Thursday, March 20, 2008

Siri Pertama:

Tengku Razaleigh Hamzah
Muncul Sesudah Gerhana?

Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan di Kota Bharu semalam bahawa beliau sedia “menerajui dan merawat UMNO bagi memastikan parti itu tidak hilang kekuasaan dan Melayu terus dibela.”

Berikutan kenyataan ini, saya rasa terpanggil untuk menyiarkan semula empat siri posting saya mengenai Razaleigh dalam blog ini pada Jun 2007. Siri pertama ini yang pernah disiarkan dalam blog ini pada Isnin, 11 Jun 2007, adalah seperti berikut:

Hujung minggu baru-baru ini fikiran saya cukup bercelaru. Bukannya pasal apa-apa yang peribadi. Tetapi perihal tanahair tercinta yang kini dikatakan sedang di ambang gerhana.

Sama ada gerhana bulan, gerhana suria, gerhana siasah atau gerhana iktisad, saya tidak tahu. Saya hanya mendapat maklumat bahawa satu episod gerhana akan mnjelma di Malaysia. Jadi, harap anda semua bersabar, tunggu dan lihat, sama ada gerhana itu benar-benar berlaku.

Bagaimanapun, dalam kecelaruan ini, saya pun baca semula buku Apa Agenda Anwar Ibrahim Dengan Khairy Jamaluddin karya sahabat saya, Saudara Yahya Ismail atau Pak Ya. Kalau apa yang dinukilkan oleh Pak Ya di dalam buku itu adalah hakikat, kata suara hati saya, ke manakah akhirnya kita semua?

Pak Ya juga memaparkan banyak gambar pemimpin UMNO dari semua lapisan di dalam buku tersebut. Tetapi, saya sendiri tidak tahu, mengapakah perhatian saya terpaku kepada foto yang dipaparkan di muka surat 266 di mana Pak Ya memaparkan wajah Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen BN Gua Musang, Kelantan, dengan caption seperti berikut:

Kalau beliau (Tengku Razaleigh) menumpaskan Mahathir pada tahun 1987, jawatan PM akan disandang oleh beliau. Malangnya, dia gagal. Tapi beliau tidak mudah berputus asa dalam perjuangan dan tidak pernah kalah dalam setiap pilihan raya yang disertainya hingga sekarang. Beliau mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM. Kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.

Begitulah kata-kata Pak Ya dalam bukunya yang diterbitkan pada Ogos 2006. Saya tidak pasti mengapa Pak Ya memilih caption di atas untuk gambar Tengku Razaleigh yang berpakaian casual. Tetapi, dalam gambar itu, Tengku Razaleigh jelas memberikan satu renungan yang tajam dan penuh bermakna.

Soalnya di sini, mengapakah sewaktu menghadapi kecelaruan ini saya memetik caption Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh?

Adakah kerana saya tertawan dengan kata-kata Pak Ya bahawa Tengku Razaleigh “mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM.”?

Atau, adakah kerana Pak Ya mengatakan bahawa “kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.”?

Saya tidak dapat menjawab persoalan di atas kerana soalan itu menjelma dalam kecelaruan fikiran saya terhadap tanahair.

Tetapi, mungkinkah saya memetik kata-kata Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh kerana naluri saya yang sedang dalam kecelaruan ini didorong oleh satu persepsi bahawa Tengku Razaleigh memang tokoh terbaik untuk mengembalikan semula cahaya ria yang akan ditenggelamkan oleh gerhana yang mungkin tiba?

Mungkinkah kini sampai giliran Tengku Razaleigh, putera raja berjiwa rakyat, untuk mewarnakan semula landskap siasah Malaysia selepas gerhana muncul di tanahair tercinta ini tidak lama lagi? – Ruhanie Ahmad, 11 Jun 2007.

Nota: Saya harap kita semua renungkan posting di atas yang sudah hampir sembilan bulan usianya. Fikir-fikirkanlah sama ada cetusan hati saya ketika itu jadi tambah relevan kepada scenario siasah mutakhir ini? Siri kedua akan menyusul esok. – Ruhanie Ahmad

8 comments:

Berita Semasa said...

Semasa Tengku bertanding dengan Tun, saya masih di tahun 6. Masa itu memang tak tau apa-apa pasal politik. Yang saya masih ingat, kitaorang selalu koyakkan poster DAP pasal diberitahu mereka ni "komunis". Teruk juga otak kena "brainwash" dengan orang tua-tua.

Waktu Tengku memimpin parti S46 saya remaja yang dalam proses melangkah ke alam dewasa. Mula berjinak-jinak dengan pemuda umno. Kali pertama saya mengikuti pertandingan Ketua Pemuda Umno bahagian saya, baru saya nampak taktik-taktik kotor dan asam garam politik. Cakap memang tak boleh nak pakai kebanyakannya.

Kesedaran politik saya ditahap paling tinggi, bila idola pemimpin saya, Anwar Ibrahim dipecat. saya jadi keliru dengan tindakan Tun. Masa tu baru saya teringat kembali pada Tengku. Jika S46 masih ada, saya yakin Tun telah tumbang.

Kini setelah apa yang telah berlaku, Tengku kembali menawarkan diri. Saya merasakan Tengku berada dimasa dan tempat yang terbaik untuk memenangi jawatan Presiden Umno. Bukan kerana Tengku adalah yang terbaik tetapi kerana tiada calon lain yang berkaliber sanggup berdepan dengan Pak Lah.

Persoalannya sekarang siapa regu Tengku ? Adakah Najib akan berada dikedua-dua pihak ? Atau Naib Presiden dari Johor tu akan mengambil kesempatan ini untuk memadamkan terus karear politik Najib !

zeme said...

Salam Datuk,

Saya amat tertarik ulasan Datuk berkenaan "Tengku Razaleigh Hamzah - Muncul Sesudah Gerhana". Secara jujur memang sejak di peringkat menengah lagi saya sentiasa mengikuti perkembangan idol politik saya Tun Dr Mahathir dan YBM Tengku Razaleigh, kebetulan arwah datuk saya sama-sama dalam bahagian UMNO Gua Musang dan YB ADUN Gua Musang sejak YBM Tengku di parlimen Ulu Kelantan merupakan rakan baik YBM Tengku.

Walaupun YBM Tengku merupakan insan berketurunan raja dan merupakan bapa saudara Raja Permaisuri Kelantan, tapi YBM Tengku lebih bersifat Putera Raja di hati dan jiwa Rakyat. Saya amat menyanjungi sifat peribadi YBM Tengku yang peramah, merendah diri dan mesra dengan jiwa rakyat. Tengok saja di kawasan parlimen Gua Musang, rata-rata masyarakat Melayu, Cina, India malah kaum orang Asli pun menerima YBM Tengku sebagai seorang pemimpin di jiwa rakyat.

Pengalaman YBM Tengku semasa dalam kabinet sebagai menteri Kewangan serta Perdagangan Antarabangsa dan Industri malah berperanan besar dalam penubuhan PETRONAS, Bank Bumiputera, pembinaan bangunan UMNO PWTC jelas menunjukkan bagaimana perjuangan YBM Tengku dalam memartabatkan bangsa melayu melalui UMNO.

Saya dapat rasakan ada hikmah disebalik apa yang berlaku dalam keluarga UMNO kini dan tanggapan Datuk berkenaan " tengku Razaleigh Hamzah - Muncul Sesudah Gerhana" sudah mulai terbit dengan membawa sinar harapan untuk bangsa Melayu dan UMNO agar tidak terus tenggelam berkubur tanpa bernisan.

Wasalam.

cakapsiang said...

Hanya Ku li yang boleh menyelamatkan UMNO daripada terus hanyut dan hancur. Beliau kena berada di dalam UMNO sekurang-kurangnya dua penggal untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Najib kena tunggu...!

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Datuk, saya dah tak larat nak layan email-email yang mendesak saya jelaskan apa maksud 'su-kj' dan 'penyokong-kj'?

2. Jadi sempena sambutan Maulidul Rasul ini, saya ingin memberi penjelasan tersebut. Diharapkan semua pembaca dapat fahami maksud itu.

3. Sila layari blog saya malam ini.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Berhubung hasrat Tengku Razaleigh itu, saya sekali lagi ingin menyatakan bahawa tindakan Ku Li itu sama ada sudah terlewat atau sudah tidak sempat?

Kenapa pula Ku Li harus merujuk kepada Dr. Mahathir?

wan ismail said...

UMNO PERLU DISELAMATKAN OLEH KU LI SEGERA

Sebagai ahli UMNO saya rasa sampai masanya Ku Li menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO bagi menyelamatkan UMNO yang kini di ambang bahaya.

Mungkin orang mengatakan Ku Li dah tua. Cuba kita tengok Perdana Menteri Thailand pun tua iaitu berumur 72 tahun. Sejarah telah membuktikan bahawa beberapa orang pemimpin di Negara China dan Jepun ramai yang berumur 70'an tiada masalah mereka berjaya memimpin Negaranya dengan cemerlang. Begitu juga di beberapa buah negara di Afrika ramai yang berumur 70'an.

Berbalik kesediaan Ku Li untuk mencabar Pak Lah , inilah masa yang sesuai. Tidak mungkin DS Najib hendak cabar Pak Lah kerana beliau sekarang Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kita harap DS Najib kekal bertanding jawatan Timbalan Presiden dan peluang beliau untuk menjadi PM masih ada kecuali BN ditumbangkan lebih awal melalui Wakil Rakyat BN melompat ke BA.

Kita jangan amalkan sikap bodek dan mengampu kerana yang rosaknya Parti. Lihat sahajalah setiap kali Perhimpunan Agung UMNO tidak boleh lari daripada ucapan perwakilan daripada unsur-unsur bodek dan ampu. Akibatnya pemimpin merasakan dirinya betul dan tidak ada kesilapan. Contohnya yang paling ketara ramai orang Melayu tidak bersetuju matametik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris termasuk cerdik-pandai melayu dan juga UMNO Johor pun tidak setuju tetapi Pak Lah masih bekeras dengan polisi yang merugikan anak-anak melayu terutamanya apa akan jadi anak-anak melayu di luar-luar bandar. Percayalah jika Bahasa Melayu tidak dimartabatkan kembali, tengoklah dalam 10 tahun lagi Bahasa Melayu akan dipinggirkan. Apa yang telah berlaku dengan tulisan jawi termasuk Utusan Melayu telah pun terkubur. Ini semua angkara kita ( UMNO ) yang tidak cintakan tulisan jawi. Cuba tengok tulisan Cina dan Tamil rakyatnya masih berbangga dengan akhbar mereka tetapi orang melayu hanya berbangga membaca Akhbar Mat Salleh malah kalau bercakap kalau tidak ada bahasa rojak dianggap tidak maju. Bahkan ada golongan elit merasa terhina jika bercakap Bahasa Melayu dan membaca surat melayu. Oh Malaysia ku, UMNO yang dituduh menjahanamkan Melayu.

Kini sampai masanya UMNO perlu kembali kepada perjuangan Melayu tulin sebagaimana yang diperjuangkan oleh Allahyarham Tun Razak, Syed Jaafar Albar, Dato Harun Idris, Tan Sri Nasir Ismail dan lain-lain. Bagaimana UMNO perlu diselamatkan?. Jawabnya pimpinan UMNO sekarang perlu ditukarkan segera. Jangan biarkan Wilayah Pembangunan Iskandar menjadi hak milik Singapura kerana yang ruginya melayu.

Kembali kepada Ku Li ingin rawat UMNO, saya berpendapat sudah sampai masanya bagi kita semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Ku Li untuk memperbetulkan polisi Pak Lah yang banyak kelemahannya. Lihat sahaja apa yang terjadi tidak pernah berlaku dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia yang membuat satu-satu keputusan dibantah dan dipertikaikan secara terbuka . Contohnya pemilihan calon yang bertanding dalam PRU-12, perlantikan jawatan dalam kabinet dan lain-lain.

Satu lagi kelemahan Pak Lah ialah beliau gagal dalam menentukan perlantikan jawatan Menteri Besar. Bila si anu berjumpa dikatakan begini. Bila si anu lain datang Pak Lah pulak kata begitu. Tidak ada ketegasan dalam membuat satu-satu keputusan. Betullah kata Tun Dr Mahathir bahawa Pak Lah lembik dan lemah kini sudah terserlah dan terbukti. Ayuh Ku Li Selamatkan UMNO segera supaya kehebatan UMNO dikekalkan.

pandangan Akar Umbi UMNO.

Letting the time pass me by said...

Saya menjadi semakin resah melihat arah hala tuju UMNO sekarang.

Walau pun saya bukan ahli UMNO (nak masuk UMNO pun bukan senang), tapi UMNO telah lama menjadi pejuang melayu. Mungkin saya bukan orang yang medapat projek dari kerajaan, tapi at least dapat jugak tengok melayu jadi kaya.

Saya rasa politik cantas mencantas UMNO telah benar-benar melemahkan orang melayu. Saya rasa UMNO perlu seorang pemimpin yang dinamik, proaktif, jujur, amanah, rendah diri dan sederhana, macam Presiden Iran... Mungkin zaman memperlihatkan kekayaan pemimpin, dah berlalu, mungkin rakyat sekarang ingin melihat kesederhanaan... Semenjak TDM bersara, suara kita dipentas dunia nie sudah tidak menggigit lagi, tiada lagi kritikan-kritikan pedas yang sering diungkap oleh TDM dulu.

pijoe said...

DS Najib tidak berani, kenapa?? Sekiranya beliau benar2 manusia yang pertahankan ketuanan melayu, beliau mesti mengambl langkah yang sewajarnya setelah jalan menuju puncak telah dibuka oleh rakyat kepada beliau.

Sekiranya SD najib tidak berani, maka muncullah personaliti personaliti yang berani untuk merawat kembali UMNO dan BN amnya yang sudah luka parah ini antaranya Tengku Razaleigh.

Beliau memang mempunyai ketokohan dan dihormati oleh sesiapa sahaja walaupun pernah keluar UMNO pada satu ketika dulu. Saya menyokong sepenuhnya beliau mengambil ruang yang diberi oleh rakyat (pada pru 12) untuk merawat sepenuhnya UMNO khasnya dan BN amnya.

Tetapi perlu diingat Datuk..banyak tangan² gaib yang akan menghalang beliau. Tangan ini muncul apabila adanya personaliti yang bangkit mencabar kepimpinan sekarang. Apa yang boleh saya lakukan hanya berdoa supaya Allah SWT memudahkan personaliti ini mencapai hajat yang diharapkan oleh rakyat.

wak said...

What have we seen and learned about majority Malays (and many UMNOs) from the recent PRU12? DISSATISFACTION VANISHES LOYALTY. Many voted for BA (PAS, PKR and DAP) candidates (while others prefer to stay at home) without the concern to know who and what the candidates are, EXCEPT for the most important consideration CYNICAL FACTOR, of them not from the ruling coalition party (BARISAN NASIONAL). And that is UMNO literally.

The message is CLEAR. They want changes. Part of those revolt UMNOs want the change of many administrators in the current govt. Another part wants changes in certain practices. Some want changes in certain ruling and codes especially that involved prices of essential items including petrol. While some cant stand anymore with the cronyism and unhealthy involvement of certain individuals in particular circle. But ONE THING they shared commonly and strongly, is persuading the ACT OF CHANGES upon certain leaders and certainly PM Abdullah Ahmad Badawi. THEY WANT ABDULLAH TO CHANGE, AND LOSING 4 BN-CONTROLLED STATES; THE CHANGES THEY WANTED NOW AND THEN IS FOR ABDULLAH TO STEP DOWN. For PM Abdullah, to stay is to further this ever REVOLTING MOMENTUM which can be DANGEROUS not just to the unification of the Malays, but also to the stability of this country.

The TREND is SIMPLE. The SENTIMENT is even STRONGER and SIMPLER. If Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) is the only option left to get things done, then THEY (UMNO majorities) will definitely go for Ku Li.

But one thing is to say, another is to act. While shouting the so-called DEMOCRACY is 'butter and bread' to politicians vying to win 'RAKYAT's Hero of the year', the obvious in UMNO is so opposites to what D-E-M-O-C-R-A-C-Y spelled. In reality, democracy in UMNO is either DISFUNCTIONAL or DEFUNCT. While the idealogy is still alive, the practice is about DEAD.

The question NOW is HOW FAR WOULD THOSE MAJORITY UMNOS DONE DEMOCRACY A FAVOUR, UPHELD THE TRUTH, FIGHT FOR WHAT THEY BELIEVED IS RIGHT, against the current leaders particularly Abdullah Ahmad Badawi?

In proposing himself to so-called 'MENGUBATI UMNO' (curing UMNO), veteran politician Tengku Razaleigh Hamzah, has indeed paving the way for the rest of UMNOs, to FOR ONCE IN THEIR LIFETIME, DOING THE RIGHT THING. For the sake of our 'Parti Keramat' UMNO and MALAYS.

(my personal thought)