Monday, March 31, 2008

Ahmad Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Terengganu

KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Bernama) -- Datuk Ahmad Said hari Ahad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dan sekaligus mengakhiri krisis pelantikan Menteri Besar negeri ini yang berlarutan sejak 10 Mac.

Kesemua 22 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), yang sebelum ini tidak menyokong pelantikannya serta bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh, yang dinamakan sebagai Menteri Besar oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, menghadiri majlis angkat sumpah hari ini.

Istiadat di hadapan Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, berlangsung di Balairong Seri, Istana Maziah di sini, tiga hari selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=323533

11 comments:

Rafidi said...

Tuanku membuat pilihan yang paling tepat di Trengganu kerana :
1. Semua ADUN Trengganu adalah melayu.
2. Sebagai simbol atau panduan di masa hadapan bahawa Sultan boleh melantik sesiapa sahaja jika difikirkan sesuai walaupun pada awalnya belum mendapat sokongan majoriti. Bayangkan jikalau kaum lain yang menang majoriti disesebuah negeri, peristiwa ini boleh dijadikan panduan. Banyak hikmahnya...

LuPikirLaSendiri said...

Adalah dicadangkan supaya kesemua ADUN Terengganu yang telah menderhaka terhadap Sultan/Agong diperintah memohon ampun secara terbuka atau dihukum buang daerah. Ini termasuk ketua mereka, tak lain tak bukan Pak Lah, PM yang tidak lagi diperlukan. Sila letak jawatan wahai Pak Lah. Anda telah memalu dan menjatuhkan maruah kaum Melayu seluruh Malaysia.

kamarulzaman ahmad said...

salam,

sekurang-kurangnya peristiwa ini memberitahu kita bahawa pemimpin melayu tidak kebal sekebal kebalnya. Mereka juga boleh dididik, disentuh oleh rakyat, khasnya ahli UMNO sendiri supaya pemimpin mereka behave.

the indie story said...

Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog. (United Bloggers)

Anda mahu tahu mengapa masyarakat Malaysia sedang menuju kearah Masyarakat HYPER-TENSION pada tahun 2020?

Sila buat lawatan sambil belajar di:

http://theindiestory.blogspot.com/

CHECK IT OUT! Bloggers harus bersatu.

mypugaloo said...

Sila lawati blog http://jangankumpau.blogspot.com/

dan berikan komen anda....

Budiman07 said...

A kum Dato'...
Tahniah akhirnya MB baru Terengganu mengangkat sumpah jawatan.

Kepada Derih Jusoh dan konco-konconya...pegilah dengar lagu Zainal Abidin.."iKHLAS TAPI JAUH". Tengoklah juga filem 'ANAK BAPAK" lakonan P.Ramlee. Tengok scene Normadiah nyanyi.. "ada ubi ada batas..ada hari boleh ku balas..apa nak dikesalkan..sudah nasib badan ..."... Dan barangkali lagu nyanyian NORA bertajuk Dendan Dalam Diam pun ok jugak..

Hang pa nasib baik nooo..tak ada apa-apa tindakan..kalau tak mampuihh hang pa. Lain kali sarang tabuan jangan dijolok. Insaflah..

Berita dari gunung said...

Kemudian kita masih mahu bertanya, siapakah yang mendidik rakyat untuk sedia berubah dan bersatu?

Memang, Walau Tun Perak jarang2 muncul dalam dunia melayu, Raja masih berdaulat.

Ampun Tuanku.

Hawaii five -O said...

salam

baguslah dah selesai semua

yang mana nak letak jawatan letaklah...jgn berani berkokok tapi kaki penuh najis....

yang dilantik jd MB n EXco, jgn hampakan rakyat,

Daulat Tuanku...

THE PUREHADHARIST said...

ISRAEL,ANWAR DAN AHMADINEJAD.
Salam.

Jerusalem Post sebuah akbar Israel telah mengeluarkan berita berkenaan Anwar Ibrahim dengan tajuk: Anwar Ibrahim: Malaysia'a Future Prime Minister. Di dalam website Jerusalem Post tersebut juga ada ikon yang diberi nama Iran Threat.

Saya pernah membuat posting bertajuk MEMANTAU ANWAR IBRAHIM (sila rujuk posting tersebut). Saya tidak mahu menuduh Anwar sebagai agen Israel tetapi kebimbangan itu kian terasa dengan melihat perkembangan terkini ini.

Saudara, amalan sesuatu media cetak atau apa sahaja media ialah membawa aspirasi dan citra sesuatu media itu. Tidak logik jika media itu mempropaganda sesuatu yang tidak menepati selera mereka. Di dalam akhbar Israel ini, satu ruangan khas Iran threat diwujudkan untuk menggambarkan Iran sebagai suatu ancaman kepada dunia. Di satu sisi yang lain memberi ruang yang luas berkenaan Anwar Ibrahim dengan gambar yang saya belum pernah lihat di mana-mana (mungkin orang lain pernah, saya tak tahulah.) Mungkin Anwar yang kirim ke sana kot....gurau aje.

Seperti yang saya katakan pada posting yang lepas, hubungan Anwar Ibrahim dengan pemimpin barat adalah hubungan peribadi jadi kita berhak untuk mencurigai apakah di sebalik perhubungan itu.

Kita lihat tokoh yang benar-benar anti-Amerika seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. Kita tidak akan pernah jumpa fakta atau berita yang beliau bersahabat dengan mana-mana musuh-musuh Islam sedunia. Malah, beliau dikecam secara konsisten oleh musuh-musuh Islam khususnya Amerika dan Israel. Kita pernah dengar sepotong hadis yang mengatakan kalau hendak melihat seseorang itu, kita harus melihat dengan siapa dia bersahabat.

Hubungan Anwar Ibrahin dengan negara-negara Arab adalah juga dilihat hubungan antara sekumpulan negara-negara Arab yang berada dibawah pengaruh Amerika dan Israel.

Kesimpulannya, Anwar Ibrahim Memang harus Di Pantau. Dia perlu kita dedahkan sahabat-sahabat disekelilingnya.

Israel memang sedang merancang untuk melebarkan sayapnya di Asia Tenggara. Singapura sudah tentu, Indonesia sudah masuk sebelah kaki ( Gus Dur dilihat sebagai sekutunya), Malaysia berpotensi tinggi.

Keghairahan akhbar Israel menunggu saat dan ketikanya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri tidak dapat diselidungi lagi.

Ust Hadi, Mat Sabu, Lutfi Othman, dan lain-lain...ingat Anwar pernah meninggalkan kamu semua...Hati-hati Ya. akhi Ku semua....

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Hmmm....satu lagi episod politik yang telah berakhir. Ada kemungkinan besar banyak ceritera politik yang lebih menarik pada masa hadapan. Biarkalah Pak Lah berada ditampuk pemerintahan BN/UMNO/Kerajaan Malaysia jika kita ingin melihat satu sandiwara dongeng lagi khayal.

Kepada intitusi Sultan/Raja/Agong, Tuanku adalah benteng terakhir kepada umat Islam dan Melayu khusunya. Maka selagi Tuanku menjalankan tanggungjawab dan membela nasib rakyat, selama itulah rakyat akan berada disamping Tuanku.

wankamar said...

apa dah jadi dgn siasatan BPR ke atas ahli politik trengganu? Bpr pun boleh dilambung dan ditimang seperti bola? nampak sangat agenda jahat