Monday, March 17, 2008

Insaflah Hishamuddin Dan Muhammad Taib
Suara Anda Adalah Sokongan Bawa Rebah!

Ruhanie Ahmad

Tindakan dan kenyataan segolongan pemimpin UMNO hari ini seolah-olah mengesahkan hakikat bahawa UMNO memang kehilangan arah dan punca. Jika tidak, mereka tidak akan mengenepikan isu yang strategik dan hanya gembar-gembor mengenai isu-isu sampingan yang akan melemahkan parti.

Isu strategik hari ini ialah: UMNO dilanda krisis keyakikan yang parah. Punca utama krisis ini ialah sikap Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang enggan menerima hakikat dan kenyataan. Abdullah enggan membuat reality check. Sebaliknya, beliau terus dibelenggu denial syndrome.

Hilangnya keyakinan rakyat jelata terhadap Abdullah dibuktikan menerusi PRU12. Katalah apa sahaja yang kita mahu, pokoknya punca utama kekalahan BN dalam PRU12 adalah Abdullah.

Sejak pertengahan 2006, rasa gelisah dan kekecewaan rakyat jelata, termasuk warga UMNO, terhadap Abdullah mula disuarakan. Majoriti suara itu diluahkan menerusi internet.

Namun begitu, Abdullah dan penasihat-penasihatnya enggan menerima hakikat ini. Sebaliknya, para bloggers dan pemilik portal berita internet dibedal secukup-cukupnya.

Pada 2007, hakikat ini kian ketara dan amat dirasai oleh banyak pihak. Perarakan Gelombang Kuning pada 10 November 2007, menjadi buktinya.

Dalam buku saya, Gelombang Kuning Gelombang Rakyat, telah saya huraikan bahawa tidak semua daripada 138,000 rakyat jelata menyertai perarakan Gelombang Kuning kerana mereka mendukung perjuangan dan tuntutan BERSIH.

Mereka hadir kerana itu sahaja ruang untuk mereka menunjukkan kekecewaan mereka kepada Abdullah. Mereka datang dengan seribu satu sebab dan matlamat. Pokoknya, mereka kecewa dengan Abdullah.

Mereka mempunyai persepsi WPI menyebabkan kedaulatan negara digadaikan kepada Singapura. Mereka muak dengan keterlanjuran menantu Abdullah sejak kontroversi ECM Libra. Mereka jelak dengan sikap sesetengah media perdana yang keterlaluan menjulang menantu Abdullah lebih daripada para menteri dan pemimpin besar UMNO.

Mereka juga menyertai Gelombang Kuning kerana kecewa dengan skandal PKFZ yang berlillion ringgit. Mereka kecewa dengan sikap polis yang menembak dua pemuda Melayu dengan peluru hidup. Mereka kesal dengan kenaikan kos sara hidup yang seolah-olah gagal dikawal oleh kerajaan.

Kemuncak kepada segala-galanya adalah bila Abdullah mengeluarkan kenyataan “saya pantang dicabar” dan saranan supaya rakyat mencabar beliau menerusi peti undi!

Biarpun begitu, walau hasil kajiselidik Merdeka Center pada Disember 2007 menunjukkan bahawa populariti dan penerimaan rakyat jelata kepada kepimpinan Abdullah adalah amat rendah – merosot dari lebih 90 peratus pada 2004 kepada 61 peratus sahaja pada akhir 2007 – beliau tetap berkeras untuk mengadakan PRU12.

Sekarang terbukti Abdullah memang melakukan kesilapan besar. Beliau enggan mendengar suara rakyat sejak 2006. Beliau enggan mengiktiraf kajian Merdeka Center pada Disember 2007. Beliau enggan menerima keputusan PRU12 pada 8 Mac 2008, sebagai undi tidak percaya rakyat kepada kepimpinannya. Dan kini, Abdullah enggan mengundurkan diri demi kepentingan agama, bangsa, negara, BN dan UMNO.

Dalam waktu yang sama, suara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia menambahkan lagi rasa muak rakyat jelata kepada UMNO dan Abdullah ketika ini.

Suara Datuk Mukhriz Mahathir yang menghantarkan surat menggesa Abdullah meletakkan jawatan disifatkan sebagai penderhakaan. Suara ini pula dibidas, dibedal dan dikecam secara berleluasa dan berterusan.

Apakah ertinya ini sema kalau bukan usaha menafikan dan memperlekehkan verdict undi tidak percaya rakyat menerusi PRU12? Sedarkah Hishamuddin dan Muhammad Taib bahawa kenyataan mereka membidas Mukhriz akan memburukkan lagi keadaan dan mengkahis keyakinan rakyat untuk terus “memberontak”?

Adakah Hishamuddin dan Muhammad Taib rasa kenyataan-kenyataan mereka menyumbangkan kepada usaha memulihkan UMNO dan BN selepas PRU12?

Jika kedua-dua personaliti ini merasakan mereka bertindak selaras dengan aspirasi rakyat, saya cabar mereka cadangkan supaya Abdullah memecat Mukhriz daripada UMNO dengan serta merta. Kalau saya juga disifatkan sebagai penderhaka, pecat saya juga dengan seberapa segera.

Tetapi, kalau rakyat jelata mendapati Hishamuddin dan Muhammad Taib hanya disifatkan sebagai pembodek dan menyumbang kepada keruntuhan UMNO mutakhir ini, saya harap kedua-dua mereka dengan sukarela memecat diri mereka daripada kepimpinan UMNO!

Dengan terus terang saya nyatakan bahawa perbuatan Hishamuddin dan Muhammad Taib sekarang ini adalah kurang bijak dan perlu disanggah secara habis-habisan. Inilah contohnya pendirian segolongan pembesar UMNO sekarang. Mereka enggan menerima kenyataan. Mereka tidak menghormati aspirasi rakyat menerusi PRU12.

Kepada kedua-dua personaliti ini, saya katakan bahawa suara anda berdua adalah suara “sokong bawa rebah”. Teruskanlah suara seperti ini jika anda berdua juga mahu turut hanyut dengan denial syndrome dan kehancuran UMNO!

22 comments:

Husin Lempoyang said...

persoalannya dato ron ... adakah Hishamuddin cucu Onn Jaafar atau Jaafar, Onn?

hmmm ... saya pun tengah fikir ... najib ni anak tun abdul razak ke? Jangan slow slow ... kalau tsunami melanda, melepas kamu ...


He he he batu api untuk alif ba dan ta

pak tam said...

Kepada Pengampu ini........

mereka berdua ini pengampu besar yang akan menjahanamkan bangsa melayu, saya sbg org johor malu kerana tercatat sejarah melayu kini, pengampu besar anak bekas perdana menteri ke 3 , mengampu tuannya biar pun beliau tahu bahawa tuannya itu menyebabkan ramai politik melayu tersungkur sebelum ke medan perjuangan....

pengampu inilah bersama tuannya harus disingkir dari UMNo, kerana dosa mereka terhadap orang melayu dan UMNO adalah sangat besar dan mungkin tidak dapt di maafkan....

sedarlah wahai pengampu besar, anda hanya akan menjahanamkan bangsa melayu,...

Ingatlah sejarah Batu Pahat, di mana ramai pejuang2 bangsa melayu telah bersumpah untuk maruah bangsa melayu dan ketuanan Melayu...

umno 4ever said...

asmkm dato
Di sini saya ingin menyatakan antara penyebab2 lain jatuhnya prestasi MAJORITI undi di Johor secara amnya adalah kerana rakyat(saya)kecewa dengan wakil yang telah terpaksa(perkataan "terpaksa" diguna kerana bukan kami yang letak dan pilih mereka sebagai calon)diundi. bakal2 wakil rayat ni dengan egonya berkempen secara serampang dua mata, dengan konffiden level yang tinggi(sebab org kata letak lembu pun boleh menang klu kat johor ni),ketika org sebok kempen untuk raih undi dalam PRU dia pulak dah mula sebok2kan diri kempen untuk jawatan ketua umno bahagian saja TOK..terjadi satu kes..Ada ke, umno cawangan dah siap pacak khemah untuk dia berkempen(duit kocek kami pulak tu untuk sediakan kelengkapan dan kemudahan untuk dia berkempen)..bakal yb ni hentam tak datang.puncanya?puncanya kerana tak sehaluan dengan ketua bahagian umno yang sedia ada dan ready untuk berperang merebut jawatn tersebut..geleng kepala tok ,geleng kepala tok orang kampung kami... punya la murah undi org johor ni(saya)!!dia kempen dengan team dia je..yang ketua bahagian terpaksa la tolong jawabkan untuk dia bila rakyat tanya mana perginya calon ADUN 1 lg ni...BELIAU ni dilantik seolah-olah untuk membela nasib diri sendiri sahaja..dan nasib rakyat diperjuangkan kemudian serta untuk isi ruang report card aje. mana letaknya perjuang yang HAK dato'?MANA?tetapi sebab cinta kan parti terpaksa juga kami pangkah yang HAK. lepas dah angkat sumpah lagi parah la nampaknya TOK. klu ada mana2 pihak yang boleh bantu kami ni orang2 umno johor, tolonglah sedarkan mereka2 ni. tolong..tolong

umno 4ever said...

sekarang ni baik kita pakat2 merapatkan barisan. pohon yang kita tanam kita bajai dengan semangat pejuangan dtuk nenek kita yang terdahulu,pucuk2 yang layu kita trim, dahan yg rapuh kita buang,tanah yg gersang kita siram. akar yg dah mula berulat kita rawat.jom Tok kita pakat2 bangkit jaga tanaman kita

umno 4ever said...

sepohon kayu daunnya rimbun,
lebat bunganya serta buahnya,
walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak sepakat apa gunanya,

walaupun hidup(MEMERINTAH) seribu tahun,
kalau rakyat tak dibela..APA GUNANYA

lamandau said...

Saya harap komentar saya ini tidak terlambat. Pada akhir2 ini banyak unjuk rasa aman telah dan akan di rekayasakan oleh kumpulan KJ terhadap kenyataan YAB Lim Guan Eng berhubung DEB. Nampaknya kumpulan ini beria2 walaupon tidak mendapat sambutan kerana rakyat sedar bahawa usaha ini mereupakan 'diversionary ploy' agar rakyat tidak memberi tumpuan kepada isu sebenar ie pengunduran Pak Lah !!

Ketika ini amat jelas rakyat terbanyak telah nekad agar Pak Lah mengundurkan diri setelah mengalami ' election debacle'. Rata2 rakyat menuding jari kearah Pak Lah yang bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk BN dalam PRU 12. PRU ke 12 jelas memberi gambaran bahawa rakyat tidak lagi percaya keatas pimpinan kerajaan dibawah Pak Lah. Orang cina terang2 menolak BN, pengundi muda (1st timers) jelas meyokong pembangkang dan orang melayu ,( who were taken for granted by BN/UMNO ), yang juga telah terguris akibat dari cara kerajaan menangani hindraf, telah menepati telahan saya ia itu memberi undi kepada pembangkang! Mengapa fenomena ini melanda BN? Anda semua sedia maklum dan saya tidak mahu megulangi menyebutnya !

Oleh itu untuk memalingkan tumpuan rakyat keatas isu desakan agar Pak Lah turun, isu lain diperbesarkan dan menyaran agar rakyat menyertai perhimpunan jalanan yang haram oleh kroni KJ. Justeru itu rakyat diingatkan agar tidak terjebak dengan seruan ini, kerana kehadiran anda boleh ditafsirkan sebagai meyokong penggekalan Pak Lah sebagai PM!!!

mn said...

A.kum Datuk,

1. Saya amat setuju 100% dengan kenyataan Datuk ini iaitu 'sokong membawa rebah'.

2. Sebenarnya saya dah beri coment tentang perkara ini dalam blog Datuk KJ. Iaitu..Dalam Umno sekarang ini, jika letak "Kambing" sebagai Presiden pun, maka mereka akan sokong dan taat. Bagi mereka sesiapa duduk No.1 dialah yang paling penting.

3. Itu semua dilakukan hanya kerana duit, jawatan dan harta. Tetapi jika ditakdirkan kambing itu jatuh ke bawah...maka mereka jugalah yang akan lapah dan panggang(bbq) dengan secukupnya !

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Hovidpure said...

Salam Dato'

UMNO yang telah reput semakin dihancur-lumatkan lagi oleh pemimpin-pemimpinnya sendiri.

Amat malang UMNO yang satu ketika dulu disamjung dan dihormati, hari ini dipinggir, dicaci dan dikeji oleh anak Melayu.

UMNO sebenarnya telah rebah, rebah lantaran sikap bermuka-muka dan membodek maha hebat dikalangan para pemimpinnya.

Saya beritahu melalui email kepada 3 orang anak saya yang menuntut ditiga buah IPTA yang berasing dalam negara dan seorang yang sedang menuntut di private university di luar negara, nak tahu budaya pemimpin UMNO dan BN, senang. Lihat apa yang dibuat oleh Shahidan Kassim di Perlis.

Shahidan Kassim, dengan sikapnya sekarang telah dengan jelas menjadi wakil yang menunjukkan perilaku kebanyakkan pemimpin UMNO / BN. Mereka BUKAN pemimpin rakyat tetapi PEMIMPIN KEPARAT.

Mereka tidak terima hakikat bahawa mereka sebenar telah tidak diterima bukan sahaja oleh rakyat, tetapi Raja pun tidak berkenan dengan mereka.

9 hari telah berlalu, rakyat telah menjelaskan pendirian mereka dalam PRU-12 menolak kepimpinan UMNO. Malangnya majoriti pemimpin UMNO terutama presidennya masih gagal memahami.

Tidak mustahil perangai seperti inilah yang akan menambahkan bencinya rakyat dan ahli UMNO terhadap UMNO dan BN.

Tidak mustahil genarasi anak-anak saya akan menolak UMNO / BN 100%.

mengkuang said...

Dato,
Bukan saja Ketua Penerangan dan Ketua Pemuda, malah keseluruhan ahli MT semuanya jenis tikam turut, pak turut ingin berdiri teguh di belakang kepimpinan Pak Lah.

Mereka tidak sedar mereka melayan kita ahli UMNO dan rakyat saperti sebelum kalah PRU 12. Kononnya kita boleh ditakut-takut, langsung tak menghormati yang kita ini boleh berfikir sendiri. Mereka masih lagi berfikir hanya seorang sahaja ahli UMNO yang berfikir macam Dato Mukhriz.

Mereka lupa beratus ribu ahli UMNO dan berjuta rakyat Malaysia yang menyokong Dato Mukhriz dan mahukan Pak Lah berhenti secara terhormat.

Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya, tsunami yang kedua akan melanda ahli-ahli MT UMNO pada pemilihan parti yang akan datang. Selamat berjuang Dato! Salam dan hidup Dato Mukhriz!

Berita dari gunung said...

Dato... Memang sukar untuk menangani kemerosotan kepercayaan. Shahidan cukup mengerti hal ini. Shahidan boleh dirujuk bila-bila masa, bagaimana nak tangani kehilangan kepercayaan dan dengan adanya orang tikam dari depan dan belakang. Tak semudah yang disangka.

Apa kurangnya Abdullah dan rakan-rakan beliau.

Orang yang pernah kalah suatu ketika dulu dan ditinggalkan beberapa lama, hati mereka jadi keras dan ada sifat dendam. Pemimpin-pemimpin hari ini ramai dari kumpulan itu. Bila sudah dapat pegang, payah rasanya nak lepas.

Dulu mereka pernah tersungkur, maka mereka tak kisah untuk terus mara hingga tersungkur,hancur dan ranap. "Alah bisa tegal biasa".

Oleh yang demikian, mesti ada kesediaan dari ahli UMNO untuk mendesak hingga tersembam, tersungkur dan hancur. Apa nak buat, itu saja jalannya.

cakapsiang said...

Suara Mukriz mewakili berjuta suara ahli UMNO yang tidak berkedudukan. Sesiapa yang menentang arus ini seolah mengali kubur mereka sendiri. Apa lagi yang kami dapat katakan selain "biarkan, biarkan....", semoga UMNO wajah baru dapat dibentuk segera.

W M Zain Mahmud said...

Kenyataan kedua tokoh UMNO menandakan mereka sudah terdesak. Kecundangnya ramai wira UMNO tidak akan menginsafi dan merobah keangkohan mereka baik sekarang mahu pun kemudian hari.

Mereka belum sedar bahawa rakyat telah hilang keyakinan atas kepimpinan mereka.Mereka percaya bahawa kewujudan mereka masih relevan padahal lebih satu pertiga rakyat Malaysia sudah muak melihat perangai mereka termasuk KJ penasihat utama AAB.

Mengaku atau tidak jentera UMNO sudah lumpuh dan memerlukan rombakan secara besar besaran.

Cadangan Ku Li untk mengadakan Perhimpunan khas harus dipandang berat dan surat Mukriz wajib dilihat melalui kaca mata yang positif.Pemuda Johor telah mempamirkan kematangan pemikiran mereka.Saya ucapkan tahniah.

Quantum Metal Consultant said...

Apa berita gempar yang Anwar akan umumkan?
Oleh Mohamad Mukhreez
Isnin, 17 Mac 2008

http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=702&Itemid=0

ADA sesuatu yang sedang berlaku, sehingga memaksa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan semua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, ADUN dan Ahli Parlimen parti petang ini.

Sumber KLpos.com memberitahu pertemuan tersebut turut dihadiri oleh beberapa pemimpin utama NGO negara diadakan di rumah Setiausaha Aguang PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bukit Damansara.

"Anwar akan umumkan sesuatu yang 'besar' dan minta semua yang dipanggil memberikan pendapat," kata sumber tersebut.

Apakah ini berkaitan dengan desas-desus penyeberangan kumpulan tertentu ke dalam PKR?

Sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut dari mereka yang hadir.

MUNGKIN DATO BOLIH MEMBERI MAKLUMAT TERKINI AKAN SUMBER BERITA TERSEBUT

Quantum Metal Consultant said...

Suara Pemuda UMNO Johor atau lebih tegas suara Ketua Pemuda UMNO Johor dalam isu Mukhriz adalah suara dari seorang pemimpin muda yang bersih, yang belum berjawatan dalam kabinet, belum termakan budi paklah, belum pandai berkroni, belum pandai berskandal, belum pandai dirasuah, buat masa ini beliau dan yang sewaktu dengannya meletakkan kepentingan bangsa melebihi lain lain. Pemimpin seperti ini akan berubah apabila memegang jawatan di dalam kabinet.

Syabas dan tahniah buat masa ini.

Unknown said...

Dah lama saya ikut blog dato. Kali ni tergerak nak beri komen.

Saya amat bersetuju dengan artikel dato ni. Pengampu2 disekeliling Pak Lah makin membuat rakyat mual & muak. Faktor paling utama yang semua orang tau memang kelemahan & kelelahan Pak Lah.

Khairy nak pimpin beruk-beruk dijalanan pulak ? Dulu kata jangan demonstrasi di jalanan. Polis kata tak boleh, Pak Lah kata tak boleh. Khairy gelar pulak beruk. Sekarang ni dia nak jadi beruk pulak ?

Saya takkan turun demonstrasi kecuali pemimpinnya hanya Mukhriz, Tengku Razali dan mereka2 yang bukan Pak Angguk Pak Lah.

----------

http://www.semasa.pdniaga.com
Ni bukan Blog... pasal saya bukan penulis blog ... hehehe

rudy bluehikari said...

ya sokong membawa rebah. kita tunggu dalam perhimpunan agung nanti. kalau semua masih di belakang paklah, saya rasa rakyat akan tunggu PRU13 untuk swing kerajaan pusat terus.

THE PUREHADHARIST said...

Datuk Nur Jazlan Perlu Di siasat Samada Ada kepentingan Di Singapura atau tidak.

Dalam keadaan kita kalau boleh tidak mahu bergantung langsung dengan Singapura dalam apa pun keadaan, Ahli Parlimen Pulai buat cadangan agar kita "menumpang" kemudahan yang ada di Singapura sebagai penghubung untuk perdagangan luar malah sebagai "tukang jawab" kepada Malaysia apa-apa dakyah yang tidak baik ke atas kita. Datuk Ron, tolonglah highlight benda ni agar orang-orang bermentaliti "peminta sedekah" kepada Singapura ni didedahkan kepada orang ramai dan rakyat Malaysia.(kenyataan Datuk Jazlan keluar di Utusan Malaysia 17 mac 2008). Kita ni mengharapkan pemimpin khususnya di kawasan-kawasan WPI ni mengawasi sebarang bentuk penguasaan ekonomi,sosial hatta maklumat kepada kuasa luar, dia pulak nak suruh kita bekerjasama dengan Singapura. Tolonglah Datuk Ron, highlightkan benda ni supaya seorang lagi "jurucakap" Singapura diketahui umum.Nak harapkan Singapura menjawab bagi pihak kita atau membantu kita agar imej Malaysia bagus di serata dunia? Samada dia ni naif atau BAH..L.

Dia ni lidah bercabang, ingat tak dulu dalam suatu forum di M-suites JB Datuk Ron sebagai salah seorang panel, bila forum tu jadi "panas" kerana dilihat tak sehaluan dengan kerajaan, dia pusing kata tak tahu berkenaan forum tu padahal dia datang berucap.

Ini satu lagi, kalau UMNO nak buat "post-mortem" tentang prestasi buruk PRU12, sebarang komen serta cadangan atau gesaan perlu diterima dengan hati terbuka walaupun sehingga tahap mengesa PM letak jawatan. Kata "post-mortem" tetapi kenapa pulak orang yang bagi pandangan nak dipecat pulak? Pandangan Datuk Mukhriz adalah salah satu elemen dalam proses "post-mortem" ini. Samada Pak Lah nak terima atau tidak itu hak dia. Yang pengampu-pengampu ni melatah apasal pulak. Biasalah desakan untuk meletakkan jawatan kepada pemimpin ni sering berlaku. UMNO jangan buat silap lagi dengan mengamalkan budaya memberikan hanya yang manis-manis sahaja kepada pemimpin. Alamatnya lingkup nanti!

Kita nak kerjakan Dauk Jazlan di UMNO Pulai.

tipulagi said...

Salam Dato dan semua..
bagi saya... UMNO sudah tidak relevan lagi untuk kita orang melayu. Pemimpim-pemimpin yang ada menggambarkan pada dunia bahawa mentaliti orang melayu terlalu rendah. Jika kita terus menyokong perjuangan UMNO ini, dunia akan terus memandang rendah pada orang Malaysia khasnya orang Melayu.

Untuk itu kita sebagai rakyat Malaysia khasnya orang Melayu harus bangkit untuk mempertahankan kedaulatan maruah orang Malaysia khasnya orang Melayu. Kita harus berani untuk membuktikan kepada pemimpin yang masih lena dibuai kemewahan dan kesenangan hidup atas sengsara rakyat ini, yang rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan siapa pemimpin yang harus diberikan amanah untuk menjaga kebajikan rakyat.

Saranan saya jika pemimpin diatas masih ditakuk sekarang:-
1) Beri sokongan pada padu Dato Mukhriz sebab menampilkan secara terang surat meminta AAB letak jawatan.
2) Panggil mesyuarat luar biasa UMNO seperti Tg Ku Li cdgkan, dan terus membuat resolusi untuk menurunkan semua pemimpin atas terutama AAB.
3) Jika semua di atas masih tidak mendapat apa-apa tindakan untuk menyedarkan pemimpin di atas sana, seperti saya katakan tadi, UMNO sudah tidak relevan lagi untuk kita maka kita harus berani bertindak meninggalkan semua kepentingan untuk memartabatkan semula maruah kita dengan:-
a) Semua ahli UMNO keluar dari parti itu, panggil semua media untuk menyaksikan ini.

Buang segala kepentingan peribadi, utamakan kepentingan maruah bangsa dan Malaysia tercinta. Kita beralah bukan bermakna kita kalah.

salam perjuangan dari saya.

tipulagi said...

Dato,
Mungkin saya tertinggal cadangan ini sebelum meminta semua ahli umno keluar dari parti, harap dato dapat tolong editkan.

a) semua ahli pulaukan Perhimpuan Agung UMNO (PAU) yang akan datang. Buktikan kesungguhan kita memprotes apa yang pemimpin di atas tu lakukan.

Fikir Tajam said...

Ali Rustam has no balls!

maskadove said...

Dato'
selama saya dok perati la ni, saya tak nampak kat mana yg menonjolnya kepimpinan Hishamudin ni.. selain drp dia melalak dengan kerisnya tu, apa lagi yg dia mampu buat.. dah berapa tahun dia pegang tampuk kuasa dlm pemuda? berapa tahun di kementerian pelajaran? apa yg dia dah buat? tak dak apa yg istemewa.. pencapaian pelajar pada zahirnya saja nampak menonjol... pada hakikat sebenar apadia? pada zaman sekarang semakain ramai anak melayu telah menjejakkan kaki ke IPTA & IPTS dgn pinjaman pelajaran. bila tamat pengajian hanya berapa kerat saja yg dapat pekerjaan yg bersesuaian. Malah ada yg tak dapat membayar kembalai hutang mereka kepada PTPTN dan sebagainya. Untuk apa kita perbanyakkan IPTA kalau hanya untuk menggalakkan melayu menambah hutang... sedangkan pemimpin kita tak mampu mentadbir negara dengan cekap. hinggakan ramai graduan dipaksa mengangur. Sana billion, sini trillion... mana dia?
Itu baru saja mereka yg buat pinjaman.. belum lagi kita lihat yg ibubapa mereka yg sanggup jual/gadai harta demi melihat anak kesayangan mereka ke menera gading atau kemercu kejayaan yg belum pasti pulangannya.
Dan pada hari ni Mat Pompang ni masih dilantik kembali dikementeriannya yg selama ini tidak pernah maju.. Dimanakah kreadibility Hero keris yg takseberapa ini sebagai menteri pelajaran pun tak tau lah. Hanya Pak Lah yang hipokrit saja yg tahu..
Mat Taib @ maike tyson melayu.. yg pernah popular dgn sejarah bawa wang berjuta ringgit ke luar negara untuk membeli hartanah.. dan ditangkap kerana tidak mengistiharkannya.. tetapi bebas kerana bagi alasan tak paham bahasa inggeris... yang korup macam ni pun masih dapat jadi menteri walaupun orang UMNO sendiri pun dah tak mau dah... awat pakl lah jadi bengong lagu tu... rasa-rasa nya pak lah ni pun dah tak ketahwan dah (kata orang utara)...

Detguaq said...

Bagi saya Pak Lah masih menruskan misi tidornya. Lalu dia perlukan orang yang sesuai dan pakar untuk terus mendodoinya dengan lagu-lagu indah bagi mempercepatkan lenanya.

Kawan-kawan saya dah berpatah arang dengan menyatakan selagi Pak Lah diatas dan jika ada pilihnaraya kecil kah atau PRU nanti mereka tidak akan memangkah dacing!!!!

renung-renungkan........
selamat beramal.........