Wednesday, March 19, 2008

Tindakan Radzi Letak Jawatan Perlu Dipandang Serius, Kata Tengku Razaleigh

KOTA BAHARU, 19 Mac (Bernama) -- Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata keputusan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini perlu dipandang serius terutama oleh pucuk pimpinan Umno.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata, Radzi mempunyai hak untuk berbuat demikian disebabkan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu berada dalam kedudukan "kurang senang".

"Itulah akibatnya kalau ada yang merasa kurang senang hati atas sesuatu sebab tetapi bagi saya ia mesti dipandang serius oleh semua pihak," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata bahawa dalam senario politik sekarang perkara yang mengejutkan seperti itu boleh berlaku dan ia sebenarnya memburukkan lagi situasi.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=321550

2 comments:

Wakmasnoor said...

Ku Li is absolutely right in saying that the resignation of OP Dato Radzi and his (Radzi) real intent of doing so, is a matter that must be SERIOUSLY studied and pondered. The only thing missing from an Ol' war-horse like Ku Li is the daring act to be OPEN about it as shown by both Mukhriz and Radzi.

Wise and experience politician such as him (Ku Li); who knows more about UMNO than PM Abdullah, and has been living and breathing "politics" more than anyone there is at current political era, should have nothing to afraid and afraid losing. And should have done more. This is the time for such figure as him to COME OUT and STAND UP for the sake of UMNO and Malays.

Ku Li may had his past. In both "black" and "white". But for the purpose of "correcting the wrongs" done by some of the people in powers, his past is what the people need NOW more than ever.

zainal said...

Datuk,
dari pengalam Datuk sebagai penganalisa politik, saya cadangkan satu hari nanti dapat Datuk keluarkan buku 'Apakah teori R.A.H.M.A.N akan berakhir setelah PRU 13...kita nantikan pula teori A.N.W.A.R untuk pemerintahan Barisan Rakyat....