bumiputera dan bukan bumiputera supaya kaum bumiputera tidak jauh sangat ketinggalan kerana mereka pun masih lagi ketinggalan pada waktu ini.

“Apa yang hendak kita capai ialah satu bentuk masyarakat lebih adil dan saksama,’’ tegasnya.
Ditanya sama ada sebarang protes diplomatik akan dibuat terhadap Singapura, Najib berkata:“Saya tidak tahu, terpulang kepada Kabinet untuk menentukannya.’’

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


KUAN YEW'S COMMENTS
MISLEADING, SAYS NAJIB

BANGI: Malaysia yesterday ticked off Singapore’s Minister Mentor Lee Kuan Yew for saying that Malaysian Chinese were being marginalised systemically.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak described the statement as naughty, adding: "I do not know his real motive but his comment is something that should not have been made in the first place. It is a comment that we can do without and is not appreciated at all. It is not accurate, has political impact and is very misleading."

Lee told a forum in Singapore last Friday that it was vital for Singapore to stand up to its bigger neighbours, Indonesia and Malaysia.

"We need a government that will have the gumption and skill to say no to our neighbours in a very quiet and polite way that does not provoke them into doing something silly."

Lee was also quoted as saying that the attitude of neighbouring Malaysia and Indonesia towards Singapore was shaped by the way they treat their own ethnic Chinese minorities.

"Our neighbours both have problems with their Chinese. They are successful. They are hardworking and, therefore, they are systematically marginalised."

Indonesia and Malaysia "want Singapore, to put it simply, to be like their Chinese — compliant", Lee said.

Najib said the government had no intention to sideline or marginalise non-Bumiputeras.

The government, he added, had never adopted a policy which aimed at hindering the progress of the non-Bumiputeras as all it wanted was nothing but fairness and equal distribution of wealth for all races.

He said it would be up to the Cabinet to make a stand on the matter.

– NST 22 Septembr 2006.

http://www.nst.com.my/Current_News/nst/Friday/Frontpage/20060922080750/Article/index_html
Friday September 22, 2006

LEE’S COMMENT ‘NAUGHTY’

BANGI: Malaysia can do without scathing comments from its neighbours, especially if the statements made are inaccurate and have political implications, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.

He said that a recent statement made by former Singapore Prime Minister Lee Kuan Yew on the status of the Chinese community in Malaysia and Indonesia was seen as “naughty.”

“I do not know the reason he made such a statement but it should not have been made at all. It’s a comment that we can do without and it is not appreciated at all,” he said after launching and presenting the Amanah Saham Bumiputera (ASB) Sejahtera aid to the hardcore poor yesterday.

On Sept 15, Reuters quoted Lee, who is Minister Mentor for the island republic, as saying it was vital for the predominantly ethnic Chinese state to stand up to its bigger, majority Muslim neighbours, Indonesia and Malaysia.

Lee, who was speaking at a forum on the sidelines of the World Bank-International Monetary Fund meetings, had also said the attitude of neighbouring Malaysia and Indonesia towards Singapore was shaped by the way they treated their own ethnic Chinese minorities.

Lee had said that Singapore’s neighbours had problems with their Chinese communities because they were successful and hardworking and “therefore, they are systematically marginalised.”

Najib said Lee’s comment, apart from having political implication, was also not accurate and did not represent the actual scenario in the country.

“We do not sideline the non-bumiputra in this country. What are in place are efforts to create a balance between the bumiputra and the non-bumiputra,'' he added.

Asked if Malaysia would send a diplomatic note to protest Lee’s statement, the Deputy Prime Minister said: “I don’t know about that. It is up to Cabinet to decide.”
- The Star 22 September 2006

Thursday, September 21, 2006

AT UN, CHAVES
CALLS BUSH ‘THE DEVIL’

UNITED NATIONS - Venezuelan President Hugo Chavez took his verbal battle with the United States to the floor of the U.N. General Assembly on Wednesday, calling President Bush "the devil."

The impassioned speech by the leftist leader came a day after Bush and Iranian President Mahmoud Ahmadinejad sparred over Tehran's disputed nuclear program but managed to avoid a personal encounter.

"The devil came here yesterday," Chavez said, referring to Bush's address on Tuesday and making the sign of the cross. "He came here talking as if he were the owner of the world."

The leftist leader, who has joined Iran and Cuba in opposing U.S. influence, accused Washington of "domination, exploitation and pillage of peoples of the world."

"We appeal to the people of the United States and the world to halt this threat, which is like a sword hanging over our head," he said.

The main U.S. seat in the assembly hall was empty as Chavez spoke. But there was a "junior note taker" there, as is customary "when governments like that speak," the U.S. ambassador to the U.N said.

http://news.yahoo.com/s/ap/20060920/ap_on_re_la_am_ca/un_venezuela
http://www.keruak.com/index.shtml

Wednesday, September 20, 2006

PM ABDULLAH BERMESRA
DENGAN DALANG
PEMBUNUH KEJAM LUBNAN!
Oleh Biguy.com


Hari ini, gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bersalaman dan menunjukkan kemesraan luar biasa dengan Presiden George W Bush, di New York, AS, dipaparkan di semua akhbar perdana tanahair.

Pertemuan itu kononnya untuk menjelaskan kedudukan dan pandangan Malaysia berkenaan peperangan di Lubnan baru-baru ini.

Isu penghinaan Pope Benedict ke XVI ke atas Islam dan Rasulullah SAW yang meletus minggu lepas juga disebut agar kononnya umat Islam tidak seharusnya diperlekehkan dengan sewenang-wenangnya.

AS adalah dalang utama yang membekalkan Israel dengan senjata, peluru dan maklumat risikan sepanjang peperangan di Lubnan baru-baru ini. Ini bermakna AS sendiri perlu bertanggungjawab dan bersalah ke atas kemusnahan jiwa, nyawa dan harta benda di Lubnan.

Kini, Datuk Seri Abdullah mengadap Bush dan bersalaman dengan tangan yang dibasahi darah kanak-kanak dan wanita tidak berdosa yang terkorban di Lubnan, Gaza dan Tebing Barat Palestin.

Di manakan maruah dan harga diri Pengerusi OIC yang sepatutnya dari awal lagi bangkit bersuara untuk mewakili 1.6 billion umat Islam yang amat perihatin atas kesengsaraan saudara mereka di Lubanan?

Apakah hari ini Datuk Seri Abdullah membiarkan Malaysia menjadi negara di bawah telunjuk AS dan order baru dunia? Di manakah jatidiri dan maruah Malaysia dan seluruh rakyatnya jika Datuk Seri Abdullah kini menjadi alat AS, satu rejim yang pro Zionis?

Dipetik dan disunting daripada mykmu.com, Rabu, 20 September 2006.

http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5416

[Pertemuan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Presiden George W Bush di New York, AS, menerima pelbagai reaksi yang berbeza-beza di Malaysia. Tulisan di atas adalah satu daripada pandangan yang sinis mengenainya.- Ruhanie Ahmad]
TINDAKAN DR M
BOLEH JEJAS IMEJ NEGARA
: ZAHID

SERDANG: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kepemimpinan Perdana menteri di luar negara boleh menjejaskan imej Malaysia dari perspektif antarabangsa, terutama di kalangan anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata ada negara menyatakan kebimbangan terhadap kritikan itu dan meminta Malaysia segera menyelesaikannya.

Bagaimanapun katanya, kebimbangan Arab Saudi, Turki dan Iran berjaya diredakan dengan penjelasan beliau bahawa kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetap utuh dan Barisan Nasional (BN) kekal mantap.

“Ketika di Kazakhstan, Dr Mahathir menggunakan media untuk melepaskan geram. Ketika saya menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Islam (ICIM) OIC di Jeddah dua hari lalu, saya ditanya ramai menteri mengenai kritikan Dr Mahathir.

“Saya jelaskan kerajaan tetap kukuh dan mereka meminta kita supaya jangan berpecah-belah kerana kelemahan Malaysia akan melemahkan OIC,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menutup Seminar Memartabatkan Jati Diri Melayu anjuran Umno Bahagian Puchong dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kementerian Penerangan di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, media di Jeddah turut melaporkan Dr Mahathir menuduh Abdullah sebagai penipu berikutan keputusan kerajaan untuk tidak membina jambatan baru menggantikan Tambak Johor.

“Mereka menyatakan tetap menghormati Dr Mahathir tetapi pada masa sama meletakkan keyakinan tinggi kepada kepemimpinan Perdana Menteri. Dr Mahathir tidak patut menggunakan media asing untuk mengkritik Perdana Menteri,” katanya.

(http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20060917230622/Article/) 18 September 2006118
http://www.generasi-m.com/today/index.php?ind=news&op=news_show_single&ide=286



PBB LULUS PENGHANTARAN
TENTERA MALAYSIA KE LUBNAN

NEW YORK, 20 September 2006: (Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan penghantaran 360 tentera pengaman Malaysia ke Lubnan.

Perdana Menteri memberitahu wartawan Malaysia di sini bahawa perkara itu telah dinyatakan kepadanya semasa perbincangannya dengan Setiausaha Agung PBB Kofi Annan pada Selasa.

Malaysia, yang juga pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), sebelum ini bercadang menghantar 1,000 anggota tentera untuk menyertai Pasukan Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL).

Daripada 360 anggota itu, 160 akan berkhidmat dengan pasukan khas manakala selebihnya ditempatkan di bahagian logistik dan pengurusan UNIFIL.

"Mereka boleh dikerahkan pada bila-bila masa. Dan Kementerian Pertahanan telah dimaklumkan mengenai keputusan PBB itu," katanya pada sidang media sempena lawatan kerja beliau ke New York di mana beliau akan berucap pada sesi ke-61 Perhimpunan Agung PBB pada Rabu.

"Kita telah menyatakan dari peringkat awal lagi bahawa kita bersedia menyumbangkan 1,000 tentera pengaman di bawah panji-panji PBB. Justeru, kita harus menunggu. Sekiranya terdapat permintaan untuk menghantar lebih ramai anggota tentera, kita akan menghantarnya," katanya.

Israel sebelum ini membantah hasrat negara-negara yang tidak mengiktirafnya untuk menghantar tentera pengaman ke Lubnan bagi mengawal selia gencatan senjata yang diterajui PBB berikutan konflik yang berlangsung selama 34 hari antara tentera Israel dan pejuang Hizbulllah di selatan Lubnan.

Abdullah mengucapkan terima kasih kepada PBB terutama kepada Annan kerana menerima permintaan Malaysia untuk menghantar pasukan tenteranya ke Lubnan di mana lebih 1,000 orang terbunuh dalam peperangan antara Israel dan Hizbullah.- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=220766
REPUBLIK KANGKANG KERA
JANGAN TIMBUL ANGKARA
Oleh Ruhanie Ahmad

Singapura adalah republik pulau. Luasnya hanya sekangkang kera. Seorang mantan Presiden Indonesia pernah menyifatkannya sebagai “satu titik merah yang kecil” di rantau Asia Tenggara.

Dari segi sejarah silamnya, Singapura adalah sebahagian daripada jajahan takluk empayer Melayu. Tetapi, sejarah modennya pula membuktikan Singapura adalah bekas wilayah Persekutuan Malaysia. Ia disingkirkan dari persekutuan itu pada 8 Ogos 1965. Kini, ia jadi sebuah republik pulau dengan majoriti rakyatnya berketurunan Cina.

Di Singapura memang terdapat keturunan Melayu. Tetapi, Melayu Singapura hanya jadi kaum minoriti. Nama mereka jarang-jarang kedengaran. Wajah mereka jarang-jarang kelihatan. Suara mereka juga amat minima sekali impaknya.

Di republik itu terdapat seorang manusia bernama Lee Kuan Yew. Sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra hinggalah ke hari ini, suara manusia itu sering nyaring dan lantang. Kadang-kadang garau dan meracau. Kadang-kadang sumbang dan rambang. Kadang-kadang celupar dan mungkin kurang ajar.

Bumiputera

Suara manusia ini telah banyak kali mengguris, mencalar dan melukakan banyak pihak di Malaysia. Hingga ke hari ini, parutnya masih jelas, pedihnya masih terasa. Parut yang pedih ini menjadi manifestasi hubungan Malaysia-Singapura yang sentiasa bergelora.

Kadang-kadang parut itu berdarah semula. Kadang-kadang pedih rasanya semakin menusuk jiwa. Semuanya bahana perilaku Singapura yang masih tidak reti untuk hidup berberjiran tetangga dengan penuh budi dan bahasa. Segala-galanya kerana Singapura seolah-olah merasakan dirinya adalah terhebat, terkaya dan terbijaksana!

Salah satu contoh keceluparan Lee Kuan Yew terkandung dalam kenyataannya pada 5 Mei 1965. Berita Harian memetik Lee Kuan Yew sebagai berkata pada Rabu, 5 Mei 1965, seperti berikut:

“Bahawa tidak ada satu pun dari ketiga kaum yang terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India, yang boleh mengaku bahawa mereka merupakan bumiputera lebih lama di Malaysia dari kaum-kaum lain kerana kesemuanya nenek moyang mereka datang ke Malaysia tidak lebih dari 1000 tahun dahulu.”

Kenyataan di atas telah diulas oleh Dewan Masyarakat Mei 1965. Majalah itu menyatakan bahawa bila Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, mengatakan “tidak ada satu pun daripada tiga golongan kaum yang besar di Malaysia sekarang – Cina, Melayu dan India – boleh mendakwa yang mereka itu lebih bumiputera dari yang lain kerana semua nenek moyang mereka datang ke Malaysia tidak lebih dari 1000 tahun yang lalu” maka dengan serta-merta ia telah mengapi-apikan perasaan dengki mendengki dan cemburu mencemburui di antara kaum-kaum yang sedang berhempas pulas hendak mencari dan mempertahankan perpaduan di negara ini.

Seterusnya, Dewan Masyarakat menyatakan bahawa “perkataan Lee Kuan Yew itu dengan serta-merta melukakan hati serta menimbulkan kemarahan orang Melayu kerana ia menafikan kebenaran sejarah yang telah membentuk dan mengabadikan satu perasaan dalam hati tiap-tiap orang bahawa negara ini ialah tanah air mereka yang mereka pusakai dari nenek moyang mereka semenjak bangsa Melayu wujud di muka bumi.”

Menghina

Setelah Singapura disingkirkan daripada Malaysia, Lee Kuan Yew tidak berhenti daripada mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang menyakitkan hati Malaysia. Pada 12 Mac 1977, dia mengeluarkan kenyataan menghina Johor kononnya sebagai negeri yang banyak kejadian jenayah seperti tembak-menembak, rompakan dan rampasan kereta.

Kenyataan ini terkandung dalam affidavit Lee Kuan Yew bertarikh 27 Januari 1997. Affidavit itu berkaitan samannya terhadap bekas calon pilihan raya Singapura, Tan Liang Hong.

Akibat kenyataan dalam affidavit itu, rakyat Malaysia dari pelbagai aliran politik pun marah. Mereka berdemonstrasi. Kerajaan Malaysia pula bertindak membekukan semua hubungan dua hala yang baru dengan Singapura. Sesudah itu barulah Lee Kuan Yew menuntut maaf.

Di samping kenyataan-kenyataan Lee Kuan Yew yang mengguris perasaan dan mencalarkan jiwa rakyat Malaysia, Singapura juga menyakiti hati Malaysia menerusi beberapa tindakan kerajaannya. Antaranya adalah tersiar dalam blog ini dengan jodol Malaysia-Singapura:Rentetan Sejarah Menyedihkan.

Mesra

Begitulah hakikatnya Singapura. Ironinya, pucuk kepimpinan Malaysia mutakhir nampaknya sangat mesra dengan republik tersebut. Sewaktu berada di Helsinki pun Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan yang hubungan Malaysia-Singapura tetap akan berjalan baik. Berita sepenuhnya adalah seperti berikut:

HELSINKI 11 September 2006: Hubungan Malaysia dan Singapura tidak terencat ekoran pembatalan projek pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kata beliau, perkara itu dinyatakannya semasa mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya daripada republik itu, Lee Hsein Loong.

Dalam kesempatan itu, beliau turut menyatakan cadangan Malaysia untuk membangunkan Koridor Pembangunan Johor Selatan bertujuan untuk menarik pelabur negara-negara lain melabur di kawasan ekonomi baru setaraf Shanzen, China. – Utusan Malaysia 12 September 2006.

Rakyat jelata Malaysia sewajarnya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Abdullah kerana menunjukkan sikap positif dan mesra kepada Singapura. Sikap ini selaras dengan Dasar Perkayakan Jiran Anda yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir sejak 1982.

Tetapi, nampaknya tidak ramai rakyat Malaysia terdorong berbuat demikian. Mereka dikatakan sinis terhadap apa yang sedang berlaku hari ini.

Mereka kesal bila beberapa syarikat milik kerajaan Singapura menguasai beberapa entiti korporat di Malaysia. Lebih dikesali kerana entiti perniagaan itu adalah syarikat milik kerajaan Malaysia.

Perkembangan ini, yang kononnya membabitkan penglibatan menantu Perdana Menteri, disifatkan oleh segelintir rakyat Malaysia sebagai sebahagian manifestasi Datuk Seri Abdullah kononnya hilang kawalan terhadap apa yang terjadi mutakhir ini.

Betul atau tidak, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Tetapi, inilah persepsi segolongan rakyat jelata terhadap apa yang sedang berlaku dalam konteks hubungan mutakhir Malaysia-Singapura di abad ke-21.

Kenyataan

Jadi, adakah kerana hakikat Malaysia terlalu memberikan muka kepada Singapura mutakhir ini, maka tidak ada siapa pun yang sensitif terhadap kenyataan Lee Kuan Yew, pada 15 Septembr 2006, dalam Utusan Malaysia 16 September 2006, dengan jodol SINGAPURA PERLU KATA TIDAK KEPADA JIRAN – KUAN YEW. SINGAPURA, seperti berikut:

SINGAPURA, 15 SEPTEMBER 2006: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, hari ini mempertahankan penguasaan parti pemerintah dalam kancah politik republik itu dan menyifatkan bahawa ia penting bagi negara, yang majoriti penduduknya masyarakat Cina, bersaing dengan dua negara jirannya, Malaysia dan Indonesia yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Berucap pada satu forum yang dianjurkan sempena mesyuarat melibatkan Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa di sini, Lee Kuan Yew berkata, Singapura memerlukan sebuah kerajaan yang mempunyai keberanian dan kemahiran untuk berkata “tidak” kepada negara jiran mereka dalam cara yang baik dan terhormat.

Melalui kemahiran dan keberanian itu, katanya, tidak akan timbul sesebuah kerajaan melakukan sesuatu yang tidak munasabah.

Lee Kuan Yew berkata, sikap dua negara jirannya, Malaysia dan Indonesia terhadap republik itu banyak dipengaruhi oleh cara kerajaan mereka melayan masyarakat Cina yang menjadi kaum minoriti di sana.

“Negara jiran kami mempunyai masalah dengan penduduk Cina. Masyarakat Cina di Malaysia dan Indonesia sebenarnya rajin dan berjaya dalam sektor ekonomi yang diceburi.

“Namun yang menjadi permasalahan di sini ialah semakin rajin dan berjaya dalam bidang yang diceburi, masyarakat Cina dipinggirkan secara sistematik.

Indonesia dan Malaysia “mahukan Singapura, dengan kata yang mudah, menjadi masyarakat Cina seperti mereka - sikap pak turut,” jelas beliau. - Reuters

Hasutan

Saya menyifatkan kenyataan di atas sebagai bukti Lee Kuan Yew seolah-olah mahu menpersenda-sendakan kerajaan Malaysia. Oleh itu, kenyataan di atas tidak boleh dipandang ringan. Ia juga seolah-olah mengandungi elemen hasutan. Ia membangkitkan persoalan-persoalan strategik seperti berikut:

1. Mengapakah ianya dikeluarkan hanya beberapa hari sesudah Datuk Seri Abdullah membuat kenyataan di Helsinki bahawa hubungan Malaysia-Singapura tidak terencat ekoran pembatalan projek pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor?

2. Mengapakah kenyataan itu dibuat sewaktu menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, dikatakan sedang bertelingkah dengan komponen kelompok Cina dalam Barisan Nasional?

3. Mengapakah kenyataan itu buat sewaktu seorang pemimpin MCA diheboh-hebohkan sedang bermasalah dengan Kerajaan Malaysia atas soal peruntukan pendidikan di Johor Bahru, Johor?

4. Mengapakah kenyataan Lee Kuan Yew itu dibuat apabila Malaysia memasukki era pilihan raya umum mulai 2007?

Kenyataan Lee Kuan Yew seperti di atas adalah serius. Ia menimbulkan pelbagai implikasi. Ia juga mungkin mengandungi mesej-mesej tersirat. Jadi, apakah motif sebenar kenyataan itu? Mungkinkah motifnya adalah seperti berikut:

1. Memprovokasi serta mengapi-apikan rakyat Malaysia keturunan Cina supaya menentang Kerajaan Malaysia mutakhir menerusi pilihan raya umum akan datang?

2. Menggalakkan rakyat Malaysia keturunan Cina melemahkan kepimpinan dan pemerintahan Datuk Seri Abdullah?

3. Mengadu-dombakan Malaysia dengan Singapura?

4. Membuktikan bahawa politik Singapura adalah lebih matang daripada Malaysia?

5. Mendorong rakyat Singapura untuk membenci Malaysia?

Kesal

Sebagai rakyat Malaysia, saya amat kesal dengan kenyataan Lee Kuan Yew seperti di atas. Sejak Sabtu 16 September 2006 hingga ke hari ini, saya ternanti-nantikan kenyataan balas yang tegas daripada kepimpinan Malaysia terhadap kenyataan berkenaan. Malangnya, hingga ke hari ini, tiada seorang pun pemimpin Malaysia nampaknya menyedari akan implikasi kenyataan itu.

Oleh itu, saya dengan rendah hati dan takzimnya menggesa Kerajaan Malaysia bertindaklah segera. Wisma Putra mestilah memanggil Pesuruhjaya Singapura di Kuala Lumpur dengan serta-merta untuk menjelaskan apakah yang dimaksudkan oleh Lee Kuan Yew bila mengatakan bahawa “masyarakat Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik” oleh Kerajaan Malaysia mutakhir ini.

Wisma Putra juga mesti mendapatkan penjelasan segera daripada Singapura, apakah yang dimaksudkan oleh Lee Kuan Yew bila menyatakan bahawa “Malaysia mahukan Singapura, dengan kata yang mudah, menjadi masyarakat Cina seperti mereka - sikap pak turut.”

Sesudah itu, Kerajaan Malaysia mestilah bertindak dengan sewajar-wajarnya. Negara republik pulau yang luas sekangkang kera itu mestilah diinsafkan supaya ia berhenti daripada bertindak menimbulkan angkara diplomasi dengan Malaysia.

Akhir kata, insafilah bahawa hubungan diplomasi antara dua negara yang berjiran, merdeka, berdaulat dan berwibawa, mestilah dijalinkan atas prinsip keharmonia bersama, kemakmuran bersama, kesejahteraan bersama, keamanan bersama, dan kewujudan bersama.

Lee Kuan Yew mestilah difahamkan dengan hakikat diplomasi dan kejiranan seperti ini. Semua pihak di Singapura yang terus-menerus bersikap kiasu dan kiasi juga mesti menginsafi serta menerima prinsip-prinsp kejiran dan diplomasi seperti ini.
HORMATI ANTARA AGAMA
PERSETUJUAN ABDULLAH-BUSH
DI NEW YORK BAGI MENGELAK KONFLIK

NEW YORK 19 September 2006: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush berbincang secara panjang le bar dan bersetuju mengenai pentingnya semua pihak menghormati antara agama bagi mengelakkan konflik.

Pertemuan selama 55 minit antara Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Presiden negara kuasa besar tunggal dunia itu berlangsung ketika berlakunya konflik di Asia Barat dan salah tanggapan mengenai Islam oleh Barat.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas pertemuan itu, Abdullah berkata, beliau telah melahirkan harapan bahawa Bush akan menghargai usaha mereka yang terlibat dalam konflik itu untuk mencari cara tersendiri bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Beliau mengakui bahawa kita (orang Islam) mahukan keamanan dan beliau juga mahukan keamanan tetapi pendekatan kita berbeza. Dan inilah yang perlu jadi tumpuan untuk kita samakan supaya tidak jadi masalah, perlu ada persefahaman lebih baik,’’ katanya mengenai pertemuan itu yang diaturkan semasa beliau berada di sini bagi menghadiri sesi ke-61 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menyifatkan perbincangan yang diusahakan Bush yang berlangsung di Hotel Waldorf-Astoria di sini sebagai ‘rancak’ dengan menyentuh pelbagai perkara penting.

Pada akhir perbincangan mereka, Bush menyifatkan Abdullah sebagai seorang pemimpin unggul dan mereka turut membincangkan “banyak perkara tetapi topik utama yang kami bincangkan ialah bagaimana untuk memastikan keamanan berkekalan’’.

Menyatakan bahawa Presiden itu memberitahu beliau (Abdullah) boleh memainkan peranan sebagai pemimpin Islam dalam mencapai keamanan global, Abdullah berkata, kedua-dua mereka berkongsi harapan

yang sama bagi keamanan walaupun pendekatan untuk mencapai sasaran itu mungkin berbeza.

Mengenai Palestin, pemimpin Malaysia itu berkata, beliau meminta Bush memberikan sokongan kepada usaha mewujudkan kerajaan perpaduan nasional antara kerajaan pimpinan Hamas dan pergerakan Presiden Palestin Mahmoud Abbas’ Fatah.

Laporan sebuah agensi berita menyatakan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya berkata, rundingan dengan Abbas untuk membentuk kerajaan perpaduan masih belum menemui jalan buntu dan tidak seperti mana dilaporkan sebelum ini.

‘‘Kerajaan mesti menjadi pihak yang mewakili Palestin dalam apa juga rundingan yang mungkin diadakan kemudian,’’ katanya dan menurutnya beliau merancang untuk berjumpa dengan Abbas untuk mendapatkan lebih banyak makluman mengenai usaha damai di Palestin.

Mengenai Lebanon yang PBB telah mengusahakan gencatan senjata berkuat kuasa 14 Ogos selepas 34 hari berlakunya konflik antara Israel dan pejuang Hizbullah, Abdullah berkata, Bush menyambut baik hasrat Kuala Lumpur untuk menghantar pasukan pengaman di bawah panji-panji PBB.

Malaysia masih menunggu kelulusan daripada badan dunia itu untuk berbuat demikian.

Mengenai kemelut Iran dengan Barat berhubung program nuklear negara itu, Perdana Menteri berkata, Bush menyatakan pendekatan terbaik untuk menyelesaikan perkara itu ialah menerusi rundingan diplomatik.

‘‘Saya katakan bahawa rundingan dengan Iran patut dimulakan tanpa sebarang prasyarat,’’ kata Abdullah.

Beliau berkata, lebih banyak tumpuan perlu diberikan ke arah mencapai keamanan di Iraq yang sedang bergolak, dan menggesa puak Sunni dan Syiah di negara itu berhenti bersengketa.

Perbincangan Abdullah-Bush turut menumpukan pada cadangan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara Malaysia dan AS, dengan Abdullah menyatakan rundingan berhubung FTA akan diteruskan.

Mengenai kebimbangan yang disuarakan beberapa pihak bahawa Malaysia akan kerugian sekiranya FTA dilaksanakan, beliau memberikan jaminan bahawa perkara seumpama itu tidak akan berlaku kerana rundingan akan dilakukan secara berhati-hati.

Mengenai isu dua rakyat Malaysia ditahan di penjara yang dikendalikan oleh AS di Teluk Guantanamo di Cuba, Abdullah berkata, beliau tidak berkesempatan untuk membangkitkan perkara itu dengan Bush kerana perbincangan mereka lebih bertumpu kepada usaha untuk mencapai keamanan dan persefahaman di dunia.

Namun katanya, Kedutaan Malaysia di Washington telah menghubungi kerajaan AS bagi menyatakan pendirian Kuala Lumpur bahawa kedua-dua tahanan itu patut dilayan secara adil semasa mereka melalui proses undang-undang Amerika.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Daripada: Zin Mahmud
Utusan Malaysia 20 September 20062020 September
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
[Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi OIC. George W Bush adalah Presiden AS yang menjajah, memusnah dan memporak-perabdakan Iraq. AS juga konco utama Israel yang menghancur-leburkan Palestin, dan baru sahaja membunuh ribuan rakyat jelata Lubnan. Inikah coraknya diplomasi yang bermaruah dan berwibawa di abad k-21?- Ruhanie Ahmad]
SINGAPURA:
RUNDINGAN TERTUNGGAK DITANGGUH

KUALA LUMPUR 19 September 2006: Rundingan mengenai pelbagai isu dua hala tertunggak antara Malaysia dan Singapura masih ditangguhkan buat sementara waktu ini, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Joseph Salang.

“Kedua-dua negara berpendapat adalah lebih memanfaatkan buat masa ini untuk membina keyakinan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala melalui kerjasama di pelbagai bidang,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mengenai adanya rundingan baru yang dibuat antara Kerajaan Malaysia dan Singapura dalam menyelesaikan isu-isu tertunggak.

Antara isu yang masih tertunggak adalah penyemakan harga bekalan air mentah ke Singapura dan isu tanah KTM di Singapura.

Salang juga memaklumkan bahawa Jemaah Menteri pada 12 April 2006 telah memutuskan untuk menghentikan rundingan dengan Singapura mengenai isu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Dengan ini, katanya, permintaan Singapura untuk mendapatkan pasir dan penggunaan ruang udara Malaysia oleh Tentera Udara Singapura juga tidak timbul.

Menjawab soalan tambahan, Salang berkata kerajaan sentiasa memastikan hubungan dua hala yang baik dengan negara-negara jiran termasuk Singapura.

“Dengan adanya keyakinan kedua-dua negara, kita mengharapkan bahawa akan diselesaikan isu-isu yang tertunggak,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Mahadzir Khir (BN-Sungai Petani), katanya kerajaan masih menunggu keputusan timbangtara di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu tertunggak Pulau Batu Putih yang juga membabitkan Singapura.

“Biarlah kita tunggu apa keputusannya (ICJ) nanti,” jelas beliau.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm

[Kenyataan di atas mencerminkan bahawa Timbalan Menteri Luar dan kalangan Ahli Parlimen Malaysia pun tidak menyedari kenyataan Lee Kuan Yew pada 15 September 2006, seprti disiarkan dalam blog ini. Mungkin mereka tidak terbaca kenyataan itu. Tetapi, tidakkah menghairankan kalau Wisma Putra pun tidak menyedarinya!- Ruhanie Ahmad]
BENARKAH PAK LAH
HILANG KAWALAN?

Sehari dua ini, polemik politik paling panas dan menarik adalah mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Havana, Cuba, bahawa beliau tidak hilang kawalan terhadap kerajaan pimpinannya. Saya tidak termampu mempertikaikan kenyataan itu. Bagaimanapun, saya petik pandangan di bawah ini daripada cuitsikit.blogspot.com untuk memberikan pendapat alternatif kepada pembaca.

PAK LAH & FAKTA:
REALITI ATAU KHAYALAN (7)
dipetik daripada
http://cuitsikit.blogspot.com/2006/09/pak-lah-fakta-realiti-atau-khayalan-7.html


25 Pertanyaan untuk kenyataan ini

"Saya tidak hilang kawalan. Saya punya cara sendiri," kata Pak Lah di Havana.

Setelah sekian banyak memerhati kenyataan Perdana Menteri kita, saya telah sampai ke kesimpulan bahawa beliau sememangnya hilang kawalan. Apakah beliau tidak hilang kawalan sekiranya beliau langsung tidak menyedari:

1. Penjualan Pantai Holdings Berhad kepada Parkway yang menjadi isu berbulan-bulan lamanya sebelum wawancara popular PM yang mendakwa tiada syarikat Malaysia diambil alih oleh syarikat Singapura. Bukankah ini tanda jelas beliau sudah hilang kawalan walaupun membabitkan kementerian bawah jagaannya sendiri?

2. "i don't know. I'm not involved in anyway." kata Pak Lah bila ditanya mengenai penggabungan ECM Libra (yang menantunya ada kepentingan) dengan Avenue Capital Resources Berhad milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF inc.). Apabila Menteri Kewangan menyatakan beliau tidak terbabit dalam urusan penggabungan syarikat dibawahnya bukankah bermakna beliau telah hilang kawalan?

3. Apakah beliau tidak hilang kawalan jika tekanan dan permintaan orang Melayu dan UMNO supaya NST dikembalikan kepada pengawalan orang Melayu dan UMNO tidak dapat beliau laksanakan?

4. Apakah beliau tidak hilang kawalan apabila gagal mengambil sebarang tindakan ke atas Kalimullah yang mempertahankan kenyataan bahawa Perdana Menteri mengubah keputusan di saat terakhir dalam isu pembelian DRB-Hicom oleh Syed Mokhtar.

[NST sebelum itu melaporkan Tan Sri Nasimuddin sebagai pemenang dalam bida membeli DRB Hicom. Namun keputusan kerajaan menjual kepentingan DRB Hicom kepada Syed Mokhtar menyebabkan, NST menanggung malu kerana telebih dahulu mengisytiharkan berita kemenangan Nasimudin. Sungguhpun Pak Lah menafikan berlaku perubahan saat terakhir, namun NST ketika itu tetap mempertahankan bahawa Pak Lah mengubah keputusan saat terakhir.]

5. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila terpaksa membatalkan jambatan bengkok pada April 2006. Sedangkan pada Februari 2006 beliau sendiri menegaskan "not building the bridge is not an option."

6. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila arahan beliau supaya kerajaan menjawab dakwaan Tun Dr. Mahathir bahawa Malaysia yang terlebih dahulu menawarkan pasir kepada Singapura dalam rundingan pembinaan jambatan tidak dipatuhi sehingga sekarang?

7. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia - Jepun amat berat sebelah dan merugikan Malaysia?

8. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas Kalimullah (yang juga merupakan rakan niaga menantunya) yang menipu pembaca seluruh negara dengan mendakwa Dr. Mahathir yang memohon untuk berjumpa Pak Lah di Jepun?

9. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila beliau menganggap Idris Jala adalah seorang muslim semasa dilantik mengetuai MAS. (Bukan isunya Idris Jala muslim atau tidak untuk mengetuai MAS. Apa yang ingin diketangahkan ialah PM tidak melakukan sebarang penelitian yang rapi dalam perlantikan yang begitu penting).

10. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila beliau kelam kabut menghantar menteri memohon maaf kepada negara China dalam isu ketuk ketampi bogel oleh seorang wanita yang didakwa oleh pembangkang sebagai warga China. Sedangkan kemudiannya terbukti wanita tersebut bukan cina dan warga Malaysia.

11. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila menerima cadangan rasionalisasi MAS oleh budak-budak tingkat 4 sehingga hampir melingkupkan MAS?

12. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila dengan segera memenuhi permintaan Air Asia untuk membina terminal tambang murah (LCT) berharga RM 100 juta sedangkan terminal sedia ada mampu menyediakan ruang untuk air asia.

13. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila banyak isu semasa tidak dimaklumkan dengan teliti kepada beliau oleh budak-budak tingkat 4 sehingga menyebabkan beliau kelihatan tidak memahami keadaan dan kemarahan rakyat.

14. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila beliau melaporkan kembali komen dan pandangan seorang Menteri mengenai Khairy kepada menantunya itu.

15. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila membenarkan menantunya yang baru beberapa tahun menyertai UMNO terbabit dalam menemuduga beberapa calon pilihan raya BN 2004 termasuk seorang presiden parti komponen kecil BN?

16. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila semakin ramai para sahabat beliau di BTN dan dalam politik yang kian menjauhkan diri kerana disisih oleh budak-budak tingkat 4.

17. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila TV3 yang diketuai oleh bekas Setiausaha Akhbarnya sendiri membenarkan rakaman wawancaranya yang kurang teliti itu disiarkan?

18. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila kenaikan harga petrol turut diikuti kenaikan harga barang, cukai pintu, dan kadar faedah bank?

19. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila membenarkan dirinya dipergunakan oleh Patrick Lim untuk penganjuran Moonson Cup tanpa pembinaan iinfrastruktur mahu pun pulangan ekonomi dengan bajet RM 200 juta?

20. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila turun untuk melihat proses pemilihan Myteam milik menantunya tetapi tidak pernah sekali pun hadir melihat latihan mahu pun perlawanan skuad negara.

21. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila, setelah berbulan-bulan krisis gula belum selesai?

22. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila beliau langsung tidak menyedari kemarahan Tun Dr. Mahathir sehingga nasi menjadi bubur?

23. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila para pembantunya terus menarik semua keistimewaan Tun Dr. Mahathir semasa bekas Perdana Menteri tersebut sedang bercuti dan Pak Lah baru memangku jawatan Perdana Menteri (akhir Oktober 2003) tanpa pengetahuan beliau?

24. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila tidak ada satu sen pun dana mahu pun wang diberikan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana sejak penubuhannya?

25. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila kerajaan juga sengaja tidak meneruskan kerja pembinaan jambatan berhampiran bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana?

Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila kenyataan beliau seringkali bercanggah dengan realiti semasa.

Sebenarnya, Pak Lah sudah hilang kawalan pada saat beliau tidak lagi menguasai maklumat dan fakta. Para pembantunya meletakkan beliau dalam dunia halusinasi yang tidak dapat membezakan antara realiti dan khayalan supaya mudah mereka memanipulasi keadaan.

http://cuitsikit.blogspot.com/2006/09/pak-lah-fakta-realiti-atau-khayalan-7.html