Thursday, March 13, 2008

Chua Gesa Presiden MCA Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Veteran MCA Datuk Chua Jui Meng menggesa presiden parti itu Datuk Seri Ong Ka Ting meletak jawatan berikutan prestasi buruk MCA pada Pilihan Raya Umum Sabtu lepas.

Chua berkata Ong wajar bertanggungjawab penuh terhadap kekalahan MCA pada pilihan raya itu dan meletak jawatan.

"Sebahagian besar masyarakat Cina sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Ong dalam MCA dan oleh itu beliau perlu meletak jawatan sebagai presiden parti," katanya di sini hari ini.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=320524

1 comment:

Berita dari gunung said...

Politik seperti sarang tebuan. Sengat tebuan memang pedih, tapi sakitnya tidak kekal.

Ada juga yang tumbang dan mati dengan sengat tebuan. Mangsa biasanya ada alahan, dengan antibody yang kurang, terdiri dari kanak-kanak atau orang tua.

Difahamkan bahawa bila tebuan menyengat, sengatnya hilang dan tidak tumbuh lagi, lalu tebuan itu terus hidup tanpa sengat dan bisa lagi.