Suara Hati Rakyat Terhadap Kekalahan BN
Kekalahan teruk BN dalam PRU12 adalah kekalahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri yang mengidap sindrom penafian serta gagal mentafsir realiti kekecewaan rakyat jelata terhadap kepimpinannya dan kesengsaraan warga akar umbi akibat dasar dan tindakannya.
Saya paparkan suara hati rakyat jelata mengenai kekalahan ini seperti berikut:
Kekalahan teruk BN dalam PRU12 adalah kekalahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri yang mengidap sindrom penafian serta gagal mentafsir realiti kekecewaan rakyat jelata terhadap kepimpinannya dan kesengsaraan warga akar umbi akibat dasar dan tindakannya.
Saya paparkan suara hati rakyat jelata mengenai kekalahan ini seperti berikut:
Berita Dari Gunung, jam 5:28 pagi 9 Mac 2008: Saya pergi mengundi seperti biasa. Singgah di pusat UMNO dan terserempak dengan kawan-kawan. Pada masa itu, ada kawan dah berbisik, pemilihan UMNO akan datang ini "siap...!!" katanya. Secara spesifik beliau menyebut bahawa akar umbi tak berapa senang dengan "menantu" (Abdullah). Saya yakin dengan pandangan beliau kerana beliau adalah akar umbi tulin UMNO dan masak dengan sentimen akar umbi. Beliau juga menyebut betapa influence “menantu” (Abdullah) dalam penentuan calon telah menyebabkan jentera UMNO tidak dapat bergerak, tercalar dengan ketidakpuasan hati. Kawan-kawan tidak dapat menerima keadaan seperti itu. Mereka mahu menghormati Presiden tetapi bukan presiden yang membenarkan dirinya diganggu oleh menantu.
Hovidpure (Sofi Yassin), jam 5:57 pagi: Tiada siapa yang matang akan menafikan bahawa kegagalan BN dan UNMO adalah berpunca daripada Abdullah Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin. Kalau Abdullah seorang yang bermaruah, beliau harus melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN dengan serta merta. (Prestasi) UMNO Johor merumdum bukan kerana kesalahan anak Johor. Pengkhianatnya adalah Abdullah Badawi dan keluarganya.
Momsaurus, jam 6:15 pagi: Saya tidak dapat menerima Pak Lah dan Najib sebagai PM. Pak Lah jatuh kerana KJ….
ICI, jam 6:30 pagi: (Sebab) tigabelas, Pak Lah tidak menghormati pemimpin veteran dan banyak jasa seperti Tun Dr Mahathir. Saya cukup sensitif bila Pak Lah tidak kenang budi dan jasa Tun malah memperlekehkannya! Najib menang lagi besar, malah mempertahankan negerinya dari tsunami ganas. Mukriz pun menang walau cuba di sabotaj pihak tertentu. Pak Lah majoriti menurun dan hilang negerinya! Ini bukan lagi satu signal pada Pak Lah. Ini satu tuntutan rakyat untuk Pak Lah supaya resign segera!
Cakapsiang, jam 7:36 pagi: Sekarang terpulang kepada ahli UMNO untuk menentukan siapa Presiden mereka pada pemilihan parti akan datang ini. Yang saya nampak, hampir kesemua pucuk pimpinan terpaksa mengundur diri secara hormat, biarkan mereka yang berkaliber dan mampu mempertahankan hak orang Melayu seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Mukriz Mahathir dan beberapa lagi muka baru yang betul-betul ikhlas berjuang untuk parti menerajui UMNO.
Pak Tam, jam 9:27 pagi: Kepada Pak Lah, bukalah mata dan bukalah hati. Bagi saya kemenangan BA ini terdapat beberapa faktor: (1) Orang UMNO dan BN telah bersuara melalui undi dengan beralih kepada BA kerana tidak puashati degan agihan-agihan kerusi. (2) Faktor anak menantu dan Tingkat 4 Putrajaya memainkan peranan yang sangat besar menyumbang kekalahan BN di mana pengundi muak dan jijik dengan apa yang telah dilakukan mereka terhadap orang Melayu di mana orang Melayu semakin tersepit (dengan) kesusahan dan juga orang Cina pun telah dinafikan di dalam hak perniagaan sama rata. (3): Pak Lah sebagai pengerusi BN dan (Presiden) UMNO telah mewujudkan pergeseran di kalangan ahli BN dan UMNO kerana peranannya amat lemah dan tidak dapt mengawal percaturan kuasa yang ada. (4): Rakyat sudah muak dengan telatah Pak Lah yang asyik buka koridor yang tidak nampak memberi manafaat yang besar bagi orang Melayu. (5): Pembaziran wang rakyat yang teramat banyak sekali di dalam perbelanjaan negara yang tidak masuk akal seperti pengubahsuain kediaman rasmi PM. (6): Harga barang naik mendadak tanpa kawalan seperti harga minyak masak yang umumnya tahu Malaysia pengeluar minyak sawit. (7): Ketiadaan bonus untuk kakitangan awam pada tahun lepas yang boleh dikatakan faktor pengundi senyap beralih arah terutama kakitangan awam.
Demikianlah antara suara spontan rakyat jelata mengenai kekalahan BN dalam PRU12. Sebagai penutup, saya sorot kembali sebahagian daripada posting saya dalam blog ini pada 3 Mac 2008, dengan jodol Aprroval Rating Abdullah Menurun, Mungkinkah BN Akan Menang Besar?, seperti berikut:
Abdullah mungkin sedang dilanda debaran sukma yang amat serius. Ini kerana PRU12 adalah satu-satunya pilihan raya yang didasari arus bawah [under currents] kekecewaan rakyat yang jelas dan nyata. Malangnya, arus kekecewaan ini seolah-olah tidak dipedulikan oleh pembesar negara. Lantaran itulah Abdullah yang dikatakan dirasok sindrom penafian, dengan bangganya menggunakan pelbagai perangkaan mengenai ekonomi negara sebagai intipati kepada Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRU12.
Oleh itu, sama-samalah kita kaji kesimpulan satu kajian bertajuk Voter Opinion Poll 4th Quarter 2007: Awareness and Perspectives on Demonstrations, the Economy, National Issues and Leadership yang dijalankan oleh Merdeka Center di Semenanjung Malaysia pada 26 Disember 2007.
Antara kesimpulan utama daripada kajian berkenaan adalah: approval rating of the Prime Minister has decreased from 71% to 61%. [Kadar penerimaan (sokongan?) terhadap Perdana Menteri merosot daripada 71% kepada 61%.]
Kesimpulan ini jadi lebih nyata setelah diteliti perincian peratusan kepada soalan membabitkan tahap sokongan atau bangkangan terhadap cara Abdullah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri.
Secara umum, kadar peratusannya adalah: sewaktu Abdullah mula menjadi Perdana Menteri pada November 2004 (91%), sewaktu harga petrol naik 20 sen pada Ogos 2005 (74%), sewaktu harga petrol naik lagi sebanyak 30 sen pada Mac 2006 (86%), akibat kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada September 2006 (63%), akibat demonstrasi Bersih dan Hindraf pada Disember 2007 (61%). Ini bermakna approval rating terhadap Abdullah menurun sebanyak 30% dari 2004 hingga 2007.
Peratusan approval rating di atas digandingi pula dengan harapan rakyat terhadap kedudukan ekonomi negara yang juga kian menurun daripada 48% pada November 2006 kepada 41% pada Disember 2007. Secara hitung panjang, peratusan rasa puas hati rakyat kepada cara kerajaan pimpinan Abdullah menguruskan ekonomi negara juga menurun dari 62% pada November 2006 kepada 55% pada Disember 2007.
Memang hasil kajian di atas tidak boleh dijadikan asas mutlak sokongan pengundi kepada BN dan kepimpinan Abdullah. Tetapi, ia boleh dijadikan indikasi kedudukan kerajaan BN dan Abdullah di ambang PRU12. Jadi, pokok persoalannnya di sini ialah: dengan hari pembuangan undi PRU12 hanya tinggal lapan hari lagi, dengan ledakan pelbagai pengumuman dibuat oleh kerajaan sementara sepanjang tempoh kempen sekarang ini, dengan bertubi-tubinya propaganda kerajaan terhadap kumpulan pembangkang mutakhir ini, dengan pelbagai pendedahan negatif oleh media cetak alternatif dan media internet mengenai kepincangan kerajaan, bagaimanakah agaknya sokongan pengundi terhadap BN dan Abdullah kali ini?
Persoalan saya menerusi posting di atas terjawab menerusi keputusan PRU12 di mana BN pimpinan Abdullah kalah teruk, kehilangan lima kerajaan negeri, lima menteri dan seorang ketua menteri (termasuk tiga presiden parti komponen BN) tewas, Johor yang disifatkan sebagai tiang seri BN juga mengalami kekalahan beberapa kerusi Parlimen dan DUN.
Dalam situasi sebegini, salahkah bila segolongan rakyat jelata mendesak supaya Abdullah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan tidak lagi layak dilantik sebagai Perdana Menteri? Fikir-fikirkanlah dengan bijaksana! – Ruhanie Ahmad
3 comments:
Assalamualaikum Datuk,
1. Tahniah Datuk, sekurang-kurangnya hati kita yang sentiasa membara sebelum ini, kini sudah agak reda dengan apa yang kita saksikan hari ini.
2. Bagi saya, kepentingan, kekuatan dan penyatuan bangsa melayu perlu diutamakan baik oleh UMNO/BN mahupun oleh BA. Samada BN menang banyak atau menang sedikit yang penting penyatuan bangsa melayu mesti diusahakan.
3. Dalam keadaan sekarang, secara peribadi saya nyatakan bahawa saya tidak yakin dengan Pak Lah dan Datuk Najib untuk menyatukan orang melayu. Saya juga tidak yakin pada Datuk Hishamudin atau Datuk Mukriz apatah lagi jauh sekali YB Khairy. Oleh itu siapakah 'Hero Melayu' yang boleh menyatukan semula orang-orang melayu pada masa ini?
4. Saya nampak sudah tiada orang lain lagi jika bukan 'Anwar Ibrahim'. Kerana beliau melayu boleh berpecah dan kerana beliau jugalah melayu boleh bersatu.
5. Malah saya ada cadangkan dalam blog saya untuk Pak Lah ambil sebagai formula untuk membentuk kabinetnya dan pada masa yang sama adalah formula bagaimana untuk menyatukan semula politik orang-orang melayu.
6. Layari blog saya:
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
2004 BN menang besar disebabkan faktor Pak Lah.. Dan Bn kalah besar 2008 juga disebabkan faktor Pak Lah ..kerna 'Pok Leh la ni tak serupo mulo' .. semua ahli UMNO perlu berfikir dan bertindak secara serius, turunkan Pak Lah dari Takhta , terajang keluar KJ dari medan politik tanahair, jadikan 2008 sebagai tahun pertama dan terakhir KJ bergelar ahli parlimen.. biar dia berjuang seperti 'brahim ali' di pasir mas.. tu pun kalau masih laku tanpa Pak Lah.. sekarang bukan masanya ahli UMNo untuk takut, kalau rakyat berani tolak BN, kenapa UMNO takut tolak Pak Lah ..
Tahniah BARISAN NASIONAL kerana berjaya membentuk kerajaan MALAYSIA untuk pru yg ke12 kali ini, walau pun kita gagal mendapatkan mandat 2/3. Saya selaku ahli PEMUDA UMNO di Perlis ingin memohon supaya ahli UMNO dan BARISAN NASIONAL supaya berhenti mengkritik Pak Lah dan Datuk Najib ini kenara kekalahan banyak kerusi yang di tandingi oleh parti kita ada lah disebabkan kealpaan kita sendiri dan kita tidak perlu lah menuding jari kepada sesiapa, yang penting sekarang kita ahli perlu menerima keputusan rakyat dan yang penting sekarang kita BARISAN NASIONAL perlu bersatu. Kita perlu kurang bercakap dan gandakan kerja untuk memuaskan kembali hati rakyat, DULU KINI DAN SELAMANYA BERSAMA UMNO, TAHNIAH BARISAN NASIONAL.......
Post a Comment