Friday, March 07, 2008

Bingkisan Jiwa Di Ambang Hari Mengundi

Suara yang tidak kedengaran
Selagi mampu ku pendam
Memberontak dalam diam
Dalam sepi hati ku bicara

Aku ditipu, dinafikan
Aku dimalu, difitnahkan

Hak bangsa ku dicuri, dihampurkan
Hak bangsa ku dicicir, dimusnahkan
Hak bangsa ku digadai, dilupuskan

Agama ku dipermudah, dipermainkan
Agama ku diremeh, dirobak-rabikkan

50 tahun lamanya kepada kau ku gantung harapan
50 tahun lamanya kepada kau sanjungan ku berikan

Kau hancurkan segala harapan
Kau musnahkan segala sanjungan

Esok tanggal 8 haribulan Mac 2008
Akan ku tuntut hak ku dikembalikan

Harapan ku bukan kepada kau lagi
Sanjungan ku tidak untuk kau lagi
Undian ku jangan kau tagih lagi

Wahai ALLAH aku mohon pertunjuk
Wahai ALLAH aku mohon bantuan
Wahai ALLAH aku mohon segalanya

Dengan kebesaran dan kekuasaan Mu wahai ALLAH
Dengan rahmat dan keredhaan Mu wahai ALLAH

Aku bermohon dan bermunajat kepada Mu wahai ALLAH
“Wahai maha Pencipta dan Penguasa seluruh alam ini
Gagalkanlah cita-cita zalim Barisan Nasional untuk
memenangi pilihanraya kami yang ke 12 ini”
Amin Ya Rabbal alamin.

Kiriman Hovidpure
2:36 petang, 7 Mac 2008

1 comment:

Garden said...

Salam...wahai Datuk,

Kami anak-anak Kelantan bertekad untuk mengekalkan kepimpinan orang yang amanah, jujur lagi bersih rasuah di atas bumi kami Kelantan, tanah Tok Kenali, tanah Tok Janggut. Inilah masa untuk rakyat Malaysia, pakatlah ubah kezaliman, turunkan ia daripada takhta kuasa yang selama ini diredha oleh rakyat Malaysia, terutama yang Islam/Melayu. Kami anak-anak Kelantan sayangkan pemimpin kami yang terbukti bebas daripada rasuah dan sifat tidak amanah selama 18 tahun, Pak Lah baru duduk di atas takhta selama 4 tahun pun sudah macam-macam kepincangan yang nampak, terutama sekali "Islam Hadhari" bawaannya.

Biarpun kami dihina miskin dan mundur, tetapi kami reti menghargai sifat amanah, sifat jujur dan sifat ikhlas seorang pemimpin yang bertungkus lumus untuk menjaga kesejahteraan bumi kami daripada kerosakan.

Kami rela lagi jadi miskin, mundur. Tetapi kami tidak akan relakan pemimpin yang kami angkat itu dihina dan difitnah semata-mata rakusnya hati orang-orang yang tidak sayangkan bumi kami, tetapi hanya sayangkan minyak yang mengalir di bawah bumi Kelantan kami.

Kepada Si Kepala Batas, Si Pekan dan juga Si Rembau. Jangan lagi kamu pijak ke bumi kami dengan riak sombong kamu, dan sifat bongkak kamu. Cukuplah dengan sifat Melayu kamu yang lupa budi bahasa Melayu. Kami mohon kepada Tuhan agar dikekalkan pemimpin yang amanah, jujur dan ikhlas seperti pemimpin kami seorang itu yang mana seorang pun di antara kamu tidak akan dapat tandinginya.