Wednesday, March 05, 2008

Menyorot PRU12: (2)
Abdullah Kata Kepimpinannya Gemilang
Tapi Peratus Pengundi Senyap Luar Biasa

Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan diadili oleh rakyat jelata tiga hari lagi bila para pengundi Malaysia menentukan siapakah yang akan diberi mandat untuk berkuasa selepas PRU12.

Dalam konteks ini, Abdullah yang mendakwa kepimpinannya sejak 2004 sebagai “amat berjaya” kelihatan amat optimis sekali bahawa BN akan memang besar dan sekaligus kembali berkuasa.

Dalam pada itu, satu laporan Bernama 5 Mac 208, menyatakan bahawa kini “terdapat antara 35 dan 40 peratus pengundi yang diistilah sebagai pengundi senyap di kebanyakan kawasan di seluruh negara.” Mereka dikatakan belum membuat sebarang pilihan. Jumlah mereka “hampir berganda dengan kadar purata 20 peratus bagi pengundi senyap pada mana-mana pilihan raya umum.”

Andaian di atas mungkin benar dan mungkin sebaliknya. Saya katakan begitu kerana majoriti komen yang dikirimkan ke blog ini sejak setahun yang lalu memberikan gambaran bahawa segolongan pengundi Malaysia sebenarnya telah membuat keputusan masing-masing.

Sebilangan besar kelompok ini adalah daripada kalangan warga UMNO dan penyokong kuat BN dalam PRU11. Mereka juga adalah golongan professional.

Pembentuk Minda

Walaupun mereka tidak menganggotai sebarang NGO, kumpulan minat [interest group] atau kumpulan pendesak [pressure group], mereka adalah pembentuk minda [opinion makers] yang mampu mempengaruhi pihak lain waima dalam kalangan keluarga masing-masing.

Golongan ini mempunyai tiga pilihan yang merugikan BN. Pertama: memilih untuk tidak keluar mengundi. Kedua: keluar membuang undi, tetapi memilih calon alternatif. Ketiga: keluar mengundi, tetapi memberikan undi rosak.

Cebisan e-mail berjodol Silent Protest Dalam UMNO Benar! yang saya cedok daripada blog Umno Reform menjelaskan fenomena di atas seperti berikut:

Memang benar "silent protes" wujud dalam UMNO. Mereka tidak akan mengundi parti pembangkang. Tetapi mereka tidak akan keluar mengundi. Ini gara-gara perbuatan Pak Lah yang suka memperlucukan pentadbirannya. Menggugurkan calon adalah perkara biasa. Tetapi Pak Lah perlu mengugurkan calon yang benar-benar tidak relevan. Tapi ini tidak berlaku. Pak Lah gugurkan untuk kepentingan tertentu, khususnya sewaktu pemilihan agung UMNO nanti. Ini tidak seharusnya berlaku. Hari ini kepimpinan peringkat bahagian turut tercabar dengan beberapa kerat orang Pak Lah. Sebenarnya apa yang di perkatakan orang mengenai "silent protes" adalah benar. -http://www.umno-reform.com/

Rakyat Muak

Kandungan e-mail di atas hanya mencerminkan sebahagian daripada sebab-sebab wujudnya undi protes atau “pengundi senyap”. Lain-lain sebabnya termasuklah kekecewaan rakyat terhadap Abdullah yang kelihatan lemah, indecisive atau sukar membuat keputusan secara tepat dan tegas, rasa muak rakyat terhadap gelagat menantu Abdullah yang berlagak sebagai seorang menteri atau presiden UMNO dan juga beberapa keputusan serta dasar Abdullah yang disifatkan seolah-olah “menggadaikan kedaulatan negara kepada pihak asing”, terutamanya Singapura.

Antara komen-komen terbaru yang yang dikirimkan ke blog ini untuk membuktikan wujudnya pengundi protes adalah seperti berikut:

Hovidpure: Satu yang pasti pada 8 Mac 2008, undi saya, isteri saya, tiga orang anak saya dan seorang menantu saya sudah amat pasti BUKAN untuk BN. Keluarga saya di KL dan keluarga abang serta kakak saya di Skudai, Johor, telah berpakat dan bersetuju untuk tidak mengundi BN seperti masa-masa lalu. Kami semua adalah ahli UMNO. Tetapi kami rasa malu dan terlalu berdosa jika kami beri undi kami kepada BN yang akan membantu Abdullah meneruskan agenda cacamarbanya.

Tidak Dijajah

Tengku Saifullizan: Berapa tahun lagi mahu beri muka kepada pucuk pimpinan UMNO untuk memerintah? UMNO bagi saya sudah hilang arah tuju, sudah hilang asas dan matlamat untuk membangunkan Malaysia… Kami generasi baru Malaysia mahukan pemimpin yang amanah, cekap menguruskan negara dan khazanah, memberikan hak kepada yang berhak.

Rakyat: UMNO dan BN tak relevan lagi untuk rakyat Malaysia.. Kenapa? UMNO menggadai nasib orang Melayu ke lembah kehinaan. UMNO penyebab kepada Melayu merempat di tanah air sendiri.

Rudy: Percaya dan yakinlah sekiranya BN diberi mandat menubuh kerajaan selepas PRU 12, bangsa Melayu akan hidup tertekan dan menderita. Renungan ini di tujukan kepada semua pengundi PRU12.

Zulkifli Noordin: Pastikan Khairy dan gang tidak menjajah kita. Pastikan Malaysia terus merdeka dan tidak terlelong ke seberang tambak!

Sindrom Penafian

Kamalkamal: Menurut beberapa sumber, KJ memang telah menyusun atur strategi bagi menentukan calon-calon PRU ke-12 dan selepas ini calon-calon kepimpinan UMNO peringkat Bahagian. Mungkin penggal ini merupakan penggal terakhir bagi Abdullah. Untuk itu, sekali lagi KJ akan menggunakan pengaruhnya bagi menempatkan dirinya di persada kepimpinan sebelum Abdullah berundur. Sekiranya rakyat sedar dan menggunakan hak mereka dalam PRU kali ini nescaya perkara sebegini boleh dibendung walaupun mustahil untuk dihapuskan. Peranan rakyat/pengundi amat penting dalam memastikan negara tercinta ini tidak dinodai oleh makluk-makluk perosak.

Begitulah antara suara protes segolongan pengundi yang akan menentukan kerajaan Malaysia menerusi PRU12 pada 8 Mac 2008. Golongan ini berubah citarasa bukan kerana mereka bencikan BN dan menentang kerajaan. Tetapi, kerana mereka tidak boleh lagi bertoleransi dengan kepincangan pentadbiran Abdulah dan keterlanjuran menantu Abdullah serta segelintir kroninya.

Adakah Abdullah menyedari dan menginsafi hakikat di atas? Atau, mungkinkah beliau terus ngorok dilingkari sindrom penafian bahawa apa yang saya catatkan di atas cuma ilusi liar atau fantasi gila semata-mata?

Saya ahli UMNO dan saya pernah menjadi wakil rakyat atas tiket BN. Bila saya paparkan hakikat di atas bukan maknanya saya sokong pembangkang. Saya huraikan hal di atas kerana saya bimbang dengan fenomena tersebut.

Sekali-kali saya tidak redha negara-bangsa ini digadaikan kedaulatan, maruah dan masa depannya oleh kepimpinan yang enggan melakukan reality check, sebaliknya dijangkiti sindrom penafian sepanjang masa!

Saya pasti tidak keseorangan dalam menghadapi dilema separah ini - ditelan mati emak, diluah mati bapak. Lantaran itu, sama-samalah kita hapuskan dilema ini menerusi keputusan penuh hemah dan tindakan secara bijaksana. – Ruhanie Ahmad

4 comments:

yapchongyee said...

LIM KHENG YAIK, (THE UMNO DOG) AND GERAKAN
TRAITORS TO THE CHINESE

Politicians are all the same, and they are all consistently unreliable , because if he is reliable then he will not survive as a politician, therefore is Kheng Yaik any better than Dato Seri Anwar; I can say for certain that one is no better than the other. What I am saying is that we do not need to know anything about any particular candidate. We really do not need to know whether he is a good man or otherwise; and this perspective runs counter to what everybody is saying about what this has done or have not done. It is absolutely pretentious to claim that we are able to correctly assess the character of Dato Seri or Kheng Yaik and determine who is the better man. I SUPPORT DATO SERI ANWAR and I live in Australia therefore what do I know about Dato Sari. I do not a thing about him, and that is the thing about politics, IT IS ALL ABOUT PERCEPTION. In fact from my perspective, I will vote for Dato Seri Anwar even if I believe that Kheng Yaik and that Dato Seri is a chameleon and Kheng Yaik is correct. As I had earlier said I do not need to know anything about Dato Seri because I deal with the democratic process, I vote him because he says that under his government, RACE POLITICS WILL BE ABOLISHED and I want that so I vote for him and I do not need to know how good or bad he is. PROVE TO US WHEN YOU ARE IN GOVERNMENT OR WE VOTE YOU OUT. We therefore need to start to vote for the opposition to start the democratic process. We need to throw or better destroy UMNO now.

Dear my Chinese & Indian brothers, do not listen to Kheng Yaik because he is an UMNO dog and he will sell his mother or his wife to gain FAVOUR from the PM and UMNO. These are the UMNO dogs who hang out their tongues for CSRAPS THROWN FROM UMNO TABLE to the dining room floor. I spit on these MCA, MIC and Gerakhan dogs.

Kheng Yaik says that it was Dato Seri Anwar who put in place all those provisions that retarded the progress of Chinese education and that it was he & Najib who repealed it; let us examine Kheng Yaik’s statement to assess the credibility of his claim. I will first call Kheng Yaik A LIAR and then I will go on to examine what I mean by that epithet. I call Kheng Yaik a liar because the minister merely implements GOVERNMENT POLICY. In fact all decisions made by the Cabinet are made binding all ministers as one as ministerial cabinet collective decision. What Kheng Yaik is talking about is government policy and such policy are by the very nature taken by the PARTY IN GOVERNMENT and the minister’s function is to implement the details that will make the policy work on the ground; only UMNO as a party can change such policy and it is disingenuous to say that Najib revoked it. Having said that it can only be true that neither Najib nor Dato Seri could by himself revoke what Kheng Yaik claims credit for himself and Najib.

In this respect the powers of the minister controls only the details of implementation; but of course he has powers to grant exception in individual cases but not to change policy except with the agreement of cabinet. The Malaysian model of government mirrors that of the British. I anticipate that readers will want to ask me if ministers are so without powers then how is it that they can make money so corruptly; the answer to that question is in the power of the minister to approve contracts or such like. These functions belong to the Minister’s portfolio and they relate to “implementation. Therefore it is not true what Kheng Yaik says that it was najib who removed the offending laws that disadvantaged the Chinese.

The democratic process is all about checks and balances; therefore how can there be checks and balances if our Chinese & Indian brothers keep voting UMNO. If UMNO knows that we are all their SLAVES then where is there a need for UMNO to do what is just in line with our minority interests ? We have like a bunch of fools fear reprisals and we keep voting UMNO so do we not deserve to be spat on by UMNO as they are doing even as of now? Our duty to our selves is to vote UMNO out because it has always been UMNO that has formed government. Do we not owe it to our children and their children to pressure UMNO to act in our interests or we will put them out of business. WE NEED TO START AT THIS ELECTION TO START THE PROCESS GOING. If Keadilan, PAS DAP do not act in our interest when they are in power then in the next election we can vote them out. We need to start and now is as good a time as any. VOTE KEADILAN, DAP, PAS FOR CHANGE !

Fikir Tajam said...

BN yang linglung BA yang tongong

Fikir Tajam said...

BN yang LINGLUNG

Salam hormat kepada seluruh Rakyat Malaysia di bumi berTuah.

Kenapa BN LINGLUNG (BENGONG)? (Part 1A: Pasal Dolah Kaki Tidoq)

1. Sikap Dolah sendiri yang HIPOKRIT & MUNAFIK (Lain yang dipekik lain yang dicarik)

- kata nak hapuskan RASUAH tapi berakhir setakat tubuhkan PIN. Sedangkan beliau sendiri terlibat dengan skandal OIL FOR FOOD Iraq.

- kata anak tak dapat kontrak kerajaan tapi ternyata SCOMI sapu kontrak Petronas

- kata HAMBA NOMBOR SATU negara tapi TIDUR banyak (masa bila nak perhambakan diri pada Rakyat dan Negara?)

- kata Rakyat semakin BEBAS BERSUARA sejak pemerintahan beliau tapi ternyata MULUT RAKYAT DISUMBAT TANGAN DIIKAT! Media dikuasai oleh Pengkhianat Bangsa Melayu (Kali).

- kata nak bela nasib Rakyat tapi sampai sekarang HARGA AIR tak runding pun lagi dengan Singapura, wang CPF Rakyat Semenanjung dibeku PAP, Jambatan pun tak boleh bina. Ingatkan bila main golf tepuk bahu boleh selesai masalah. Memang BANGSAT KAU DOLAH! Kami Rakyat pilih kamu dulu bukan untuk MAIN GOLF, MAKAN DURIAN, TEPUK2 BAHU DENGAN SINGAPURA!

- kata sibuk manjang, ada banyak kerja yang nak dibuat, tapi masih sempat main golf, belayar di kapal mewah sama Datuk Michelle Yeoh siap peluk pinggang lagi. Kau tipu Rakyat Dolah! Munafik kau! Kata ada tugas negara di Australia. Kau jengah tunjuk muka sekejap je mangsa banjir di Johor. Pelacur bangsa kau Dolah!

- kata ISLAM Hadhari tapi berpoya2 dengan para artis, elitis, jutawan di Seri Perdana tatkala sambut ulangtahun 50 tahun merdeka siap dengan muzik Jazz diimport khas lagi. BANGSAT kau Dolah! Lihat saja gambar tatkala kau rangkul pinggal Michelle muka kau basi/sebal/tak bercahaya. Ternyata kau minum arak malam tu Dolah! BANGSAT kau Dolah!

- kata suruh Rakyat berjimat tapi kau BOROSKAN WANG KAMI PEMBAYAR CUKAI renovate Setri Perdana mencecah 17 juta! BANGSAT kau Dolah! Rumah PPRT Rakyat ciput! Rumah mangsa Tsunami pun baru siap!

- kata anak menantu tak berkepentingan dalam Kerajaan tapi ternyata KJ naik mencacak tanpa bertanding pun. Kau kata DEMOKRASI. Demokrasi kepala bapak Hadhari kau Dolah! Siap KJ bertanding Parlimen Rembau lagi. TAK MALU kau Dolah! MUKA TEBAL. Lonjakkan anak menantu waktu berkuasa! Kau ingat kau boleh tipu orang kampung Dolah? Tangan kau raba bahu Michelle dah tersebar luas di Rembau. Gambar peluk pinggang dia pun ada kat rumah nenek aku di Kendong, kat rumah pak dara aku di Tampin. BANGSAT kau Dolah! TOPENG!

- kata Cemerlang - tapi HAMPEH!

- kata Gemilang - tapi MERANAPKAN!

- kata Terbilang - tapi TEMBERANG saja yg lebih!

- 4 tahun kau menyalak BIOTEKNOLOGI BIOTEKNOLOGI MODAL INSAN MODAL INSAN PERTANIAN PERNIAGAAN tapi poielah kek Rombau tu tanah kosong somak samun sini sanun. Memang BANGSAT kau Dolah!

- kata Tun Dr Mahathir menghabiskan wang Negara dengan projek Mega hingga tergamak kau batalkan projek landasan berkembar tergesa2. At the end of the day kau lancarkan pelbagai Datuk Nenek Koridor Pembangunan. Kau pinjam Along ke Dolah? Sekarang kau sambung balik projek landasan berkembar kos sudah berlipat ganda. APO PUNYO BANGANG KAU NI DOLAH? APO KJ TAK AJAR KO EKAU CAMNO NAK URUS EKONOMI? KATO OXFORD?

- Ternyata KEBODOHAN kau Dolah telah sampai peringkat optimum. Cukup parah. BODOH yg nyata bila kau arah Azmi Khalid minta maaf kat China pasal ketuk ketampi bogel tu. What The Shame!

- Ternyata KEBACULAN kau Dolah telah memahat Sejarah HItam kepimpinan Negara bila kau tunduk kat Singapura! DAYUS sungguh kau Dolah!

- Ternyata kau PEMBOHONG BESAR mengatakan anak tak dapat kontrak kerajaan (TAPI MEMANG ADA BERATUS JUTA), tak de affair dengan Jean Danker (DAH KAWEN PUN), tak de pembubaran Dewan Rakyat (NAK PILIHANRAYA DAH PUN), Rakyat makin bebas bersuara (TAPI KAU CABAR RAKYAT: KATA KAU, "SAYA PANTANG DICABAR"), kata YURAN SEKOLAH percuma RIUH DEWAN masa bentang bajet 2008 (rupanya RM4.50 sek. rendah, RM9.00 sek. menengah) beratus beribu lagi Rakyat terpaksa bayar.

- kata Kedaulatan Negara masih dipertahankan (Tapi Singapura DIPELAWA SERTAI J/K PERINGKAT MENTERI PASAL IDR).

- kata adil kepada semua Rakyat (Tapi kau sembah kaum India dan Cina yg ugut kau aje). Org Melayu kau pandang sebelah mata.

- Ternyata kau LEMBIK Dolah! Lihat saja camana Memorandum 10 menteri kabinet bukan Islam tu. Tak pernah berlaku sebelum ini brader!

- Tenyata kau BIADAP sama org tua yg cukup banyak berjasa. Tegamak kau malukan Tun Dr Mahathir yg kami kasihi. Kau sisihkan dia. Tatkala kau MENYALAK MODAL INSAN MODAL INSAN tapi seorang insan genius yg dihormati seluruh dunia termasuk org Yahudi sendiri kau perlekeh! Lihat saja berapa banyak universiti yg tak mahu ketinggalan menganugerahkan Ijazah Kehormat waktu Tun bersara. Waktu kau bersara nanti, Khir Toyo bagi kau PENYAPU Dolah!

- Ternyata kau BAGHAL tak kenal kaca tak kenal merjan. Tatkala Singapura masih menghormati, menghargai buah fikiran dan mengangkat LKY sebagai menteri mentor kau ibliskan Tun. BANGSAT kau Dolah!

- Ternyata kau BUTA HATI tak tahu baca perasaan Rakyat. Tatkala Rakyat MENDERITA KESAN KENAIKAN HARGA BARANG, BAHAN BAKAR, GAS MEMASAK, YURAN PERSEKOLAHAN ETC kau masih berlipur-lipuran lagi dengan isteri kau ke sana sini MENUNJUK-NUNJUK KEMEWAHAN jam tangan beratus ribu. BANGSAT kau Dolah!

- Ternyata OTAK ANALYTICAL THINKING kau LEMBIK DAN BENYEK Dolah. Kau tak dapat nak beza cost effectiveness and how to maximize revenue and profit. for example: a pice of land let say 1 hectar. If we develope a factory and produce microchip using the nanotechnology..for sure we will gain much more money and can be employed hundered workers rather than you grow vegetables, mangga(Ali Rustam's Mangga Melaka Delight failure is proven).

Hovidpure - Kesihatan Dan Keanggunan said...

Salam Dato' Ruhanie,

Saya teramat bersetuju dengan segala komen 'fikir tajam'.

Luahan isihati beliau seiring dengan isihati saya dan saya percaya jutaan rakyat Malaysia juga mempunyai perasaan yang sama seperti 'fikir tajam'

Dua hari lalu saya di Kuantan. Semalam saya di Mersing, Tenggaruh, Kahang dan Kluang. Rata-rata masyarakat yang saya temui memang terlalu membenci BN sekarang.

Mereka sebenarnya bencikan Dollah Badawi yang penipu dan pendusta tu. Tapi kerana Dollah Badawi tu presiden UMNO dan Pengerusi BN, maka kebencian mereka juga terhadap seluruh anggota BN.

Kepada semua ahli UMNO, tolonglah sekali ini kita beri undi kita kepada calun selain daripada calun dari BN.

Nafikan 2/3 BN di parlimen.