Monday, March 10, 2008

Abdullah Panggil Mesyuarat MT UMNO
Dan AJK BN Pusat Untuk Cari Sokongan?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mulai 12.00 tadi, sedang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia di Kuala Lumpur.

Mulai jam 3.00 petang pula beliau akan mempengerusikan mesyuarat AJK Pusat BN juga di Kuala Lumpur.

Kedua-dua mesyuarat itu dipercayai untuk membuat kajian awal terhadap prestasi buruk BN dalam PRU12.

Persoalannya, mampukah dan beranikah anggota MT UMNO dan AJK Pusat BN bersuara dengan jujur dan ikhlas supaya Abdullah mengundurkan diri dari semua jawatan politik - Presiden UMNO Malaysia dan Pengerusi BN Pusat - akibat kehilangan keyakinan majoriti rakyat jelata terhadap kepimpinan beliau seperti yang dimanifestasikan menerusi keputusan PRU12? – Ruhanie Ahmad

4 comments:

kudakepang said...

Berikutlah adalah komen daripada Deein yang saya tererased secara tak sengaja. Harap maaf. – Ruhanie Ahmad

Deein: Paklah wajib letak jawatan Presiden Umno dan jawatan Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada Najib membetulkan kepincangan pentadbiran negara.

Jika Paklah enggan meletakkan jawatan secara sukarela, Najib MESTI ambil tindakan memaksa Paklah dengan cara apa pun supaya Paklah meletakkan jawatan PM. Jika Paklah enggan juga, Najib mesti mengambil langkah drastik dengan bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan September nanti bagi menurunkan Paklah.

Jika Najib gagal, maka pihak-pihak yang kecewa dengan Paklah akan beralih kepada Tengku Razaleigh untuk mencabar Paklah. SAYA YAKIN PERKARA INI PASTI BERLAKU!!!!!

Jika Tengku Razaleigh diberi peluang ini, beliau pasti berjaya kali ini dan apa akan jadi kepada Najib?

Diharap Mahathir akan memberi isyarat kepada Najib supaya bertindak dengan segera. Bulan September hanya ada 6 bulan sahaja lagi.

Kita bukan anti Tengku Razaleigh tetapi dengan kedudukan Najib sekarang ini, amat sayang sekali jika beliau leka dengan Paklah, maka ahli-ahli Umno yang kecewea akan berpaling kepada Ku Li bagi membuang Paklah. – 14:14PM

angin said...

Kelemahan Pak Lah atau Ketelusan SPR

kekalahan mengejut BN sememangnya tidak dijangkakan walaupun ramai pemerhati politik beranggapan bahawa BN kali ini tidak akan menang dengan majoriti yang besar...ada beberapa faktor yang menyebabkan kekalahan BN kali ini....di mana salah satu penyumbang kekalahan ialah penggunaan kotak undi telus....PRU kali ini ialah kali pertama ia digunakan...adakah selama ini kemenangan BN dibantu oleh penggunaan kotak peti undi yang berwarna hitam....??mungkinkah selama ini majoriti yang dimenangi adalah sedikit tetapi disebabkan kotak hitam menjadi penyelamat majoriti undi?...
bagi pendapat saya sekiranya Pak Lah berundur...beliau berundur secara terhormat...ini kerana...BN kalah berpunca dari ketelusan yang dilakukan oleh SPR...adakah keputusan lebih baik didapati sekiranya peti undi hitam masih digunakan..?? Wallahualam...

mbahLanang said...

Turun ajelah PakLAH...... orang-orang bercakap pun sekejap aje...lepas tu orang lupa daah.... Kata Tun pun, Orang Melayu mudah lupa..Kepada BA saya mengesyurkan untuk come together and 'come to a co-sensus' untuk lantik Mursyidul 'Am PAS macam Khomeini Iran to counter check Ahmad Nijad... Baharulah Malaysia boleh meletakkan dan mengembalikan kedaulatan juga keagungan Islam seperti apa yang termaktub di Perlembagaan Malaysia.
Kalau lantik Najib, 2x5 jugak.... Takde ke lain-lain calon selain Najib???...
Malaysian is for Malaysia bukan untuk Melayu - sebab Melayu pandai jual Melayu dengan harga RM200.00 saja untuk sorang - lagipun Melayu sekarang ni hanya tahu me'Rempit' , tagih dadah, rockers dan buat anakluar nikah aje....
(Sorry brother...this is reality...takde apa yang nak dimalukan pun...)

lovespiraldownwards said...

I agree! We dont need another corrupter. Diketahui umum skandal2 yg menyelubungi Najib selama ni. Ada dia cuba nafikan? Selama ni pun Umno yg 'memakmurkan' isu perkauman semenjak dari 1969 lagi. Tak habis dgn agenda bangsa tu. Kembali kepada asas Islam. Tegakkan agama yg spatutnya dijulang dari bangsa tu. Sejarah dah buktikan byk bangsa yg gah satu masa dulu, dah takde apa skarang. Islam itu lengkap, syumul. Model kerajaan Islam zaman Rasulullah dah tunjuk mampu menyatukan pelbagai bangsa, agama di bawah 1 payung tanpa huru hara. Sedarlah..