Thursday, March 06, 2008

Mukhriz Calon Muda Berperibadi Mulia

Seorang pembaca blog ini di Jerlun, Kedah, memberitahu saya bahawa calon BN, Datuk Mokhriz Mahathir, kini sedang diasak oleh pihak-pihak “bukan pembangkang” yang datang dengan kereta bernombor plet Kuala Lumpur.

Pihak ini dipercayai ke Jerlun dikirimkan oleh kumpulan seorang individu tertentu untuk memastikan Mukhriz kecundang dalam PRU12.

Kelompok ini dikatakan menabur wang di sesetengah kawasan peti undi di Jerlun dengan harapan pengundi di sana tidak akan memilih Mukhriz.

Lebih serius lagi, Mukhriz juga dikatakan menerima bahana permainan “baling batu sembunyi tangan” arahan sesetengah personaliti tertentu di kawasan Jerlun.

Bagaimanapun, Mukhriz bukan calang-calang anak muda. Beliau berperibadi mulia, meliliki semangat juang yang kental, kredibaliti yang tinggi dan komitmen kepada negara-bangsa yang abadi yang diwarisinya daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pastinya pengundi Jerlun akan kerugian jika sokongan mereka kepada Mukhriz disia-siakan semata-mata kerana ada pihak “bukan pembangkang” yang menaburkan wang ringgit semata-mata untuk memenuhi kepentingan peribadi yang sempit dan negatif.

Lantaran itu, para pengundi Jerlun fikir-fikirkanlah dengan ikhlas dan bijaksana! – Ruhanie Ahmad

6 comments:

mn said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Sebenarnya saya adalah antara orang yang paling awal sekali mengistiharkan Datuk Mukhriz itu adalah 'manusia yang terpuji' walaupun saya tidak berapa suka dengan TDM.

2. Sila rujuk apa yang telah saya katakan mengenai Mukhriz dalam blog saya:
http://www.penyokong-kj.blogspot.com

3. Bayangkan semasa usianya 16 tahun bapanya ketika itu sudah bergelar Perdana Menteri. Jadi rasanya sudah tidak ada apa lagi yang perlu beliau kejar seperti orang-orang lain, kecuali mahu menjadi seorang 'manusia yang terpuji'. Semoga beliau berjaya.

Berita dari gunung said...

"Pihak ini dipercayai ke Jerlun dikirimkan oleh kumpulan seorang individu tertentu untuk memastikan Mukhriz kecundang dalam PRU12."

Bukankah Khairy tempuh hari mengutarakan bahawa BN tidak gentar dengan ancaman pembangkang, tetapi pergolakan dalaman yang dibimbangkan. Kata-kata itu adalah intro kepada permainan kotor yang dijangka dan dirangka.

Saya tidak mengundi di Jerlun. Kalau di sana, sikit pun saya tidak rasa ralat dan bimbang untuk mengundi Mukhriz. Beliau menepati ciri calon yang sesuai.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Datuk dan semua,
Peristiwa ini sudah saya duga malah saya pernah memberitahu Sdr. Norizan Sharif agar berhati-hati dengan kelompok yang akan mensabotaj sdr. Mukriz.

Datuk,kita mesti menangkan Mukriz supaya dia boleh menjadi PENGIMBANG kepada kepimpinan PEMUDA UMNO yang Datuk dulu suatu ketika berada di dalamnya. KJ sudah pasti akan menang saya pasti.
Makanya kita perlu mengalihkan perhatian kita kepada kawasan Jerlun. Kita mesti cuba membantu dia walau dengan cara apa sekalipun.

PEMUDA HARAPAN BANGSA.

The Eugenist said...

Salam tok..

Begitulah...kalau datang dari keturunan yang baik, sudah pasti akan menjadi benihnya..

Tapi kalau datang dari entah dari mana2, sudah pasti perjuangan orang itupun seperti "entah ke mana-mana"..

Harap tok faham maksud saya..

HESMEL FAZNEE FAISAL
"Undilah dengan bijak"

Imam Hadhari said...

layari imamhadhari.blogspot.com untuk melihat gambar pak lah berpeluk dengan perempuan

Anonymous said...

Datuk,

Mukriz adalah Presiden ANSARA.
Dalam kelompok ANSARA pun,KJ telah memasukan orang2 beliau dan cuba menjatuhkan Dato Mukriz, tetapi Allah SWT itu Maha Kaya, calon2 KJ dalam pilihanraya ANSARA lepas semuanya tersungkur di pintu syurga.

Dalam pilihanraya kali ini, geng2 samseng yang sama akan cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan Dato Mukriz.

Saya hanya dapat berdoa geng2 KJ ini tidak berjaya dalam plan mereka.