Siri Kedua
Tengku Razaleigh Hamzah
Muncul Sesudah Gerhana?
Dua posting terbaru saya mengenai Tengku Razaleigh Hamzah dalam blog ini menerima sambutan hangat para pengunjung. Majoritinya positif. Kata mereka, memang tepat pada waktunya bagi anak raja berjiwa rakyat dari Kelantan ini diberikan sokongan padu untuk melaksanakan misi penting “merawat” UMNO demi agama, bangsa dan negara.
Seorang pengunjung yang bernama Zeme pula mengatakan bahawa andaian saya yang Tengku Razaleigh akan “muncul sesudah gerhana" Insya Allah menjadi realiti. Saya memohon maaf kerana kebelakangan ini saya tidak mampu menjawab seluruh komen anda, termasuk untuk lain-lain postings, secara satu persatu. Selanjutnya, ikutilah posting saya mengenai Tengku Razaleigh yang pernah tersiar dalam blog ini pada 12 Jun 2007, seperti berikut:
Posting saya bertajuk Tengku Razaleigh Hamzah Muncul Sesudah Gerhana? adalah suatu cetusan hati saya sendiri. Cetusan itu meledak secara spontan daripada jiwa saya yang terusik selepas menganalisa beberapa maklumat sensitif, spesifik, explosif, dan kontroversial yang saya terima sepanjang minggu lalu.
Sehingga hari ini saya masih lagi menilai, meneliti, menjalankan siasatan lanjutan serta menganalisa seluruh maklumat berkenaan. Proses ini saya lakukan untuk memperincikan apakah implikasinya kalau saya hamburkan seluruh maklumat itu ke intrnet secara total. Proses ini juga saya lakukan untuk membantu saya membuat keputusan sama ada saya akan berkongsi info berkenaan dengan seluruh masyarakat internet Malaysia atau pun biarkan sahaja maklumat-maklumat itu reput ditelan kerahsiaan.
Lantaran itulah saya berusaha mendapatkan maklum balas menerusi saluran internet untuk mengukur kesediaan anda menerima maklumat-maklumat seperti di atas. Sebab itulah saya mencari jalan mengukur kebijaksanaan anda menilai dan menterjemah mesej yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Antara intisari posting saya semalam adalah: Mengapakah sewaktu menghadapi kecelaruan, saya memetik caption Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh? Adakah kerana saya tertawan dengan kata-kata Pak Ya bahawa Tengku Razaleigh “mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM.”? Atau, adakah kerana Pak Ya mengatakan bahawa “kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.”?
Mungkinkah saya memetik kata-kata Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh kerana naluri saya didorong oleh satu persepsi bahawa Tengku Razaleigh memang tokoh terbaik untuk mengembalikan semula cahaya ria yang akan ditenggelamkan oleh gerhana yang mungkin tiba? Mungkinkah kini sampai giliran Tengku Razaleigh untuk mewarnakan semula landskap siasah Malaysia selepas gerhana muncul di tanahair tercinta ini tidak lama lagi?
Dan, antara sedutan reaksi kepada posting saya semalam, yang dikirimkan ke blog ini dan menerusi laman berita Malaysia Today, adalah seperti berikut:
Hamizi: Perlu diakui, tiada tokoh yang layak dalam BN untuk mengambil alih kepimpinan negara. Saya harap Tun Dr Mahathir Mohamad akan membantu Ku Li untuk menjadi PM.
Harry: Gerhana dalam apa bentuk pun tidak akan berlaku di negara ini, andaikata PAS atau parti pembangkang tidak membuat "kerja rumah" mengenai dasar politik mereka.
Zed: Change is good and badly needed in this country. I for one will support Tengku Razaleigh should he decide to contest for the top post.
MM2007: Gerhana itu adalah kejadian alam ikut design Tuhan atau sunnatullah. Jangan kita takut gerhana.
Nasigoreng: Ku Li satu-satunya 'PM material' tetapi takdir Allah mengatasi kehendak manusia. Ku Li sepatutnya jadi PM sekarang jika Mahathir berfikiran lebih waras dalam menentukan pengganti. Keberanian Ku Li mencabar Mahathir dalam tahun 1987 sudah cukup bukti bahwa selepas Mahathir, Ku Li mengambil alih pemerintahan negara ini. Ku Li seorang yang cerdas dan dinamis. Sangat meyakinkan bila berucap, orang tidak mengantuk. Beliau tidak pernah tertangkap tertidur dalam mesyuarat
Begitulah antara reaksi kepada cetusan hati saya semalam. Reaksi itu diberikan walaupun gerhana sebenarnya masih belum tiba. Bagaimanapun, kalau terjadi gerhana, mungkinkah pembesar-pembesar tertentu akan mempunyai kekuatan moral untuk berjuang memberikan semula sinar kepada rakyat dan negara tercinta ini? Kalau tidak, di manakah relevannya Tengku Razaleigh Hamzah dalam keadaan sebegini? – Ruhanie Ahmad, Selasa, 12 Jun 2007
Nota: Begitulah posting saya mengenai Tengku Razaleigh kira-kira Sembilan bulan yang lalu. Kini gerhana benar-benar sedang melanda kita. Jadi, adakah kita akan menyokong Tengku Razaleigh membawa sinar perjuangan menghapuskan gerhana siasah mutakhir ini? Fikir-fikirkanlah!
Info terkini: Saya difahamkan Tengku Razaleigh membuat kunjungan hormat ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad pada petang 21 Mac 2008. Sama-samalah kita berdoa semoga pertemuan tersebut menghasilkan sesuatu yang positif. Siri ketiga akan disiarkan esok. – Ruhanie Ahmad

17 comments:
Nampaknya Ku Li telah memulakan langkah awal mengunjungi TDM. Mungkin ada perkara positif yang akan dibincangkan.
Apa cerita Pak Lah nak jumpa semua kepimpinan bahagian secara berperingkat ? Nak mintak sokongan lagi agaknya. Kan senang buat perhimpunan khas macam Ku Li cakap.
Tapi yang pasti perang antara Ku Li dan Pak Lah telah bermula.
Mungkin TDM dapat membantu untuk mendapatkan 30% pencalonan untuk Ku Li melepasi peringkat awal. Harap-harap TDM & Pak Lah tidak bersekutu.
-------------------------
http://semasa.pdniaga.com
kalau di renunung dalam dalam memang kita tiada pilihan ..orang yang paling layak untuk menyelamat UMNO dan menyatupadu ummat Melayu termasuk dalam Pas ialah KU LI.layar blog ini "KULI tokok negara yang di Lupai?" oleh shahbandarmelaka
http://siraltalmustaqim.blogspot.com/
Dlm Utusan malaysia harini Kerismudin berkata " Bukan masa sesuai untuk Ku Li Bertanding Presiden"
HELLO Kerismudin? Bila masa yg sesuai? Masa menang besar dulu kata tak sesuai sebab Presiden Berjaya membawa kecemerlangan. Masa kalah pulak kata perlu merapatkan barisan, dah boleh lawan Presiden. Jadikan jelah semua jawatan, PRESIDEN, TIMB PRESIDEN, MT, KETUA PEMUDA, WANITA, PUTERI jawatan seumur hidup sampai mati.
Aku memang cukup menyampah dgn dia ni. Nasib bertanding kat Semberong kalau kat Shah Alam dah lama bungkus. Memang dasar PENGAMPU, PENJILAT, PENGECUT punya Ketua Pemuda. Baik jadi KETUA PEMUDI je. Aku memang sokong ler kalau Khir lawan Kerismudin ni. Kalau UMNO masih tak berubah, tak lama dah tu nak diletakkan dlm muzium.
i setuju dengan tolong oranglah...tolongla...orang-orang UMNO..saya rayu kita support KU LI..kuli lagi berwibawa berbanding PAk Lah dan ku li juga seorang yang berani...kalau kita nak menjadi UMNO parti yang kuat dan hebat kita patut tukau presedin parti, pak lah tak ada adea....saya sayang UMNO.
Pak Lah bukan merangkak naik dalam UMNO sebagai pemimpin yang cergas dan cerdas. Beliau muncul seirama dengan Wan Mokhtar dari Terengganu.
UMNO yang dulu sering menyediakan satu kerusi Naib Presiden untuk orang baik-baik yang boleh, bila terdesak, jadi imam dan jadi pelembut hati.
Manakala Presiden pula memerlukan ciri yang sama sekali berlainan. Presiden perlu cergas, berani dan bijak. Presiden perlu menggerakkan jentera dan menentukan halatuju dengan jelas. Presiden tidak boleh lembab dan leka. Presiden harus membezakan antara keluarga dan negara.
Sayangnya Pak Lah bukan dalam kategori itu. Ku Li masih ada ciri-ciri itu. Kalau tidak masakan beliau mampu bangun dan hampir berjaya pada tahun 1987 dan kekal di Gua Musang hingga sekarang. Berbeza pula dengan Musa walau sering dirujuk oleh Pak Lah malah dijadikan Gabenor SJER dan landbank, hakikatnya Musa kekal licik tetapi bukan berani dan berjiwa besar.
Umum tahu, bila laut bergelora, Musa segera berlabuh di balik pulau. Musa sentiasa takut sama badai.
Itulah perbandingan umum dari kacamata seorang rakyat biasa yang sering mengikuti perkembangan negara dan turut mengundi setiap kali.
i masih orang UMNO, masih pegang jawatan tim. pemuda cawangan UMNO, tapi saya bosan....dengan pucuk pimpinan parti terutamanya MT, ketua bahagian ok sikit..nak cakap pedas sikit, nak tegur sikit, tak boleh...nanti presiden parti marah, nanti kena black list...kalau kita tak dapat bersuara orang-orang muda akan lari dari UMNO...sifat orang muda suka berlawan arus..ada tak kena dia akan tegur, jesteru itu kita patut adakan pemilihan untuk presiden parti, gentlement sikitla orang-orang atas ni.KU LI patut diberi peluang.
A.kum Datuk;
1. firstly, thanks Datuk for ur latest coment on me in my blog.
2. Pendapat saya, pada waktu ini adalah lebih mudah jika Ku Li bekerjasama dengan PAS sekiranya untuk menyatukan semula Melayu dan Umno. Malah 'discounted' jika Ku Li bekerjasama dengan Dr. Mahathir kerana orang Melayu masih ingat berbagai peristiwa silam 'Maha..'?
3. Ini kerana Umno itu kini sudah hilang nilai-nilai Melayu. Melayu diukur pada bangsa, bahasa, agama dan budaya. PAS masih mempunyai ciri-ciri tersebut !
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
Biarlah Abdullah Badawi teruskan menjadi PM yang kapal nya penuh dengan Najis yang busuk lagi membusukan supaya lebih mudah dan lebih cepat BARISAN RAKYAT menengelamkan UMNo ... insyallah berkat doa rakyat terutama rakyat yang di inayai olih pemimpin pemimpin UMNo.
Saya percaya khalayak media yg dikuasai kalimullah sudah mula menghentam Ku Li dari terus meneruskan hasrat bertanding jwtn presiden.
Saya peilklah. Sudah terang lagi bersuluh. Kejatuhan UMNO kerana Pak Lah, tapi masih ada kaki ampu dok menyokong itu dan ini. Kalau mahu jd ahli parti yg memperjuangkan agama, bangsa dan negaranya, bersuaralah. Berbeza pendapat bukan penentangan. Takut diblacklist manusia di dunia ke mahu di blacklist Allah di akhirat kelak?
Saya mohon khalayak Bloggers bersuara dan terus bersuara agar support Ku Li bertanding jwtn Presiden kali ini.
Sesuatu yang perlu difikirkan..
"merawat" atau "melarat"?
Tepat masanya untuk seseorang yang berani seperti Ku Li menggerakkan misi "merawat" UMNO. Penyakit yang perlu dirawat adalah penyakit kronik iaitu sindrom 'jaga periuk nasi' yang mana apabila dijangkiti penyakit ini, maka kepentingan peribadi melepasi kepentingan umum, mulut tertutup rapat, kaki jadi bengkok membodek dan tangan asyik bergerak-gerak mengipas. Selain dari itu, mulut mengeluarkan kata-kata manis bak kasturi, tetapi di dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Cukup merbahaya penyakit ini, kerana sifat politician yang sepatutnya pandai berdebat akan terhakis serta-merta.
Oleh itu, sifat yang ditunjukkan oleh Ku Li sangat mulia iaitu untuk mengubat penyakit ini supaya kekuatan bangsa dapat dipulihkan. Tetapi berapa ramaikah yang sanggup bersama beliau untuk kerja-kerja merawat?
Datuk,nampak gaya TunM tak nak restu Ku Li bertanding President? Dia lebih pro Najib ambil alih Pak Lah? Alasan UMNO akan pecah dua lagi.Apa Tun M fikir Najib akan dapat jadi penyelamat UMNOnya?
Tak hairan. Itu sebab lama juga negara tak ada TPM.Itu tak salah; memang bukan requirement dalam perlemnbagaan untuk TPM.Beliau memang dari awal lagi nak lantik Najib tapi takut repercussion;maklumlah najib muda lagi..
sebenarnya kalau TunM mahu,beliau boleh lantik Ku Li sebagai TPM PASAL INI KUASA MUTLAK PM untuk lantik sesiapa aje sebagai Menteri atau TPM, syarat mesti di kalangan MP atau Senator dan tak perlu di dalam cicle Naib atau MKT UMNO.
Tapi kenapa tak lantik (layari http://siraltalmustaqim.blogspot.com/ "Tengku Razaleigh bertanding President"
Salam Datuk,
Saya secara terang lagi jujur sudah menyampah, meluat dengan segelintir "parasit" UMNO(Baru). Sudah hilangkah semangat UMNO tahun 1946 dikalangan ahli UMNO kini? Belum pun EGM dilangsungkan sudah keluar ayat-ayat tidak memakai akal melihatkan EGM tidak perlu untuk masa sekarang. Belum pun diadakan pemilihan jawatan, sudah ada ayat-ayat tidak cerdik melihatkan pertandingan akan menyebabkan perpecahan.
Tidak bolehkah mereka-mereka yang rata-rata terpelajar ini berfikir secara positif dengan tawaran YBM Tengku Razaleigh atau sesiapa saja untuk merawat UMNO? Salahkah diadakan EGM dan pemilihan parti? Jadi apa gunanya diwujudkan Fasal Perlembagaan UMNO yang membolehkan EGM diadakan sekiranya semuanya mengharapkan dibincangkan semasa AGM? Apa gunanya Fasal Perlembangan UMNO yang membenarkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT) diadakan setiap 3 tahun diadakan sekiranya takutkan pemilihan akan menyebabkan perpecahan? Baik di gubal terus memansuhkan Fasal Perlembagaan UMNO yang berkenaan kalau dari awal sudah berfikiran negatif takutkan itu, ngerikan ini.
Andaikata segelintir "parasit" UMNO ini berfikiran positif dan tidak bersikap Melayu UMNO yang pengecut, EGM boleh dijadikan pentas awal untuk mengusul dan berbincang tentang hala tuju dan prestasi UMNO kini, maka tidaklah semasa AGM tahun ini baru hendak kalut mengusul, berbahas, berbincang kerana AGM tahun ini sedia maklum akan diadakan pemilihan MT meskipun jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan. Setidak-tidaknya sekiranya EGM diadakan terlebih dahulu sebelum AGM, parti UMNO sudah mendapat sedikit malah tidak mustahil banyak kata sepakat dan muafakat. Maka pentas AGM tahun ini akan lebih harmoni tanpa banyak usul dan isu berbangkit.
Semakin lama-kelamaan, saya melihatkan parti UMNO kini sudah semakin hilang arah dan hala tuju jati diri, semangat demokrasi dan objektif penubuhan UMNO itu sendiri kerana Melayu UMNO kini banyak yang penakut lagi pengecut.
Tak usah lah berjuang kalau takutkan badai, lebih molek tidur (sinonim dengan Presiden UMNO kini) sambil bersantai, jangan sampai masa parti tergadai, gara-gara diikat dibiarkan dirantai.
Wasalam..
"He who pay the piper, call the tune" jgn peduli media perdana..penulis blog yang disangka monyet berjaya mempengaruhi rakyat menukar kerajaan di 3 negeri. Manusia kalah dengan monyet? he..he..he.. Saya percaya berdasarkan peranan Ku Li misalnya mengambil semula Guthries akan digunakan untuk menarik sokongan ahli umno yang saya rasa"berbulu" dengan mika-mika yang memang bermasalah. Dalam Team "B" tu..pun kira lah berapa pulak pecahannya..B1 B2..Semua simpan satu peluru..kena rembat..rembat balik. Saya rasa apa pun usaha yang menyatukan orang Melayu akan disokong..ingatlah..kita orang Melayu akan mati..Melayu tak mati..hidup Melayu.. Apa citer dengan sahabat lama kita.. Tun Daim..Tan Sri Mokhtar..tokoh korporat besar Melayu kita.. mereka ni sebelah sapa?
Kepada semua orang Melayu yang beragama Islam.. dengar ni.. Lu punya nasib..lu makan. Dia orang punya nasib dia orang makan. Apa salah lu orang akan sama-sama? Lu orang jangan tamak..orang tamak selalu rugi. Nyawa lu orang pun tak tau bila akan mati..lu orang boleh ke bawa harta dan kuasa masuk dalam kubur.. dalam kubur lu boleh temberang ke..slogan-slogan haprak lu orang. So bersatulah Melayu
InsyaAllah hasrat Ku Li untuk merawat UMNO akan berhasil. Jangan harapkan presiden parti yang begitu lembab dan tiada arah halatuju. Kepada ahli-ahli UMNO yang waras dan tidak pengampu berikanlah sokongan padu, sekiranya sayangkan UMNO.
Assalamualaikum Dato'
Saya peminat setia blog Dato' yang begitu prihatin dan lantang mengkritik cara pentadbiran Pak Lah. Walaupun pada masa ini UMNO dalam keadaan tenat, malangnya tidak ada satu pun pemimpin UMNO bahagian yang berani meminta Pak Lah perlu bertanggung jawab keatas kekalahan BN yang ditunjangi oleh UMNO. Pada ini jika UMNO todak dirawat maka tunggulah masa kehancuran UMNO ini.
UMNO telah dikotorkan oleh pengkhianat UMNO dari dalam UMNO. Tidak perlu dinyatakan disini siapa pengkhianat UMNO, tetapi kita dapat melihat UMNO sekarang adalah sebuah kapal yang kian tenggelam oleh kerana Kaptennya yang tidak tahu bagaimana cara untuk menyelamatkan kapal ini.
Kapten perlu ditukar segera. Pengganti Kapten perlulah seorang yang berwibawa seperti Ku Li.
Pada hemat saya Ku Li dapat mengembalikan kegemilangan UMNO.
Perlulah Ybhg Dato' berusaha untuk memberitahu pada orang-orang muda pada masa ini mengenai jasa-jasa Ku Li kerana mereka sekarang sudah kehilangan arah tujuan dalam mempertahankankan bangsa Melayu. Mereka tidak tahu asal usul parti UMNO dan apakah peranan yang telah dimainkan Ku Li semenjak dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi.
Jika kita sama-sama sayang kan UMNO
perlulah kita menyokong hasrat Ku Li itu untuk merawat UMNO.
Post a Comment