Pelantikan Ahmad Said Sebagai MB Terengganu Tidak Ikut Perlembagaan, Kata Abdullah
SEPANG, 23 Mac (Bernama) -- Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut Perlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Datuk Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan daripada segi sokongan.
"Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan," kata Abdullah ketika diminta mengulas mengenai tindakan 22 Adun daripada Barisan Nasional (BN) Terengganu yang membantah pelantikan Ahmad, Ahad.
Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang disampaikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu, Ahad pagi.
Majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar itu bagaimanapun masih belum ditetapkan lagi.
- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=322195
SEPANG, 23 Mac (Bernama) -- Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut Perlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Datuk Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan daripada segi sokongan.
"Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan," kata Abdullah ketika diminta mengulas mengenai tindakan 22 Adun daripada Barisan Nasional (BN) Terengganu yang membantah pelantikan Ahmad, Ahad.
Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang disampaikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu, Ahad pagi.
Majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar itu bagaimanapun masih belum ditetapkan lagi.
- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=322195
32 comments:
Apa yang berlaku selepas PRU2008 adalah tabiat orang orang yang tidak beriman yang tidak sabar dengan marahkan nyamuk bakar kelambu. Juga wakil rakyat yang cepat angkuh dan yang lupa dan juga tidak mempunyai akar umbi. Ini adalah amaran untuk PRU yang akan datang. Jika tidak kembali bertaubat dan ingat akhirat maka PRU yang akan datang adalah akhir zaman untuk orang orang kita.
Salam Datok,
Apa yang berlaku dalam umno sejak era Dollah Badawi sungguh jijik dan membosankan.
Kalau diizinkan untuk memaki dan mencarut, ingin saya maki dan carutkan Abdullah Badawi.
Dia adalah manusia yang tidak tahu diuntung. Dia adalah manusia yang tidak mengenang budi. Dia adalah manusia yang menyusahkan hidup orang lain.
Kalau 'celaka' maksudnya malang, maka celakalah Adbullah Badawi.
Sofi
Kata Idris Jusoh "Saya seorang yang percaya Qada' dan Qadar" hanya ucapan mulut semata-mata. Inilah ahli politik UMNO/BN. Rukun Iman pun dipolitikkan.
Syabas Derih kerana mempercepatkan UMNO/BN karam ditelan Zaman.....
Rakyat sudah muak dengan lakonanmu
Salam Datok,
Mohon izin Datok.
Melalui blog Kuda Kepang, saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya yang bertaraf menteri dan timbalan menteri.
Dalam kes Idris Jusoh serta 22 wakil rakyat di Terengganu dan Lim Kit Siang di Perak, siapa yang lebih BIADAP dan DERHAKA kepada raja Melayu?.
Saya harap semua pemimpin, pengampu, pencacai dan penyokong umno insaf atas apa yang diQada'kan Allah kepada anda semua.
salam dato, tolong bagi cadangan pihak istana terengganu, kalau mrk UMNO tak iktiraf MB baru, lepas ni buat tak tau atau jgn layan langsung atau bagi angkat sumpah MB yang UMNO cadangkan. biar dia mentadbir tanpa angkat sumpah.saya sokong Datu Syed Ali Alhabshee dalam respon agendadaily. takkan pasal derih jusoh sorang, UMNO nak bergaduh dengan istana??? DAULAT TUANKU.DIRGAHAYU SULTAN
Tindakan ADUN UMNO Terengganu memulaukan pelantikkan Menteri Besar Terengganu adalah biadap sama sekali terhadap Institusi Beraja di Malaysia. Tindakan tersebut memberi "signal" kepada rakyat bukan Melayu untuk sama tidak menghormati Institusi Beraja di negara ini. Mereka akan fikir, kalau orang Melayu sendiri boleh begitu, mengapa kami tidak?Tindakan mereka juga adalah bersifat keanak-anakkan yang seolah-olah berebut gula-gula.
Cuba kita membuat perbandingan tindakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mempunyai sikap matang dan berjiwa besar dalam politik. Beliau bersedia menerima hakikat kekalahan dan bekerjasama menyerahkan kuasa tanpa menimbulkan isu. Demikian juga dengan Lim Kit Siang, walaupun beliau tidak bersetuju dan berbeza pendapat/idealogi dengan PAS, namun kerana jiwa besarnya sanggup menerima hakikat undang-undang batang tubuh negeri yang memberi hak perlantikkan menteri besar ke atas kuasa Sultan.
Pak Lah sepatutnya memberi nasihat kepada Deris Jusoh bahawa surat wartikah perlantikkan itu hanya cadangan bukannya sesuatu perkara yang mesti dipatuhi oleh kuasa yang memerintah negeri (Sultan). Cadangan tersebut bergantung kepada Institusi Beraja berkenan atau pun tidak. Yang pentingnya Menteri Besar datang daripada parti yang banyak memenangi pilihanraya.
Sepatutnya orang Melayu mempertahankan hak Raja untuk melantik sesiapa sahaja berdasarkan undang-undang tubuh negeri dan tidak memulaukan seperti ADUN UMNO Terengganu.
Sebagai anak watan Terengganu, saya mengajak rakyat pada keseluruhannya menolak sikap angkuh,takbur,sombong , bodoh badak wakil-wakil rakyat UMNO Terengganu ini dan berdiri teguh di belakang Sultan dan Intitusi Beraja sehingga ketitisan darah terakhir. UMNO mempunyai keris tetapi bersarung dan tumpul, rakyat mempunyai pena yang tajam, akal yang panjang, pemikiran yang cerdik dan berjiwa besar bagi memastikan Institusi Beraja dapat dipertahankan.
tak ikut perlembagaan mana? setakat hentam kromo, sapa pun boleh cakap...
apa dah jadi dgn UMNO, dulu dok canang DAP tak respect Sultan Perak...
sekarang UMNO tak respect Sultan Terengganu merangkap YDP Agung...
siapa biadap sekarang?
nampaknya usia kabinet dolah bukan lama sangat... tanda-tanda nak terlingkup tu dah nampak dah...
Datuk,
Bagi saya, logik akalnya adalah di sini...
UMNO/BN perlu berpegang kepada Terengganu, kerana itulah satu-satunya negeri minyak yang dapat mereka genggam (buat masa ini). Jika dibiarkan ke tangan lawan, mana nak cari funding untuk projek mega mereka yang digembar-gemburkan selama ini. Koridor sana...koridor sini. Maka dengan itu, betul kata Tun M, cakap saja lebih, duit tarak. Oleh itu, mereka perlu menderhaka untuk mempertahankan lubuk mereka.
Sekarang UMNO/BN sudah hilang funding, Selangor dikuasai lawan, Perak, Kedah. Sarawak pula tidak mungkin sanggup berkongsi kekayaan dengan negeri Semenanjung. Jangan harap Sabah, antara negeri terbanyak hutang?
Oleh itu, jika Terengganu hilang, maka hilang sudah lubuk emas bagi funding UMNO. Yang tinggal, hanyalah Pahang dan Johor. Apa sangat kedua negeri ini boleh sumbang dalam merealisasikan Koridor-koridor?
Dua sen saya.
bila la org org dollah yg bengap ni nak berhenti dari beri nasihat bangang kat dollah nih.. ali sokong laa.... hisham gay sokong la... all this people are talking nonsense.. diorang tak nampak ke pak lah tu sgt sgt sgt sgt sgt lemah ??????? ... buat apa menyokong yg lemah ? yg dungu .. yg tidor .... buat apa nak kayakan lagi patrick badawi ? buat masjid kristal juta juta .. monsoon cup juta juta .. ntah dapat apa pun tak tahu lah ... ni biadap dgn sultan pulak .. WTF lah umno... mmg bodoh dan membodohkan paklah nih .. sepatutnya "P" tu diganti dengan "F" .....
Amww Datuk:
Suatu yang mengaibkan UMNO apa yang berlaku sekarang umumnya dan Terenggganu khususnya.
1. Macam mana 23 ADUN nak ke majlis angkat sumpah? Bukan mereka sekadar nak memulaukan majlis tersebut, dijemput oleh istana ke majlis tersebut pun tiada. Tiada sebarang maklumat yang mengatakan bahawa mereka dijemput.
2. Dalam satu sidang media di kediaman MB kelmarin, ada pimpinan UMNO mengatakan mereka bersedia untuk meletak jawatan. Bila ada wartawan menanyakan jika berlaku demikian mereka yang meletak jawatan akan hilang kelayakan untuk dipilih semula. Serta merta pimpinan tersebut mengatakan "nanti kita check semulaaa....".
Apa yang berlaku kini jelas menunjukkan latar belakang ADUN UMNO yang tidak memahami undang-undang asas terutamanya melibatkan Perlembagaan Persekutuan mahupun undang-undang tubuh negeri.
Saya menjangkakan akan berlaku di mana sebahagian dari ADUN UMNO bertindak menyokong MB baru seterusnya dipecat atau keluar dari UMNO.
Bila ini terjadi, akan terbentuklah kerajaan campuran iaitu bebas (x orang) +PAS (8 orang).
Semoga YAB PM terus tabah..
A.kum Datuk,
1. Bagi pemimpin-pemimpin Umno, perlembagaan itu mesti berkonsepkan seperti 'Islam Hadari'.
2. Undang-undang atau perlembagaan yang memihak kepada mereka baru dikatakan perlembagaan. Manakala yang tidak memihak kepada mereka bukan perlembagaan.
3. Macam hadari. Semua yang mereka suka halal. Semua yang mereka tak suka haram.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
salam
Dasar munafik melayu, dulu kat perak umno keluar ramai-ramai bantah kepada kit siang kononnya derhaka pada sultan perak, sekarang apa dah jadi kat trengganu, pada orang umno dah buat?Lain kali jangan ludah kelangit kerana akan kena batang hidung sendiri...
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Kesetiaan kepada Raja/Sultan adalah lebih penting dari Perlembagaan. UMNO lupa Rukun Negara... Berani menderhaka secara terbuka. Sungguh biadap!!
Bila lagi Dolah dan Kuncu-kuncunya nak memohon maaf pada istana Terengganu ni???!!! Biadap sungguh Dolah n kuncu-kuncu ni... Patut semua DUN yng nak pulaukan majlis angkat sumpah tu di buang negeri Dan dolah diharamkan jejak kaki ke negeri Terengganu.. Sultan mempunyai kuasa untuk buat itu..
Semakin hari semakin meluat dengan kerenah UMNO..yang peliknya kenapa nak Idris Jusoh juga jadi menteri besar, yang dilantik jadi menteri besar bukannya Pas.Terserlah kelemahan pak lah badawi dalam menangani masalah anak-anak buahnya,yang betul-betul meluat dan rasa UMNO ni betul-betul biadab dan mementingkan kuasa semata-mata adalah tindakan memboikot perlantikan menteri besar yang dipilih oleh pihak istana,siapa yang derhaka sekarang? kebencian rakyat terhadap parti ini semakin meluap-luap,siapa yang biadab antara Lim Kit Siang dan UMNO yang majoriti org Melayu-Terangganu dgn RAJA? SIAPA YANG BIADAB?? Pucuk pimpinan PAK LAH semakin lemah, semakin biadab dan kami sebagai rakyat tidak buta untuk menilai siapa yang berhak menerajui negara.
Sesudahlah tu,, terimalah cadangan dari istana, dulu itu nama jugak yang dihantar untuk diih tapi bila tak pilih tak setju pulak, gelak je org bukan melayu tgk
modenasSalam Dato',
Apa yang berlaku di Terengganu sekadar menambah bahan bukti bahawa UMNO semakin "tidak laku".
Jika dirujuk dalam media perdana, sudah pasti pihak istana dilihat songsang tetapi saya pasti bahawa yang songsang sebenarnya pihak UMNO sendiri. Saya yakin Tuanku Sultan lebih arif masalah rakyat negeri baginda berbanding Idris Jusoh yang cuba berselindung di sebalik tirai Hadharinya.
Saya bukan rakyat Terengganu, tetapi jika saya adalah mereka, saya akan memilih pihak istana kerana itu benteng terakhir kuasa politik umat Islam di Malaysia.
Wahai rakyat Terengganu! Adakah Idris Jusoh lebih berdaulat dari Sultan Terengganu? Fikir-fikirkan!
Moga Allah menunjukkan kebenaran dan penyelesaian buat kita semua. Amin.
Ini la masalahnya bila tak sedar diri... masalah UMNO dari dulu.. perjuangan demi bangsa konon.. bangsa apa?? kalau raja sendiri tidak dihormati??? kalau Kit Siang cuba boikot di Perak.. korang kecam bagai nak gila.. tu baru Kit Siang buat cadangan.. tapi korang nie sampai 22 org ADUN yang dah konfem nak boikot!!! Tak kurang Hajar ke tu... sedarlah kawan2 dlm UMNO... perjuangan anda semua sia2 saja jika berketuakan mereka2 ini yang hanya pentingkan periuk nasi mereka saja... kembalilah ke pangkal jalan.. kembalilah pada agama...
Dolah jangan BIADAP dengan SULTAN/YDP AGONG.
Buruk akibatnya!
Kami Rakyat akan seret kamu ke muka pengadilan kerana:
1. MEMPERLEKEHKAN SULTAN/YDP AGONG
2. Penyelewengan dalam Oil For
Food di Iraq.
3. Peranan Scomi dalam pengeluaran komponen nuklear dan penahanan BSA Tahir.
4. Sanggup menjilat punggung Singapura demi dilihat popular (memang BANGSAT KAU DOLAH!).
5. Menyalahgunakan kedudukan Pm untuk mengayakan anak menantu/kroni.
6. Mencabar/menghina Rakyat dengan menyalak' "Saya pantang dicabar!".
7. Menipu Rakyat dengan menjalani kehidupan penuh BERPOYA-POYA dengan para artis spt Datuk Michelle Yeoh di aatas kapal mewah tatkala ribuan Rakyat Johor ditenggelami banjir besar.
8. Menipu Rakyat dengan memaparkan imej warak (konon) supaya dilihat "Mr Clean" dan mudahlah memanipulasi keadaan.
9. Memperbodohkan Rakyat tatkala menyalak mengatakan Yuran Persekolahan percuma semasa pembentangan bajet 2008.
10. Memperlekehkan hak para pekerja Malaysia di singapura yg ditahan wang CPF mereka.
11. Memalukan Rakyat Malaysia tatkala mengarahkan Azmi Khalid memohon maaf kepada China pasal wanita ketuk ketampi bogel. Apa punya minda HAMBA BANGSAT KAU NI DOLAH!
12. Menghina dan memalukan YB Tun Dr Mahathir Mohamad negarawan ulung yg kami cintai dan sanjungi. Bahkan kau tergamak menghapuskan legasi beliau. PA PUNYA BUSUK HATI KAU DOLAH?
13. Bercakap besar mengatakan mahu "Merawat Kelantan" walhal kau dan UMNO/BN yg perlu dirawat. Barangkali wad B5 di Hospital Universiti sesuai buat kau Dolah!
14. Sentiasa memanipulasikan dan 'spin' nuansa ekonomi sebenar dengan mewar-warkan yg ekonomi cukup kukuh. Harga barang terkawal. Hakikatnya kami Rakyat yg menanggung beban!
15. Meletakkan Malaysia yg disegani di kala Tun Dr Mahathir dulu ke lembah hina, tidak lagi dihormati/disegani oleh kawan apatah lawan.
16. Berjiwa peminta sedekah yg sentiasa memandang tinggi Singapura dan melekehkan anak bangsa sendiri tatkala kau melantik Kalimullah dan Brendan sbg proxy kau di NST.
17. Mengkhianati amanah bangsa dan Rakyat bila sentiasa tertidur di waktu mesyuarat, malah ketika nak bergambar sekalipun. APA PUNYA TAK SENONOH KAU NI DOLAH?
18. Menjalankan pemerintahan ala KOMUNIS di mana UMNO tak punya lagi pejuang sejati yg berani menyuarakan suara hati rakyat. Yg terdapat kini hanyalah SANG PEMBODEK seperti Ali Rustam, Hishamuddin, Nazri Aziz, Rafidah Aziz, dan seluruh MT yg tak de telur (seperti rahim tamby Chik tu.. cakap aje berdegar!).
19. Berbaik-baik secara berlebihan dengan personaliti yg tiada kena mengena langsung dengan kepimpinan negara seperti Todt, Michelle Yeoh, Patrick Lim, Kali, Anuar Zaini, dll yg jelas menampakkan your 'TRUE COLOURS" brader!
20. Senantiasa memomokkan para profesional/ulama/cendekiawan dengan terus-terusan cuba memperbodohkan mereka kononnya kamulah cucu ulama yg berjiwa "Hamba No 1", "Mencari Damai Abadi", malah lebih teruk dari itu menghalalkan yg haram dengan Islam Hadhari yg kau pekik-pekikan saban hari.
MEMANG BANGSAT KAU DOLAH!
BANGSAT SAMA ALI RUSTAM, RUDDIN GHANI, IDRIS HARON, HISHAMUDDIN, RAFIDAH, IDRIS JUSOH DLL YG TAK PUNYA HARGA DIRI! MALU!
Amww Datuk:
Suka saya berkongsi info berikut:
Kaedah perlantikan Menteri Besar Terengganu hendaklah mengikut Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu 1911, Dengan Pindaan Pada Tahun 1948.01.21
Masehi Bersamaan 1367.3.10.
Perlantikan Menteri Besar tertakluk kepada Undang Undang Bagi Diri Negeri Terengganu 1911 (11.11.1911) Dengan Pindaan (Ditambah Kepada Undang-undang Diri
1911 Pada 21.01.1948 Dikuatkuasa Pada Pada Tarikh Yang Sama ( Fasal 1 (2) ) Yang Dizin.
Fasal 5 Undang-undang Bagi Negeri Terengganu( Yang Ditambah Pada 1948)
Fasal 5 Memperuntuk Raja Memerintah Mengikut Undang-undang. Raja Berkuasa Melantik Menteri Besar Dan Jua Pada Undang-undang Diri Negeri Terengganu Tambahan
1948 Dibawah Fasal10(I) Dan Fasal 14(1)(2) .
Peruntukan Dibawah Undang-undang Diri Negeri Terengganu 1911 Fasal 29 Memileh Dan Menjadikan Menteri Besar Dan Naibnya Adalah Semata-mata Hak Bagi Sultan
(Tidak Dipinda)
Didalam Tambahan Pada Tahun 1948 Diperuntukan Dibawah Fasal 10 Perlantikan Menteri Besar Duli Yang Maha Mulia Hendaklah Melantik Dengan Surat Lantikan Yang
Ditanda Tangani Oleh Baginda Dengan Memakai Mohor Negeri Seorang Menteri Besar Mengikut Syarat2 Perenggan (1) Dibawah Syarat (2)
Fasal 14 (2)(1) Dan (4) Duli Yang Maha Mulia Hendaklah Mula-mula Melantikan Dahulu Menteri Besar Untuk Mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Seorang Ahli
Dun...
Fasal 14(4) Takala Melantik Seorang Menteri Besar Maka Bolehlah Duli Yang Maha Mulia Mengikut Timbangan Baginda Sendiri, Meninggalkan Mana-mana Syarat Dalam
Fasal 10 Yang Menghadkan Pilihan Baginda Akan Menteri Besar Itu Jika Sekiranya Pada Fikiran Baginda Mustahak Meninggalkanya Kerana Hendak Menunaikan Kehendak2
Fasal 10 Ini.
Mari pula turuti petikan tulisan saudara kita berikut ini:
|BuletinOnline.Net
Sunday, 23 March 2008
Ditulis oleh Zulkifli Jalil
Sunday, 23 March 2008
KALI terakhir kedudukan survival Ketua Menteri dan Menteri Besar sesebuah negeri diuji ialah 42 tahun lepas dalam kes Stephen Kalong Ningkan pada 1966.
Ketika itu, Ketua Menteri Sarawak tersebut menghadapi saat-saat genting untuk dilucutkan jawatan yang disandangnya pada 1963 atas sebab-sebab keselamatan
dan gelora politik Bumi Kenyalang.
Apabila kes itu disebut, mahkamah memutuskan bahawa pelucutan jawatan bergantung kepada sama ada beliau mewakili perwakilan majoriti di Dewan Undangan Negeri
(DUN).
Akhirnya, diputuskan oleh mahkamah bahawa beliau hilang majoriti dan populariti. Yakni, dalam kes ini, perkataan majoriti diuji menerusi kuasa Gabenor dalam
menentukan perwakilan teramai dalam DUN Sarawak.
Kes Stephen Kalong Ningkan yang merujuk kuasa Gabenor – ketua negeri di negeri tidak beraja/bersultan – dalam menentukan kedudukan Ketua Menteri lebih kurang
sama dengan kuasa Sultan dan Raja di negeri beraja melantik Menteri Besar.
Cuma dalam kes di Perlis yang menjadi isu beberapa hari lalu, perkataan majoriti itu diasaskan oleh Raja setelah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan
Kassim hilang sokongan daripada beberapa ahli DUN negeri itu. Justeru, majoriti tidak dibilang dalam DUN.
Namun, hakikatnya kuasa Raja di Perlis sebenarnya lebih unik berbanding negeri-negeri lain.
‘‘Baginda boleh mengetepikan peruntukan perlembagaan negeri. Sekalipun pihak berkenaan menerima sokongan majoriti namun jika baginda berpendapat seseorang
itu layak pada pandangannya, maka pelantikan Datuk Dr. Md. Isa Sabu adalah sah.
‘‘Dan akhirnya tidak ada mana-mana surat atau watikah yang boleh mengatasi Perkara 39 Perlembagaan Perlis,” kata pakar Perlembagaan Persekutuan, Datuk Seri
Dr. Rais Yatim ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Beliau mengulas kemelut pelantikan Menteri Besar di Perlis dan Terengganu minggu lalu sehingga wujud desas desus ia ada kaitan dengan campur tangan Raja
dan Sultan di negeri berkenaan.
Dalam konteks ini, Rais menyangkal keras persepsi mengenai elemen ‘campur tangan’ tersebut.
‘‘Memang ada laporan menyatakan kononnya Raja campur tangan dalam urusan pelantikan Md. Isa tetapi saya ingin tegaskan di sini kenyataan itu tidak betul
sama sekali,” katanya.
Kuasa Raja di negara itu sebenarnya besar. Ia dicernakan menerusi kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan Perdana Menteri, membubarkan Parlimen serta
untuk mengisi tuntutan-tuntutan hak diraja serta hak keislaman yang dijamin oleh Perlembagaan. Rumusannya.
Seri Paduka berkuasa penuh sama ada untuk melantik atau tidak Perdana Menteri kerana ia diperuntukkan oleh Perlembagaan.
‘‘Tetapi apabila Perdana Menteri telah dilantik, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengikut nasihatnya. Jadi, tidak timbul soal Raja campur tangan dalam
urusan pelantikan Menteri Besar,” katanya.
Md. Isa telah menerima sokongan majoriti, iaitu lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengatasi Shahidan yang hanya disokong oleh lima ADUN.
‘‘Kedudukan di Perlis agak istimewa. Rajanya boleh ketepikan perlembagaan negeri malah pelantikan seseorang Menteri Besar itu adalah penilaian subjektif
baginda,” kata Rais.
Kuasa Sultan juga mengatasi dakwaan DAP di Perak yang mencanangkan wakil daripada parti itulah yang sepatutnya dilantik Menteri Besar berdasarkan majoriti
18 kerusi DUN yang diraihnya pada Pilihan Raya Umum ke-12.
DAP mulanya membantah penyandang jawatan daripada Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, yang partinya hanya memperoleh enam kerusi.
Realitinya, peranan Raja dan Sultan memberi perimbangan yang baik apabila wujud situasi kuasa politik ‘berleluasa’ dalam diri seseorang. Pada tahap ini,
Raja menggunakan segala budi bicaranya. - Utusan
Pada Pendapat saya ..biarlah org Terengganu/pemerintah negara sendiri yang selesaikan masaalah ini dengan Pihak Istana dan saya rasa ORANG LUAR yang bukan pemimpin parti yang menang jgn campuri hal ini dan RAKYAT NEGERI TERENGGANU yang bukan dari DAERAH BESUT DAN SETIU pada pendapat saya, rasa lebih baik jgn buat komen kerana isu ini terlalu sensitif bagi rakyat Negeri Terengganu yang tinggal didalam 2 DAERAH tersebut.SEKIAN TERIMA kASIH
Dalam isu perlantikan MB Terengganu, mengapa tidak PM menghadap MPPR dan bincangkan mengapa MPPR menolak perlantikan IJ sebagai MB. Dalam hal yang menyentuh kepentingan rakyat, bukan soal hak dalam perlembagaan sahaja yang perlu diambil kira tetapi juga soal-soal yang lain, mencangkupi hal-hal peribadi.
Mungkin atas sebab-sebab kepentingan rakyat MPPR menolak perlantikan IJ, siapa tahu?
PM ta'perlulah terlalu angkuh dan sombong, menyalak dari Putrajaya, berkeras mempertahankan calonnya tanpa mengetahui sebab mengapa IJ ditolak.
Bukankah ISLAM mengajar kita bermusyawarah... berbincang baik-baik mencari jalan penyelesaian.
Kesian rakyat Terangganu masih belum mempunyai kerajaan negeri.
Noruddin Idris
salam kepada semua.
nampaknya kepimpinan Abdullah semakin tidak menampakkan penyelesaian di dalam kes perlantikan MB Trengganu Darul Iman.
Ini menunjukkan Abdullah sudah tidak ada kemampuan untuk mentdbir negara ini. Ini sebabkan
1. Mengambil sikap tunggu dan lihat untuk menyelesaikan masalah perlantikan MB Perlis dan Trengganu.
2. Tidak berkemampuan untuk mengawal keadaan cetusan hulahan hati para pemimpin UMNO.
3. Masih lagi tidak mempedulikan suara-suara rakyat
4. Membiarkan adun2 UMNO trengganu memboikot istidat yang diajurkan oleh kesultanan terengganu sekali gus memperkecilkan kewibawaan Sultan Terengganu yang kini dilantik sebagai Yang di Pertuan Agong.
Seharus adun2 trengganu mestilah faham perlu wujudnya hubungan yang sgt mesra dengan istana, kerana anda2 semua tidak akan dapt bersidang di dalam dewan undangan negeri selagi ianya tidak diperkenan oleh sultan trengganu atau wakil yg talah dilantik, maka dengan itu adalah WAJAR ANDA2 SEMUA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI UNDANGAN NEGERI dan biarlah rakyat berjiwa sultan menentukan semula kedudukan anda.
salam ta'zim
erm.. akhirnya UMNO menunjukkan taringnya... MENDERHAKA KEPADA TUANKU MIZAN DAN RAJA MALAYSIA...
Kalo sebelum ini KETUA PEMBANGKANG melakukan perkara yang sama.. Wah bukan main maroh pemimpin pemerintah dari pihak bawahan sampai yang atasan.. "LIM KIT SIANG DERHAKA PADA SULTAN.." Kali ini.. Tempias yang sama tjadi tp dimana SUARA2 GEMERSIK tadi.. terus lupa nak cakap..
tepuk dada tanya iman.. ini adalah punca mengapa RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA MELAYU MENOLAK PARTI PEMERINTAH.
Semoga pihak pemerintah usah takbur dengan pangkat dan kuasa. Allah Maha ADIL...
Asasalmualaikum Dato'
Nampaknya pergisiran diantara UMNO dan Istana amat ketara sekali, tiada saorang pun pemimipin UMNO yang ingin menyejukan suasana hanya Tan Sri Mahuyuddin saja agak saya rational megeluarkan statement menasehati yang berkonflik maaf, memaafkan diantara satu sama lain dan cari jalan penyelesaian . Kita tidak tahu apa yang istana tau, Suasana di hangatkan lagi oleh AG Gani Patail .Sa elok eloknya cari lah penyelesaian yang menjurus ke menang menang, kearahan amicable settlement, tiada guna nya kita sesama bertelagah perpanjangan, bermuzakarah lah untuk kebaikan bersama.Jika saorang pemimpin DAP Sdr Lim sanggup meminta ampun pada kebawah Duli YM Tuanku Regent Perak tidakah kita berasa segan dan malu atas tindak tanduk kita sebagai saorang Melayu yang terbilang taat setia nya kepada Sultan dan Raja.
UMNO hai UMNO sedarkarlah kuasa yang kita ada sekarang hanya sementara tiada yang kekal .
Insaflah lah sabelum terlambat.
OTAI Kampong Panchor Jaya,Seremban N9
Askum Dato'
Apa yang terjadi di Terengganu adalah dari sifat keangkuhan manusia yang lupa, serta kurang keimanan dalam diri. Kuasa yang ada pada jawatan Menteri Besar telah merubah kehidupan manusia untuk menjadi seorang yang takbur dan keinginan memegang kuasa. Berlainan dengan kuasa yang ada pada Sultan, kerana Sultan tidak dipilih dan memegang tampuk kuasa melalui warisan turun temurun. Oleh yang demikian Sultan memegang amanah dari Allah untuk memastikan agama islam yang dibawa Rasullullah sentiasa berkembang dan akan diimarahkan oleh rakyatnya.
Oleh itu, bagi mereka yang berebut kuasa untuk keseronokan atau bermegah-megah akan menerima azab siksaan yang tidak terkira di dunia hakiki nanti. semasa itu barulah kita sedar yang dunia ini hanya sementara dan syurga serta neraka adalah yang sekekal2nya.
Oleh yang demikian, institusi Raja kita mestilah dijaga dan dihormati kerana mereka adalah penjaga kedaulatan dan kesinambungan pemegang amanah agama Allah khususnya di Malaysia.
Wahai deris dan pengikut2nya. Bahawa Allah itu wujud dan Allah itu yang Maha Kuasa. Jangan hanya bercakap percayakan Qada' dan Qadar tetapi kepercayaan itu hanya bila kamu mendapat kuasa, tetapi bila tiada kuasa kamu menyalahkan Qada' dan Qadar semula. Ingatlah wahai deris dan pengikutnya. Bahawasanya mati itu benar dan hari pembalasan itu juga benar. bertakwalah kamu dan kembalilah kamu ke Jalan Allah, Sesungguhnya Allah itu Maha pengampun dan Maha mengasihani.
Wasallam, Allahuakbar (Allah Maha Besar)
Assalamualaikum Dato'..
Petikan akhbar Utusan Malaysia hari ini.
MB baru: Ketua UMNO bahagian sokong istana
KUALA TERENGGANU 23 Mac – Semua ketua UMNO bahagian di Terengganu kecuali Besut menyokong pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, ketua-ketua UMNO bahagian di Terengganu sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menggalas tugas menerajui kepimpinan negeri itu.
Katanya, UMNO Terengganu mempunyai lapan bahagian iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.
Jelasnya, selain beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan ADUN Kijal itu yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kemaman ialah Datuk Dr. Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd. Jidin Shafee (Setiu).
“Cuma, saya tidak dapat menghubungi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu (Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh), tetapi saya percaya beliau juga menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar,” katanya di sini hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Besut yang tidak menyokong pelantikan Ahmad adalah Idris.
Menurut Tengku Putera, selaku ketua bahagian, mereka memberi jaminan akan memastikan Ahmad mendapat sokongan daripada ahli-ahli UMNO Terengganu serta rakyat.
**********************************
Komen saya.. ADUM sokong Idris, Ketua Bhg UMNO sokong MB baru. Ketua UMNO bhg pulak bukan YB lagi. Apa ni? Ada cantas mencantas sebelum PRU12 ke??? Rakyat Terengganu kat sebelah mana agaknya??? Apapun saya petik sajak Ceritera ke-26 oleh Dr Muhammad Hj Salleh.. dan segala anak Melayu jangan kamu bunuh melainkan dosanya derhaka.." Tepuk dada tanya selera..siapa derhaka kepada raja-raja Melayu??? Kalau YB Lim Kit Siang tahu mohon maaf/ampun.. ini YB YB Melayu..apa lagi..tak malu ke??? Apa pun..dialog saya petik drp Filem Seniman Bujang Lapuk. "Dia punya nasib dia makan..lu punya nasib lu makan.. apa salah makan sama-sama" Orang tamak selalu rugi macam anjing dengan bayang-bayang. Harta dan pangkat tak ke mana...kalau mati tak kan nak angkut masuk dalam kubur.. Bawaklah berubat banyak2.
Assalamualaikum...Dato'
Kain rentang bertajuk," Kami Mahu Idris, Natang "
Berita TV3 jam 8 malam semalam menyiarkan demonstrasi mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Istana untuk tidak melantik bekas MB Idris Jusoh. Disiarkan para penyokong dengan pelbagai kain rentang bagi menyatakan sokongan dan taat setia mereka terhadap Derih
Antara yang sempat diperhatikan [sayangnya tidak sempat rakam] ialah sepanduk yang berbunyi “Kami Nak Idris, Natang!”.
Pertama, apa erti perkataan tersebut? rasanya, dalam loghat Terengganu, “natang” itu ialah untuk “binatang”.
Kedua, persoalannya ialah, siapa “binatang” yang dimaksudkan dalam sepanduk itu? Kalau mengikut ayat sepanduk tersebut itu ialah mereka memberitahu kepada orang yang tidak menerima Idris sebagai MB dan orang itu dipanggil dengan nama binatang.
Siapa yang tidak menerima Idris dan melantik Ahmad Said sebagai MB?
Wah Dato'... begitu hebatnya orang Terengganu sampai sanggup mengata "seseorang" ( yang kita faham-faham lah siapa natang yang dimaksudkan itu ) Sunggup biadab dan melampau. Politik cara apakah ini Dato'?? Politik Islam jauh sekali. Akhir kata Dato' perbuatan ini memalukan semua ahli UMNO.. hati saya sebagai ahli juga sangat terhiris walaupun itu bukan raja saya. Akhir kata..seekor kerbau membawa lumpur..habis semua akan terpalit.. dan setuju tak Dato' bahawa banyak ahli UMNO termasuk Dato' yang tak seperti itu...syabas. Hidup UMNO sejati.... Daulat Tuanku Sultan Terengganu...UMNO tetap payung orang Melayu..yang kudisnya ahli=ahli umno yang pekong beranyut tu.. doakanlah silunyai semua tu terjung dengan labu-labunya.
Assalamualaikum Dato'..
Wosrt to worst..kalau tak nak beralah jugak..silalah YB Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan. Biar mahkamah putuskan siapa yang benar dalam soal perlantikan MB Terengganu. Jangan jaja kat kaki lima tak ikut perlembagaan. Saya rasa keputusan Mahkamah Persekutuan adalah muktamad. Mahkamah sangat bijaksana dan berlandaskan fakta. Amacam..nak ke situ ke??? Akhir kata... HIDUP UMNO SEJATI.. UMNO payung orang MELAYU.. Pergi jahanam dengan pekong-pekong perosak UMNO..
Kemelut di Trengganu tu merupakan sesuatu yang di gemari olih pak lah dan tgkt 4. Ini mungkin merupakan strategi pak lah dalam menghadapai tuntutan sebahagian besar rakyat agar beliau berundur. Pada mulanya isu Perlis, tetapi tidak dapat bertahan lama kerana ketegasan DYMM Raja . Perak pun tidak dapat di polemik kan kerana DYTM Pemangku Sultan bertindak bijak, sama apa yang berlaku di Selangor. Apatah lagi kelicinan pertukaran kuasa di Pulau Pinang tidak dapat dijadikan isu , hanya kenyataan YAB Lim Guan Eng berhubung dengan DEB cuba di politikkan, tetapi gagal distrategisekan.
Hanya perkembangan diTrengganu yang masih bolih distrategisekan oleh pak lah dan tgkt 4, UNTUK MENGALIH FOKUS RAKYAT DARI ISU YANG SEBENAR DAN BESAR IATU GESAAN MEGA DARI RAKYAT AGAR PAK LAH MENGUNDUR DIRI BERIKUTAN KEPUTUSAN TERBURUK DALAM SEJARAH DEMOKRASI MALAYSIA. Itu sebenarnya tujuan polemik Trengganu itu di perpanjangkan. Kalau nak di selsaikan , spt kata Tan Sri Muhyiddin, pak lah dan deris jusoh mengadap Tuanku, sudah tentu selsai. Tetapi pak lah enggan berbuat demikian kerana nak kekal jadi PM!!!!
Sekarang ni , nak tak nak, YAB Dtk Ahmad Said adalah MB Trengganu dan selepas mengangkat sumpah beliau akan terus menjadi MB sekurang2 nya selama 90 hari sehingga persidangan DUN yang mungkin beliau akan menghadapi undi tak percaya. Dalam hal ini , MB sekarang bolih mengambil dua opsyen untuk menyelsaikan kemelut ini. Pertama beliau letak jawatan agar MB baru yang di persetujui olih 22 orang ADUN bahlul . Opsyen yang kedua, beliau disarankan merapat sembah kpd Ke Bawah DYMM Sultan Trengganu dan memohon DUN Trengganu di buburkan untuk membolihkan PRnegeri dipanggil untuk mendapat mandapt baru!!! Ini dibolihkan mengikut perlembagaan Negeri, yang memberi kuasa kepada MB untuk membuat cadangan/perakuan sedemikian sekiranya beliau mendapati tidak mendapay mandat yang jitu!
Jadi adakan deris jusoh dan gangbersedia melalui episod P/Raya negeri yang amat membazirkan masa,tenaga, benda? Tepok dada ,tanya selera. Tapi memandang kerakusan yang ujud dalam diri beliau, come what may,as long as I achieve my goals!!!RENUNG2 KAN LAH.
Assalamualaikum Datuk dan semua pembaca,
Saya sebenarnya penyokong UMNO dahulu, kini dan selamanya. Walau apa pun yang berlaku saya tetap memperjuangkan umat Melayu bersatu.
Namun begitu, saya agak pening dengan keadaan kini tidak sama dengan yang dahulu. Kalau dulu UMNO merupakan tunggak orang Melayu, cakap pemimpinnya serupa bikin (walaupun ada double standard tapi tidak obvious)tapi kini terang-terang nampak.
Kita sepatutnya tidak perlu melawan raja. Kita kena berbalik kepada raja walau apa pun yang berlaku kerana raja adalah tunggak rakyat terutama orang Melayu.
Sederhaka-derhaka Tun Dr Mahathir kepada raja, beliau masih disokong dan dihormati raja kerana langkah beliau yang berhemah.
Tetapi YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu. Di zaman beliau, beliau lebih raja daripada raja. Tidak boleh ditegur. Walaupu responnya dalam mendalami sesuatu isu nampak lembut, tetapi orang yang membantainya akan secara senyap akan dibantai semula. Ini lebih diktator daripada Hitler, Firaun ataupun sesetengah kata Tun Mahathir (tetapi bukan saya). Malah kakitangan kerajaan lebih rasa sengsara bekerja dengan Pak Lah (walaupun cogan kata bekerja dengan saya, bukan bekerja untuk saya)daripada bekerja dengan Che Det. Pak Lah memerah tenaga penjawat awam untuk monumen beliau.
Secara kesimpulannya, segala yang berlaku adalah kesalahan besar yang dibuat oleh YAB Memanda Perdana Menteri kita. Sebenarnya beliau lebih banyak membuat retorik berbanding membuat kerja semasa beliau memerintah. Wajarlah Pak Lah muhasabah diri tentang apa yang berlaku. Tunku Abdul Rahman telah membuat keputusan wajar semasa meletak jawatan semasa tahun 1970. Dengan keputusan PRU12 yang lebih teruk, buatlah satu perkara yang baik agar Pak Lah akan terus dikenang sebagai negarawan, jangan dijatuhkan sebagai seorang pengkhianat.
Kepada ahli-ahli siasah Melayu, disarankan agar masing-masing juga bermuhasabahlah agar peristiwa yang berlaku ini memberikan pengajaran agar negara dan masa depan anak cucu kita ini tidak tergadai akibat tindakan kita sekarang.
Biduk lalu kiambang bertaut, kita kena ikut. Di Malaysia, prinsip Melayu: Melayu, Islam, Beraja; kita mesti pegang teguh seutuh-utuhnya.
Ingat perjanjian Sang Sapurba dan Malim Lebar Daun. Raja naungan rakyat. Jadilah Indonesia iktibar, apa jadi jika institusi beraja dimusnahkan. Malapetaka terjadi.
Oleh itu, peganglah prinsip Rukun Negara. Selagi kita rakyat Malaysia, kita mesti anggap Rukun Negara sama penting macam kita sebagai orang Islam anggap pentingnya Rukun Islam dan Rukun Iman. Selagi itu pegangan kita selamatlah hidup kita Insya Allah.
Krisis perlantikan MB Terengganu ini telah menyerlahkan kedangkalan pemimipin-pemimpin UMNO baik PM, di peringkat nasional, mahu pun di peringkat negeri. Termasuk jugalah Gani Patail- [AG yang tak berkelayakan]. Ini saya dasarkan kepada:
1. Betapa tidak fahamnya mereka terhadap bidang kuasa dan peruntukan dalam perlembagaan UMNO dalam hal pemecatan seseorang ahli [tak terkejut kalau none of them ever read UMNO's constitution]
2. Tidak tahu dan tidak faham tentang Undang-undang Negeri Terengganu [Gani, please note; ada 3 parts; pi baca sendiri]. Tidaklah melampau jika saya katakan bahawa Idris Jusoh & juak-juak ADUNnya tidak pernah 'some across' these documents.
3. Betapa bebalnya mereka kerana tidak mengetahui/memahami tujuan sebenar penubuhan UMNO walau pun telah bertahun menjadi pemimpin UMNO. Sila buka balik buku perlembagaan UMNO dan rujuk TUJUAN PENUBUHAN.
4. Betapa tidak beradapnya mereka bila berurusan dengan istana. Tidakkah mereka tahu tatacara dan adat-resam tata-susila Melayu bila berurusan dengan Raja mereka? [Pak Lah dimaafkan kerana negeri dia takdak Raja. Jadi tak payah ajarlah, dia memang tak boleh di ajar]
Post a Comment