Wednesday, March 12, 2008

Gunakan Pletfom UMNO Desak Abdullah Berundur?

Kiriman Putera Bentan

Selama hampir dua bulan saya tak mau hantar komen ke blog kuda kepang Saya bimbang, saya khuatir, saya merasakan sesuatu yang menggerunkan berlaku kalau Abdullah terus bertindak macam hari ini.

Bila keputusan PRU 12 diumumkan, saya tidak terkejut. Saya sudah jangka kejutan ini akan berlaku. Sebab tu sejak gelombang kuning pada 11 Oktober 2007, saya agresif minta Abdullah berundur diri demi agama, bangsa, negara.

Tapi Abdullah ingat desakan itu perbuatan rakyat yang jahil dan separuh gila. Sekarang siapa yang yang jahil mentafsir jiwa, perasaan dan citarasa rakyat? Sekarang, mana Abdullah berani sebut slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang? Sekarang rakyat pula tempelak Abdullah dengan slogan Temberang, Terbuang, Terbongkang!!!

Kenapa jadi begini? Abdullah pura-pura tak tau kenapa jadi begini? Dalam dia pukul tak tau, dia buat kenyataan lagi pasal menantunya yang merosakkan negara dan BN. Katanya, menantunya tidak masuk campur urusan negara dan parti. Dalam keadaan BN kalah teruk di lima negeri, keutamaan Abdullah masih lagi kepada menantunya. Dalam keadaan BN yang lemas, Abdullah masih lagi dijangkiti penyakit penafian. Dia nafi itu, dia nafi ini, dia nafi semuanya. Dia nafi kerajaan BN tak lemas…

Saya dapat berita, Abdullah kena ganyang oleh beberapa ahli MT UMNO dalam mesyuaratnya semalam. Seorang dari mereka, walau tak sebut nama, merujuk kepada menantu Abdullah sebagai satu punca utama bencana yang menimpa BN. Lepas kena ganyang, Abdullah kata dia take note. Lepas tu, dalam sidang media, Abdullah nafi menantunya masuk campur urusan parti dan kerajaan! Dolak-dalik tak sudah-sudah, dulu, kini, selamanya!

Saya juga dapat berita, kalau Abdullah masih nak duduk kerusi PM, beberapa individu BN akan “memberontak” tak lama lagi. Ikut berita yang saya terima, “pemberontakan” ini mungkin boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa di peringkat pusat. Saya tau Abdullah tau hal ini. Tapi, saya percaya Abdullah akan terus pukul tak tau!!!

Saya ahli UMNO. Saya minta pemimpin-pemimpin UMNO bersatu, bukan untuk sokong Abdullah terus jadi PM, tapi desak Abdullah segera mengundurkan diri dari kerusi PM hari ini. Apa anda semua takut? Kalau tak ada rakyat, anda semua tak akan ke mana. Kalau tak dengar desakan rakyat, rakyat tau anda semua akan berakhir di mana.

Tak lama lagi akan ada mesyuarat cawangan-cawangan UMNO. Lepas tu mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian UMNO seluruh negara. Saya akan cadang di cawangan saya supaya kita buat usul undi tak percaya kepada Abdullah kalau dia enggan berundur sekarang. Saya harap UMNO di seluruh negara buat usul yang sama. Jangan takut, tak ada suara cawangan, tak ada peluang Abdullah nak jamah kerusi Presiden UMNO. Kita desak ADUN dan Ahli Parlimen UMNO pimpin gerakan ini. Jangan bimbang. Ini untuk kebaikan UMNO tulang belakang BN.

Tokoh-tokoh UMNO yang nak selamat, silalah bersuara dari sekarang. Tunjuklah keberanian anda semua demi kebenaran dan manfaat agama, bangsa, negara. Ini masanya untuk kita semua berjuang memulihkan UMNO yang dah dihancurkan oleh menantu Abdullah dan konco-konconya.

Ingat, UMNO parti kampung, kata Musa Hitam. Kalau tak ada orang kampung, tak ada UMNO yang kuat. Menantu Abdullah mana tau jiwa orang kampung? Mana dia tau pengorbanan orang kampung bergolok bergadai harta benda, gelang, subang, kerongsang, untuk derma supaya Tunku Abdul Rahman dan rombongannya pergi England tuntut kemerdekaan negara? Yang menantu Abdullah tau cuma berlagak, sombong dan bongkak. Pergi Kelantan lancarkan slogan “pade doh” untuk menawan Kelantan. Sekarang, “pade doh mertua demo”!! Ini semua sebab jiwa orang kampung dan orang Melayu dihiris oleh kesombongan menantu Abdullah.

Marilah kita semua pakat-pakat desak Abdullah undur diri dari kerusi PM sekarang. Kalau dia berdegil, kita gunakan kuasa kita menerusi UMNO. Demi agama, demi bangsa, demi negara, mari kita bertindak dengan tekad yang jitu. – 12 Mac 2008, Jam 2:16 AM

11 comments:

Serama said...

DAP to revamp DEB go to http://seramaberkokok.blogspot.com/

the indie story said...

Lim Guan Eng sepatutnya lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan. Tersalah cakap buruk padahnya. Silap-silap kerajaan DAP di Penang hanya sempat bertahan tak sampai 3 bulan. Tolong jaga sikit perasaan hati kaum Pribumi Melayu Islam. Agaknya beliau terlupa bahawa kemenangan besar DAP di Pulau Pinang adalah hasil undi daripada semua kaum, termasuklah melayu. Jadi beliau tidak seharusnya bermegah diri mendabik dada dengan beranggapan bahawa itu adalah kemenangan mutlak untuk Democratic Action Party (DAP) yang terkenal dengan konsep slogan ‘Malaysian Malaysia’.

Sila baca artikel seterusnya di:

http://theindiestory.blogspot.com

tQ

panca said...

tolonglah pak lah,
kalau kamu letak jawatan bolehla penganti kamu bersihkan umno.
selagi kamu kat situ siapa berani nak ubah kehendak kamu.
very simple kalau dalam iso 9002, ini dah kira major NCR. silap-silap kena tendag keluar company.
macam tu juga dalam politik. bengong.

Anonymous said...

Apa nak jadi lah dgn semua pemimpim Umno,tak ada seorang pun yang berani mendesak Pak Lah yg dah lelah untuk meletakkan jawatan.

Hati saya sunguh sakit apabila DAP telah menghapuskan DEB sebagai dasar utamanya lepas ni banyak lagi yang akan terhapus,tanah,jawatan ahli majlis,tender jangan haraplah klass F nak dapat dan bermacam macam lagi yg akan sampai.lebih sakit hati saya lagi apabila Pak Lah masih lagi tak mahu bertanggong jawab dan melepaskan jawatan kerana telah menjahanamkan Umno dan parti komponen demi untuk menyelamatkan karier politik Khairy menantu kesayangannya.

Kalau saya ada kuasa dan pengaruh telah lama saya mengepalai tunjuk perasaan meminta Pak Lah melepaskan jawatan,apakan daya saya hanya salah seorang dari rakyat miskin di bumi Malaysia ini

akan bertambah miskinlah saya apabila DAP memerintah .Aduhaiiiii

Fikir Tajam said...

Salam hormat Datuk Ron,

MT UMNO mesti mengorak langkah buat sesuatu bagi mengelakkan keadaan tak menentu ini bertambah parah. Jika MT UMNO masih berdiam diri dan menyalak "Kami sokong Pak Lah! Hidup Pak Lah!" maka kami RAKYAT khususnya para AHLI UMNO PARTI KERAMAT ini tidak akan menoleh ke belakang lagi akan MENGGANYANG beliau sehingga berlutut memohon ampun kepada Rakyat seterusnya meletakkan jawatan.

Ternyata Dolah tidak relevan lagi. Benar kata Putera Bentan bahawa sekarang beliau tak berani lagi memekik "Cemerlang Gemilang Terbilang". Kita tidak mahu sikap MABUK KUASA Dolah akan meranapkan UMNO dan melupuskan/melenyapkan/melunyaikan BN sama sekali.

Ingatlah bahawa kestabilan negara sekarang ibarat di hujung tanduk.

Bacalah "Kerajaan Terbuka untuk Rakyat gantikan BN sekarang" oleh Sheih.

http://kickdefella.wordpress.com/

Ternyata 30 kerusi lagi bukanlah sesuatu yg mustahil. Pernah berlaku sebelum ini di mana Pairin membawa PBS keluar BN semasa PU 1999 lalu. Perkara sedemikian tidak mustahil boleh berulang Datuk. Sekarang pun PKR dan gagasan Rakyat sedang tawar menawar wakil ADUN dan Parlimen BN dari Semenanjung, sabah dan Sarawak untuk menyertai mereka.

Ternyata kita berada di ambang yg amat sukar sekali. Percaturan Dolah dan menantu serta org2 sekelilingnya telah menjahanamkan UMNO, BN malah kini menyeret negara ke kancah huru-hara dan ketidakstabilan. Kita tak mahu sejarah 13 May 1969 berulang di mana berlaku pertumpahan darah sesama Rakyat yg tersepit antara parti-parti yg bermasaalah.

Datuk Ron,

Dolah bukanlah kebal. Bukanlah berdaulat. Bukanlah maksum. Bukanlah agung. Bukanlah kasyaf. Bukanlah hebat mana pun. Tapi bagaimana bisa terjadi keBENGONGAN MENJADI-JADI di kalangan para pembesar UMNO dan sekutu BN yg seolah-olah terkasima/terghalib mata/terpesona/terpegun/terkedu/terbeku mindanya tatkala berhadapan dengan Dolah dan konco2nya?

Apa punya POLONG yg merasuk para pembesar UMNO yg seperti tidak upaya berfikir dengan waras, tenang, lapang, bijaksana, penuh hemah bagi menghadapi saat getir ini. KENAPA MASIH MAHU PERJUDIKAN NASIB ANAK BANGSA: bayi kecil, anak-anak, para remaja, para belia, kaum wanita yg perlu dilindungi, orang2 tua yg perlu dikasihani! MANA MARUAH DAN HARGA DIRI KALIAN?

Datuk,

Bacalah: "Kenapa Dolah takut berundur?" oleh Kamal Amir.

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4202/84/

Ternyata isunya amat jelas. TERANG LAGI BERSULUH! Nampak sudah HIDDEN AGENDA Dolah. Yg tersembunyi di benaknya tak boleh lagi ditutup di bendong/ditudung. NIAT UNTUK MENYELAMATKAN ANAK MENANTU MELEBIHI/MENJANGKAUI HIDUP MATI RAKYAT JELATA!

Fihrasat saya sebelum ini bahawa ketaktentuan akan berlaku apabila UMNO dan BN tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Rakyat maka akan berlaku ketidakseimbangan sosial/ekonomi/politik yg maha dahsyat! Lihat saja bagaimana DEB dilupuskan begitu saja oleh Lim Guan Eng dalam masa sehari saja selepas berkuasa.

Perkara yg sama bisa terjadi sekiranya pihak gagasan Rakyat (PKR, DAP dan PAS) berjaya memperoleh kerusi lompat dari mana-mana ADUN dan MP sekarang. Untuk membeli 30 kerusi barangkali 30 juta sudah mencukupi Datuk! Apa akan jadi pada Malaysia yg didominasi oleh DAP dan PKR. PAS hanyalah tempelan pada Gagasan Rakyat. Lihatlah bagaimana wakil Rakyat PAS yg menang di Penang dinafikan haknya. Guan Eng langsung tak sebut pun PAS sebagai komponen kerajaan campurannya.

Datuk,

Dolah & Kerajaan 3 Beranak bersama Anuar Zaini, Kalimullah, Kamal Khalid, Patrick Lim dan Jean danker bertanggungjawab terhadap apa yg berlaku hari ini. Bertanggungjawab menghancurluluhkan perasaan dan hati ahli-ahli UMNO yg setia di ceruk-ceruk kampung. Hati arwah bapa dan bonda saya yg begitu teguh menyokong BN dan UMNO selama hayat mereka. Amat memilukan Datuk! Sungguh menyayat hati mengenangkan perbuatan org2 yg HIPOKRIT & MUNAFIK!

BENAR Dolah MUNAFIK! Kalau benar dia ikhlas dia perlu/mesti letak jawatan sekarang juga. jangan humbankan masa depan negara ke kancah tak tentu hala tuju, tak menentu. Ini soal hidup mati bangsa, survival anak watan di bumi tanah leluhur moyang pusaka bonda!

Kepada Makhdzir Khalid (former MB Kedah), Shahari Samad, Johari Baharom, Anuar Zaini, dll yg BACUL & PENGKHIANAT BANGSA ITU cukup2lah menyakiti hati Rakyat, menghiris hati umat! Ingat! Punya BUSUKLAH HATI KALIAN kalau dicampak pada anjing pun tak mahu dimakannya! LAHANAT!

Berita dari gunung said...

Dear Dato Ron,

Khairy Jamaludin has not been properly baptised to join the ranks of UMNO. Thats why.. But UMNO fails to notice.

Malays must have forgotten about "mandi minyak" as baptism ritual in silat. For Khairy, it should have been "mandi minyak panas"!

Thanks Dato

Slyders said...

Salam.

Datuk,... Saya adalah rakyat dari generasi yang membesar di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir. Jadi aspirasi Tun (Tun Dr Mahathir... bukan Tun Musa Hitam haaa... yg tu tak masuk 'book') sangat dekat dengan jiwa saya. Secara ikhlas bagi saya Tun adalah seorang pemimpin Melayu terhebat pernah saya kenali. Saya amat mengagumi beliau. Pada tahun 2000 saya sangat bertuah kerana dapat bersama-sama Tun ketika pelancaran KMU (Kelab Maya UMNO) di Putrajaya.

Dan saya antara jutaan manusia yang berasa terlalu sebak ketika Tun mengumumkan hasrat meletak jawatan ketika Persidangan Agung UMNO satu ketika dulu.

Seiring dengan Tun, sesudah Tun melepaskan jawatan kepada Pak Lah... saya juga telah mengambil langkah yang sama di kawasan saya. Saya telah mengundurkan diri dari 'tugas' Ketua Pemuda. Sepertimana Tun berjuang untuk UMNO melalui belakang tabir, begitu jualah saya lakukan.
Jadi, Tun tersangat 'dekat' dengan saya.

Namun setelah Pak Lah dan konco-konconya mula menyombong dengan enggan menerima nasihat dan kritikan Tun. Saya jadi keliru. Dan apabila ada balaci-balaci Pak Lah dalam UMNO yang menghina dan memperlekehkan Tun hingga sanggup mengisytiharkan 'perang' terhadap Tun... Apalagi yang Datuk boleh fikirkan tentang pendirian saya? Saya menjadi benci yang amat terhadap Pak Lah, konco-konconya serta kerajaan. Kalau orang dah hina pemimpin yang saya sanjungi... apalah nak diharap untuk saya menyokong mereka!

Hari ini, selepas PRU12... kebencian saya telah sangat terubat. BN dan UMNO yang separuh mati telah menjadi bukti bahawa insan-insan yang berpendirian seperti saya sangat ramai. Jikalau BN, UMNO dan balaci-balaci dalam kerajaan tu tak sedar lagi... saya dan jutaan rakan bersedia memberi mereka gelombang kedua di PRU13 nanti. Giliran kita pula ajar mereka bagaimana nak berpolItik secara berhemah. Kita ajar mereka cara-cara menghormati tokoh terbilang negara.... TUN DR MAHATHIR!

Awas Pak Lah dan balaci-balaci you... undur diri atau tunggu swing votes kedua dari kami.

Hidup TUN Dr Mahathir!!!

cakapsiang said...

Saya bersetuju dengan saranan berkenaan, tetapi kita harus juga fikirkan siapa yang berupaya menyelamatkan UMNO yang sedang nazak ini. Satu nama yang sering saya fikirkan mampu membawa UMNO balik ke zaman kegemilangannya ialah Ku Li kerana:

1. Beliau mampu meningkatkan ekonomi Negara yang mana menjadi harapan pengundi Cina

2. Beliau mampu duduk semeja dengan PAS dalam mengukuhkan perpaduan Melayu.

3. Beliau dihormati oleh segenap lapisan dalam UMNO dan di luar UMNO

4. Beliau masih disegani di dalam dan luar negara

5. Beliau mempunyai kredibiliti dan merupakan seorang genius politik.

6. Beliau diterima oleh semua kaum.

Untuk mencari pasukannya, saya yakin beliau lebih arif. Mungking Ku Li ada ubat yang pahit itu....... selamatkan UMNO sebelum ia di TALKINkan.

Unknown said...

I 100% agree with you Dato'. I knew this was coming and it is time (although nasi dah menjadi bubur) for him to step down. Please do ALL you can do get all the UMNO leaders to get him to quit.

Da Real Deal said...

I have a feeling a motion will be moved in parliament by the oppositon supported by bn members who are tired and fearful of the Badawi family. PM will be replaced there.

Unknown said...

Muhyiddin-Razaleigh-Anwar Perlu Bertindak
Demi Malaysia Dan Rakyat Jelata Seluruhnya

Selepas keputusan PRU 12 diumumkan, Malaysia dilanda krisis, BN dilanda krisis. UMNO dilanda krisis, rakyat jelata dilanda krisis. Seluruh krisis ini berpunca dari hilangnya keyakinan rakyat terhadap Abdullah selaku pemimpin kerajaan, pemimpin BN dan pemimpin UMNO. Krisis yang sedang melanda adalah krisis keyakinan.

Vote of no confidence yang diberikan oleh rakyat menerusi PRU 12 nyata dan benar. Tapi, Abdullah masih terus berkata, kerajaan masih kuat. Krisis yang sedang berlaku adalah hakikat, tapi para pemimpin UMNO dan BN terus beri sokongan kepada Abdullah. Rakyat jelata mahu Abdullah berundur, tapi ada lagi pihak yang menyakinkan Abdullah supaya terus bertahan di kerusi PM.

Kita semua sedia maklum, Najib pun tak boleh diharapkan untuk menyelesaikan krisis ini. Najib bukan tidak mahu bertindak. Dia juga boleh kita ketengahkan dan beri sokongan. Tapi dia ada masalah besar yang dijadikan senjata oleh Abdullah dan Khairy untuk menyekat apa juga usaha yang mahu Najib lakukan.

Dalam keadaan seperti ini, terpaksalah Najib pun perlu diketepikan. Apa guna kita beri dia sokongan bila akhirnya Najib juga akan terus akur pada kehendak Abdullah dan Khairy. Jika Najib engkar, dia pasti akan diugut dengan “kebenaran” yang menyelubungi kes Altantuya. Abdullah dan Khairy akan membunuh Najib secara politik menerusi kes Altantuya. Kalimullah di NST dipercayai sudah stand-by untuk “memadamkan” karier politik Najib menerusi media, jika Najib cuba bertindak menurut kehendak majoriti rakyat ketika ini.

Sekarang terserahlah kepada Muhyiddin dan Tengku Razaleigh. Muhyiddin perlu ke depan dengan berani dan tegas kerana dia Naib Presiden UMNO. Muhyiddin terpaksalah “menderhaka” untuk kebaikan UMNO, BN dan Malaysia. Dia kenalah merintis perundingan dengan Tengku Razaleigh kerana Tengku Razaleigh boleh menyumbangkan peranan berkesan menyelesaikan krisis yang kita semua hadapi.

Kalau Muhyiddin hanya mahu terus bercakap-cakap sahaja menerusi media, kita harap Tengku Razaleigh ambil dayausaha paling utama untuk berunding dengan Anwar Ibrahim. Kita suka atau tidak suka, Anwar masih kuat lagi pengaruhnya. Anwar boleh mengawal DAP dari kalangan pembangkang. Anwar juga boleh diterima dan disokong oleh segolongan orang UMNO. Anwar sentiasa dihormati oleh komuniti dunia.

Mana-mana kumpulan yang prihatin terhadap krisis ini wajar memikirkan formula terbaik untuk membolehkan Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar bergabung minda dan bergabung tenaga demi negara.

Pemimpin Islam di Sabah dan Sarawak juga perlu berusaha menyumbangkan peranan masing-masing untuk membantu Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Begitu juga dengan para intelek. Mereka jangan jadi mandul dan dangkal untuk terus jadi pemerhati dan hanya berpolemik sesama sendiri. Mereka semestinya rasa terpanggil untuk berbuat sesuatu secara segera dan berkesan. Sekurang-kurangnya mereka juga perlu bersuara secara kolektif bagaimanakah kemelut semasa ini boleh diselesaikan secara berhemah, damai dan efektif.

Kita persetankan Khairy, Kalimullah, Annuar Zaini dan lain-lainnya. Kita beri kata dua kepada mereka, jangan masuk campur lagi dalam urusan menyelesaikan krisis ini. Kita dengar Khairy sedang menyusun usaha untuk mengerahkan orang-orang tertentu membuat kacau-bilau. Kalau ini terjadi, Ketua Polis Negara terpaksalah tahan Khairy secepat mungkin.

Kita juga dengar desas-desus kononnya segolongan elemen asing kini sedang membantu untuk menimbulkan kacau-bilau tersebut. Elemen asing ini dipercayai dari seberang tambak. Mereka sudah menguasai “under world” Malaysia sejak Abdullah memimpin Malaysia.

Bayangkan kalau group yang dikatakan anjuran Khairy bergabung kekuatan dengan elemen asing berkenaan. Bayangkanlah apa yang akan terjadi.

Saya yakin Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar pun sudah dapat angin-angin pasal hal ini. Abdullah tak payah kita risaukan. Dia hanya bertindak mengikut rentak dia sendiri dan mungkin juga ikut rentak irama yang sudah didendangkan ke kalbunya oleh pihak-pihak tertentu, waima luaran atau dalaman!

Apa nak ditunggu lagi? Muhyiddin pimpinlah lain-lain pembesar UMNO untuk mendesak Abdullah berundur dengan segera. Tengku Razaleigh, pimpinlah ahli-ahli UMNO untuk memperbaiki UMNO. Anwar carilah jalan terbaik untuk manfaat negara.

Setelah Abdullah berundur, Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar segeralah berpakat dengan PAS serta lain-lain pemimpin politik Malaysia. Fikirkanlah formula perdamaian politik untuk kedamaian negara dan kesejahteraan rakyat jelata. Saya yakin, rakyat jelata akan menyokong jika apa yang dilakukan adalah secara ikhlas dan jujur meliputi minat serta kepentingan seluruh etnik Malaysia.

Bagaimanapun, dalam apa juga usaha yang akan diambil, Tun Dr Mahathir mestilah dirujuk untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Jangan sekali-kali diketepikan Tun Dr Mahathir dalam usaha ini.